Wahai Saudaraku, Inilah ‘Aqidahmu…
(Syarhu Lum’atil I’tiqad Li Ibni Qudamah)


Title:
Wahai Saudaraku, Inilah ‘Aqidahmu…
(Syarhu Lum’atil I’tiqad Li Ibni Qudamah)

Author:
Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin, dengan tahqiq/takhrij oleh Abu Muhammad Aysraf bin ‘Abdil Maqshud (Murid Syaikh al-Utsaimin)

Publisher:
Pustaka Ibnu Katsir

Price:
RM37

Weight:
500g

Description:

Kitab ini, Syarhu Lum’atil I’tiqad Libni Qudamah (Syarah Kitab Lum’atul I’tiqad Milik Ibnu Qudamah), yang disusun oleh Syaikh Muhammad bin Soleh al-Utsaimin ini kami tampilkan ke hadapan para pembaca dengan harapan ia mampu memberi penjelasan terhadap ‘aqidah yang sahih lagi murni, iaitu aqidah yang dipegang oleh Ahlus Sunnah wal jama’ah. Kitab ini adalah salah satu khazanah yang amat berharga dari pengarangnya, iaitu Imam Ibnu Qudamah (Wafat: 620 hijrah), yang kemudiannya kini diberi syarah oleh Syaikh Muhammad Soleh al-Utsaimin.

Penulis asal kitab ini (Ibnu Qudamah rahimahullah) memiliki ‘aqidah yang lurus, seorang yang jujur (soleh), dan banyak beribadah berdasarkan pemahaman kaum salaf. Beliau seorang imam besar sama ada dalam persoalan ilmu mahu pun amalan. Lurusnya ‘aqidah beliau telah memberikan kesan yang sangat besar terhadap keseharian hidup beliau, sehingga ramai orang yang berkata tentang dir beliau, “Sesiapa pun yang melihatnya seakan-akan dia melihat sebahagian Sahabat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam”. (Ini adalah sebagaimana yang dikatakan oleh cucu beliau, Ibnul Jauzi dalam kitab adz-Dzail ‘alaa Thabaqaatil Hanabilah, 2/134).

Syaikh al-Utsaimin berkata:

“Imam Ibnu Qudamah telah mengumpulkan melalui kitab ini intisari kepelbagaian permasalahan ‘aqidah. Dengan sebab itu, Bahagian Pendidikan Sekolah Menengah menjadikan kitab ini sebagai kurikulum untuk diajarkan di kelas satu SMU. Ini adalah dengan tujuan supaya kitab ini dijadikan dasar keyakinan para siswa di kelas ini.”

Di antara perbahasan yang dimuatkan di dalam kitab ini adalah sekitar:

1 – Kaedah penting dalam memahami al-Asma’ wa as-Shifat, 2 – Membantah penyeleweng al-Asma’ wa ash-Shifat, 3 – Perkataan para ulama terhadap nama dan sifat-sifat Allah, 4 – Anjuran mengikuti sunnah dan meninggalkan bid’ah, 5 – Melihat Allah pada hari kiamat, 6 – Qadha’ dan Qadar, 7 – Iman itu dengan ucapan dan perbuatan, 8 – Beriman dengan semua yang dikhabarkan oleh rasulullah, 9 – Isra’ dan Mi’raj, 10 – al-Mawazzin (Timbangan), 11 – Fitnah Kubur, 12 – Syurga dan neraka, 13 – Hak Rasululah dan para sahabat, 14 – Takfir, Khawarij, Muktazilah, 15 – Hukum mencela sahabat, 16 – Khilafah, 17 – Menghajar Ahlul Bid’ah, 18 – Ciri-ciri Ahlul Bid’ah, 19 Perbezaan masalah furu’, dan pelbagai lagi…

Total Pages:
278

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:

Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest