Seruan Mengikuti Generasi Salaf Oleh Ibnu Taimiyyah

Ibnu Taimiyyah rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Syaikh al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah, iaitu Taqiyuddin Abu Al-‘Abbas Ahmad bin ‘Abdul Halim bin Taimiyyah Al-Harani (Wafat: 728H) berkata:

وَمَا أَحْسَنَ مَا جَاءَ عَنْ ” عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ ” أَنَّهُ قَالَ: ” عَلَيْك بِلُزُومِ السُّنَّةِ فَإِنَّهَا لَك بِإِذْنِ اللَّهِ عِصْمَةٌ. فَإِنَّ السُّنَّةَ إنَّمَا جُعِلَتْ لِيُسْتَنَّ بِهَا وَيُقْتَصَرَ عَلَيْهَا وَإِنَّمَا سَنَّهَا مَنْ قَدْ عَلِمَ مَا فِي خِلَافِهَا مِنْ الزَّلَلِ وَالْخَطَإِ وَالْحُمْقِ وَالتَّعَمُّقِ. فَارْضَ لِنَفْسِك بِمَا رَضُوا بِهِ لِأَنْفُسِهِمْ. فَإِنَّهُمْ عَنْ عِلْمٍ وَقَفُوا وَبِبَصَرِ نَافِذٍ كَفُّوا. وَلَهُمْ كَانُوا عَلَى كَشْفِهَا أَقْوَى. وَبِتَفْصِيلِهَا لَوْ كَانَ فِيهَا أَحْرَى وَإِنَّهُمْ لَهُمْ السَّابِقُونَ وَقَدْ بَلَغَهُمْ عَنْ نَبِيِّهِمْ مَا يَجْرِي مِنْ الِاخْتِلَافِ بَعْدَ الْقُرُونِ الثَّلَاثَةِ ؛ فَلَئِنْ كَانَ الْهُدَى مَا أَنْتُمْ عَلَيْهِ لَقَدْ سَبَقْتُمُوهُمْ إلَيْهِ وَلَئِنْ قُلْتُمْ حَدَثَ حَدَثٌ بَعْدَهُمْ فَمَا أَحْدَثَهُ إلَّا مَنْ اتَّبَعَ غَيْرَ سَبِيلِهِمْ وَرَغِبَ بِنَفْسِهِ عَنْهُمْ وَاخْتَارَ مَا نَحَتَهُ فِكْرُهُ عَلَى مَا تَلَقَّوْهُ عَنْ نَبِيِّهِمْ ؛ وَتَلَقَّاهُ عَنْهُمْ مَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ . وَلَقَدْ وَصَفُوا مِنْهُ مَا يَكْفِي؛ وَتَكَلَّمُوا مِنْهُ بِمَا يَشْفِي. فَمَنْ دُونَهُمْ مُقَصِّرٌ؛ وَمَنْ فَوْقَهُمْ مُفَرِّطٌ. لَقَدْ قَصَرَ دُونَهُمْ أُنَاسٌ فَجَفَوْا؛ وَطَمَحَ آخَرُونَ فَغَلَوْا؛ وَإِنَّهُمْ فِيمَا بَيْنَ ذَلِكَ لَعَلَى هُدًى مُسْتَقِيمٍ

“Alangkah indah perkataan yang dituturkan oleh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Salamah yang telah mengatakan:

“Wajib bagimu untuk tetap bersama As-Sunnah. Sesungguhnya As-Sunnah adalah benteng (kekuatan) bagimu. Sunnah itu dijadikan hanyalah supaya diikuti dan merasa cukup dengannya. Ia diletakkan oleh seorang yang telah mengetahui bahawa di dalam meninggalkannya ada ketergelinciran, kesalahan, kejahilan, dan menyusahkan diri. Maka, jadikanlah dirimu redha dengan apa yang mereka (generasi awal umat Islam) itu telah redha bagi dirinya. Fahamilah bahawa mereka berjalan dengan ilmu, berhenti dengan pandangan yang tajam, lebih memahami rahsia (hikmahnya), dan lebih mengetahui perinciannya.

Sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang telah menang. Telah sampai khabar kepada mereka dari Nabinya berkaitan perselisihan yang akan berlaku setelah berlalunya tiga generasi (awal umat Islam). Sekiranya apa yang kamu lakukan (dalam agama) adalah hidayah, maka sudah pasti mereka telah mendahului kamu. Dan apabila apa yang kamu lakukan (dalam agama) itu adalah perkara baru setelah mereka, maka tidaklah yang mengadakannya melainkan orang yang mengikuti selain dari jalan mereka, membenci mereka, lebih mengutamakan ideologi mereka sendiri berbanding apa yang mereka terima dari Nabinya, yang kemudiannya diteruskan oleh para pengikut mereka setelahnya.

Generasi awal umat Islam telah membawakan daripada Nabi sesuatu yang mencukupi. Mereka menyampaikan dari Nabi apa yang menghilangkan dahaga. Sesiapa yang melakukan kurang dari itu, maka dia adalah seorang yang lalai, manakala sesiapa yang melakukan lebih (melampau) dari itu, maka dia adalah seorang yang melampaui batas (ghuluw). Sesungguhnya mereka (generasi awal umat Islam) berada di atas hidayah yang lurus.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ Al-Fatawa, 4/7-8)

Sila lihat biografi Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Salamah dalam Siyar A’lam an-Nubala’, 7/309 dan Tazkiratul Huffaz, 1/163 oleh Al-Hafiz Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H):

Beliau adalah seorang imam, ‘alim, mufti besar, guru kepada Ibnul Madini, seorang yang faqih, sahabat imam Malik, dan merupakan murid kepada imam Malik. Kata Yahya Ibn Ma’in, “Seorang yang tsiqah.”

Di lembaran seterusnya, Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah menjelaskan lagi:

وَهَكَذَا إذَا تَدَبَّرَ الْمُؤْمِنُ الْعَلِيمُ سَائِرَ مَقَالَاتِ الْفَلَاسِفَةِ وَغَيْرِهِمْ مِنْ الْأُمَمِ الَّتِي فِيهَا ضَلَالٌ وَكُفْرٌ وَجَدَ الْقُرْآنَ وَالسُّنَّةَ كَاشِفََين لِأَحْوَالِهِمْ مُبَيِّنَينَ لِحَقِّهِمْ مُمَيِّزَينَ بَيْنَ حَقِّ ذَلِكَ وَبَاطِلِهِ . وَالصَّحَابَةُ كَانُوا أَعْلَمَ الْخَلْقِ بِذَلِكَ كَمَا كَانُوا أَقْوَمَ الْخَلْقِ بِجِهَادِ الْكُفَّارِ وَالْمُنَافِقِينَ كَمَا قَالَ فِيهِمْ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْعُودٍ : ” مَنْ كَانَ مِنْكُمْ مُسْتَنًّا فَلْيَسْتَنَّ بِمَنْ قَدْ مَاتَ فَإِنَّ الْحَيَّ لَا تُؤْمَنُ عَلَيْهِ الْفِتْنَةُ . أُولَئِكَ أَصْحَابُ مُحَمَّدٍ : كَانُوا أَبَرَّ هَذِهِ الْأُمَّةِ قُلُوبًا وَأَعْمَقَهَا عِلْمًا وَأَقَلَّهَا تَكَلُّفًا قَوْمٌ اخْتَارَهُمْ اللَّهُ لِصُحْبَةِ نَبِيِّهِ وَإِقَامَةِ دِينِهِ فَاعْرِفُوا لَهُمْ حَقَّهُمْ وَتَمَسَّكُوا بِهَدْيِهِمْ فَإِنَّهُمْ كَانُوا عَلَى الْهُدَى الْمُسْتَقِيمِ . فَأَخْبَرَ عَنْهُمْ بِكَمَالِ بِرِّ الْقُلُوبِ مَعَ كَمَالِ عُمْقِ الْعِلْمِ . وَهَذَا قَلِيلٌ فِي الْمُتَأَخِّرِينَ

“Demikianlah, apabila seseorang mukmin yang berilmu mahu memikirkan (meneliti) setiap ucapan ahli falsafah dan orang-orang selain mereka yang memiliki kesesatan dan kekufuran, maka dia akan melihat bahawa Al-Qur’an dan As-Sunnah telah membongkar penyelewengan mereka dan menjelaskan malapetaka yang menimpa mereka, membezakan di antara al-haq dan al-bathil. Para sahabat adalah orang-orang yang paling berilmu berkaitan dengannya, sebagaimana mereka itu makhluk yang paling kuat berjihad memerangi orang-orang kafir dan orang-orang munafiq sebagaimana dikatakan oleh ‘Abdullah Ibnu Mas’oud tentang mereka:

“Sesiapa di antara kamu yang hendak mencari contoh ikutan (tauladan), maka hendaklah mengikuti orang yang telah meninggal (mati), kerana orang yang masih hidup tidak dijamin aman dari fitnah. Mereka itu (yang perlu dijadikan contoh ikutan) adalah para sahabat Nabi. Merekalah orang yang paling benar jiwanya dari kalangan umat ini, paling tinggi ilmunya, dan paling sedikit membebani diri. Mereka adalah kaum yang telah Allah pilih untuk menemani Nabi-Nya dan menegakkan agama-Nya. Maka, kenalilah hak mereka dan tetaplah dengan jalan mereka, kerana sesungguhnya mereka berada di atas petunjuk yang lurus (huda al-Mustaqim).

Jadi, Ibnu Mas’oud telah mengkhabarkan keadaan para sahabat dengan kesempurnaan kebenaran jiwa mereka yang disertai ketinggian ilmu. Perkara ini sangat minima di kalangan generasi terkemudian (muta’akhirin).

فَدَلَّ الْكِتَابُ وَالسُّنَّةُ عَلَى أَنَّ اللَّهَ يُؤْتِي أَتْبَاعَ هَذَا الرَّسُولِ مِنْ فَضْلِهِ مَا لَمْ يُؤْتِهِ لِأَهْلِ الْكِتَابَيْنِ قَبْلَهُمْ

Al-Kitab dan As-Sunnah telah menunjukkan bahawa Allah memberikan fadhilah-Nya (keutamaan dan pengiktirafan) kepada pengikut Rasulullah, yang tidak diberikan kepada golongan (atau umat) sebelumnya (dari kalangan Yahudi dan Nashara).

وَمِنْ الْمَعْلُومِ: أَنَّ أَهْلَ الْحَدِيثِ وَالسُّنَّةِ أَخَصُّ بِالرَّسُولِ وَأَتْبَاعِهِ. فَلَهُمْ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ وَتَخْصِيصِهِ إيَّاهُمْ بِالْعِلْمِ وَالْحِلْمِ وَتَضْعِيفِ الْأَجْرِ مَا لَيْسَ لِغَيْرِهِمْ كَمَا قَالَ بَعْضُ السَّلَفِ: ” أَهْلُ السُّنَّةِ فِي الْإِسْلَامِ كَأَهْلِ الْإِسْلَامِ فِي الْمِلَلِ “

“Diketahui dengan jelas: Bahawa Ahli hadis dan sunnah adalah paling istimewa di sisi Rasulullah dan para pengikut beliau. Mereka memiliki fadhilah (kutamaan dan pengiktirafan) dari Allah dan kekhususan pemberian berupa ilmu, akhlak, dan lipatan pahala yang tidak dimiliki oleh orang selain mereka. Sebagaimana yang dikatakan oleh sebahagian salaf:

“Ahlus Sunnah di tubuh umat Islam seperti Ahlul Islam dibandingkan dengan umat selainnya.” (Ibnu Taimiyyah, Majmu’ al-Fatawa, 4/137-140)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest