Di antara dalil yang mereka gunakan adalah hadis dari Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhu sebagaimana berikut:
Dahulu aku mengetahui bahawa berakhir solat (selesai solat) itu adalah apabila telah mendengar suara zikir. (Hadis Riwayat al-Bukhari, Shohih al-Bukhari, Kitab al-Azan, 3/345, no. 796. Muslim, 3/239, no. 919) Disebabkan masyarakat kita secara umumnya telah sepakat bahawa kita di Malaysia mengamalkan Mazhab Syafi’e, di sini saya mengambil keputusan untuk mengetengahkan perkataan ulama Syafi’iyah sendiri dalam memahami hadis tersebut. Imam asy-Syafi’e sendiri telah menjelaskan berkenaan hadis ini sebagaimana yang disebutkan oleh Imam an-Nawawi rahimahullah: Aku berpendapat bahawa seseorang imam dan makmum hendaklah mereka berzikir kepada Allah, sebaik selesai menunaikan solatnya, dan hendaklah mereka merendahkan suara zikirnya, kecuali bagi seseorang imam yang mahu supaya para makmumnya belajar (berkenaan zikir) darinya, maka dia boleh mengeraskan zikirnya, sehingga apabila dia merasa (mengetahui) bahawa mereka telah memahami (belajar), maka hendaklah ia kembali merendahkan (memperlahankan) suaranya ketika berzikir. (Rujuk: Imam an-Nawawi, Syarah an-Nawawi ‘ala Muslim, 5/84) Imam an-Nawawi rahimahullah sendiri pula turut berkata:
Imam Yahya B. Abil Khoir al-‘Imrani (bermazhab Syafi’e), setelah menyebutkan beberapa riwayat berkenaan zikir-zikir Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau memberikan kesimpulan: Berkenaan hadis tersebut juga, Syaikh ‘Abdullah B. ‘Abdurrahman al-Bassam di dalam Syarahnya ke atas ‘Umdatul Ahkam berkata: Di sini sebenarnya harus difahami bahawa Ibnu ‘Abbas masih kecil dan dia tidak turut serta dalam solat berjama’ah. Dia mendengar suara tahlil dari luar masjid. Dapat juga diertikan bahawa beliau menyertai solat berjama’ah, tetapi beliau di shaf yang jauh sehingga tidak ada orang yang menyambung suara kepadanya, menjadikan beliau tidak mengetahui telah berakhirnya solat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam melainkan dengan mendengar suara tahlil dari saf-saf yang awal. (‘Abdullah B. ‘Abdurrahman al-Bassam, Syarah Hadis Pilihan Bukhari Muslim, m/s. 266. Edisi Terbitan/terjemahan Darul Falah) Alasan yang sama turut dijelaskan oleh al-Hafiz Ibnu Hajar al-‘Asqolani yang bermazhab Syafi’e: Demikianlah penjelasan berkenaan hadis Ibnu ‘Abbas di atas berdasarkan para ulama dari kalangan mazhab Syafi’e. Kemudiannya, kaedah di dalam persoalan ini sebenarnya dapat dilihat secara umum dan khusus: 1 – Secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikeraskan. Ini dijelaskan melalui dalil berikut yang bersifat umum: Imam asy-Syafi’e rahimahullah berkata tentang ayat ini: Maksud kata الصلاة (ash-Sholah) wallahu Ta’ala a’lam adalah doa. لا تَجْهَرْ (Laa Tajhar): Janganlah engkau mengangkat suaramu, وَلا تُخَافِتْ (wa laa tukhofit): Janganlah engkau rendahkan sehingga engkau sendiri tidak mendengarnya. (Rujuk: Imam asy-Syafi’e, al-Umm, 1/127) Juga firman Allah Subhanahu wa Ta’ala: Ini dijelaskan lagi dengan larangan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berdasarkan kepada riwayat berikut: Dari sebuah hadis dari Abu Musa al-‘Asy’ari, beliau menceritakan: Wahai manusia, kasihanilah diri kamu. Kerana kamu sebenarnya tidak menyeru kepada yang tuli (pekak) dan yang jauh, sesungguhnya Dzat yang kamu seru adalah Maha Mendengar lagi sangat dekat. (Rujuk: al-Hafiz Ibnu Katsir, Tafsir al-Qur’anil Adzim, 3/539) Dalam riwayat yang lain, dari Abu Musa al-‘Asya’ari: Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguhnya kamu tidak berdoa kepada Tuhan yang Maha mendengar dan Maha melihat. Sesungguhnya Tuhan yang kamu seru itu lebih dekat kepada seseorang di antara kamu daripada leher binatang tunggangannya. Wahai ‘Abdullah B. Qais, mahukah engkau aku ajarkan sebuah kalimah yang termasuk perbendaharaan Syurga? Iaitu ucapan “La haula walaa quwwata illaa billah” (Tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah). (Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, no. 19599. Tahqiq Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya sahih berdasarkan syarat dua kitab sahih (Bukhari dan Muslim)) Maka, secara umumnya, adab dalam berzikir itu adalah dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan. Cukup dengan sekadar diri sendiri yang mendengarnya. 2 – Zikir boleh dikuatkan (diperdengarkan suara bacaannya kepada yang lain) dengan beberapa sebab yang mengkhususkannya. Ini dapat dilihat melalui beberapa dalil sebagaimana salah satunya dari Ibnu ‘Abbas di atas, yang dijelaskan oleh para ulama sebagai bertujuan untuk mengajar. Ini dapat kita fahami bahawa, dalam soal mahu mengajar sudah tentu zikir perlu diperdengarkan demi untuk memberi tahu kepada para pelajarnya. Namun, dalam praktik untuk ibadah, hendaklah kita mematuhi dengan baik adab-adabnya setelah mengetahui dari apa yang telah dipelajarinya. Demikianlah sebahagian adab dalam berzikir yang merupakan salah satu bentuk ibadah yang mulia dengan tatacaranya, yang bukan untuk dilaksanakan mengikut hawa nafsu. Prinsip dalam berzikir ini diperkuatkan lagi dengan beberapa penjelasan ulama yang lainnya, antaranya adalah al-Hafiz Ibnu Katsir yang bermazhab Syafi’e, katanya: Adakah Tuhan kita itu dekat, sehingga kita bermunajat (berdoa dengan berbisik-bisik) kepada-Nya ataukah jauh sehingga kita memanggilnya? Maka Allah pun menurunkan firman-Nya: Sekali lagi dipetik perkataan Imam an-Nawawi dari sumber yang lain dalam syarahnya ke atas hadis Abu Musa al-‘Asy’ari, beliau berkata: Dari penjelasan Imam an-Nawawi ini kita dapat melihat bahawa secara asasnya setiap orang yang berzikir itu hendaklah dengan merendahkan suaranya, melainkan apabila ada alasan untuk mengeraskannya, sebagai contoh misalnya apabila seseorang imam atau guru (cikgu) yang hendak memberi tunjuk-ajar dan membimbing makmumnya (atau orang-orang tertentu dari para pelajar) memahami wirid-wirid atau zikir-zikir yang dahulu diucapkan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, sebagaimana yang dijelaskan oleh Imam asy-Syafi’e rahimahullah. Perkara ini dikuatkan dengan dalil sebuah riwayat sebagaimana yang dilakukan oleh Ibnu Abbas radiallahu ‘anhu ketika beliau menjadi imam di dalam solat jenazah di saat dia hendak mengajarkan kepada makmumnya bahawa disunnahkan membaca al-fatihah dalam solat jenazah: Berdasarkan sedikit kupasan di atas ini, alhamdulillah dapat dibuat kesimpulan dengan beberapa point bahawa: 1 – Mazhab asy-Syafi’e menyatakan bahawa amalan berzikir di setiap kali setelah selesai solat fardhu adalah sunnah (dianjurkan). 2 – Cara berzikir selepas solat adalah dilaksanakan dengan secara individu. 3 – Dilaksanakan dengan suara yang perlahan dan bukan dikuatkan, cukup sekadar diri sendiri yang mendengarnya. 4 – Boleh dikeraskan bacaan sekiranya bertujuan untuk mengajar dan memberi bimbingan kepada orang lain yang mahu memperlajarinya. Untuk melihat contoh-contoh zikir yang disunnahkan untuk diamalkan apabila telah selesai solat fardhu (sebaik selepas salam), bolehlah melihat artikel saya yang lalu bertajuk:
Sekian, Wallahu a’lam…