Hafal al-Qur’an Dalam Sebulan

Title:
Hafal al-Qur’an Dalam Sebulan
Author:
IR. Amjad Qosim

Publisher:
Qiblat Press

Price:
RM16

Weight:
100g

Description:

Jika sebelum ini anda belum pernah sedikit pun terdetik di dalam hati niat untuk menghafal al-Qur’am, ketahuilah bahawa dengan menghafal al-Qur’an dan apatah lagi memahaminya, di sana terdapat jaminan kedudukan yang tinggi di sisi Allah bagi mereka yang memenuhi jiwa dan dadanya dengan al-Qur’an. Jika anda telah berusaha menghafal al-Qur’an, namun tidak juga mampu menghafalnya dengan baik, maka anda perlu bersabar, jangan mudah berputus-asa, tetapi perlulah terus berusaha serta tidak terburu-buru. Kerana mungkin anda belum berusaha dengan sehabis baik yang mungkin. Dengan buku ini, insyaAllah penulis telah membawakan suatu kaedah bagi tujuan menghafal al-Qur’an dengan efektif di dalam jangka waktu yang singkat. Semoga dengan kaedah yang dipersembahkan, mampu membantu usaha anda di dalam menghafal ayat-ayat suci al-Qur’an di samping tidak jemu memohon pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Buku ini membantu dan membimbing anda di dalam usaha menghafal yang betul dan konsisten, memberi semangat/motivasi, cara memaksimumkan hafalan, serta contoh-contoh pengamalan dari mereka yang telah berjaya menghafalnya. Semoga ia dapat memberi manfaat kepada kita semua…

Total Pages:
160

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest