Shohih & Dhoif Kitab al-Adzkar

Title:
Shohih & Dhoif Kitab al-Adzkar

Author:
Imam an-Nawawi (rahimahullah)
Tahqiq/Takhrij: Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM130 (2 Jilid)

Weight:
2kg

Description:

Di antara ibadah yang paling mudah dan besar pahalanya adalah berdzikir dengan zikir-zikir yang sahih berpandukan sunnah. Di dalam berzikir mencari keredhaan Allah, marilah kita berusaha memperbanyakkan zikir-zikir kita dengan panduan lafaz-lafaz zikir sebagaimana yang dibawakan/disusun oleh Imam an-Nawawi ini. Imam an-Nawawi telah berusaha menyusun sebuah buku yang diberi judul al-Adzkar (an-Nawawiyah) yang menghimpunkan pelbagai jenis lafaz-lafaz zikir dan doa yang disunnahkan untuk diamalkan pada waktu dan masanya. Dan, inilah bukunya. Buku ini adalah di antara buku-buku induk di dalam persoalan himpunan zikir-zikir yang matsur dengan himpunan tidak kurang dari 1324 dzikir dan doa. Buku ini sangat terkenal di dalam dunia Islam di dalam persoalan doa/zikir. Ia kini ditampilkan dengan kandungan yang lebih mantap dan istimewa iaitu setelah diberi takhrij/tahqiq oleh Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali (Salah seorang anak murid Syaikh al-Albani rahimahullah). Setiap takhrij akan dibawakan himpunan perkataan para ulama Muhaqqiq seperti Abu Hatim, al-‘Uqaili, al-Mundziri, al-Haitsami, Ibnu Hajar, Ibnu Abi Hatim, ad-Daraquthni, Ibnu ‘Abdil Barr, Ibnu Taimiyyah, adz-Dzahabi, Ibnul Qayyim, Ibnu Rejab, dan ramai lagi dari kalangan ulama dulu dan kini. Maka, dengan adanya semakan dan takhrij hadis tersebut, ia membantu kita mengenal pasti hadis mana yang sahih dan tidak sahih daripada kitab tersebut. Semoga amalan zikir yang kita lakukan akan menjadi lebih yakin dan diterima. InsyaAllah.

Total Pages:
2 Jilid

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest