Tazkiyatun Nufus Para Nabi ‘Alaihimus Salam

Title:
Tazkiyatun Nufus Para Nabi ‘Alaihimus Salam

Author:
Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali

Publisher:
Pustaka asy-Syafi’i

Price:
RM24

Weight:
300g

Description:

Tidak banyak buku yang ditulis oleh para penulis Muslim yang berkaitan dengan tazkiyatun nufus (penyucian jiwa) sebanyak buku-buku yang ditulis mengenai persoalan ‘aqidah, fiqih, hadis, sejarah/sirah dan lain-lain. Ironisnya dari yang sedikit itu hanya beberapa buah buku yang ditulis secara ilmiyah berdasarkan dalil-dalil dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Sebahagian besar buku-buku berkaitan itu ditulis oleh pengarang-pengarang dari golongan/berfahaman sufi/tasawuf yang sarat/penuh dengan cerita-cerita takhayyul dan khurafat tasawuf yang menyesatkan.

Manakala buku ini yang ditulis/disusun oleh Syaikh Salim B. ‘Ied al-Hilali seorang ahli hadis masa kini mencuba mengingatkan masyarakat Islam berkenaan kekeliruan sebahagian besar mereka dengan metode/kaedah tazkiyatun nufus iaitu dengan membuat karya ilmiyah berupa sebuah buku yang beliau beri judul: Manhajul Anbiyaa’ fii Tazkiyatin Nufuus (Tazkiyatun Nufus Para Nabi). Buku ini selain memberi kritikan/analisa kepada metode tazkiyatun nufus yang banyak berlegar di dalam masyarakat, ia sangat mengutamakan pendekatan ilmiah berdasarkan sumber-sumber dari al-Qur’an dan as-Sunnah yang sahih. Di dalam buku ini penulis berbicara tentang tujuan tazkiyatun nufus, motivasi dan hasil ketaqwaan, tazkiyatun nufus sebagai aspek kekuatan umat, prinsip dakwah para nabi, salah satu rukun kenabian, definisi taqwa dan rukun-rukunnya, taqwa dalam al-Qur’an dan as-Sunnah, prinsip tazkiyatun nufus yang benar dan selainnya yang berkaitan. Di akhir perbahasan, beliau membongkar beberapa bentuk kesalahan manhaj tasawuf dalam tazkiyatun nufus yang hanya berlandaskan kepada perasaan dan pengalaman peribadi tokoh-tokoh sufi. Semoga buku ini memberikan bentuk kefahaman yang baru lagi segar dan benar serta berupaya mengajak umat Islam ke jalan yang lurus dalam tazkiyatunnufus…

Total Pages:
235 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest