Mereka Adalah Para Tabi’in
Kisah-kisah Paling Menakjubkan Yang Belum Tertandingi Hingga Hari ini

Title:
Mereka Adalah Para Tabi’in
Kisah-kisah Paling Menakjubkan Yang Belum Tertandingi Hingga Hari ini
Judul Asli (‘Arab): Shuwaru min Hayati at-Tabi’in

Author:
Dr. ‘Abdurrahman Rafa’at Basya

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM48

(Hard Cover)

Weight:
850g

Description:

Di antara langkah menuju sebuah kejayaan adalah dengan melihat dan meneliti sejarah yang telah berlalu. Mengambil contoh dan manfaat dari apa yang telah berlaku dari kegemilangan kehidupan manusia masa lalu. Lebih-lebih lagi sejarah itu adalah sejarah umat Islam dari kurun yang terbaik yang telah mendapat jaminan daripada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Imam Abu Hanifah rahimahullah berkata: “Membaca kisah-kisah para salaf (generasi awal umat Islam) lebih aku sukai daripada persoalan fiqh (hukum/hakam Islam).” Ini adalah kerana, dengan memahami kisah-kisah para ulama generasi salaf, kita akan memperolehi lebih banyak, sama ada sejarah, contoh tauladan, mahupun fiqh itu sendiri.

Dengan memahami sejarah ulama generasi awal juga akan membuka jalan kepada kita kepada agama. Kerana agama itu tidak akan sampai kepada kita melainkan melalui generasi terdahulu dan dengan mengenali mereka. Tanpa mengenali mereka, maka kita pun tidak tahu dari siapa mahu kita mengambil agama. Dan agama yang benar, diambil pula dari golongan yang terbaik. Imam Ibnu Sirin rahimahullah berkata: “Ilmu adalah agama, maka lihatlah dari siapa kamu mengambil ilmu.

Maka, dengan buku ini, insyaAllah anda mampu meneliti serba-sedikit perjalanan hidup dan contoh tauladan dari generasi manusia terbaik dari kalangan Tabi’in yang telah berguru dan mengambil ilmu daripada kalangan sahabat (anak didik Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam). Di antara kisah yang dipaparkan adalah tentang Atha’ B. Rabah, ‘amir B. ‘Abdillah at-Tamimi seorang yang zuhud, Urwah B. Zubair ibarat lelaki Syurga, ‘Umar B. ‘Abdul ‘Aziz seorang pemerintah yang adil, Hasan al-Basri seorang ilmuan yang sangat agung, Muhammad B. Sirin seorang ulama hadis dan wara’, Salamah B. Dinar, Sa’id B. Musayyab, Sa’id B. Jubair yang dibunuh oleh penguasa zalim, Muhammad B. Watsi’ guru kepada para imam, Thawus B. Kaisan, Rufai’ B. Mihraan, Ahnaf B. Qais, Abu Hanifah, dan beberapa yang lainnya dari kisah-kisah yang sangat menakjubkan yang wajar untuk ikuti sebagai contoh.

Total Pages:
416 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest