Bersanding Dengan Bidadari Syurga

Title:
Bersanding Dengan Bidadari Syurga
Judul Asli (‘Arab): Kaifa Tarfa’u Darajataka fil Jannah

Author:
Dr. Muhammad B. Ibrahim an-Naim

Publisher:
Daar an-Naba’

Price:
RM20

Weight:
300g

Description:

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (maksudnya): Sesungguhnya penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengari sesiapa pun memanggil suami-suami mereka dengan suara seperti itu. Mereka mendendangkan, “Kami daripada wanita-wanita pilihan yang terbaik, kami isteri kaum yang mulia.” Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan. Dan mereka juga mendendangkan, “Kami wanita yang kekal tidak akan mati, kami aman tidak pernah takut. Dan kami wanita yang setia tidak akan pergi”.” (Rujuk: Shohih al-Jami’, no. 1557)

Masuk ke Syurga dan bersama-sama dengan para bidadarinya adalah impian bagi setiap orang yang beriman (malah sesiapa sahaja sekiranya melihatnya). Perkara ini adalah sebagaimana yang diungkapkan oleh Malaikat Jibril di ketika Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkannya naik untuk menyaksikan keindahan dan kenikmatan syurga setelah penciptaannya. Lalu malaikat Jibril berkata kepada Allah, “Wahai Allah, tidaklah seorang pun dari makhluk-Mu yang melihatnya pasti ia akan ingin memasukinya.”

Begitulah sebuah ungkapan yang menakjubkan dan penuh keagungan. Sesiapa yang memahami hakikat ini dan mengimaninya sudah pasti akan sentiasa merinduinya. Rindu untuk memasukinya. Dari itu, tidakkah anda tertarik dengannya? Tidakkah anda ingin melamar dan menyuntingnya? Tidakkah anda ingin bersama dengannya sang bidadari di dalam kamar-kamar yang bertatahkan darmakatu (debu) putih, dan sangat harum baunya?

Dengan itu, insyaAllah buku yang dihulurkan ke hadapan anda ini adalah di antara sebuah tulisan yang akan membimbing kita semua menuju Allah, dan memimpin kita semua menuju syurga-Nya yang di dalamnya ada pelbagai kenikmatan, ada bidadari bermata jeli yang telah lama merindukan anda. Buku ini lengkap dengan penjelasan dan keterangan dari dalil-dalil yang akurat serta memiliki nilai ilmiah yang tinggi. Fakta-fakta al-Qur’an dan as-Sunnah tidak sekali-kali akan berdusta. Bersedialah untuk bertemu bidadari Syurga…

Total Pages:
199 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest