al-Kaba’ir
Dosa-dosa Yang Membinasakan

Title:
al-Kaba’ir (Dosa-dosa Yang Membinasakan)
Judul Asli (‘Arab): al-Kaba’ir

Author:
Imam ad-Dzahabi
Dengan Syarah oleh Syaikh Muhammad Soleh al-‘Utsaimin

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM68 (Hard Cover)

Weight:
1.2kg

Description:

Dosa adalah apabila melakukan setiap jenis perbuatan yang melanggar aturan dan ketetapan hukum Allah. Dosa yang dilakukan boleh menjadi sebab diturunkan siksa sama ada secara khusus mahupun kepada pelakunya. Sekiranya siksa yang diturunkan atau yang diancamkan kepada pekaku dosa adalah bersifat khusus, maka ia termasuk jenis dosa-dosa yang besar dan berat. Ini adalah seperti dosa zina, membunuh, dan selainnya. Manakala dosa-dosa kecil adalah dosa yang padanya tiada ancaman siksa yang bersifat khusus. Namun, dosa-dosa kecil sekiranya dilakukan secara rutin, ia akan mengumpul menjadi dosa yang besar.

Dosa adalah merupakan tipu daya syaitan yang sering dimasukkan ke dalam hati-hati manusia supaya mereka selalu melakukannya, dan akhirnya meremehakannya. Sebenarnya, kita sama sekali tidak boleh mengambil sikap meremehkan dosa walaupun yang kecil. Kerana dosa-dosa kecil yang dilakukan secara berulang-ulang atau berterusan akan menjadi dosa yang besar.

Buku yang diambil dari Syarahan Syaikh Muhammad B. Soleh ‘Utsaimin ini adalah merupakan penjelasan terhadap Kitab al-Kaba’ir tulisan Imam adz-Dzahabi. Buku ini memberi penjelasan berkaitan jenis-jenis amal perbuatan yang termasuk ke dalam kategori dosa besar dengan merujuk kepada dalil-dalil al-Qur’an, as-Sunnah dan perkataan para sahabat.

Semoga buku ini dapat menjadi nasihat yang bermanfaat dan peringatan kepada kita semua untuk sentiasa menjaga diri dari perbuatan dosa. Tidak ada seorang pun yang luput dari kesalahan dan dosa, dan sebaik-baik orang yang melakukan kesalahan (dosa) adalah mereka yang mahu bertaubat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Total Pages:
497 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest