Membongkar Dunia Klinik & Perdukunan Berkedok Karomah

Title:
Membongkar Dunia Klenik & Perdukunan Berkedok Karomah

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM28 (Hard Cover)

Weight:
400g

Description:

Keyakinan dan kepercayaan masyarakat terhadap konsep “perubatan alternatif” yang berbau mistik dan keajaiban dengan sandaran agama masih begitu kuat sekali. Walaupun ianya jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip agama itu sendiri. Walau apapun gelarannya, seperti dukun, pawang, bomoh, orang pintar, tok kiyai, tuan wali, tuan guru dan seumpamanya, hakikatnya ia tetap sama. Iaitu sama-sama dalam penyimpangan yang merosakkan aqidah umat Islam. Aktiviti dan amalan operasi mereka yang sering-kali di-atasnamakan atau dibalut dengan simbol-simbol agama Islam telah sangat banyak memperdayakan orang awam serta menimbulkan banyak kekecohan serta penipuan.

Dari itu, sewajarnyalah kita semua berusaha memahami sipakah dia yang dimaksudkan dengan dukun, pawang, tuan guru, serta rakan-rakan seangkatan mereka yang sebenarnya. Apakah ciri-ciri mereka? Kenapa mereka dianggap menyimpang dari aqidah Islam sedangkan mereka dilihat sebagai pengamal perubatan Islam? Bagaimanakah mengenali dan mematahkan sepak terajang mereka, dan apakah bentuk-bentuk kejahatan mereka terhadap masyarakat dan agama. Bagaimana mereka boleh berhubung dengan jin dan syaitan bagi menjayakan misi kesyirikan mereka. Bagaimana untuk berhadapan dan mendinding diri daripada semua gangguan mereka? Apakah sebenarnya yang dimaksudkan sebagai perubatan Islam itu sendiri?

InsyaAllah, semuanya terjawab melalui buku yang berada di hadapan anda ini. Penulis berusaha mengulas dan mengupas pelbagai praktik kesyirikan dan sepak terajang dunia perdukunan yang bertopengkan karomah, nama ustaz dan agama Islam. Di samping itu, buku ini turut dilengkapi dengan nota tentang konsep perubatan Islam yang sebenar sama ada dari kaca mata sains mahupun doa (ruqyah). Ia membawakan sama tatacara menghindarkan diri dari gangguan syaitan dan sihir serta cara-cara menghilangkannya apabila terkena. Semoga buku ini dapat memberi sedikit-sebanyak pendedahan, input, dan maklumat yang bermanfaat agar diri kita semua terhindar dari pelbagai bentuk kesyirikan ajaran si wali syaitan.

Total Pages:
261 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: [email protected] untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest