Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari’at Islam

Title:
Kedudukan as-Sunnah Dalam Syari’at Islam

Author:
Yazid B. ‘Abdul Qadir Jawas

Publisher:
Pustaka at-Taqwa

Price:
RM16

Weight:
kurang 200g

Description:

Segala puji bagi Allah Ta’ala yang menurunkan al-Qur’an kepada Rasul-Nya, Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan memberikan hak dan keupayaan kepada beliau untuk menjelaskan al-Qur’an. Sehingga dengan al-Qur’an dan as-Sunnah itulah manusia mendapat petunjuk ke jalan yang lurus. Tidak ada jalan yang benar melainkan jalan al-Qur’an dan as-Sunnah menurut kefahaman Salafus Sholeh, mengamalkan keduanya, berdakwah mengajak umat Islam untuk berpegang teguh kepada keduanya, serta istiqomah dan konsisten di atas keduanya.

Umat Islam sejak zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meyakini bahawa as-Sunnah merupakan sumber ajaran Islam yang memeprjelaskan maksud-maksua al-Qur’an. Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berpesan, “Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang kamu tidak akans esat selagi mana kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitabullah dan sunnahku.”

Melalui buku ini, penulis menjelaskan kedudukan as-Sunnah sebagai pembelaan terhadapnya yang selalu diserang, diselewengkan, dan dimanipulasi oleh musuh-musuh Islam dan orang-orang kafir, munafiq, ahlul bid’ah, orientalis, serta para pengikutnya. Buku ini tampil membentangkan perbahasan tentang kedudukan as-Sunnah dalam syari’at Islam, bermula dengan persoalan definisinya dan perbezaannya dengan bid’ah, sanad dan matan, kedudukannya, pentingnya mengikutinya, hubungan as-Sunnah dengan al-Qur’an, as-Sunnah dan para penentangnya, jawaban tehadap para penentang as-Sunnah, bantahan terhadap penentang khabar ahad, dan beberapa isu yang lain.

Mudah-mudahan penjelasan melalui buku ini dapat difahami, diamalkan dan bermanfaat bagi kita semua…

Total Pages:
186 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest