Buku Putih Dakwah Salafiah


Title:
Buku Putih Dakwah Salafiah

Author:
Ustaz Zainal Abidin B. Syamsudin

Publisher:
Pustaka Imam Abu Hanifah

Price:
RM28

Weight:
400gram

Description:


Sesungguhnya Allah telah meninggikan kedudukan as-Sunnah dan mewajibkan kepada para hamba-Nya untuk mencintai dan mengikutinya, serta memelihara kehormatan Ahli Sunnah wal-Jama’ah, kerana mereka menjaga dan menghormati as-Sunnah. Merekalah pengikut Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa sallam yang setia dan sabar menyusuri jalan kebenaran yang licin dan terjal, melewati onak dan duri, sehingga mungkin tersiksa umpama memegang bara api. Mereka tekun mempelajari, mengamalkan, dan mendakwahkan Sunnah Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, kerana itulah mereka adalah kaum yang paling berhak menyandang sebutan Ahli Sunnah yang juga dikenali dengan sebutan Salafiyyun (pengikut generasi awal umat Islam).

Salaf ialah generasi yang hidup pada zaman sabahat dan generasi setelahnya sehingga tabiut tabi’in dan yang mengikuti as-Sunnah dengan baik walaupun jarak masa mereka jauh. Bahkan kerana harumnya sebutan Ahli Sunnah, banyak pula kelompok dan golongan agama Islam yang ada di mana pun, termasuk di Indonesia, Malaysia, dan asia ini sentiasa menyebut diri mereka dengan sebutan Ahli Sunnah. Namun, kepelbagaian aliran atau kelompok yang mengatas-namakan dirinya sebagai Ahli Sunnah tersebut lantas mengundang pertanyaan, mana-kah Ahli Sunnah yang sejati?

Ahli Sunnah wal-Jama’ah adalah mereka yang berpegang teguh kepada Sunnah, aqidah, dan akhlak Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam, para sahabatnya, dan orang-orang yang mengikut jejak dan jalan mereka, sama ada dalam urusan aqidah, perkataan mahupun perbuatan, juga mereka yang istiqomah (konsisten) dalam ber-ittiba’ (mengikuti Sunah Nabi) dan menjauhi perbuatan bid’ah. Mereka itulah golongan yang tetap menang dan sentiasa ditolong Allah ‘Azza wa Jalla sehingga ke hari kiamat.

Ahli Sunnah wal-Jama’ah disebut juga sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat), karena mereka merupakan kelompok yang besar dan jama’ah yang majoriti (yang berada di atas kebenaran sejak zaman Nabi, para sahabat dan seterusnya). Mereka bukanlah kelompok serpihan atau minoriti yang menyimpang dari al-Qur’an, as-Sunnah dan ljma’ Umat, dan sentiasa menimbulkan perpecahan, kebid’ahan, dan kesesatan. Maka sesiapa yang berbicara dengan al-Kitab dan as-Sunnah serta Ijma’, ia termasuk Ahli Sunnah wal-Jama’ah.

Kenyataan membuktikan, bahawa di ketika ini terdapat begitu banyak kelompok yang bersikap serong terhadap dakwah salafiah. Bahkan mereka menyerang dakwah salafiah yang mulia ini dengan berbagai macam cara, sama ada yang bersifat fizikal atau pun mental, seperti pemulauan, penutupan tempat pembelajaran, dan gangguan tempat-tempat ibadah.

Itu terjadi antaranya kerana kejahilan mereka terhadap kebenaran manhaj dan hakikat dakwah salafiah, atau kedengkian akan perkembangan dakwah salafiah yang telah mula berkembang pesat, sehingga para tokoh kelompok tersebut merasa bimbang populariti dan kepentingannya terganggu.

Lalu fitnah dan syubhat pun ditebar, umat yang awam dimomokkan, dengan tujuan supaya mereka membenci dakwah salafiah, atau sekurang-kurangnya enggan hadir ke majlis-majlis untuk menimba ilmu dari para juru dakwah yang mengibarkan panji-panji Sunnah. Akhirnya, tanpa sedar mereka masuk ke dalam firman Allah, “Apabila dikatakan kepada mereka, “Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah telah turunkan dan kepada hukum Rasul”, nescaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.” (Surah an-Nisaa’, 4: 61)

Maka, inilah antara buku yang berusaha untuk tampil memberi peringatan ke atas pelbagai pendustaan terhadap as-Sunnah dan dakwah salafiah, menerangkan bahaya menyelisihinya dan menjelaskan sikap yang perlu diambil oleh seseorang Muslim dalam menghadapi para penentang Sunnah.

Di sini disebutkan juga beberapa ayat, hadis dan atsar yang berbicara tentang keutamaan as-Sunnah, mengenali Ahlus Sunnah, pengagungan terhadap as-Sunnah, rukun-rukun dakwah salafiyah, Siapa pembela dan penentang Sunnah, kemuliaan Sunnah dan pelaku dusta Sunnah Rasul, fenomena penentangan terhadap Sunnah, fenomena Sunah dan bid’ah, dan disegerakannya azab atas orang yang menentangnya atau menjadikannya sebagai bahan olok-olokan, serta sikap para Salaf dalam menghadapinya.

Total Pages:

283 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest