Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia


Title:
Hadits Lemah dan Palsu Yang Populer Di Indonesia

Author:
Ahmad Sabiq B. Abdul Lathif Abu Yusuf

Publisher:
Pustaka al-Furqon

Price:
RM32

Weight:
500g

Description:


“Hadits” secara istilah adalah segala sesuatu yang disandarkan kepada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi Wa Sallam sama ada berupa ucapan, perbuatan, ketetapan, tingkah-laku atau-pun sifat jasad beliau. (Lihat: Taisir Mushtholah Hadits oleh Syaikh Mahmud ath-Thohhan, m/s. 14)

Pengertian ini sama dengan pengertian as-Sunnah, khabar dan atsar. Berkata al-Hafiz Ibnu Hajar, “Menurut ulama ahli hadits bahawa khabar itu sama dengan hadits, dan ada yang mengatakan bahawa hadits adalah yang datangnya daripada Rasulullah manakala khabar adalah yang datang dari selain beliau. Juga ada yang berpendapat bahawa semua hadits itu khabar namun tidak semua khabar itu hadits.” (Lihat: Nuzhatun Nadhor ma’a Nukat, m/s. 52)

Hanya cuma sebahagian dari para ulama membezakan di antara hadits dengan atsar, mereka mengatakan bahawa hadits itu jika datangnya dari Rasulullah sedangkan kalau datangnya dari para sahabat maka disebut atsar. (Lihat: Dirosat fi Ulumil Hadits oleh Isma’il Salim Abdul ‘All, m/s. 7. al-Hadits an-Nabawi oleh Muhammad as-Shobbagh, m/s. 15)

Adapun lemah, dalam bahasa Arabnya (adh-dhoifu) yang secara bahasa bererti lawan kepada kuat, sama ada tidak kuat secara fizik atau pun maknawi. Dan yang dimaksudkan di sini ialah tidak kuat secara maknawi.

Dari sini dapat kita simpulkan bahawa hadits lemah adalah hadits yang tidak memiliki kriteria hadits sahih dan hasan. Atau dengan bahasa yang lebih baik lagi bahawa hadits lemah adalah hadits yang tidak memiliki kriteria untuk diterima. (Lihat Muqoddimah Ibnu Sholah, m/s. 37. Tadriburrawi oleh Imam as-Suyuthi, 1/179. Ikhtishor Ulum Hadits oleh Imam Ibnu Katsir, m/s. 44. Taudhihul Afkar oleh Imam ash-Shon’ani, m/s. 7/247)

Syarat dan kriteria supaya sesebuah hadits dapat diterima adalah:

1. Sanadnya bersambung.
2. Perowinya dhabit (hafalanya bagus) baik secara sempurna ataupun agak berkurang sedikit.
3. Para perawinya ‘adil (terpercaya).
4. Selamat dari syudzudz.
5. Selamat dari sebuah ‘Hat qodihah” (sebuah cacat yang memberi kesan kepada kesahihan hadits).

Untuk mengetahui permasalahan ini dengan luas, silahkan menelusurinya pada kitab-kitab para ulama mushtholah hadits.

Bagaimana hukum jika meriwayatkan hadits-hadits lemah/dhoif, mengamalkan hadits Dhoif, dan apa saja hadits lemah dan palsu yang populer di Indonesia, para pembaca boleh semak melalui buku ini. Ia juga merangkumi hadits-hadits yang biasa diamalkan di Malaysia juga, tetapi rupa-rupanya ada yang tidak sahih.

Pembahasan Buku ini:

BAB 1 HADITS LEMAH, PENGERTIAN DAN HUKUM MERIWAYATKAN SERTA MENGAMALKANNYA

A. Pengertian Hadits Lemah
A. Pengertian Hadits Palsu
B. Sejarah Munculnya Hadits Palsu.
C. Sebab-sebab Pemalsuan Hadits
D. Ciri-ciri Hadits Palsu
E. Hukum Meriwayatkan Hadits Lemah
F. Hukum Mengamalkan Hadits Lemah

BAB 2 HADITS PALSU, PENGERTIAN DAN UKUM MERIWAYATKAN SERTA
MENGAMALKANNYA

F. Hukum Meriwayatkan Hadits Palsu
G. Hukum Mengamalkan Hadits Palsu

BAB 3 UPAYA PARA ULAMA DALAM MENENTANG HADIS LEMAH DAN PALSU

Hukum Memalsukan Hadits

BAB 4 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM BAB ILMU DAN AMAL

BAB 5 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM AQIDAH

BAB 6 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM THOHAROH

BAB 7 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM SOLAT

BAB 8 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PENGURUSAN JENAZAH

BAB 9 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM ZAKAT DAN SEDEKAH

BAB 10 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PUASA

BAB 11 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM HAJI DAN UMRAH

BAB 12 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM PERNIKAHAN,PERCERAIAN & ANAK

BAB 13 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM MU’AMALAH

BAB 14 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM MAKANAN DAN MINUMAN

BAB 15 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM ADAB DAN AKHLAK

BAB 16 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM HUKUM DAN JENAYAH

BAB 17 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM DO’A, DZIKIR DAN AL-QUR’AN

BAB 18 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM JIHAD DAN PEMERINTAHAN

BAB 19 HADITS LEMAH DAN PALSU DALAM BERBAGAI MASALAH AGAMA

INDEKS HADITS LEMAH DAN PALSU.


Total Pages:

342 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest