Meraih Puncak Ihsan


Title:
Meraih Puncak Ihsan

Author:
Prof. Dr. Falih B. Muhammad B. Falih ash-Shughayyir

Publisher:
Darus Sunnah

Price:
RM39

Weight:
600g

Description:


Syari’at Islam amat mengambil berat semua keperluan manusia, sama ada yang berkaitan dengan kemaslahatan peribadinya ataupun lingkungan sosial tempat tinggalnya, tanpa membeza-bezakan bangsa, warna kulit, jantina, ataupun status sosialnya. Kerana yang menjadi pembeza antara seseorang muslim dengan yang lainnya hanyalah satu iaitu ketakwaannya.

Berdasarkan ketakwaan inilah, seseorang akan mendapat kemuliaan atau kehinaan. Sebagaimana firman Allah Ta’ala, “Sesungguhnya yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa… ” (Surah al-Hujurat, 49: 13)

Di antara perkara yang boleh dijadikan sebagai petunjuk atau tanda-tanda ketakwaan seseorang adalah perilaku dan tindak-tanduknya yang baik terhadap sesiapa sahaja dan dalam segala perkara. Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam sangat mementingkan masalah ini. Hal tersebut jelas sekali dapat dilihat dalam setiap perintah, larangan, perbuatan, ucapan, dan ketetapannya sebagai penguat atas apa yang terdapat dalam al-Qur’an.

“…dan berbuat baiklah (ihsan). Sesungguhnya, Allah menyukai orang-orang yang berbuat baik (ihsan).” (Surah aI-Baqarah, 2: 195)

Ihsan merupakan kedudukan tertinggi dalam berhubungan dengan Allah dan makhluk-Nya, sehingga begitu banyak ayat-ayat dalam al-Qur’an serta hadis yang menunjukkan perkara tersebut. Di antaranya adalah firman Allah Ta’ala (maksudnya), “Sesungguhnya, Allah bersama orang-orang yang bertakwa dan orang-orang yang berbuat kebaikan (ihsan).” (Surah an-Nahl, 16: 128)

Ihsan merupakan akhlak mulia yang perlu sentiasa diamalkan oleh setiap muslim dalam setiap waktu dan segala urusannya. Syaikh al-Jazairi mengingatkan betapa pentingnya berbuat baik dalam segala aspek kehidupan dan dalam urusan agama. Sangat tepat dan cukuplah dinukilkan di sini untuk menerangkan pentingnya ihsan. Syaikh berkata, “Pengertian ihsan dalam persoalan ibadah adalah melaksanakan ibadah sama ada berupa solat, puasa, haji atau selainnya dengan benar, memenuhi syarat dan rukunnya, memenuhi sunnah dan adabnya. Hal ini tidak mampu dilakukan dengan sempurna, melainkan apabila ia merasa bahawa ia melihat Allah Ta’ala ataupun jika tidak, maka ia merasa bahawa Allah pasti melihat dan mengawasi dirinya. Apabila perasaan ini sudah terpahat dalam dirinya, maka sangat mudah baginya untuk melaksanakan ibadah dengan baik dan benar, bersesuaian dengan apa yang diperintahkan. Inilah yang disampaikan Nabi Shallallahu Alaihi wa Sallam dalam sabdanya,


“Ihsan adalah engkau menyembah Allah seakan-akan engkau melihat-Nya, jika engkau tidak mampu melihat-Nya, sesungguhnya Allah pasti melihatmu.” (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim)

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam juga bersabda, “Sesungguhnya Allah mewajibkan untuk berbuat baik (ihsan) kepada setiap sesuatu. apabila kamu hendak membunuh, maka bunuhlah dengan cara yang baik. Apabila kamu hendak menyembelih, maka sembelihlah dengan cara terbaik, iaitu dengan menajamkan pisaunya, dan hendaklah menjadikan haiwan sembelihannya selesa (tidak tersiksa).” (Hadis Riwayat Muslim)

Seterusnya, apa sebenarnya ihsan tersebut dan bagaimana mahu mencapainya serta apa kriterianya? Jawabannya boleh para pembaca temui melalui buku ini. Ia membahaskan secara terperinci tentang makna ihsan dan bagaimana cara berbuat ihsan kepada Allah, ibu bapa, keluarga, anak-anak, saudara mara, jiran tetangga, sesama umat Islam, dengan orang kafir, alam sekitar kita, ihsan dalam beramal, dan dalam menyampaikan sesuatu kebenaran. Sebagai penutup, penulis juga menyebutkan hikmah dan kesan-kesan ihsan dalam kehidupan seseorang.

Total Pages:

308 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest