Wanita Karir



Title:
Wanita Karier
Judul Asal (Arab): Hukmu ‘Amal al-Mar’ah fii al-Fiqh al-Islami

Author:
Syaikh Adnan B. Dhaifullah Alu asy-Syawabikah

Publisher:
Pustaka Imam asy-Syafi’i

Price:
RM32

Weight:
500g

Description:


Dalam Islam, kaum wanita sangat dihomati dan dimuliakan kedudukannya. Kedatangan Islam sendiri di antara lain, memiliki misi mengangkat dan memuliakan martabat dan darjat kaum wanita yang pada ketika itu dianggap sebagai pemuas nafsu lelaki, terhina, tidak memiliki nilai di mata masyarakat, dianggap seperti hamba, sehingga dibunuh sebaik dilahirkan.

Seiring dengan beredarnya masa dan zaman, setelah darjat kaum wanita diangkat oleh Islam, persoalan dan permasalahan baru pula muncul. Kaum hawa ini menuntut pula persamaan hak dengan kaum lelaki di ruang umum. Mereka mahu menonjolkan diri sebagai golongan terpandang dan berkerjaya. Mereka juga mahu menjadi golongan wanita profesional dan terkenal.

Persoalannya, bagaimana persoalan tersebut dilihat dari perspektif Islam? Adakah Islam melarang wanita untuk keluar berkerja, melibatkan diri dengan politik, dan melarang menjadi seperti kebanyakan wanita-wanita barat di luar sana? Bagaimana pula dengan tugas mereka selaku seorang ibu, isteri dan gadis yang perlu sentiasa menjaga kehormatan mereka?

Maka, buku ini merungkai persoalan tersebut. Ia memulakan perbahasannya berkaitan Keutamaan dan Kedudukan wanita di sisi Islam, seterusnya perbahasan berkaitan keterlibatan wanita dalam dunia politik, perubatan, pendidikan, ternakan, perniagaan, pertanian, nyanyian, dan seumpamanya… Seterusnya, pembaca diajak untuk membezakan di antara pekerjaan yang dibolehkan diisi oleh wanita dan sebaliknya juga perbahasan pekerjaan yang tidak dibolehkan. Turut dibahaskan adalah sejauh mana dibolehkan wanita untuk keluar rumah untuk bekerja. Dari sudut tanggungjawab mereka sebagai wanita (isteri dan ibu), serta peribadi mereka sendiri (aurat dan keselamatan).

Total Pages:

338 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest