Misteri Umur 40 Tahun



Title:
Misteri Umur 40 Tahun
Judul Asal (Arab): Ya… Ibnal Arba’in

Author:
Ali Bin Sa’id Bin Da’jam

Publisher:
Pustaka at-Tibyan

Price:
RM15

Weight:
200g

Description:


Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam diangkat oleh Allah Ta’ala menjadi Rasul ketika berusia 40 tahun. Demikian pula para Nabi dan Rasul yang lainnya.

Allah menyebutkan dalam firman-Nya (maksudnya):

“… Sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya mencecah 40 tahun…” (Surah al-Ahqaf, 15)

ats-Tsa’labi berkata, “Sesungguhnya Allah menyebutkan umur 40 tahun kerana menunjukkan batasan abgi manusia, sama ada dalam kejayaan atau keselamatannya.”

Ibrahim an-Nakha’i (seorang Tabi’in) berkata, “Mereka (para salaf) berkata bahawa sekiranya seseorang telah mencapai usia 40 tahun dan berada pada suatu aras perangai tertentu, maka ia akan sukar untuk berubah sehingga datangnya kematiannya.”

Para pakar kesihatan mengatakan bahawa penyakit kencing manis (sebagai contoh) sekiranya menimpa seseorang sebelum usia 40 tahun bererti kerana faktor keturunan, namun sekiranya datangnya setelah usia 40 tahun, bererti kerana sebab tertentu.

Bahkan ada yang mengatakan bahawa usia 40 tahun adalah masa remaja kedua bagi seseorang.

Ada juga yang mengatakan bahawa keberhasilan seseorang dapat dilihat dari apa yang terjadi padanya ketika usia mencecah 40 tahun.

Dan secara umumnya, uban mendatangi rambut seseorang pada masa usia tersebut, walaupun ada yang datang lebih awal.

Lalu ada apa sebenarnya dengan usia 40 tahun?! Benarkan demikian keadaannya?! Apa pandangan para ulama berkenaan dengannya?

Jika anda orang yang telah mencapai usia 40 tahun atau mendekati usia tersebut atau pun masih kurang darinya, dan anda termasuk yang mengambil peduli dengan hasil hidup serta memandang berharganya sebuah waktu dan kesempatan, maka hendaklah anda memiliki dan membaca buku ini.

Anda akan dapati sebuah jawaban yang jelas dan tuntas yang akan menghilangkan sikap gusar anda sendiri tentang makna dan rahsia di sebalik usia 40 tahun. Selamat menyemak, semoga bermanfa’at!! Aamiin… Yaa Rabbal ‘Aalamiin….


Total Pages:

128 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.


Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest