Syarah Lum’atul I’tiqod
Title:
Syarah Lum’atul I’tiqod

Author:
Imam Ibnu Qudamah
Syarah oleh: Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin

Publisher:
Media Hidayah

Price:

RM20
Weight:
350g

Description:

Buku ini adalah terjemahan dari kitab Syarah Lum’atul I’tiqod karya Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah. Ia adalah karya asal milik Imam Ibnu Qudamah (Wafat: 629H) dengan judul Lum’atul I’tiqod al-Haadii ilaa Sabilir Rasyad. Buku ini adalah antara deretan buku-buku aqidah yang amat penting karya para ulama ahlus sunnah wal-jama’ah di zaman salaf yang masyhur. Ianya membahas inti sari aqidah Islam secara tuntas supaya umat Islam dapat memahami aqidah yang benar dan murni.
Di antara perbahasan dalam buku ini lebih menjurus kepada penjelasan al-Asma’ wa ash-Shifat, kaedah-kaedah memahaminya, methodologi ahlus sunnah dalam berinteraksi dengan nama-nama dan sifat-sifat Allah Subhanahu wa Ta’ala, serta beberapa bantahan terhadap sebahagian kelompok yang menyimpang dalam persoalan ini.
Selain itu, turut dibahaskan melalui buku ini adalah soal Qadha dan Qadar, Takdir, iman itu perbuatan dan amal, iman kepada Rasul, iman kepada azab kubur, fitnah kubur, hadis-hadis hari kebangkitan, al-hisab, al-mizan, ciri-ciri telaga, ciri-ciri titian shirath, syafa’at, sifat-sifat syurga dan neraka, hak-hak nabi dan para sahabatnya, hukum mengkafirkan orang Islam atas alasan maksiat, hukum mencela para sahabat, hukum mentaati khilafah, hukum memulaukan ahli bid’ah, tanda-tanda ahli bid’ah, seterusnya sehingga kepada perbahasan ringkas tentang ijma’, taklid, dan mazhab.
Semoga kehadiran buku ini mampu menjadi tambahan ilmu yang membantu dalam memahami aqidah dengan lebih mendalam lagi. Yang mampu meyakinkan dan memperkenalkan kita terhadap aqidah ahlus sunnah wal-jama’ah yang sebenar. Sekaligus mampu menjadi benteng penepis pelbagai syubhat kerosakan tauhid yang terus menggila pada hari ini.
Total Pages:
288

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest