Penjelasan Ringkas Matan al-Aqidah ath-Thahawiyah


Title:
Penjelasan Ringkas Matan al-Aqidah ath-Thahawiyah
Judul Asli: at-Ta’liqat al-Mukhtasharah ala Matni al-‘Aqidah ath-Thahawiyah
Author:
Imam ath-Thahawiyah
Syarah oleh Syaikh Dr. Soleh B. ‘Abdullah al-Fauzan

Publisher:

Darul Haq

Price:

RM47


Weight:

800g

Description:

Mengingat betapa pentingnya peranan tauhid dalam kehidupan manusia, maka mempelajarinya adalah suatu keutamaan agar kita menjadi Muslim yang benar-benar berpijak di atas bashirah (penjelasan) dan berdasarkan akidah yang sahih. Di antara kitab yang dianjurkan oleh para ulama untuk dipelajari sebagai pegangan adalah sebuah kitab yang ditulis oleh Imam Abu Ja’far ath-Thahawi, ulama abad ketiga di Mesir, yang kitab tersebut kemudian lebih dikenali dengan sebutan al-‘Aqidah ath-Thahawiyah.
Kitab ini diterima secara meluas oleh para ulama, sehingga banyak di antara mereka yang menulis syarah atau penjelas atas kitab tersebut. Meskipun perlu diketahui, bahawa ada di antara kitab-kitab syarah tersebut yang justru merosak dan memutarbalikkan kebenaran yang ada di dalamnya, sehingga syarah mereka masih terus perlu diteliti-ulang dan diluruskan kerana bertentangan dengan akidah yang dimaksudkan oleh Imam Abu Ja’far ath-Thahawi. Ini adalah kerana ada di antara mereka yang mensyarahkan kitab ath-Thahawiyah ini dengan ideologi yang sesat lagi menyimpang.
Sebaliknya, di antara kitab-kitab syarah yang lurus lagi bersih adalah kitab yang ada di tangan anda ini, yang judul aslinya adalah: at-Ta’liqat al-Mukhtasharah ‘Ala Matni al-Aqidah ath-Thahawiyah. Kitab ini memiliki keunggulan yang patut dihayati oleh setiap Muslim yang ingin mempelajari dasar-dasar akidah Ahlus Sunnah wal-Jama’ah berdasarkan Manhaj as-Salaf ash-Sholeh. Syaikh Dr. Sholeh B. ‘Abdullah B. Fauzan al-Fauzan, beliau menempuh methode yang sederhana dan mudah dicerna oleh setiap semua peringkat masyarakat, tanpa mengurangi nilai ilmyiah yang memang dimuatkan oleh dasar-dasar masalah yang diusung oleh manuskrip aslinya.
Keunggulan lainnya yang sebenar turut dapat dilihat melalui cacatan yang beliau berikan terhadap beberapa poin dari matan ath-Thahawiyah yang sebahagian ulama dianggap sebagai tidak selari dengan Ahlus Sunnah wal-Jama’ah. Ertinya, kekurangan dan masalah-masalah yang mengandungi kritikan dalam matan aslinya diluruskan, diberi pencerahan, dan dilengkapi oleh penulis dengan nota-nota ilmiyah. Sekaligus menunjukkan bahawa beliau memang seorang ulama yang memiliki kapasiti untuk mensyarah kitab seumpama al-‘Aqidah ath-Thahawiyah. Sisi lain yang juga menambah kekuatan kitab ini adalah setiap hadis dan atsar yang dijadikan dalil oleh Syaikh telah ditakhrij dari rujukan-rujukan yang sahih.
Semoga kita termasuk orang yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti yang terbaik darinya.
Total Pages:

372

More Information/payment:

Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:

Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest