Cara Mudah Mencari Rezeki

Title:
Cara Mudah Mencari Rezeki
Judul Asli: Hammu al-Rizqu

Author:
Fuad Shalih
Publisher:
Pustaka at-Tazkia

Price:

RM10
Weight:
150g

Description:

Bukankah Allah telah menetapkan pembahagian rezeki kepada setiap hambanya, tetapi kenapa kita masih tetap perlu bekerja? Adakah dengan keluar bekerja akan mempengaruhi bertambah atau berkurangnya rezeki?
Allah Subhanahu wa Ta’ala juga ada menjelaskan bahawa rezeki turut dipengaruhi oleh ketaatan dan kemaksiatan. Jadi, sejauh manakah perlu kita fahami konsep tersebut? Seterusnya, adakah bekerja keras mencari rezeki termasuk perbuatan yang menolak aspek tawakkal dalam beragama, atau adakah bertawakkal menolak sama sekali konsep perlu keluar bekerja mencari nafkah?
Benarkah kefakiran dan kemiskinan boleh menyebabkan kekufuran? Apakah sebab-sebab kefakiran dan bagaimana mengatasi dan mengelak darinya? Kemudian, bagaimana untuk mengelakkan diri dari memakan harta haram dan rezeki yang haram?
Oleh itu, buku ini pun berusaha menjawab setiap eprsoalan tersebut dengan baik sekali. Penulis berusaha memberikan motivasi kepada setiap umat Islam (para pembaca) agar keluar bekerja mencari rezeki tanpa mengabaikan kewajiban sebagai seorang hamba Allah yang bertauhid. Karena rezeki dan umur adalah dua perkara yang telah dijamin oleh Allah kepada setiap hamba-Nya. Selama umur masih ada, maka rezeki tetap datang dan mengalir. Kerananya, rezeki dicari, bukan dinanti!
Di antara perbahasan yang paling menarik dari buku ini adalah pada topik tawakkal dalam bekerja. Penulis menjelaskan aspek tawakkal, aspek taqwa, dan aspek syukur sangat memainkan peranan dalam memperolehi rezeki yang barakah. Bahkan tiga aspek utama inilah yang menjadi sebab turunnya rezeki. Sehingga Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda (maksudnya), “Sekiranya kamu bertawakkal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakkal, Allah akan memberikan rezeki kepada kamu sebagaimana Dia memberikan rezeki kepada burung, dia keluar di pagi hari dalam keadaan perut kosong, dan kembali dalam keadaan perut kenyang.” (Hadis Riwayat at-Tirmidzi, 8/342, no. 2266. Hasan Sahih)

Jadi, bagaimana untuk memahami aspek tawakkal, taqwa, dan syukur yang sebenar-benarnya? Maka, insyaAllah buku ini akan membantu para pembaca untuk memahaminya.

Total Pages:
99 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau semakan stok. Layarihttp://galeriniaga.blogspot.com/

Payment:
Bank in/depositkan bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) & sms/email kan nama, alamat penuh anda, serta no. tel untuk urusan penghantaran.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest