VCD Tatacara Pengurusan Jenazah


Nama VCD:
Tatacara Pengurusan Jenazah

Penulis:
Team/Kumpulan al-Markaz

Terbitan/Edaran:
Meccah Agency

Harga:
RM19.00

Berkaitan Buku:

Pengurusan jenazah merupakan perkara ibadah yang telah memiliki tatacara dan kaedah yang baku di dalam syari’at Islam, yang mana bermula dari ketika seseorang itu meninggal, setelah meninggal, ketika dimandikan, dikafankan, disolatkan, dikebumikan, sehinggalah iabdah-ibadah yang lain berkaitan dengan hal kematian, semua telah diatur dengan jelas dalam Islam.

Namun sangat dikesalkan, di kalangan masyarakat kita tidaklah sedikit dari proses penyelenggaraan jenazah ini yang telah mengalami tokok tambah dan pengurangan malah ada pula percampuran dengan adat istiadat yang menyimpang dari hukum-hukum Islam yang asal. Tidak kurang juga yang masih kejahilan dalam persoalan ini yang sememangnya tidak kurang pentingnya kepada kita dan setiap individu muslim yang lainnya. Makanya, dengan VCD ini, anda akan mendapat suatu bimbingan dan gambaran yang jelas dan mudah bagi memahami kaedah-kaedah penyelenggaraan jenazah menurut al-Qur’an dan sunnah yang sahih.

VCD ini juga dilengkapi dengan nota/panduan bertulis ringkas berkenaan solat jenazah. Pack ini mengandungi 1 VCD.

Berat:
100gram

Hubungi:
Saudara Nawawi, 012-6887715, dimensi83@hotmail.com, untuk tempahan, pembelian, atau pesanan.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest