5 Bencana kerana 5 Perkara Maksiat

www.ilmusunnah.com

Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhu berkata:

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menghadap ke arah kami lalu beliau bersabda:

يَا مَعْشَرَ الْمُهَاجِرِينَ خَمْسٌ إِذَا ابْتُلِيتُمْ بِهِنَّ وَأَعُوذُ بِاللَّهِ أَنْ تُدْرِكُوهُنَّ لَمْ تَظْهَرْ الْفَاحِشَةُ فِي قَوْمٍ قَطُّ حَتَّى يُعْلِنُوا بِهَا إِلَّا فَشَا فِيهِمْ الطَّاعُونُ وَالْأَوْجَاعُ الَّتِي لَمْ تَكُنْ مَضَتْ فِي أَسْلَافِهِمْ الَّذِينَ مَضَوْا وَلَمْ يَنْقُصُوا الْمِكْيَالَ وَالْمِيزَانَ إِلَّا أُخِذُوا بِالسِّنِينَ وَشِدَّةِ الْمَئُونَةِ وَجَوْرِ السُّلْطَانِ عَلَيْهِمْ وَلَمْ يَمْنَعُوا زَكَاةَ أَمْوَالِهِمْ إِلَّا مُنِعُوا الْقَطْرَ مِنْ السَّمَاءِ وَلَوْلَا الْبَهَائِمُ لَمْ يُمْطَرُوا وَلَمْ يَنْقُضُوا عَهْدَ اللَّهِ وَعَهْدَ رَسُولِهِ إِلَّا سَلَّطَ اللَّهُ عَلَيْهِمْ عَدُوًّا مِنْ غَيْرِهِمْ فَأَخَذُوا بَعْضَ مَا فِي أَيْدِيهِمْ وَمَا لَمْ تَحْكُمْ أَئِمَّتُهُمْ بِكِتَابِ اللَّهِ وَيَتَخَيَّرُوا مِمَّا أَنْزَلَ اللَّهُ إِلَّا جَعَلَ اللَّهُ بَأْسَهُمْ بَيْنَهُمْ

“Wahai kaum Muhajirin yang hadir, ada 5 perkara yang apabila kalian diuji dengannya, dan aku berlindung kepada Allah semoga kalian tidak bertemu dengannya. Iaitu:

1, Tidaklah muncul suatu perbuatan keji pada suatu kaum sehinggalah kalian melakukannya secara terbuka melainkan akan tersebarlah wabak tha’un dan penyakit-penyakit yang belum pernah ada pada umat-umat sebelum mereka.

2, Tidaklah mereka mengurangi takaran dan timbangan melainkan mereka akan dilanda kekeringan, kemarau, dan kezaliman penguasa terhadap mereka.

3, Tidaklah mereka menahan zakat harta mereka melainkan tidak akan diturunkan kepada mereka hujan dari langit. Dan kalau seandainya bukan kerana haiwan-haiwan ternakan, tentu mereka tidak diberikan hujan.

4, Tidaklah mereka melanggar janji Allah dan janji Rasul-Nya, melainkan Allah menjadikan musuh dari luar menguasai mereka lalu musuh itu merampas apa sahaja yang ada di tangan mereka.

5, Dan selama mana para pemimpin mereka tidak berhukum dengan Kitab Allah dan mendahulukan apa yang Allah turunkan, melainkan Allah akan jadikan permusuhan berlaku sesama mereka.” (Sunan Ibnu Majah, no. 4019. Ath-Thabrani, Al-Mu’jam al-Ausath, no. 4671. Dinilai sahih lighairihi oleh al-Albani)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest