5 Bentuk Perbuatan Meninggalkan dan Memulaukan Al-Quran

Dinukil dari kitab Al-Fawa’id karya Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:ibnul_Qayyim

هجر القرآن أنواع أحدها هجر سماعه والايمان به والاصغاء اليه والثاني هجر العمل به والوقوف عند حلاله وحرامه وان قرأه وآمن به والثالث هجر تحكيمه والتحاكم اليه في أصول الدين وفروعه واعتقاد أنه لا يفيد اليقين وأن أدلته لفظية لا تحصل العلم والرابع هجر تدبره وتفهمه ومعرفة ما أراد المتكلم به منه والخامس هجر الاستشفاء والتداوي به في جميع أمراض القلب وأدوائها فيطلب شفاء دائه من غيره ويهجر التداوي به

Hajrul Qur’an (meninggalkan dan berpaling dari Al-Qur’an) itu ada beberapa bentuk,

yang pertamanya; meninggalkan dari mendengarnya, tidak mengimaninya, dan tidak memberi perhatian padanya.

yang keduanya; meninggalkan beramal dengan Al-Qur’an serta tidak berhenti pada apa-apa yang dihalalkanya dan apa-apa yang diharamkannya, walaupun dia membaca dan mengimaninya.

yang ketiganya; meninggalkan berhukum dengannya dan tidak tahaakum (menetapkan hukum) dengannya sama ada pada permasalahan ushul agama, furu’-furu’nya, mahupun i’tiqad. Bahawasanya mereka menganggap Al-Qur’an tidak memberikan faedah yang meyakinkan (pasti), dan menganggap bahawa dalil-dalil Al-Qur’an hanyalah lafaz-lafaz yang tidak menghasilkan ilmu.

yang keempat; meninggalkan tadabbur (mempelajari dan merenunginya), tidak berusaha memahaminya, dan tidak mencari tahu apa-apa yang dikehendaki oleh Allah dengannya.

yang kelima; meninggalkan berubat dengan Al-Qur’an untuk menyembuhkan segala penyakit hatinya dan meninggalkan mencari kesembuhan dengannya, lalu dia mencari-cari penyembuh sakit yang lainnya seraya berpaling dari berubat dengan Al-Qur’an.”

وكل هذا داخل في قوله وقال الرسول يا رب ان قومي اتخذوا هذا القرآن مهجورا وأن كان بعض الهجر اهون من بعض وكذلك لحرج الذي فى الصدور منه فانه تارة يكون حرجا من إنزاله وكونه حقا من عند الله وتارة يكون من جهة لتكلم به أو كونه مخلوقا من بعض مخلوقاته الهم غيره أن تكلم به وتارة يكون من جهة كفايته وعدمها وأنه لا يكفي العباد بل هم محتاجون معه الى المعقولات والأقيسة أو الأراء أو السياسات وتارة يكون من جهة دلالته وما أريد به حقائقه المفهومة منه عند الخطاب أو أريد به تأويلها واخراجها عن حقائقها الي تأويلات مستكرهة مشتركة وتارة يكون من جهة كون تلك الحقائق وان كانت مرادة فهي ثابتة في نفس الامر أو أوهم أنها مرادة لضرب المصلحة فكل هؤلاء في صدورهم حرج من القرآن وهم يعلمون ذلك من نفوسهم ويجدونه في صدورهم ولا تجد مبتدعا في دينه قط الا وفي قلب حرج من الآيات التي تخالف بدعته كما نك لا تجد ظالما فاجرا الا وفى صدره حرج من الآيات التي تحول بينه وبين ارادته فتدبر هذا لمعنى ثم ارض لنفسك بما تشاء

Semua ini termasuk dalam maksud firman Allah:

“Berkatalah Rasul, “Wahai Rabb-ku, sesungguhnya kaumku menjadikan Al-Qur’an ini sebagai sesuatu yang ditinggalkan.” (Surah Al-Furqan, 25: 30)

Walaupun sebahagian dari bentuk meninggalkan Al-Qur’an itu lebih ringan dari sebahagian yang lain.

Demikian pula dengan rasa berat hati terhadap Al-Qur’an, boleh jadi ianya terjadi kerana kurang yakin bahawa Al-Qur’an itu benar-benar diturunkan dari sisi Allah. Adakalanya keraguan boleh muncul kepada orang yang menerimanya kerana dia juga termasuk makhluk dari makhluk-makhluk-Nya, boleh jadi muncul keraguan padanya kalau Al-Qur’an itu dibisikkan oleh orang lain kepadanya.

Adakalanya keraguan boleh muncul dari mengimani bahawa Al-Qur’an itu telah lengkap, di mana ada di antara manusia yang menganggap tidak cukup dengan dalil-dalil Al-Qur’an sehingga lebih mempercayai bukti-bukti logika, qiyas (andaian-andaian), atau pendapat-pendapat manusia, atau isu-isu politik.

Adakalanya keraguan itu muncul dalam aspek berdalil dengan Al-Qur’an dan hakikat yang difahami darinya, sehingga dia menta’wilkannya seraya mengeluarkan (hasil istinbath atau kesimpulan) dari hakikat yang sebenarnya kepada ta’wil yang tidak benar.

Keraguan juga boleh muncul pada aspek adakah Al-Qur’an akan mendatangkan kemaslahatan?

Bahawa semua ini termasuk kategori meninggalkan Al-Qur’an dan merasa berat hati terhadapnya, sedangkan mereka tahu pada jiwa mereka dan pada hati mereka, dan tidak akan ada bid’ah dalam agama sedikitpun melainkan pada hati yang ragu dan berat terhadap ayat-ayat Al-Qur’an yang bertentangan dengan bid’ah tersebut, sebagaimana engkau tidak akan menemukan orang yang zalim dan berbuat maksiat, kecuali pada dadanya (hatinya) terdapat tanda-tanda meninggalkan ayat-ayat Al-Qur’an yang menegah antara dirinya dengan kehendaknya.

Maka tadabburilah makna-makna ini, kemudian redhailah untuk dirimu apa-apa yang engkau kehendaki.”

Sekian nukilan – Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest