Syarah Kitab Tauhid Syaikh al-‘Utsaimin
al-Qaulud Mufid ‘Ala Kitabit Tauhid


Judul Buku:
Syarah Kitab Tauhid oleh Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin
Judul Asli: al-Qaulul Mufid ‘ala Kitabit Tauhid

Pengarang/Penulis:
Syaikh Muhammad B. Soleh al-‘Utsaimin rahimahullah

Penerbit:
Darul Falah

Harga:

RM130

Berat Buku:
2.6kg

Keterangan/Sipnopsis:


Siapa Lata dan Uzza? Mungkin semua orang tahu, itu adalah nama-nama patung berhala yang disembah orang-orang kafir di zaman jahiliyah. Nama-nama tersebut mengiringi setiap sumpah yang mereka ucapkan.

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir bahawa sebelumnya Lata adalah nama seorang yang sangat soleh dan dermawan. Dia biasa menyediakan makanan dari tepung gandum bagi orang-orang yang menunaikan haji. Setelah dia meninggal, orang-orang sering berkumpul di samping kuburannya untuk mengenang kebaikan dan kewaliannya. Bahkan mereka membuatkan patung sebagai tanda pengagungan atas kelebihan yang pernah dilakukannya.

Seiring dengan perjalanan waktu, bibit syirik khafiy ini pun tumbuh dan mekar, bercabang-cabang, mengakar dan berkembang-biak menjadi syirik jaliy. Mereka menjadikan pengharapan dengan menyembah patung Lata, tidak lagi hanya sekedar duduk berkumpul mengenang kewaliannya.

Bila kita tarik benang merah ke masa sekarang, gambaran serupa banyak bertebaran di sekitar masyarakat kita. Orang-orang ahli tarekat dan mereka yang cenderung kepada ilmu dan fahaman tasawuf kerapkali melakukan ziarah kubur, terutama kuburan wali songo. Betapa tipisnya akidah tauhid mereka! Betapa dekatnya perbuatan mereka dengan syirik khafiy dan syirik jaliy.

Gambaran lain yang menunjukkan sisi kelemahan akidah yang tergambar pada hari ini adalah begitu maraknya praktik perdukunan dan tayangan-tayangan penuh kesyirikan di media-media elektronik mahupun media-media cetak yang gemar memberitakan kisah-kisah misteri di tengah masyarakat kita.

Masyarakat begitu mudah percaya dengan cerita-cerita tersebut. Padahal dalam satu hadis, Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam telah memperingatkan, sesiapa yang datang kepada tukang ramal dan membenarkan perkataannya, maka solat orang tersebut selama 40 hari tidak diterima. Banyak hal yang berkaitan dengan tauhid dan akidah yang dibicarakan dalam dua jilid buku ini sehingga masalah-masalah yang begitu dalam pun dibahaskan secara terperinci.

Buku ini merupakan panduan yang amat baik bagi mereka yang ingin berpegang kuat pada Akidah Ahlus-Sunnah wal Jama’ah di atas manhaj yang murni dan bersih dari segala bentuk noda-noda syirik.

Jumlah Muka Surat:
2 Jilid Lengkap.

Maklumat Pesanan:
Boleh hubungi Saudara Nawawi, melalui h/p. (SMS/Call) No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau melalui email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan tempahan, pembelian, atau pengesahan stok. Layari, http://galeriniaga.blogspot.com/

Kaedah Bayaran:
Sebaik stok telah disahkan dan jumlah telah dipersetujui, bayaran boleh dibuat ke akaun bank CIMB no. 0114-0018104-52-8, atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari) atau Bank Islam: 12038010109649 (Atsar Enterprise).


Sebaik bayaran dibuat, sila sms/email-kan nama, alamat penuh anda, no. tel., serta nyatakan bayaran dibuat ke akaun mana. Setelah itu, urusan penghantaran/pengeposan akan kami lakukan secepat mungkin.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest