Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung
Tajuk asal (Arab): al-Raheeq al-Maktum


Nama Buku:
Perjalanan Hidup Rasul Yang Agung Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam

Tajuk asal (Arab): al-Rahiq al-Maktum

Penulis:
Syaikh Syafiyurrahman al-Mubarakfuri

Terbitan:
Darul Haq

Harga:
RM78

(Termasuk kos pos sekitar semenanjung)

Berat:
1.3Kg

Berkaitan Buku:

Membaca dan menghayati sirah/sejarah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bukanlah sekadar sebagai bahan bacaan dan untuk mendapatkan informasi berkenaan Rasulullah, tetapi lebih dari itu semua. Iaitu bertujuan untuk meneladani sifat dan tatacara kehidupan beliau dalam segala perkara, mengambil ‘ibrah (iktibar/pelajaran) darinya dan menerapkannya dalam kehidupan seharian kita.

Buku ini merupakan salah satu rujukan yang tidak kurang pentingnya bagi tujuan meneliti hal yang dimaksudkan. Di dalamnya mengandungi kupasan yang menarik berkenaan sekitar sejarah kehidupan bangsa arab, fasa-fasa peperangan, kehidupan agama, sosial, budaya, politik, ekonomi, geografi, suku kaumnya, dan beberapa kerajaan yang wujud ketika itu. Turut dipaparkan juga adalah sekitar latar belakang kehidupan Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam secara lengkap dan terperinci kemudian ditutup dengan paparan detik-detik terakhir kehidupan beliau serta gambaran sifat dan budi pekerti beliau.

Lebih istimewa, buku ini turut dilengkapi dengan analisa sejarah, penukaran tahun peristiwa dari hijrah ke masehi, rujukan-rujukan hadis yang sahih, peta global/umum lokasi-lokasi bersejarah, dan beberapa yang lain.

Maka, hayatilah kisah sejarah yang sangat penting ini, bukan hanya sekadar kisah sejarah… tetapi sebuah kisah yang sangat penting kepada agama dan keimanan kita. Dari kisah beliaulah agama kita bermula… Jangan sampai kisah-kisah mistik dan mitos yang tiada asalnya lebih kita dahulukan, sedangkan kisah Nabi kita yang membawa petunjuk ini kita boleh abaikan pula…

Jumlah Muka Surat:
732 m/s.

More Information/payment:
Saudara Nawawi, h/p. No.: 012-6887715 atau 013-3701152 atau email: dimensi83@hotmail.com untuk urusan harga, pengedar, diskaun, tempahan atau pembelian.

Payment:
Bank in bayaran (termasuk kos penghantaran) ke account CIMB no. 0114-0018104-52-8 atau Maybank: 162786012893 (Nur Amalina Bt. Zahari), & sms/email kan nama & alamat penuh anda untuk penghantaran.
Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Comments

  1. Webcam
    April 21, 2008 at 10:44 pm

    This comment has been removed by a blog administrator.

Comments are closed.