Abu Hurairah Berlapar Demi Ilmu

www.ilmusunnah.com

Dr. Muhammad Dhiya’urrohman Al-A’zhami berkata:ilmu berbanding dunia

“Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu kurang memerhatikan soal makan dan minum demi menuntut ilmu. Beliau hidup ala kadar saja demi fokus menuntut ilmu dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam…

…Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bukanlah seorang pemalas atau lari dari mencari penghidupan, tapi beliau hidup cukup dengan sekadar apa adanya agar dapat menumpukan masanya untuk perkara yang lebih penting, iaitu menyibukkan diri dengan ilmu-ilmu Nabi dan menyebarkannya kepada manusia.

Ketika manusia hairan dengan banyaknya hadis-hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, maka beliau pun menjelaskan:

“Kalian mengatakan Abu Hurairah menyampaikan banyak hadis dari Rasulullah tetapi kenapa orang-orang Muhajirin dan Anshar tidak meriwayatkan hadis sebanyak yang Abu Hurairah riwayatkan? (Bahawa) saudara-saudaraku dari kalangan Muhajirin kesibukannya adalah berdagang di pasar, manakala saudara-saudaraku dari kalangan Anshar pula disibukkan dengan urusan kebun dan ternakkan mereka. Sementara aku hanyalah salah seorang dari orang-orang miskin ahli shuffah. Aku selalu menyertai Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam untuk mengisi perutku. Aku ada di sisi Rasulullah tatkala mereka tidak hadir, dan aku hafal hadis-hadis Rasulullah ketika mereka terlupa.”.”

Abu Hurairah juga berkata:

وَاللهِ إِنْ كُنْتُ لَأَعْتَمِدُ بِكَبِدِي عَلَى الْأَرْضِ مِنَ الْجُوعِ، وَإِنْ كُنْتُ لَأَشُدُّ الْحَجَرَ عَلَى بَطْنِي مِنَ الْجُوعِ

Wallaahi (Demi Allah), aku pernah meletakkan bahagian perutku ke atas tanah kerana menahan lapar. Dan benar-benar aku pernah mengikatkan batu pada perutku kerana kelaparan.” (Musnad Ahmad, no. 10676. Shahih Al-Bukhari, no. 6452)

Muhammad bin Sirin rahimahullah berkata:

كُنَّا عِنْدَ أَبِي هُرَيْرَةَ وَعَلَيْهِ ثَوْبَانِ مُمَشَّقَانِ مِنْ كَتَّانٍ، فَتَمَخَّطَ، فَقَالَ: «بَخْ بَخْ، أَبُو هُرَيْرَةَ يَتَمَخَّطُ فِي الكَتَّانِ، لَقَدْ رَأَيْتُنِي وَإِنِّي لَأَخِرُّ فِيمَا بَيْنَ مِنْبَرِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى حُجْرَةِ عَائِشَةَ مَغْشِيًّا عَلَيَّ، فَيَجِيءُ الجَائِي فَيَضَعْ رِجْلَهُ عَلَى عُنُقِي، وَيُرَى أَنِّي مَجْنُونٌ، وَمَا بِي مِنْ جُنُونٍ مَا بِي إِلَّا الجُوعُ

“Kami pernah berada di sisi Abu Hurairah yang sedang memakai pakaian dari Kattaan, lalu beliau membuang hingusnya, “Bakh, bakh… Abu Hurairah membuang hingusnya di bajunya?”

Jawab Abu Hurairah, “Aku pernah mendapati diriku tidak sedarkan diri di antara mimbar Rasulullah dengan rumah ‘Aisyah, lalu ada seseorang datang dsan menginjakkan kakinya di leherku yang mana beliau menyangka aku orang yang gila, sedangkan aku tidaklah gila, tetapi aku sedang kelaparan.” (Shahih Al-Bukhari, no. 7324)

Dinukil dari edisi terjemahan kitab Ash-Shahabi Al-Jalil Abu Hurairah fi Dhau-i Marwiyatih karya Dr. Muhammad Dhiya’urrohman Al-A’zhami.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest