Adab Menasihati Penguasa

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di rahimahullah (Wafat: 1376H)
www.ilmusunnah.com

Asy-Syaikh berkata:adab-menegur

واما النصيحة لأئمة المسلمين وهم ولاتهم : من السلطان الأعظم إلى الأمير إلى القاضي إلى جميع من لهم ولاية صغيرة أو كبيرة، فهؤلاء لما كانت مهماتهم وواجباتهم أعظم من غيرهم، وجب لهم من النصيحة بحسب مراتبهم ومقاماتهم، وذلك باعتقاد إمامتهم، والاعتراف بولايتهم، ووجوب طاعتهم بالمعروف، وعدم الخروج عليهم، وحث الرعية على طاعتهم ولزوم أمرهم الذي لا يخالف أمر الله ورسوله، وبذل ما يستطيع الإنسان من نصيحتهم، وتوضيح ما خفي عليهم فيما يحتاجون إليه في رعايتهم،

“Adapun nasihat untuk para pemimpin kaum muslimin, dan mereka adalah para penguasa kalian: (yakni) Sulthan Al-A’zham (penguasa tertinggi) sampailah kepada para amir (menteri-menteri), para qadhi, sehinggalah kepada setiap dari mereka yang memiliki kekuasaan, sama ada yang rendah mahupun yang besar (tinggi). Mereka ini selama kedudukan dan kewajiban (tanggungjawab pentadbiran) mereka itu lebih besar dari yang selain mereka, maka wajib bagi mereka untuk mendapatkan nasihat bersesuaian jawatan, kedudukan dan kekuasaan mereka. Dan hal tersebut adalah dengan mengiktiraf dan mengakui kepimpinan mereka, wajib mentaati mereka secara ma’ruf, dan menahan diri dari khuruj (menentang serta menjatuhkan) mereka. Dan hendaklah memotivasikan para rakyat untuk mentaati mereka (dalam hal-hal yang ma’ruf), melazimi perintah dan arahan mereka yang tidak menyelisihi perintah Allah dan Rasul-Nya. Dan mencurahkan apa-apa yang termampu (yang syar’i) untuk menasihati mereka, dan menjelaskan hal-hal yang terhalang (atau tertutup) dari mereka  tentang hal-hal yang wajib (atau diperlukan) oleh mereka dalam kepimpinan dan pentadbiran mereka.”

كل أحد بحسب حالته، والدعاء لهم بالصلاح والتوفيق؛ فإن صلاحهم صلاح لرعيتهم، واجتناب سبهم والقدح فيهم وإشاعة مثالبهم؛ فإن في ذلك شرا وفسادا كبيرا.

“Setiap orang (menasihatinya) bersesuaian dengan keadaannya, dan hendaklah mendoakan mereka dengan kesolehan (kebaikan) dan taufiq, kerana kesolehan mereka itu merupakan kebaikan untuk para rakyat (yang berada di bawah pimpinan mereka), dan hendaklah menjauhi perbuatan mencela mereka, memburuk-burukkan mereka, dan memperkatakan keburukan-keburukan atau kelemahan-kelemahan mereka, kerana pada yang demikian itu merupakan keburukan dan fasad (kerosakan) yang besar.”

فمن نصيحتهم الحذر والتحذير لهم من ذلك، وعلى من رأى منهم ما لا يحل أن ينبههم ” سراً ” لا علناً، بلطف وعبارة تليق بالمقام ويحصل بها المقصود، فإن هذا مطلوب في حق كل أحد، وبالأخص ولاة الأمور، فإن تنبيههم على هذا الوجه فيه خير كثير، وذلك علامة الصدق والإخلاص.

Maka, termasuk bentuk nasihat untuk mereka (penguasa) adalah kehati-hatian dan peringatan bagi mereka dari hal-hal tersebut, dan kewajiban atas sesiapa pun yang  melihat dari mereka (penguasa) akan hal-hal yang tidak dihalalkan agar memperingatkan (atau menasihatkan) mereka secara sirr (rahsia), bukan secara terbuka,  hendaklah dengan cara yang lembut dan dengan ungkapan atau pelajaran-pelajaran yang bersesuaian dengan kedudukan yang menjadikannya sampai kepada maksud. Kerana inilah yang dituntut dan diperlukan pada hak setiap orang, dan lebih khusus bagi para penguasa, yang mana sesungguhnya memberi tanbih (menasihati dan menegur) mereka dengan cara yang seperti ini, padanya terdapat kebaikan yang banyak, dan hal yang demikian itu merupakan tanda kejujuran dan keikhlasan.”

واحذر أيها الناصح لهم على هذا الوجه المحمود أن تفسد نصيحتك بالتمدح عند الناس فتقول لهم: إني نصحتهم وقلت وقلت، فإن هذا عنوان الرياء، وعلامة ضعف الإخلاص، وفيه أضرار أخر معروفة.

“Berhati-hatilah wahai orang-orang yang memberi nasihat untuk mereka, hendaklah menasihati mereka dengan cara yang terpuji ini agar tidak merosakkan nasihat-mu dengan (mengharapkan) pujian-pujian dari sisi manusia lalu engkau pun memperkatakan kepada mereka, “Sesungguhnya aku telah menasihati mereka (penguasa), aku katakan begini dan aku katakan begitu…” Kerana ini merupakan bentuk riya’, dan tanda-tanda melemahnya keikhlasan, serta padanya mengandungi bahaya dan kemudharatan yang lain yang dimaklumi.”

Lihat: Majmu’ Mu’alafaat Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di (Ar-Riyadh An-Nadhirah), 22/98-99.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest