Al-Imam Al-Auza’i rahimahullah Mengatakan Allah di Atas Arsy-Nya

www.ilmusunnah.com

al-auza-i-fathul-bari

Al-Imam Al-Baihaqi rahimahullah (Wafat: 458H) berkata:

أخبرنا أبو عبد الله الحافظ، قال: أخبرني أبو عبد الله محمد بن علي الجوهري ببغداد، حَدَّثَنَا إبراهيم بن الهيثم، حَدَّثَنَا محمد بن كثير المصيصي، قال: سمعت الأوزاعي، يقول : كنا والتابعون متوافرون نقول: إن الله تعالى ذكره فوق عرشه، ونؤمن بما وردت السنة به من صفاته جل وعلا

Telah mengkhabarkan kepada kami Abu ‘Abdillah Al-Hafiz, beliau berkata, telah mengkhabarkan kepadaku Abu ‘Abdillah Muhammad bin ‘Ali Al-Jauhari di Baghdad, telah menceritakan kepada kami Ibrahim bin Al-Haitsam, telah menceritakan kepada kami Muhammad bin Katsir Al-Mishshishi, beliau berkata, aku mendengar Al-Imam Al-Auza’i rahimahullah (Wafat: 157H)[1] berkata:

“Kami dan seluruh para tabi’in yang kami dapati sepakat mengatakan, “Sesungguhnya Allah Ta’ala menyebutkan dirinya di atas ‘Arsy-Nya, dan kami beriman dengan apa-apa yang warid dari As-Sunnah tentang sifat-sifat-Nya Jalla wa ‘Ala.” (Al-Asma’ wa Ash-Shifat oleh Al-Bahaiqi, no. 865. Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar oleh Adz-Dzahabi, no. 366. Siyar A’lam An-Nubala’, 7/121. Fath Al-Bari oleh Ibn Hajar Al-‘Asqalani, 13/406)

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menyebutkan:

وروى أبو إسحاق الثعلبي المفسر قال سئل الأوزاعي عن قوله تعالى ثم استوى على العرش قال هو على عرشه كما وصف نفسه

Diriwayatkan oleh Abu Ishaq Ats Tsa’labi Al-Mufassir (seorang ahli tafsir), beliau berkata, “Al-Auza’i pernah ditanya tentang firman Allah Ta’ala:

ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ

“Kemudian Allah istiwa di atas ‘Arsy-Nya.”

Al-Auza’i pun mengatakan:

“Dia (Allah) di atas ‘Arsy-Nya sebagaimana yang Dia sifatkan bagi Diri-Nya.” (Al-‘Uluw oleh Adz-Dzahabi, no. 367. Fath Al-Bari, 13/406)

Kemudian Adz-Dzahabi menyebutkan:

وقد سأل الوليد بن مسلم الإمام أبا عمرو الأوزاعي من أحاديث الصفات فقال أمرها كما جاءت ومن كلام هذا الإمام عليك بآثار من سلف وإن رفضك الناس وإياك وآراء الرجال وإن زخرفوه لك بالقول

“Bahawa Al-Walid bin Muslim telah bertanya kepada Al-Imam Abu ‘Amr Al-Auza’i tentang hadis-hadis yang menyebutkan sifat-sifat Allah. Maka Al-Auza’i pun berkata:

“Terimalah sebagaimana ia datang.”

Dan terdapat dari perkataan Al-Imam Al-Auza’i ini, beliau mengingatkan:

“Hendaklah engkau berpegang teguh dengan atsar-atsar salaf walaupun orang-orang menolak-mu, dan berhati-hatilah dari pendapat-pendapat manusia walaupun mereka menghiasinya dengan perkataan-perkataan yang indah.” (Al-‘Uluw oleh Adz-Dzahabi, no. 367. Siyar A’lam An-Nubala’, 7/120)

Wallaahu a’lam.

al-auza-i-siyar-a-lam-adz-dzahabi


 

[1] Beliau adalah ‘Abdurrahman bin ‘Amr bin Muhammad, Syaikh Al-Islam, seorang ‘alim (ulama) bagi penduduk Syam, juga dikenal dengan nama Abu ‘Amr Al-Auza’i. Beliau memiliki kedudukan yang besar dan merupakan imam di zamannya. (lihat: Siyar A’lam An-Nubala’, 7/107, 7/118, 8/402)

Al-Imam ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah (Wafat: 198H) berkata:

“Imam dalam hadis ada 4; (yakni) Al-Auza’i, Malik, Sufyan Ats-Tsauri, dan Hammad bin Zayd.” (Tahdzib Al-Kamal oleh Al-Hafiz Al-Mizzi, 17/313)

Sufyan Ibn ‘Uyainah rahimahullah (Wafat: 198H) berkata:

“Al-Auza’i adalah imam pada zamannya.” (Tahdzib Al-Kamal oleh Al-Hafiz Al-Mizzi, 17/314)

Al-Imam Al-Auza’i tergolong dalam kelompok Tabi’ At-Tabi’in dan merupakan imam kepada imam-imam besar setelahnya semisal Imam Malik bin Anas, Sufyan Ats-Tsauri, Ibn Al-Mubarak, Sufyan Ibn ‘Uyainah dan yang lainnya. Pendapat-pendapat (atau fatwa-fatwa) beliau banyak diambil, dinukil dan dikembangkan oleh para ulama setelahnya termasuk Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahumullah.

Bahkan Al-Imam Al-Auza’i termasuk salah seorang ulama ikutan yang dikenal memiliki mazhab yang pernah menjadi pegangan para fuqaha’ Syam dan Andalus, namun kemudian lenyap ditelan zaman. Mazhab Al-Imam Al-Auza’i termasuk salah satu dari mazhab-mazhab fiqh ahlus sunnah yang hilang setelah sebelumnya hidup selama tempoh dua abad.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest