Allah Menciptakan Empat Perkara Dengan Tangan-Nya

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

Kata ‘Abdullah B. ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, “Allah menciptakan empat perkara dengan tangan-Nya, (iaitu):

الْعَرْشُ، وَالْقَلَمُ، وَعَدْنٌ، وَآدَمُ، ثُمَّ قَالَ لِسَائِرِ الْخَلْقِ: كُنْ فَكَانَ

“Al-‘Arsy, Al-Qolam (pena), Al-‘Adn (Syurga), dan Adam. Kemudian Allah berfirman kepada seluruh makhluk: “Jadilah”, maka jadilah ia.” (Ad-Darimi, Naqdhu, 1/261. Ath-Thabari, Jaami’ Al-Bayaan, 21/239. Al-Laalakaa’i, Syarh Ushul Al-I’tiqaad, no. 730. Al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar, m/s. 82. Kata Adz-Dzahabi, isnadnya jayyid dan Al-Albani menilainya sahih)

Dalam Al-Qur’an, Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

قَالَ يَا إِبْلِيسُ مَا مَنَعَكَ أَنْ تَسْجُدَ لِمَا خَلَقْتُ بِيَدَيَّ أَسْتَكْبَرْتَ أَمْ كُنْتَ مِنَ الْعَالِينَ

“Allah berfirman: “Hai iblis, apakah yang menghalang engkau sujud kepada yang telah Aku ciptakan dengan kedua tangan-Ku. Adakah engkau menyombongkan diri ataukah engkau (menganggap) termasuk orang-orang yang (lebih) tinggi?” (Surah Shaad, 38: 75)

Wallahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest