Anjuran Agar Makan Dari Hasil Usaha Tangan Sendiri dan Menahan Diri Dari Meminta-minta Serta Mengharap Pemberian

www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

فَإِذَا قُضِيَتِ الصَّلاةُ فَانْتَشِرُوا في الأَرْضِ وَابْتَغُوا مِنْ فَضْلِ الله

“Apabila solat telah ditunaikan, maka bertebaranlah kalian di muka bumi; dan carilah kurniaan Allah…” (Surah Al-Jumu’ah, 62: 10)antara harapan dan usaha

هذا أمر إباحة بعد النهي عن البيع، وكان عراك بن مالك إذا صلَّى الجمعة انصرف فوقف على باب المسجد، فقال:

اللَّهُمَّ إني أجبت دعوتك، وصليت فريضتك، وانتشرت كما أمرتني فارزقني من فضلك، وأنت خير الرازقين.

Ini adalah perintah bolehnya berjual-beli setelah selesai fardhu Juma’at yang mana sebelumnya dilarang (ketika hari Juma’at di saat adzan telah dilaungkan). Bahawa ‘Irak bin Malik apabila solat Juma’at telah selesai, beliau berhenti seketika di pintu masjid lalu mengucapkan:

“Ya Allah, sesungguhnya aku telah memenuhi panggilan-Mu, aku tunaikan solat fardhu-Mu, dan aku berkelana (untuk mencari rezeki) sebagaimana yang Engkau perintahkan, maka berikanlah rezeki kepadaku dari kurniaan-Mu, kerana Engkau adalah sebaik-baik pemberi rezeki.”

Dari hadis Abu ‘Abdillah Az-Zubayr bin Al-‘Awwam radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأَنْ يَأخُذَ أَحَدُكُمْ أُحبُلَهُ ثُمَّ يَأتِيَ الجَبَلَ، فَيَأْتِيَ بحُزمَةٍ مِنْ حَطَبٍ عَلَى ظَهْرِهِ فَيَبِيعَهَا، فَيكُفَّ اللهُ بِهَا وَجْهَهُ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَسْألَ النَّاسَ، أعْطَوْهُ أَوْ مَنَعُوهُ

“Sesungguhnya salah seorang dari kalian yang mengambil tali-talinya, kemudian mendatangi ke gunung-gunung,  lalu dia datang dengan dengan membawa seikat kayu bakar di atas belakang badannya, lalu kemudian dia menjualnya, yang dengannya Allah pun memelihara wajahnya (yakni mencukupkan keperluannya), bahawa itu adalah lebih baik baginya dari dia meminta-minta kepada manusia, sama ada dia diberi atau tidak diberi.” (Shahih Al-Bukhari, no. 1471)

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأَنْ يَحْتَطِبَ أحَدُكُمْ حُزْمَةً عَلَى ظَهْرِهِ، خَيْرٌ لَهُ مِنْ أنْ يَسْألَ أحدًا فَيُعْطِيَهُ أَوْ يَمْنَعَهُ

“Sesungguhnya salah seorang dari kalian mengumpulkan kayu bakar lalu memikulnya di atas belakang tubuhnya, bahawa itu adalah lebih baik baik dari dia meminta-minta pada seseorang sama ada dia diberi atau tidak diberi.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2074, 2374. Muslim, no. 1042)

Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Mubarak rahimahullah berkata:

فيه: الحضُّ على التعفف عن المسألة، والتنزه عنها، ولو امتهن المرء نفسه في طلب الرزق، وارتكب المشاق، لما يدخل على السائل من ذل السؤال، وعلى المسؤول من الحرج.

“Pada hadis-hadis ini terkandung motivasi untuk keluar dari masalah dan menjaga diri dari meminta-minta, walaupun seseorang merasa dirinya lemah dalam mencari rezeki dan dirundung pula dengan kesukaran. Dengan dia menjauhi perbuatan meminta-minta dia pun dijauhkan dari kehinaan sebagai peminta-minta dan terlepas pula dari membuat orang yang diminta merasa bersalah.”

Juga dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَنَّ دَاوُدَ النَّبِيَّ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، كَانَ لاَ يَأْكُلُ إِلَّا مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

“Sesungguhnya Dawud ‘alaihis Salaam yang merupakan seorang Nabi, beliau tidaklah makan kecuali dari hasil usaha tangannya sendiri.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2073)

Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Mubarak rahimahullah berkata:

كان داود – عليه السلام – مَلِكًا نبيًّا، وكان ينسج الدروع ويبيعها، ولاَ يأكلُ إلا من ثمنها

“Bahawasanya Dawud ‘alaihis Salaam adalah seorang Raja dan dalam masa sama merupakan seorang Nabi. Walaupun demikian, beliau tetap bekerja menempa baju besi dan menjualnya, dan beliau tidak makan kecuali dari hasil pendapatannya tersebut.”

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كَانَ زَكَرِيَّاءُ نَجَّارًا

“Bahawasanya Nabi Zakariyya itu adalah seorang tukang kayu.” (Shahih Muslim, no. 2379)

Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Mubarak rahimahullah berkata:

فيه: جواز الصنائع، وأن النجارة صناعة فاضلة، وأنها لا تسقط المروءة.

“Pada hadis ini menjelaskan dibolehkan membuat hasil tangan dan sesungguhnya pekerjaan sebagai tukang kayu yang berkemahiran itu memiliki keutamaan. Dan pekerjaan ini sama sekali tidak menjadikan rendah kedudukan seseorang.”

Dari hadis Miqdam radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَا أَكَلَ أَحَدٌ طَعَامًا قَطُّ، خَيْرًا مِنْ أَنْ يَأْكُلَ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ، وَإِنَّ نَبِيَّ اللَّهِ دَاوُدَ عَلَيْهِ السَّلاَمُ، كَانَ يَأْكُلُ مِنْ عَمَلِ يَدِهِ

“Tidak ada makanan yang dimakan oleh seorang pun yang lebih baik berbanding hasil makanan dari hasil tangannya sendiri. Dan adalah Nabi Allah Dawud ‘alaihis Salaam itu beliau makan dari hasil tangan (usaha) tangannya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 2072)

Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdul ‘Aziz Alu Mubarak rahimahullah berkata:

الاكتساب لا ينافي التوكُّل، فقد كان للجنيد دُكانٌ في البزازين، وكان يرخي ستره عليه، فيصلي ما بين الظهر والعصر، وكان إبراهيم بن أدهم يكثر الكسب وينفق منه ضرورته، ويتصدق بباقيه، وكان أحب طرقه إليه حفظ البساتين وخدمتها، لأنه تتم له فيها الخلوة. وفي الحديث الآخر: أن النبي – صلى الله عليه وسلم – سُئِلَ: أَيُّ الْكَسْبِ أَطْيَبُ أَوْ أَفْضَلُ؟ قَالَ: «عَمَلُ الرَّجُلِ بِيَدِهِ وَكُلُّ بَيْعٍ مَبْرُورٍ»

“Berusaha tidaklah menafikan tawakkal. Al-Junayd (salah seorang ulama salaf) memiliki kedai (atau gedung) di tengah-tengah para pedagang kain. Dan beliau biasa menurunkan tabir, lalu beliau solat di antara waktu Zuhur dan Ashar. Ibrahim bin Adham juga banyak melakukan perusahaan yang beliau gunakan untuk memenuhi keperluannya dan beliau sedekahnya selebihnya. Jalan perusahaan yang paling beliau sukai adalah menjaga dan mengurus kebun, kerana dengannya beliau dapat bersendirian (untuk beribadah) dengan sebaiknya.

Di hadis yang lain disebutkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah ditanya, “Perusahaan apakah yang paling baik?”

Maka beliau jawab, “Pekerjaan seorang lelaki dengan tangannya sendiri, dan setiap jual-beli adalah baik.”

Wallaahu a’lam.

Disarikan dari kitab Tathriizu Riyaadhish Shaalihiin.

syarah_riyadhus_shalihin_syaikh_utsaimin_2

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest