Antara Zikir Kaum Yang Ditinggalkan Dengan Zikirnya Rasulullah dan Para Sahabat

www.ilmusunnah.com

Daripada ‘Aamir bin ‘Abdillah bin Az-Zubayr, beliau berkata:tarian_sufi_1

جِئْتُ أَبِي فَقَالَ: أَيْنَ كُنْتَ؟ فَقُلْتُ: وَجَدْتُ أَقْوَامًا مَا رَأَيْتُ خَيْرًا مِنْهُمْ، يَذْكُرُونَ اللهَ تَعَالَى فَيَرْعَدُ أَحَدُهُمْ حَتَّى يُغْشَى عَلَيْهِ مِنْ خَشْيَةِ اللهِ تَعَالَى، فَقَعَدْتُ مَعَهُمْ، قَالَ: لَا تَقْعُدْ مَعَهُمْ بَعْدَهَا، فَرَأَى كَأَنَّهُ لَمْ يَأْخُذْ ذَلِكَ فِيَّ، فَقَالَ: رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتْلُو الْقُرْآنَ، وَرَأَيْتُ أَبَا بَكْرٍ وَعُمَرَ يَتْلُوَانِ الْقُرْآنَ فَلَا يصِيبُهُمْ هَذَا، أَفَتَرَاهُمْ أَخْشَعَ لِلَّهِ تَعَالَى مِنْ أَبِي بَكْرٍ، وَعُمَرَ، فَرَأَيْتُ أَنَّ ذَلِكَ كَذَلِكَ، فَتَرَكْتُهُمْ

“Aku mendatangi ayahku (‘Abdullah bin Az-Zubayr bin Al-‘Awwam radhiyallahu ‘ahuma), lalu beliau berkata, “Ke mana engkau?”

Aku berkata:

“Aku telah terjumpa satu kaum yang aku lihat baik dari kalangan mereka, mereka sedang berzikir mengingat Allah, tiba-tiba salah seorang daripada mereka menggelupur sehinga pengsan kerana takutkan Allah. Lalu aku pun duduk bersama-sama dengan mereka.”

Lalu beliau (‘Abdullah bin Az-Zubayr) berkata:

“Janganlah engkau duduk lagi dengan mereka selepas ini.” Lalu beliau memandangku seakan-akan tahu ianya tidak memuaskan diriku, lalu beliau berkata:

“Aku melihat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membaca Al-Qur’an, aku juga melihat Abu Bakr dan ‘Umar membaca Al-Qur’an, tetapi tidak pernah berlaku seperti ini. Adakah engkau beranggapan yang mereka itu lebih khusyu’ berbanding Abu Bakr dan ‘Umar?”

Maka aku pun berpandangan seperti itu, lalu aku pun meninggalkan mereka.”

Sumber: Hilyatul Awliyaa’ wa Thabaqaat Al-Ashfiyaa’ (3/167-168) oleh Abu Nu’aim Al-Ashbahani.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest