Ucapan Yang Disunnahkan Ketika Menyembelih Haiwan Korban

www.ilmusunnah.com

Dari hadis Anas radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:pisau-2

ضَحَّى النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِكَبْشَيْنِ أَمْلَحَيْنِ أَقْرَنَيْنِ، ذَبَحَهُمَا بِيَدِهِ، وَسَمَّى وَكَبَّرَ، وَوَضَعَ رِجْلَهُ عَلَى صِفَاحِهِمَا

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pernah menyembelih dua Kibasy berwarna amlah[1] dan bertanduk bagus (sempurna). Dua kibasy tersebut disembelih oleh beliau dengan tangannya sendiri, beliau menyebut nama Allah dan bertakbir, dan beliau meletakkan kakinya di sebelah sisi leher kedua kibasy tersebut.” (Shahih Muslim, no. 1966)

Di riwayat yang lain, Nabi menyebutkan:

بِاسْمِ اللهِ وَاللهُ أَكْبَرُ

Bismillaahi wallaahu akbar (dengan nama Allah dan Allah Maha Besar).” (Shahih Muslim, no. 1966. Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 19174)

Dari hadis Jaabir bin ‘Abdillah, beliau berkata:

“Aku solat ‘Iedul Adh-ha bersama-sama Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, setelah selesai solat beliau pun datang dengan seekor kibasy lalu menyembelihnya: beliau mengucapkan (ketika menyembelih):

بِسْمِ اللهِ، وَاللهُ أَكْبَرُ، اللهُمَّ إِنَّ هَذَا عَنِّي وَعَمَّنْ لَمْ يُضَحِّ مِنْ أُمَّتِي

“Dengan nama Allah dan Allah maha Besar. Ya Allah, ini adalah dari-ku, dan dari umatku yang tidak mampu berkorban.” (Musnad Ahmad, no. 14837. Dinilai sahih oleh Syu’aib Al-Arnauth)

Dari ‘Urwah bin Az-Zubair, dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ بِكَبْشٍ أَقْرَنَ يَطَأُ فِي سَوَادٍ، وَيَبْرُكُ فِي سَوَادٍ، وَيَنْظُرُ فِي سَوَادٍ، فَأُتِيَ بِهِ لِيُضَحِّيَ بِهِ، فَقَالَ لَهَا: «يَا عَائِشَةُ، هَلُمِّي الْمُدْيَةَ»، ثُمَّ قَالَ: «اشْحَذِيهَا بِحَجَرٍ»، فَفَعَلَتْ: ثُمَّ أَخَذَهَا، وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ، ثُمَّ ذَبَحَهُ، ثُمَّ قَالَ: بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ، ثُمَّ ضَحَّى بِهِ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan dengan seekor kibasy yang bertanduk, hitam kaki-kakinya, perutnya hitam dan sekitar matanya hitam. Maka kibasy itu pun dibawakan kepada beliau untuk disembelih sebagai korban; maka beliau berkata kepada Aisyah:

“Wahai Aisyah, ambilkan pisau.” Lalu beliau pun berkata, “Tajamkanlah (asah-lah) pisau itu dengan batu.” Aisyah pun melaksanakan perintah tersebut. Lalu Nabi pun mengambil pisau tersebut, mengambil kibasy tersebut, dan membaringkannya, lalu bersedia menyembelihnya.

Beliau membaca, “Bismillah (dengan nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad!” Lalu beliau pun langsung menyembelihnya.” (Shahih Muslim, no. 1967. Sunan Abi Dawud, no. 2792)

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) berkata:

قوله ( وسمى ) فيه إثبات التسمية على الضحية وسائر الذبائح وهذا مجمع عليه…

… ( وكبر ) فيه استحباب التكبير مع التسمية فيقول بسم الله والله أكبر

“(Hadis menyebutkan), “وَسَمَّى” (beliau menyebutkan nama Allah), ini merupakan penjelasan tentang kewajiban tasmiyyah (membaca bismillah) ketika menyembelih haiwan korban dan setiap sembelihan yang lainnya. Perkara ini telah menjadi kesepakatan para ulama…”

(Hadis menyebutkan), “وَكَبَّرَ” (dan bertakbir), menjelaskan tentang disunnakan bertakbir bersama mengucapkan tasmiyyah, yakni dengan mengucapkan, bismillaahi wallaahu akbar.”

Kata Al-Imam An-Nawawi lagi:

(Hadis Nabi…)

وَأَخَذَ الْكَبْشَ فَأَضْجَعَهُ، ثُمَّ ذَبَحَهُ، ثُمَّ قَالَ: بِاسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ، وَآلِ مُحَمَّدٍ، وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ، ثُمَّ ضَحَّى بِهِ

“(Seterusnya) beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengambil kibasy tersebut, dan membaringkannya, lalu menyembelihnya.

Beliau membaca, “Bismillah (dengan nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad!” Lalu beliau pun langsung menyembelihnya.”

هذا الكلام فيه تقديم وتأخير وتقديره فأضجعه وأخذ فى ذبحه قائلا باسم الله اللهم تقبل من محمد وآل محمد وامته مضحيا به ولفظه ثمهنا متأولة على ماذكرته بلا شك وفيه استحباب إضجاع الغنم فى الذبح وأنها لاتذبح قائمة ولا باركة بل مضجعة لأنه أرفق بها وبهذا جاءت الأحاديث واجمع المسلمون عليه واتفق العلماء وعمل المسلمين على أن اضجاعها يكون على جانبها الأيسر لأنه أسهل على الذابح فى أخذ السكين باليمين وامساك رأسها باليسار

Pada ucapan ini terdapat ucapan yang didahulukan dan dikemudiankan. Yakni, sekira-kira beliau menyembelihnya sambil mengucapkan “Bismillah (dengan nama Allah), ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad!”, yakni diucapkan dalam keadaan menyembelihnya. Jadi, kata tsummaثم” (kemudian) ditakwilkan (ditafsirkan dan difahami) sebagaimana yang kami sebutkan tanpa syak (ragu).

Dan pada hadis ini juga menjelaskan disunnahkan membaringkan kambing yang hendak disembelih, yakni tidak disembelih dalam keadaan berdiri (seperti unta) dan tidak pula dalam keadaan didudukkan[2]. Tetapi adalah dengan membaringkannya, kerana ia akan lebih membuatnya selesa. Atas sebab itulah banyak hadis-hadis yang sahih menjelaskan perkara ini, dan para ulama kaum muslimin juga telah ijma’ atasnya. Kemudian para ulama juga telah sepakat bahawa membaringkannya adalah pada bahagian kiri haiwan sebagaimana yang diamalkan oleh kaum muslimin, kerana ianya akan lebih memudahkan penyembelihan, mudah untuk memegang pisau dengan tangan kanannya sambil memegang kepalanya dengan tangan kirinya.

قوله صلى الله عليه و سلم ( اللهم تقبل من محمد وآل محمد ومن أمة محمد ) فيه دليل لاستحباب قول المضحى حال الذبح مع التسمية والتكبير اللهم تقبل منى قال أصحابنا ويستحب معه اللهم منك وإليك تقبل منى فهذا مستحب عندنا وعند الحسن وجماعة

“Ucapan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Ya Allah terimalah dari Muhammad, keluarga Muhammad dan dari umat Muhammad.”

Ini adalah dalil bahawa orang yang menyembelih disunnahkan mengucapkan ucapan seumpama ketika menyembelih, yakni di samping mengucapkan tasmiyyah dan takbir, lalu dia mengucapkan:

اللهم تقبل منى

“Ya Allah terimalah dariku…”.

Sahabat-sahabat kami (dari kalangan ulama bermazhab Asy-Syafi’i) mengatakan, adalah turut disunnahkan mengucapkan:

اللهم منك وإليك تقبل منى

“Ya Allah, haiwan ini berasal dari-Mu, dan kembali kepada-Mu. Terimalah korban ini dariku.”

Ucapan ini adalah disukai (dianjurkan) menurut kami, menurut Al-Hasan (Al-Bashri), dan sejumlah ulama…” (Syarh Shahih Muslim, 13/121-122)

Pada penjelasan ini menjelaskan bahawa disunnahkan agar menyebutkan nama Allah (bismillah), takbir (Allaahu Akbar), dan berdoa agar sembelihan tersebut diterima sebagai korban darinya dan keluarganya. Yakni diucapkan ketika menyembelih sebagaimana telah ditunjukkan contohnya melalui hadis-hadis yang sahih tersebut.

Hukum menyebut nama Allah ketika menyembelih adalah wajib hukumnya dan merupakan syarat sah sembelihan, makanala tambahan doa setelah penyebutan nama Allah tersebut adalah mustahab (sunnah lagi disukai/dianjurkan).

Ucapan Ketika Menyembelih Untuk Orang Lain

Apabila menjadi wakil menyembelihkan haiwan korban untuk orang lain, maka ucapan yang disunnahkan adalah sebagaimana yang disebutkan oleh Ibnu ‘Abbas radhiyallahu ‘anhuma, beliau berkata:

لَا يَذْبَحُ أُضْحِيَّتَكَ إِلَّا مُسْلِمٌ، وَإِذَا ذَبَحْتَ فَقُلْ: بِسْمِ اللهِ، اللهُمَّ مِنْكَ وَلَكَ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ فُلَانٍ

“Janganlah menyembelihkan haiwan korban-mu kecuali dia seorang muslim. Apabila dia menyembelih, maka ucapkanlah (ketika menyembelih):

Bismillah, Allaahumma minka wa laka, Allaahumma taqobbal min fulaan… (Dengan nama Allah, ya Allah ini dari Engkau dan untuk-Mu, ya Allah terimalah dari fulaan (nama orang yang berkorban)…” (Sunan Al-Kubra oleh Al-Baihaqi, no. 19168)

Atau boleh juga:

اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ فلان وآل فلان

“… Allaahumma min fulaan wa aali fulaan… (… Ya Allah terima-lah daripada fulan dan keluarga fulaan…”

Yakni sebagaimana contoh yang ditunjukkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha ketika mana beliau menyembelih Kibasy sebagai haiwan korbannya:

بِسْمِ اللهِ، اللهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ

Bismillaah, Allaahumma taqobbal min Muhammad wa aali Muhammad… (Dengan nama Allah, ya Allah terimalah dari Muhammad dan keluarga Muhammad…” (Shahih Muslim, no. 1967)

Wallaahu a’lam.

Lihat juga artikel dengan judul, Tatacara dan Adab-adab Menyembelih Haiwan Menurut Sunnah.


[1] Yakni dominasi warna putih, namun terdapat pada sebahagian badannya warna hitam. (lihat: Syarh Shahih Muslim, 13/119-120)

[2] Adapun unta, ia disunnahkan disembelih dalam keadaan berdiri dengan satu kakinya yang depan sebelah kiri diikat dan dibiarkan berdiri dengan baki tiga kakinya yang lain. Ia disembelih dengan cara me-nahr (menusuk) pada pangkal lehernya, yakni kaedah sembelihan khusus bagi unta.

Lihat artikel dengan judul, Dianjurkan Menyembelih Unta Dalam Keadaan Berdiri dan Terikat Satu Kakinya.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest