Apabila Matahari Terbit Dari Barat

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H)[1]
www.ilmusunnah.com

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:matahari-gelas-kaca

هَلْ يَنْظُرُونَ إِلَّا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلَائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ

“Yang mereka nanti-nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (adzab) Rabb-mu, atau kedatangan beberapa ayat (tanda) Rabb-mu. Pada hari datangnya sebahagian dari ayat (tanda-tanda) dari Rabb-mu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya. Katakanlah:

“Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (juga).”.” (Surah Al-An’aam, 6: 158)

Al-Hafiz Ibn Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

يقول تعالى متوعدًا للكافرين به، والمخالفين رسله والمكذبين بآياته، والصادين عن سبيله: { هَلْ يَنْظُرُونَ إِلا أَنْ تَأْتِيَهُمُ الْمَلائِكَةُ أَوْ يَأْتِيَ رَبُّكَ } وذلك كائن يوم القيامة. { أَوْ يَأْتِيَ بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ [يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ ] } الآية، وذلك قبل يوم القيامة كائن من أمارات الساعة وأشراطها كما قال البخاري في تفسير هذه الآية:

حدثنا أبو هريرة، رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مَغْرِبها، فإذا رآها الناس آمن من عليها. فذلك حين { لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ }

“Allah Ta’ala berfirman dalam rangka mengancam orang-orang yang kafir kepada-Nya, yang menyalahi Rasul-Nya, mendustakan ayat-ayat-Nya, serta menghalang orang lain dari jalan-Nya.

(Firman Allah), “Yang mereka nanti-nantikan tidak lain hanyalah kedatangan malaikat kepada mereka (untuk mencabut nyawa mereka), atau kedatangan (siksa) Rabb-mu…”

Ini terjadi ketika hari Kiamat.

“… atau kedatangan beberapa ayat (tanda) Rabb-mu. Pada hari datangnya sebahagian dari ayat (tanda-tanda) dari Rabb-mu…”

Ini terjadi sebelum hari Kiamat, ketika tanda-tandanya muncul, sebagaimana yang disebutkan oleh Al-Imam Al-Bukhari[2] dalam menafsirkan ayat ini.

… Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan terjadi Kiamat sampailah matahari terbit dari barat (atau dari tempat terbenamnya), ketika manusia melihatnya, semua yang ada di bumi pun beriman, ketika itulah tibanya (waktu) tidak lagi bermanfaat keimanan seseorang yang belum beriman sebelumnya.”

عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها، فإذا طلعت ورآها الناس آمنوا أجمعون، وذلك حين لا ينفع نفسًا إيمانها” ثم قرأ هذه الآية.

هكذا روي هذا الحديث من هذين الوجهين ومن الوجه الأول أخرجه بقية الجماعة في كتبهم إلا الترمذي، من طرق، عن عمارة بن القَعْقَاع بن شُبْرُمَة، عن أبي زرعة بن عمرو بن جرير، عن أبي هريرة، به. وأما الطريق الثاني: فرواه عن إسحاق، غير منسوب، فقيل: هو ابن منصور الكوسج، وقيل: إسحاق بن نصر والله أعلم. وقد رواه مسلم عن محمد بن رافع النيسابوري، كلاهما عن عبد الرزاق، به . وقد ورد هذا الحديث من طرق أخر عن أبي هريرة، كما انفرد مسلم بروايته من حديث العلاء ابن عبد الرحمن بن يعقوب مولى الحرقة، عن أبيه، عن أبي هريرة، به

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan terjadi Kiamat sampailah terbitnya matahari dari arah barat. Maka jika telah terbit demikian dan disaksikan oleh manusia, maka berimanlah mereka. Itulah ketika di mana tidak lagi bermanfaat iman seseorang bagi dirinya.”

Kemudian beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam membaca ayat ini.

Demikianlah, hadis ini diriwayatkan dari dua jalan periwayatan.[3] Jalan periwayatan yang pertama diriwayatkan oleh Al-Jama’ah di kitab-kitab mereka kecuali At-Tirmidzi, dari beberapa jalan, dari ‘Amarah bin Al-Qa’qaa’ bin Syubrumah, dari Abu Zur’ah bin ‘Amr bin Jarir, dari Abu Hurairah.[4]

Manakala riwayat yang kedua, diriwayatkan dari Ishaq tanpa penisbatan, ada yang berpendapat beliau adalah Ibnu Manshur Al-Kausaj, dan ada yang mengatakan Ishaq bin Nasr. Wallaahu a’lam.

Imam Muslim meriwayatkan dari Muhammad bin Raafi’ An-Naisaburi, dua-duanya dari ‘Abdurrozzaq.[5]

Hadis ini disebutkan dari beberapa jalur periwayatan yang lain lagi dari Abu Hurairah.

Muslim juga meriwayatkan sendirian dari hadis Al-‘Ala’ Ibn ‘Abdirrahman bin Ya’quub maula Al-Huraqah, dari ayahnya dari Abu Hurairah.[6]

وقال ابن جرير: حدثنا أبو كُرَيْب، حدثنا ابن فضيل، عن أبيه، عن أبي حازم، عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “ثلاث إذا خرجن { لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا } طلوع الشمس من مغربها، والدجال، ودابة الأرض”.

“Telah berkata Ibn Jarir… dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tiga tanda (Kiamat) ketika ianya muncul, (ketika itu) tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya, (yakni):

Terbitnya matahari dari arah barat, kemunculan dajjal, dan haiwan yang melata di bumi.”[7]

وقال ابن جرير: حدثنا الربيع بن سليمان، حدثنا شعيب بن الليث، عن أبيه، عن جعفر بن ربيعة، عن عبد الرحمن بن هرمز الأعرج، عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “لا تقوم الساعة حتى تطلع الشمس من مغربها، فإذا طلعت آمن الناس كلهم، وذلك حين { لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ } الآية

Al-Imam Ibn Jarir meriwayatkan dari Ar-Rabi’ bin Sulaiman, … dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tidak akan terjadi Kiamat sampailah matahari terbit dari arah barat, maka apabila ia terbit (dari arah barat), berimanlah manusia seluruhnya. Itulah ketika di mana iman tidak lagi bermanfaat bagi seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu…”[8]

وقال ابن جرير: حدثنا الحسن بن يحيى، أخبرنا عبد الرزاق، أخبرنا مَعْمَر، عن أيوب، عن ابن سِيرين، عن أبي هريرة قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ” مَنْ تَابَ قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، قُبِلَ مِنْهُ “.

Al-Imam Ibn Jarir meriwayatkan dari Al-Hasan bin Yahya… dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Siapa yang bertaubat sebelum matahari terbit dari arah barat, maka taubatnya diterima.”[9]

حديث آخر عن أبي ذر الغفاري: في الصحيحين وغيرهما، من طرق، عن إبراهيم بن يزيد بن شريك التيمي، عن أبيه، عن أبي ذر جُنْدُب بن جُنَادة، رضي الله عنه، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “تَدْري أين تذهب الشمس إذا غربت؟”. قلت: لا أدري، قال: “إنها تنتهي دون العرش، ثم تخر ساجدة، ثم تقوم حتى يقال لها: ارجعي (5) فيوشك يا أبا ذر أن يقال لها: ارجعي من حيث جئت، وذلك حين: { لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ }

Di hadis yang lain, dari hadis Abu Dzarr Al-Ghifari, di Ash-Shahihain (dua kitab Shahih) dan selain keduanya, … dari hadis Abu Dzarr Jundub bin Junadah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Tahukah kalian ke mana matahari pergi di saat ia terbenam?”

(Jawab mereka), “Tidak tahu.” Rasulullah menyambung:

“Ia berada di bawah ‘Arsy lalu kemudian menyungkur sujud.[10] Kemudian ia meneruskan sampailah dikatakan kepadanya, “Kembalilah.” Sudah hampir tiba masanya wahai Abu Dzarr dikatakan kepadanya, “Kembalilah ke tempat kamu datang (yakni terbit dari barat ke timur), itulah saat di mana tidak lagi bermanfaat iman seseorang yang belum beriman sebelumnya.”[11]

قال الإمام أحمد بن حنبل: حدثنا سفيان، عن فُرَات، عن أبي الطُّفَيْل، عن حذيفة بن أسيد الغفاري قال: أشرف علينا رسول الله صلى الله عليه وسلم من غرفة، ونحن نتذاكر الساعة، فقال: “لا تقوم الساعة حتى تَرَوْا عشر آيات: طُلوع الشمس من مَغْرِبها، والدُّخَان، والدابة، وخروج يأجوج ومأجوج، وخروج عيسى ابن مريم، والدجال، وثلاثة خُسوف: خَسْف بالمغرب، وخسف بالمشرق، وخسف بجزيرة العرب، ونار تخرج من قَعْر عَدَن تسوق -أو: تحشر -الناس، تبيت معهم حيث باتوا، وتَقيل معهم حيث قالوا”.

Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan, … dari hadis Hudzaifah bin Usaid Al-Ghifari, beliau berkata, Rasulullah pernah menjenguk ke arah kami dari balik kamar, dan kami ketika itu sedang membincangkan tentang Kiamat. Lalu beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Kiamat tidak akan terjadi sampailah kalian melihat 10 tanda, (yakni);

Matahari terbit dari arah barat, keluarnya adh-dhukhaan (asap), ad-dabbah (haiwan melata), keluarnya Ya’juj dan Ma’juj, keluarnya ‘Isa Ibn Maryam, Keluarnya Dajjal, munculnya tiga bentuk khusuuf (tanah runtuh atau pembenaman) [yakni di barat, timur dan di jazirah ‘Arab], munculnya api di bawah tanah ‘Adn yang mendorong dan mengumpulkan seluruh ramai manusia, api tersebut meliputi mereka di saat tidur pada waktu malam mahupun siang hari.”[12]

قال الثوري، عن منصور، عن رِبْعي، عن حذيفة قال: سألت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت: يا رسول الله، ما آية طلوع الشمس من مغربها؟ فقال النبي صلى الله عليه وسلم: “تطول تلك الليلة حتى تكون قَدْر ليلتين، فبينما الذين كانوا يصلون فيها، يعملون كما كانوا يعملون قبلها والنجوم لا تسري، قد قامت مكانها، ثم يرقدون، ثم يقومون فيصلون، ثم يرقدون، ثم يقومون فيطل عليهم جنوبهم، حتى يتطاول عليهم الليل، فيفزع الناس ولا يصبحون، فبينما هم ينتظرون طلوع الشمس من مشرقها إذ طلعت من مغربها، فإذا رآها الناس آمنوا، ولا ينفعهم إيمانهم”. رواه ابن مَرْدُوَيه، وليس في الكتب الستة من هذا الوجه والله أعلم.

…. Dari hadis Hudzaifah (Ibn Al-Yaman), beliau bertanya kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Wahai Rasulullah, apa tanda matahari akan terbit dari arah barat?”

Maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Malam ketika itu menjadi panjang sampai sekira-kira kadar panjang dua malam. Di antara orang-orang yang solat di malam tersebut melaksanakan apa yang biasa mereka lakukan, bintang-bintang tidak beredar dan tetap pada tempatnya. Kemudian mereka pun tidur, lalu kemudian bangun dan solat. Kemudian mereka tidur lagi, lalu kemudian mereka bangun dan tidak boleh tidur lagi sampai mereka merasakan malam tersebut begitu panjang sekali. Maka terkejut dan merasa takutlah manusia kerana pagi tak kunjung tiba. Ketika di antara mereka menantikan terbitnya matahari dari arah timur, tiba-tiba matahari terbit dari arah barat! Apabila mereka melihatnya, maka berimanlah para manusia namun tidak lagi bermanfaat keimanan mereka.”sunset-botol

Diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih tetapi tidak terdapat di Kutub As-Sittah dari jalur periwayatan ini. Wallaahu a’lam.

حديث آخر عن أبي سعيد الخدري -واسمه: سعد بن مالك بن سنان -رضي الله عنه وأرضاه: قال الإمام أحمد: حدثنا وَكِيع، حدثنا ابن أبي ليلى، عن عطية العَوْفي، عن أبي سعيد الخُدْري، عن النبي صلى الله عليه وسلم: { يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا } قال: “طلوع الشمس من مغربها”. ورواه الترمذي، عن سفيان بن وكيع، عن أبيه، به. وقال: غريب، ورواه بعضهم ولم يرفعه

“Di hadis yang lain dari hadis Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, … Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (membacakan ayat):

“Pada hari datangnya sebahagian tanda-tanda Rabb-mu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang bagi dirinya sendiri.”

(Kemudian bersabda), “(iaitu hari pada ketika) matahari terbit dari arah barat.”[13]

Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, dari Sufyan bin Wakii’, dari ayahnya. Beliau berkata, hadis ini gharib. Sebahagian mereka meriwayatkannya tetapi tidak memarfu’kannya.

وفي حديث طالوت بن عباد، عن فَضَال بن جبير، عن أبي أمامة صُدَيّ بن عَجْلان قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: “إن أوّلَ الآيات طلوعُ الشمس من مغربها” . وفي حديث عاصم بن أبي النَّجُود، عن زِرّ بن حُبَيْش، عن صفوان بن عَسَّال قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “إن الله فتح بابًا قبل المغرب عرضه سبعون عامًا للتوبة”، قال: “لا يغلق حتى تطلع الشمس منه”. رواه الترمذي وصححه النسائي، وابن ماجه في حديث طويل .

Di hadis Tholut bin ‘Ibaad, dari Fadhal bin Jubair, dari Abu Umamah Shuda bin ‘Ajlaan, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya tanda pertama dari tanda-tanda Kiamat adalah terbitnya matahari dari arah barat.”[14]

Di hadis ‘Aashim bin Abi An-Najud, dari Zir bin Hubayys, dari Shofwan bin ‘Assal, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya Allah membuka pintu di arah barat seluas (perjalanan) tujuh puluh tahun untuk bertaubat. Pintu ini tidak ditutup sampailah matahari terbit dari arah tersebut (barat).”[15]

Diriwayatkan oleh At-Tirmidzi, An-Nasaa’i dan Ibn Majah dalam suatu hadis yang panjang. Dan disahihkan oleh At-Tirmidzi.

 حديث آخر عن عبد الله بن عمرو قال الإمام أحمد: حدثنا إسماعيل بن إبراهيم، حدثنا أبو حيان، عن أبي زُرْعَة بن عمرو بن جرير قال: جلس ثلاثة نفر من المسلمين إلى مروان بالمدينة فسمعوه يقول -وهو يحدث في الآيات -: إن أولها خروج الدجال. قال: فانصرف النفر إلى عبد الله بن عمرو، فحدثوه بالذي سمعوه من مروان في الآيات، فقال لم يقل مَرْوان شيئا قد حفظت من رسول الله صلى الله عليه وسلم في مثل ذلك حديثا لم أنسه بعد، سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: “إن أول الآيات خروجا طلوع الشمس من مغربها وخروج الدابة ضحىً، فأيتهما كانت قبل صاحبتها فالأخرى على أثرها”. ثم قال عبد الله -وكان يقرأ الكتب -: وأظن أولها خروجا طلوع الشمس من مغربها، وذلك أنها كلما غربت أتت تحت العرش فسجدت واستأذنت في الرجوع فأذن لها في الرجوع، حتى إذا بدا الله أن تطلع من مغربها فعلت كما كانت تفعل: أتت تحت العرش فسجدت واستأذنت في الرجوع، فلم يرد عليها شيء، ثم تستأذنُ في الرجوع فلا يرد عليها شيء، ثم تستأذن فلا يرد عليها شيء، حتى إذا ذهب من الليل ما شاء الله أن يذهب، وعرفت أنه إذا أذن لها في الرجوع لم تدرك المشرق، قالت: ربي، ما أبعد المشرق. من لي بالناس. حتى إذا صار الأفق كأنه طوق استأذنت في الرجوع، فيقال لها: من مكانك فاطلعي. فطلعت على الناس من مغربها”، ثم تلا عبد الله هذه الآية: { لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ [أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا ] } الآية. وأخرجه مسلم في صحيحه، وأبو داود وابن ماجه، في سننيهما، من حديث أبي حيان التيمي واسمه يحيى بن سعيد بن حيان -عن أبي زُرْعَة بن عمرو بن جرير، به .

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amr, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Sesungguhnya, tanda yang pertama muncul adalah terbitnya matahari dari arah barat, keluarnya Ad-Dabbah (haiwan melata) pada waktu dhuha. Mana-mana salah satu dari dua tanda ini yang keluar dulu, maka tanda yang berikutnya pasti akan mengikutinya.”

‘Abdullah bin ‘Amr kemudian mengatakan bahawa beliau telah membaca banyak kitab-kitab, (lalu berkata), aku beranggapan, tanda Kiamat yang terawal adalah terbitnya matahari dari arah barat. Ini kerana, setiap kali matahari terbenam, ia pun datang di bawah ‘Arsy lalu kemudian sujud dan meminta izin untuk kembali, maka ia pun diizinkan kembali (terbit seperti biasa). Sampailah ketika Allah berkehendak agar ia terbit dari arah barat, ia pun melaksanakannya seperti biasa, ia datang di bawah ‘Arsy, sujud, lalu meminta izin untuk kembali. Namun, permintaan tersebut didiamkan dan tidak dijawab sama sekali. Ia kemudian meminta izin lagi untuk kembali, tetapi tidak dijawab. Kemudian ia minta izin lagi untuk kembali, tetapi tidak juga dijawab. Sampai ketika malam sudah agak lewat, dan matahari tahu seandainya ia diizinkan untuk kembali pun, pasti ia tidak dapat mencapai dari tempat terbitnya yang biasa, ia pun berkata:

“Wahai Rabb, tempat terbitku jauh sekali, tetapi siapa pula yang dapat menggantikanku untuk manusia?”

Ketika ufuk timur sudah terasa berat untuk dicapai, ia pun minta izin untuk kembali. Allah pun berkata kepadanya:

“Terbitlah dari tempatmu (yakni barat).”

Maka matahari pun terbit menampakkan dirinya kepada manusia dari arah barat.”

Kemudian ‘Abdullah bin ‘Amr pun membacakan ayat ini, “tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.”

Dikeluarkan oleh Muslim di kitab Shahih-nya, Abu Dawud dan Ibn Majah di kitab Sunan mereka berdua, dari hadis Abu Hayyan At-Taimi (yang namanya adalah Yahya bin Sa’id bin Hayyan, dari Abu Zur’ah bin ‘Amr bin Jarir.[16]

قال الإمام أحمد: حدثنا الحكم بن نافع، حدثنا إسماعيل بن عياش، عن ضَمْضَم بن زُرْعَة، عن شُرَيح بن عبيد يرده إلى مالك بن يُخَامر، عن ابن السعدي؛ أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: “لا تنقطع الهجرة ما دام العدو يقاتل”. فقال معاوية، وعبد الرحمن بن عوف، وعبد الله بن عمرو بن العاص: إن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “إن الهجرة خصلتان: إحداهما (6) تهجر السيئات، والأخرى تهاجر (7) إلى الله ورسوله، ولا تنقطع ما تقبلت التوبة، ولا تزال التوبة مقبولة حتى تطلع الشمس من المغرب (8) فإذا طلعت طبع على كل قلب بما فيه، وكفى الناس العمل”. هذا الحديث حسن الإسناد (9) ولم يخرجه أحد من أصحاب الكتب الستة، والله أعلم.

Dari hadis Ibn As-Sa’di, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Hijrah tidak berakhir selama mana musuh terus memerangi.”

Mu’awiyah, ‘Abdurrahman bin ‘Auf, dan ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash berkata, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Hijrah itu ada dua, hijrah meninggalkan keburukan, dan hijrah menuju Allah dan Rasul-Nya. Hijrah tidak terputus selagi mana taubat masih diterima. Dan taubat akan tetap diterima sampailah matahari terbit dari barat. Maka apabila matahari telah terbit dari barat, setiap hati akan ditutup (dikunci) bersama setiap apa yang ada padanya, dan dicukupkan manusia dengan amalan (apa yang telah dia kerjakan).”[17]

Hadis ini hasan isnadnya tetapi tidak diriwayatkan oleh seorang pun penyusun Kutub As-Sitah, wallaahu a’lam. [18]

قال عوف الأعرابي، عن محمد بن سيرين، حدثني أبو عبيدة، عن ابن مسعود؛ أنه كان يقول: ما ذكر من الآيات فقد مضى غير أربع: طلوع الشمس من مغربها، والدجال، ودابة الأرض، وخروج يأجوج ومأجوج. قال: وكان يقول: الآية التي تختم بها الأعمال طلوع الشمس من مغربها، ألم تر أن الله يقول: { يَوْمَ يَأْتِي بَعْضُ آيَاتِ رَبِّكَ [لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا ] } الآية كلها، يعني طلوع الشمس من مغربها .

Dari hadis ‘Abdullah bin Mas’oud radhiyallahu ‘anhu, bahawa beliau berkata:

“Apa yang disebutkan dari tanda-tanda (hari Kiamat) semuanya sudah berlalu kecuali empat tanda, (yakni) terbitnya matahari dari barat, keluarnya dajjal, haiwan melata, dan keluarnya Ya’juj dan Ma’juj. Beliau berkata, tanda yang mengakhiri seluruh amalan adalah terbitnya matahari dari arah barat. Tidakkah engkau melihat bahawa Allah berfirman:

“Pada hari datangnya sebahagian dari ayat (tanda-tanda) dari Rabb-mu, tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu.” Hingga akhir ayat, yakni terbitnya matahari dari arah barat.”

وقال سفيان، عن منصور، عن عامر، عن عائشة [رضي الله عنها] قالت: إذا خرج أول الآيات، طُرحت الأقلام، وحبست الحفظة، وشهدت الأجساد على الأعمال. رواه ابن جرير.

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau berkata:

“Ketika munculnya tanda yang pertama (yakni matahari terbit dari barat – pent.), pena-pena pun digugurkan (atau dicampakkan), ditahannya para pencatat (malaikat tidak lagi mencatat dan menjaga), dan seluruh tubuh menjadi saksi atas amal-amal perbuatan.”

Diriwayatkan oleh Ibn Jarir.[19]

فقوله [عَزَّ وجل] (8) { لا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ } أي: إذا أنشأ الكافر إيمانًا يومئذ لا يقبل منه، فأما من كان مؤمنا قبل ذلك، فإن كان مصلحًا في عمله فهو بخير عظيم، وإن كان مخَلِّطًا فأحدث توبة حينئذ (9) لم تقبل منه توبته، كما دلت عليه (10) الأحاديث المتقدمة، وعليه يحمل قوله تعالى: { أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا } أي: ولا يقبل منها كَسْبُ عمل صالح إذا لم يكن عاملا به قبل ذلك.

Maka firman Allah ‘Azza wa Jalla, “tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu…”

Maksudnya, apabila waktu itu orang-orang kafir baru hendak beriman, maka keimanannya tidak lagi diterima pada hari tersebut. Adapun bagi yang sudah beriman sebelum itu, jika dia orang yang baik amalannya, maka dia berada dalam kebaikan yang luar biasa besar. Tetapi jika dia mencampurkan amalan baik dengan amal yang buruk, kemudian dia bertaubat pada waktu tersebut, maka taubatnya tidak lagi diterima sebagaimana yang telah dijelaskan dalil-dalil hadis berkaitan dengannya.[20]

Dan atas hal tersebut, maka firman Allah, “Atau dia belum mengusahakan kebaikan dalam masa imannya…” dapat difahami bahawa amal soleh yang dilakukan pada waktu tersebut tidaklah diterima jika sebelumnya tidak dilakukan.

وقوله: { قُلِ انْتَظِرُوا إِنَّا مُنْتَظِرُونَ } تهديد شديد للكافرين، ووعيد أكيد لمن سَوَّف بإيمانه وتوبته إلى وقت لا ينفعه ذلك. وإنما كان الحكم هذا عند طلوع الشمس من مغربها، لاقتراب وقت القيامة، وظهور أشراطها كما قال: { فَهَلْ يَنْظُرُونَ إِلا السَّاعَةَ أَنْ تَأْتِيَهُمْ بَغْتَةً فَقَدْ جَاءَ أَشْرَاطُهَا فَأَنَّى لَهُمْ إِذَا جَاءَتْهُمْ ذِكْرَاهُمْ } [محمد :18] ، وقال تعالى: { فَلَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا قَالُوا آمَنَّا بِاللَّهِ وَحْدَهُ وَكَفَرْنَا بِمَا كُنَّا بِهِ مُشْرِكِينَ . فَلَمْ يَكُ يَنْفَعُهُمْ إِيمَانُهُمْ لَمَّا رَأَوْا بَأْسَنَا [سُنَّةَ اللَّهِ الَّتِي قَدْ خَلَتْ فِي عِبَادِهِ وَخَسِرَ هُنَالِكَ الْكَافِرُونَ] } [غافر :84 ، 85]

Firman-Nya, “Katakanlah: “Tunggulah olehmu sesungguhnya Kamipun menunggu (pula).”

Ini merupakan peringatan yang keras bagi orang-orang kafir, dan merupakan ancaman tegas bagi sesiapapun yang menunda-nunda untuk beriman dan bertaubat hingga saat semua itu tidak lagi bermanfaat. Hukum (ketentuan) ini terjadi ketika matahari telah terbit dari arah barat kerana Kiamat sudah benar-benar hampir dan telah zahir (jelas) tanda-tandanya sebagaimana yang Allah firmankan:

“Maka tidaklah yang mereka tunggu-tunggu melainkan hari Kiamat (iaitu) kedatangannya kepada mereka dengan tiba-tiba, kerana sesungguhnya telah datang tanda-tandanya. Maka apakah faedahnya bagi mereka kesedaran mereka itu apabila Kiamat sudah datang?” (Surah Muhammad, 47: 18)

Dan firman-Nya:

“Maka tatkala mereka melihat adzab Kami, mereka berkata:

“Kami beriman hanya kepada Allah saja, dan kami kafir kepada sembahan-sembahan yang telah kami persekutukan dengan Allah.”

Maka iman mereka tidaklah berguna bagi mereka tatkala mereka telah melihat adzab Kami. Itulah sunnah (ketentuan) Allah yang telah berlaku terhadap hamba-hamba-Nya. Dan di waktu itu binasalah orang-orang kafir.” (Surah Al-Mukmin, 40: 84-85)[21]

Sekian nukilan – Wallaahu a’lam.


[1] Diambil dan diterjemahkan dari Tafsir Ibn Katsir (Tafsir Al-Qur’an Al-Adzim), 3/371-376 dengan meringkaskan sebahagian penyebutan sanad-sanad hadis dan meninggalkan hadis-hadis yang telah dinyatakan tidak sahih oleh Al-Hafiz Ibn Katsir. Diikuti dengan pemberian nota kaki sebagai bentuk rujukan dan bantuan pemahaman, insyaAllah.

[2] Shahih Al-Bukhari, no. 4635.

[3] Shahih Al-Bukhari, no. 4635, 4636.

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ تَقُومُ السَّاعَةُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا، فَإِذَا رَآهَا النَّاسُ آمَنَ مَنْ عَلَيْهَا، فَذَاكَ حِينَ: {لاَ يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ} [الأنعام: 158]

“Tidaklah terjadi Kiamat sampailah matahari terbit dari arah barat (tempat terbenamnya). Maka apabila manusia menyaksikannya, berimanlah siapa yang ada di bumi. Maka itulah waktu di mana (sebagaimana firman Allah), “tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu…” (Shahih Al-Bukhari, no. 4635)

[4] Shahih Muslim, no. 157. Sunan Abi Dawud, no. 4312. Sunan Al-Kubra oleh An-Nasaa’i, no. 11177. Sunan Ibn Majah, no. 4068.

[5] Shahih Muslim, no. 157.

[6] Shahih Muslim, no. 157.

[7] Tafsir Ath-Thabari, 12/265. Shahih Muslim, no. 158. Sunan At-Tirmidzi, no. 3072.

[8] Tafsir Ath-Thabari, 12/255.

[9] Tafsir Ath-Thabari, 12/256. Musnad Ahmad, no. 7711, 9130, 9590, 10581. Shahih Muslim, no. 2703.

[10] Berkaitan sujudnya matahari, sila lihat di artikel, Matahari Sujud di Bawah ‘Arsy.

[11] Shahih Al-Bukhari, no. 4803. Muslim, no. 159.

Al-Imam Muslim meriwayatkan di kitab Shahih-nya sebagaimana berikut, dari Abu Dzarr Al-Ghifari radhiyallahu ‘anhu, bahawa pada suatu hari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَتَدْرُونَ أَيْنَ تَذْهَبُ هَذِهِ الشَّمْسُ؟» قَالُوا: اللهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ: ” إِنَّ هَذِهِ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ، فَتَخِرُّ سَاجِدَةً، فَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا: ارْتَفِعِي، ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا، ثُمَّ تَجْرِي حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا تَحْتَ الْعَرْشِ، فَتَخِرُّ سَاجِدَةً، وَلَا تَزَالُ كَذَلِكَ حَتَّى يُقَالَ لَهَا: ارْتَفِعِي، ارْجِعِي مِنْ حَيْثُ جِئْتِ، فَتَرْجِعُ فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَطْلِعِهَا، ثُمَّ تَجْرِي لَا يَسْتَنْكِرُ النَّاسَ مِنْهَا شَيْئًا حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى مُسْتَقَرِّهَا ذَاكَ تَحْتَ الْعَرْشِ، فَيُقَالُ لَهَا: ارْتَفِعِي أَصْبِحِي طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِكِ، فَتُصْبِحُ طَالِعَةً مِنْ مَغْرِبِهَا “، فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ” أَتَدْرُونَ مَتَى ذَاكُمْ؟ ذَاكَ حِينَ {لَا يَنْفَعُ نَفْسًا إِيمَانُهَا لَمْ تَكُنْ آمَنَتْ مِنْ قَبْلُ أَوْ كَسَبَتْ فِي إِيمَانِهَا خَيْرًا} [الأنعام: 158]

“Tahukah kalian ke mana perginya matahari ini?”

Mereka pun menjawab, “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.”

Nabi meneruskan:

“Sesungguhnya matahari ini berjalan (beredar dengan sangat laju) sampailah ke tempat (perhentian)nya di bawah ‘Arsy, maka ia pun menyungkur sujud, dan ia tetap demikian sampailah dikatakan kepadanya:

“Bangunlah, kembalilah dari tempat pertama kali engkau datang.”

Maka ia pun kembali datang di waktu pagi, terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia berjalan (beredar dengan sangat laju) sampailah ke tempatnya di bawah ‘Arsy lalu ia menyungkur sujud. Dan ia tetap demikian sampailah dikatakan kepadanya:

“Bangunlah, kembalilah dari tempat pertama kali engkau datang.”

Maka ia pun kembali datang di waktu pagi, terbit dari tempat terbitnya. Kemudian ia berjalan (beredar dengan sangat laju) tanpa diingkari oleh manusia darinya sedikitpun sampailah ia berakhir di tempatnya di bawah ‘Arsy. Maka dikatakan kepadanya:

“Bangunlah, terbitlah dari arah barat-mu (tempat terbenam).”

Maka di pagi hari terbitlah ia dari arah barat.

Lalu Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

“Adakah kalian mengetahui bilakah yang demikian ini terjadi? Iaitu pada ketika (sebagaimana firman Allah), “… tidaklah bermanfaat lagi iman seseorang untuk dirinya sendiri yang belum beriman sebelum itu, atau dia (belum) mengusahakan kebaikan dalam masa imannya.” (Shahih Muslim, no. 159)

Demikian teks (matn) dalam Shahih Muslim.

[12] Musnad Ahmad, no. 16144. Shahih Muslim, no. 2901. Sunan Abi Dawud, no. 4311. Sunan At-Tirmidzi, no. 2183. Sunan Ibn Majah, no. 4041.

[13] Musnad Ahmad, no. 11266. Sunan At-Tirmidzi, no. 3071. Mushannaf Ibn Abi Syaibah, 15/179. Dinilai sahih lighairihi oleh Syu’aib Al-Arnauth.

[14] Al-Mu’jam Al-Kabir oleh Ath-Thabrani, 8/263. Majma’ Az-Zawa’id, 8/9.

[15] Musnad Ahmad, no. 19095. Sunan At-Tirmidzi, no. 3536. Ibn Majah, no. 4070. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi.

[16] Shahih Muslim, no. 2941. Sunan Abi Dawud, no. 4310. Ibn Majah, no. 4069.

[17] Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) ketika mengemukakan atsar-atsar berkaitan ini, beliau pun menyimpulkan:

فهذه اثار يشد بعضها بعضا متفقة على أن الشمس إذا طلعت من المغرب اغلق باب التوبة ولم يفتح بعد ذلك وان ذلك لا يختص بيوم الطلوع بل يمتد إلى يوم القيامة ويؤخذ منها ان طلوع الشمس من مغربها أول الإنذار بقيام الساعة وفي ذلك رد على أصحاب الهيئة ومن وافقهم ان الشمس وغيرها من الفلكيات بسيطة لا يختلف مقتضياتها ولا يتطرق إليها تغيير ما هي عليه

“Atsar-atsar ini saling menguatkan antara satu sama lain dan disepakati bahawa jika matahari telah terbit dari barat, maka tertutuplah pintu taubat dan tidak akan dibuka semula setelah itu, dan sesungguhnya perkara tersebut tidak khusus hanya pada saat hari kemunculannya dari barat, bahkan tetap berlangsung sampai hari Kiamat.

Dari sini difahami bahawa terbitnya matahari dari arah barat adalah peringatan (besar) pertama akan terjadinya Kiamat. Ini merupakan merupakan bantahan ke atas mereka yang berpendapat bahawa matahari dan benda-benda langit lainnya tidak mengalami perubahan serta tidak terkesan oleh perubahan yang berlangsung.” (Fath Al-Bari, 11/355-356)

[18] Musnad Ahmad, no. 1671.

[19] Kata Al-Hafiz Ibn Hajar, “Sanadnya sahih, ianya mauquf (perkataan ‘Aisyah), namun hukumnya marfu’ (dianggap sebagai makna hadis dari Nabi).” (Fath Al-Bari, 11/355)

[20] Al-Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy’ari radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ يَبْسُطُ يَدَهُ بِاللَّيْلِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ النَّهَارِ، وَيَبْسُطُ يَدَهُ بِالنَّهَارِ لِيَتُوبَ مُسِيءُ اللَّيْلِ، حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ مِنْ مَغْرِبِهَا

“Sesungguhnya Allah membentangkan tangan-Nya pada malam hari untuk menerima taubat orang yang melakukan keburukan pada siang hari, dan Dia membentangkan tangan-Nya pada siang hari untuk menerima taubat orang yang melakukan keburukan pada malam hari sampailah ketika saatnya matahari terbit dari tempat terbenamnya, (yakni dari arah barat, maka taubat tidak lagi diterima).” (Shahih Muslim, no. 2759)

[21] Para ulama menyatakan, amal soleh dan taubat akan tetap diterima sehingga datangnya salah satu dari dua keadaan, yakni selama mana nyawa belum sampai ke tenggorokan, atau selagi mana matahari belum terbit dari tempat terbenamnya, yakni dari arah barat. Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest