Banyak Beramal Dengan Iringan Rasa Khauf (Takut)

Abu Numair
www.ilmusunnah.com

amalan kecil jadi besar kerana niatBahawa ‘Aisyah isteri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang ayat ini:

وَالَّذِينَ يُؤْتُونَ مَا آتَوْا وَقُلُوبُهُمْ وَجِلَةٌ

“Dan orang-orang yang memberikan apa yang telah mereka berikan, dengan hati yang takut (kerana mereka tahu sesungguhnya mereka akan kembali kepada Rabb mereka)…” (Surah Al-Mu’minun, 23: 60)

Tanya ‘Aisyah:

أَهُمُ الَّذِينَ يَشْرَبُونَ الخَمْرَ وَيَسْرِقُونَ؟

“Adakah mereka itu orang-orang yang meminum al-khamr (arak) dan pencuri?”

Jawab Nabi:

لَا يَا بِنْتَ الصِّدِّيقِ، وَلَكِنَّهُمُ الَّذِينَ يَصُومُونَ وَيُصَلُّونَ وَيَتَصَدَّقُونَ، وَهُمْ يَخَافُونَ أَنْ لَا تُقْبَلَ مِنْهُمْ {أُولَئِكَ يُسَارِعُونَ فِي الْخَيْرَاتِ وَهُمْ لَهَا سَابِقُونَ

“Tidak wahai binti Shiddiq, tetapi mereka adalah orang-orang yang berpuasa, bersolat, dan bersedekah. Mereka takut jika amal-amal mereka tidak diterima.

“Merekalah orang yang berlumba-lumba dalam kebaikan, dan merekalah orang yang awal (mendapatkannya).” (Surah Al-Mu’minun, 23: 61).” (Sunan At-Tirmidzi, no. 3175)

‘Ali bin Abi Thalib radhiyallahu ‘anhu mengatakan:

كُوْنُوْا لِقَبُوْلِ اْلعَمَلِ أَشَدَّ اهْتِمَامًا مِنْكُمْ بِاْلعَمَلِ أَلَمْ تَسْمَعُوْا اللهَ عَزَّ وَ جَلَّ يَقُوْلُ:إِنَّمَا يَتَقَبَلُ اللهُ مِنَ اْلمُتَّقِيْنَ

“Hendaklah kamu lebih sunguh-sungguh memperhatikan bagaimana agar amalan kamu diterima berbanding hanya sekadar beramal. Tidakkah kamu mendengar firman Allah ‘Azza wa Jalla:

إِنَّمَا يَتَقَبَّلُ اللَّهُ مِنَ الْمُتَّقِينَ

“Sesungguhnya Allah hanya menerima (amalan) dari orang-orang yang bertaqwa.” (Surah Al-Maa’idah, 5: 27).” (Ibnu Rajab, Lathaaif Al-Maa’arif, m/s. 232)

Wallahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest