Beginilah Melaksanakan Aqiqah Menurut Sunnah

www.ilmusunnah.com
Diringkaskan dari Kitab Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad.

Definisi ‘Aqiqah

1, Makna ‘aqiqah dari sudut bahasaAnak-anak dilahirkan Dalam Keadaan Fitrah

Asy-Syaikh Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani menyebutkan:

العقيقة لغة: مشتقة من العقِّ، وهو القطع؛ وأصل العق: الشق والقطع، وقيل للذبيحة عقيقة؛ لأنها يُشقُّ حلقها، ويقال للشعر الذي يخرج على رأس المولود من بطن أمه: عقيقة؛ لأنه يُحلق، وقد جعل الزمخشري الشعر أصلاً، والشاة المذبوحة مشتقة منه

Kata aqiqah diambil dari kata al-‘aqqu, yang bermakna memotong. Asal kata al-‘aqqu adalah asy-syaqqu (membelah) dan al-‘aqqu (memotong). Haiwan yang disembelih disebut ‘aqiqah kerana dipotong salur kerongkongnya.

Rambut yang keluar di kepala bayi yang baru lahir dari perut ibunya juga disebut ‘aqiqah, kerana rambut itu dicukur (dipotong). Az-Zamakhsyari menyatakan bahawa asal penggunaan kata ‘aqiqah adalah untuk rambut yang dicukur, manakala penggunaannya bagi haiwan yang disembelih adalah kelanjutan darinya. (lihat: An-Nihayah fi Gharibil Hadits wal Atsar oleh Ibn Al-Atsir, 3/276)

2, ‘Aqiqah dari sisi istilah

Iaitu kambing yang disembelih sempena kelahiran bayi (kerana mencari wajah Allah – pen.), yang disembelih pada hari ketujuh kelahirannya bersamaan dengan mencukur rambutnya. ‘Aqiqah adalah hak seorang anak atas ayahnya. (Lihat: An-Nihayah fi Gharibil Hadits wal Atsar oleh Ibn Al-Atsir, 3/276. Mu’jam Lughah Al-Fuqaha’ oleh Ar-Rawwas, m/s. 288. Al-Qamus Al-Fiqhi Lughatan wa Ishthilahan oleh Sa’di Abu Jaib, m/s. 258)

Al-Imam Ibnu Qudamah rahimullah (Wafat: 620H) berkata:

العقيقة: الذبيحة التي تذبح عن المولود، وقيل: هي الطعام الذي يصنع ويُدعى إليه من أجل المولود

“‘Aqiqah adalah haiwan yang disembelih untuk bayi yang baru lahir. Ada yang berpendapat adalah makanan yang dibuat (disediakan) untuk tamu yang diundang dalam rangka kelahiran bayi.”

Abu ‘Ubaid berkata:

الأصل في العقيقة الشعر الذي على المولود، وجمعها: عقائق … ثم إن العرب سمَّت الذبيحة عند حلق شعره: عقيقة على عادتهم في تسمية الشيء باسم سببه، أو مجاوره، ثم اشتهر ذلك حتى صار من الأسماء العرفية، وصارت العقيقة مغمورة فيه، فلا يفهم من العقيقة عند الإطلاق إلا الذبيحة

“Pada dasarnya makna ‘aqiqah adalah rambut pada bayi yang baru lahir. Bentuk jama’nya adalah ‘aqa’iq. Kemudian orang-orang ‘Arab menyebut haiwan yang disembelih ketika waktu mencukur rambut sebagai ‘aqiqah, bersesuaian kebiasaan mereka menamakan sesuatu dengan nama faktor penyebabnya atau sesuatu yang mengiringinya. Kemudian istilah ini masyhur hingga menjadi istilah yang dikenal, dan makna ‘aqidah sebagai “rambut yang dicukur dari kepala bayi yang baru lahir” tenggelam dalam makna ini. Sehingga ketika kata ‘aqiqah disebutkan secara mutlak, maka yang langsung difahami darinya adalah haiwan yang disembelih.”

Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah (Wafat: 463H) berkata:

أنكر أحمد هذا التفسير، وقال: إنما العقيقة: الذبح نفسه …

“Imam Ahmad mengingkari penafsiran ini, beliau berkata, “Kata ‘aqiqah tidak ada yang lain kecuali untuk makna penyembelihan haiwan.” (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 13/392)

Hukum ‘Aqiqah Untuk Bayi Lelaki dan Perempuan

Hukum ‘aqiqah adalah sunnah mu’akkadah (sunnah yang sangat ditekankan). Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menjelaskannya[1] berdasarkan hadis-hadis berikut.

Dari hadis Salman bin ‘Amir Adh-Dhabi radhiyallaahu ‘anhu, beliau mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَعَ الغُلاَمِ عَقِيقَةٌ، فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا، وَأَمِيطُوا عَنْهُ الأَذَى

“Bersama (kelahiran) seorang anak itu ada ‘aqiqah. Maka alirkanlah darah (sembelihan) untuknya dan singkirkanlah kotoran darinya.”

Ini adalah lafaz Al-Bukhari dan para penyusun kitab As-Sunan yang empat.didiklah anakmu...

Manakala dari lafaz Ahmad:

مَعَ الْغُلَامِ عَقِيقَتُهُ فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى وَقَالَ: الصَّدَقَةُ عَلَى الْمِسْكِينِ صَدَقَةٌ، وَعَلَى ذِي الرَّحِمِ اثْنَتَانِ صِلَةٌ، وَصَدَقَةٌ

“Bersama (kelahiran) anak itu ada ‘aqiqahnya, maka alirkanlah darah (sembelihan) untuknya dan singkirkanlah kotoran darinya.”

Beliau juga bersabda:

“Sedekah kepada orang miskin adalah sedekah, sedangkan sedekah kepada kerabat adalah silaturrahim dan sedekah.” (lihat: Shahih Al-Bukhari di Kitab ‘Aqiqah, Bab Menyingkirkan Penyakit dari Bayi Dengan Melaksanakan ‘Aqiqah, no. 5471, 5472. Musnad Ahmad, no. 6231; Imam Ahmad menyusunnya di beberapa tempat, no.: 16226, 16229, 16230, 16232, 16240, 16241, 17871, 17873, 17875, 17885, 17886. Abu Dawud, no. 2839. At-Tirmidzi, no. 1515. An-Nasaa’i, no. 4214)

Dari hadis Samurah bin Jundub radhiyallaahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

“Setiap anak itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya pada hari ke-tujuh, dan pada hari itu juga dia diberi nama serta kepalanya dicukur.”  (Musnad Ahmad, no. 20083, 20193, 20194. Sunan Abi Dawud, no. 2838)

Al-Imam Ibn Al-Atsir rahimahullah (Wafat: 606H) berkata:

“Sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Setiap anak tergadai (رَهِينَةٌ) dengan aqiqahnya.

Kata rahinah berasal dari kata rahn, huruf ha’ untuk menunjukkan makna lebih, sama seperti kata syatimah dan syatm. Kemudian keduanya digunakan untuk makna marhun (yang digadai). Sehingga muncul ungkapan, “Huwa rahn bikadza wa rahinah bikadza…” (ia gadaian sekian, dan ia tergadai demikian). Makna sabda beliau, “Tergadai dengan ‘aqiqahnya…” bahawa aqiqah perlu dilaksanakan, tidak boleh ditinggalkan. Beliau menyerupakan tuntutan ‘aqiqah dan tidak menyebabkan ianya terlepas dari tanggungan dengan barang gadaian yang berada di tangan penerima gadai.”

Al-Khaththabi berkata:

“Ramai yang membahaskan permasalahan ‘aqiqah ini. Pendapat terbaik telah disampaikan oleh Imam Ahmad bin Hanbal di mana beliau berkata, “Manfaatnya terlihat pada momentum pemberian syafa’at.” Maksudnya, jika seorang bayi tidak di-‘aqiqahi lalu dia meninggal dunia dalam keadaan masih kecil, maka dia tidak akan dapat memberi syafa’at kepada orang tuanya. Ada yang berpendapat, maknanya adalah ia tergadai dengan penyakit yang ada pada rambutnya. Mereka mengambil dalil dari sabda beliau, “Maka singkirkanlah kotoran darinya.” Kotoran ini disebabkan darah rahim yang melekat padanya.” (An-Nihayah fi Gharib Al-Hadits wa Al-Atsar, 2/285)[2]

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah (Wafat: 751H) berkata:

“Kata ar-rahn (gadai) secara bahasa bermakna menahan. Allah Ta’ala berfirman:

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

“Setiap orang bertanggung jawab atas apa yang telah dilakukannya…” (lihat: Surah Al-Muddatstsir, 74: 38)

Zahir hadis menyatakan bahawa si anak tergadai (yakni terlarang dan tertahan) dari kebaikan yang diinginkan darinya. Namun keadaan ini tidak semestinya menyebabkan dirinya dihukum di akhirat, meskipun ia tertahan dari apa yang didapatkan oleh anak yang di-‘aqiqahi lantaran kedua orang tuanya tidak melaksanakan ‘aqidah untuknya. Terkadang seorang anak kehilangan kebaikan disebabkan kelalaian kedua orang tuanya, walaupun bukan kerana perbuatannya sendiri.

Demikian juga jika kedua orang tua membaca doa ketika berhubungan badan, maka si anak tidak akan mendapat bahaya dari syaitan, namun jika keduanya meninggalkan doa ini, maka si anak tidak mendapat penjagaan seperti ini. Kemudian, sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ini menunjukkan bahawa ‘aqiqah perlu dilakukan dan tidak sepatutnya ditinggalkan. Beliau (Nabi) menyerupakan kewajiban ‘aqiqah dengan gadaian. Hadis ini menjadi dalil bagi mereka yang berpegang pada hukum wajibnya ‘aqiqah, sebagaimana yang dipegang oleh Al-Laits, Al-Hasan Al-Bashri dan kelompok zhohiri. Wallahu a’lam.” (Zadul Ma’ad, 2/326)

Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata ketika membahas kitab Zadul Ma’ad karya Ibnul Qayyim (2/326):

“Yang dimaksudkan dengan sabda Nabi, “Setiap anak tergadai dengan aqiqahnya…” Allah lebih mengetahui maksudnya, sedang penafsiran bahawa si anak terhalang dari memberikan syafa’at kepada kedua orang tuanya, bahawa ini tidak ada dalil yang menunjukkan hal demikian. Maknanya mungkin seperti yang diungkapkan oleh penulis (yakni Ibnul Qayyim), bahawa si anak tertahan dari kebaikan yang diinginkan padanya, atau pengertian yang lain. Pengetahuan akan makna hakikinya hanya ada di sisi Allah. Yang perlu diketahui, si anak tergadai dengan ‘aqiqahnya sampailah dia di-‘aqiqahkan.” (lihat: Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 59)

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Amr bin Al-‘Ash radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ العَقِيقَةِ؟ فَقَالَ: «لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْعُقُوقَ». كَأَنَّهُ كَرِهَ الِاسْمَ قَالُوا يَا رَسُولَ اللهِ: إِنَّمَا نَسْأَلُكَ عَنْ أَحَدِنَا يُولَدُ لَهُ قَالَ: «مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْ وَلَدِهِ فَلْيَنْسُكْ عَنْهُ، عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِأَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ» قَالَ دَاوُدُ: سَأَلْتُ زَيْدَ بْنَ أَسْلَمَ عَنِ الْمُكَافِأَتَانِ قَالَ: الشَّاتَانِ الْمُشْتَبِهَتَانِ تُذْبَحَانِ جَمِيعًا

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ditanya tentang ‘aqiqah, beliau menjawab, “Allah tidak menyukai al-‘uquuq (kederhakaan).”

Seakan-akan beliau tidak menyukai istilah ini. Seseorang pun berkata kepada Rasulullah Shallallahu alaihi wa Sallam, “Sebenarnya yang kami tanyakan kepada engkau adalah tentang salah seorang di antara kami yang mendapat kelahiran anak.”

Beliau pun bersabda:

“Siapa yang ingin menyembelih (haiwan) untuk anaknya maka hendaklah dia menyembelih untuknya; bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan manakala jika anak perempuan pula satu ekor kambing.”

Dawud (perawi hadis) berkata, “Aku bertanya kepada Zaid bin Aslam tentang kata “yang sepadan.” Beliau menjawab, “Iaitu dua ekor kambing yang serupa dan kedua-duanya disembelih pada waktu yang sama.”

Ini adalah lafaz dalam riwayat An-Nasaa’i.

Manakala dalam lafaz Ahmad:

سُئِلَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْعَقِيقَةِ ؟ فَقَالَ: ” إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الْعُقُوقَ ” وَكَأَنَّهُ كَرِهَ الِاسْمَ قَالُوا: يَا رَسُولَ اللهِ، إِنَّمَا نَسْأَلُكَ عَنْ أَحَدِنَا يُولَدُ لَهُ؟ قَالَ: ” مَنْ أَحَبَّ مِنْكُمْ أَنْ يَنْسُكَ عَنْ وَلَدِهِ فَلْيَفْعَلْ، عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ditanya tentang ‘aqiqah, beliau menjawab, “Sesungguhnya Allah tidak menyukai al-‘uquuq (kederhakaan).”

Seakan-akan beliau tidak menyukai istilah tersebut. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, yang kami tanyakan kepada engkau adalah berkaitan seorang di antara kami yang menerima kelahiran anak.”

Beliau pun bersabda:

“Siapa di antara kalian yang ingin menyembelih haiwan sembelihan untuk anaknya maka silakan dia laksanakan; untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.”

Manakala dalam lafaz Abu Dawud, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا يُحِبُّ اللَّهُ الْعُقُوقَ. كَأَنَّهُ كَرِهَ الِاسْمَ وَقَالَ: مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Allah tidak menyukai al-‘uquuq (kederhakaan).”

Seakan-akan beliau tidak menyukai istilah tersebut. Lalu beliau bersabda:

“Siapa yang dikurniakan dengan kelahiran anak dan dia ingin menyembelih haiwan sembelihan untuknya maka silakan dia menyembelihnya, bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (lihat: Sunan An-Nasaa’i di Kitab ‘Aqiqah, no. 4212. Abu Dawud di Kitab Adh-Dhohaya, Bab ‘Aqiqah, no. 2842. Musnad Ahmad, no. 6713, 6822. Al-Albani berkata “Hadis hasan sahih.” Lihat: Silsilah Al-Ahadits Ash-Shahihah, no. 1655. Irwa’ Al-Ghalil, 4/362)

Dari hadis ‘Aisyah radhiayallaahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, dan untuk anak perempuan satu ekor kambing.”

Ini adalah salah satu lafaz Ahmad, dan menurut lafaz Ahmad yang lain:

أَمَرَنَا رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُعِقَّ عَنِ الْجَارِيَةِ شَاةً، وَعَنِ الْغُلَامِ شَاتَيْنِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kita untuk menyembelih ‘aqiqah; satu ekor kambing untuk anak perempuan dan dua ekor kambing untuk anak lelaki.”

Dari lafaz At-Tirmidzi:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ عَنِ الغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الجَارِيَةِ شَاةٌ

“Bahwasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan mereka (menyembelih ‘aqiqah). Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (Musnad Ahmad, no. 24028, 25250, 26134). Sunan At-Tirmidzi, no. 1513. Ibnu Majah, no. 3163. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Makna  مكافأتان  dan مكافئتان “sepadan” adalah satu (sama): Yakni yang sah untuk ‘aqiqah adalah dua ekor kambing yang serupa dalam umur dan bentuk fizikalnya. Umur keduanya tidak boleh kurang dari umur minima kambing korban. Dan kedua-duanya disembelih sekaligus (Yakni dalam tempoh waktu yang bersamaan).[3]

Tentang sabda beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

إِنَّ اللهَ لَا يُحِبُّ الْعُقُوقَ

“Sesungguhnya Allah tidak menyukai al-‘uquuq (kederhakaan).”

Ibnu ‘Abdil Bar rahimahullah berkata:

وفي هذا الحديث كراهية ما يقبح معناه من الأسماء، وكان رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يحب الاسم الحسن، ويعجبه الفأل الحسن … وكان الواجب بظاهر الحديث أن يقال للذبيحة عن المولود: نسيكة ولا يقال: عقيقة، لكني لا أعلم أحداً من العلماء مال إلى ذلك، ولا قال به، وأظنهم – والله أعلم – تركوا العمل بهذا المعنى المدلول عليه من هذا الحديث؛ لما صح عندهم من لفظ العقيقة

“Dari hadis ini dapat difahami tidak disukainya penggunaan istilah-istilah yang buruk. Dan bahawa Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam menyukai nama yang baik serta sangat kagum dengan simbol-simbol yang baik… berdasarkan zahir hadis ini, istilah yang seharusnya dipakai untuk menunjukkan maksud sembelihan kerana kelahiran anak adalah nasikah, dan tidak disebut sebagai ‘aqiqah. Akan tetapi aku tidak mengetahui seorang ulama pun yang cenderung menggunakan istilah tersebut. Aku beranggapan, wallaahu a’alam – para ulama tidak mengamalkan makna yang terkandung dalam hadis ini disebabkan adanya riwayat sahih di kalangan mereka yang mempergunakan lafaz ‘aqiqah.”

Kemudian Ibnu ‘Abdil Barr menyebutkan hadis Samurah bin Jundub:

ثم ذكر حديث سمرة بن جندب – رضي الله عنه -: كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

“Setiap anak itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih pada hari ketujuh, pada hari itu dia diberikan nama dan kepalanya dicukur licin (botak/gundul).” (Musnad Ahmad, no. 20083, 2193, 2194. Sunan Abi Dawud, no. 2838; dan para penyusun kitab sunan yang lain. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Kemudian hadis Salman bin Amir radhiyallaahu ‘anhuma:

مَعَ الْغُلَامِ عَقِيقَتُهُ، فَأَهْرِيقُوا عَنْهُ دَمًا، وَأَمِيطُوا عَنْهُ الْأَذَى

“Bersama kelahiran anak ada ‘aqiqahnya. Maka alirkanlah darah untuknya dan singkirkanlah kotoran darinya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5471, 5472. Musnad Ahmad, no. 170, 6232)Menyambut_Buah_Hati_Karya_Ibnul_Qayyim

Berikutnya Ibnu ‘Abdil Barr rahimullah berkata:

وهما حديثان ثابتان، إسناد كل واحد منهما خير من إسناد حديث زيد بن أسلم هذا

“Kedua-dua hadis ini adalah hadis yang kuat kedudukannya. Sanad setiap keduanya lebih baik dari sanad hadis Zaid bin Aslam.” (lihat: At-Tamhid oleh Ibn ‘Abdil Barr, 4/305-306)

Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata tentang penyebutan dengan kata ‘aqiqah:

لا حرج في تسميتها بالعقيقة؛ لتسمية النبي – صلى الله عليه وسلم -[لها بذلك] في الأحاديث الصحيحة

“Tidak mengapa menyebutnya dengan nama ‘aqiqah kerana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam sendiri menyebutkan demikian sebagaimana dalam banyak hadis yang sahih.” (Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 59)

Waktu ‘Aqiqah

Afdhalnya, haiwan untuk ‘aqiqah sempena kelahiran anak disembelih pada hari ketujuh setelah kelahirannya. Namun jika ianya disembelih sebelum itu, yakni setelah kelahiran, tidaklah mengapa.

Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:

فإن ذبحها قبل السابع جاز؛ لأنه فعلها بعد سببها، فجاز كتقديم الكفارة على الحنث

“Menyembelih haiwan ‘aqiqah sebelum hari ketujuh adalah dibolehkan, kerana penyembelihan tersebut dilakukan setelah adanya faktor penyebab, maka dibolehkan. Sama seperti bolehnya mendahulukan kafarah kerana bimbang melanggar sumpah…” (Al-Kafi oleh Ibnu Qudamah, 2/498)

Adapun yang disunnahkan adalah disembelih pada hari ketujuh, namun tetap dianggap sah jika disembelih sebelum atau setelah hari yang ke tujuh.

Ibnu Qudamah berkata:

وإن ذبح قبل ذلك أو بعده أجزأه

“Jika disembelih sebelum atau setelah hari ketujuh itu hukumnya tetap sah.” (Al-Mughni, 13/397)

Namun, apa yang telah ditunjukkan oleh sunnah, yang tsabitnya adalah disyari’atkan agar menyembelihnya pada hari yang ke tujuh.

Sunnah yang terpecaya menunjukkan disyari’atkan berkomitmen dengan sunnah iaitu menyembelih pada hari ke tujuh kelahiran. Ini berdasarkan hadis Samurah bin Jundub radhiyallaahu ‘anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau bersabda:

كُلُّ غُلَامٍ رَهِينَةٌ بِعَقِيقَتِهِ تُذْبَحُ عَنْهُ يَوْمَ سَابِعِهِ، وَيُسَمَّى فِيهِ، وَيُحْلَقُ رَأْسُهُ

“Setiap anak itu tergadai dengan ‘aqiqahnya, disembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya pada hari ke-tujuh, dan pada hari itu juga dia diberikan nama serta kepalanya dicukur.” (Musnad Ahmad, no. 20083, 20193, 20194.  Sunan Abi Dawud, no. 2838)

Jumlah dan Jenis Haiwan yang Disembelih Untuk ‘Aqiqah

Sunnah dalam ‘aqiqah adalah menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki, dan satu ekor kambing untuk anak perempuan.

Ini adalah berdasarkan hadis-hadis berikut.

Dari hadis Ummu Kurz Al-Ka’biyah radhiayallaahu ‘anhuma, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَنِ الْغُلامِ شَاتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Bagi anak lelaki dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.”

Ini adalah salah satu lafaz dari riwayat An-Nasaa’i, dan menurut lafaz An-Nasaa’i yang lain, Ummu Kurz berkata:

أَتَيْتُ النَّبِيَّ – صلى الله عليه وسلم – بِالْحُدَيْبِيَةِ أَسْأَلُهُ عَنْ لُحومِ الْهَدْيِ فَسَمِعْتُهُ يَقُولُ: عَلَى الْغُلَامِ شَاتَانِ، وَعَلَى الْجَارِيَةِ شَاةٌ، لَا يَضُرُّكُمْ ذُكْرَانًا كُنَّ أَمْ إِنَاثًا

“Aku datang kepada Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di Hudaibiyah. Aku bertanya tentang daging hadyu. Lalu aku mendengar beliau bersabda:

“Bagi anak lelaki dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing. Tidak mengapa bagi kalian sama ada kambing jantan mahupun betina.”.”

Manakala dalam riwayat Abu Dawud:

عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.”

Al-Imam Abu Dawud berkata:

سمعت أحمد قال: مكافِئتان، أي مستويتان، أو متقاربتان

“Aku mendengar Ahmad berkata, “Yang sepadan adalah yang sama atau yang berdekatan.”.”

Dari lafaz lain di riwayat Abu Dawud, “Ummu Kurz berkata, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مِثْلاَنِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Bagi anak lelaki dua ekor kambing yang semisal (serupa) manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (lihat: Sunan An-Nasaa’i, no. 4215, 4216, 4217 dan 4218. Abu Dawud, no. 2743 dan 2836. At-Tirmidzi, no. 1516. Sunan Ibnu Majah, no. 3162. Musnad Ahmad, no. 27142, 27143, 27371, 27372. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadis Ibnu ‘Umar radhiyallaahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْ وَلَدِهِ فَلْيَنْسُكْ عَنْهُ: عَنْ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَعَنْ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Siapa yang ingin menyembelih (haiwan ‘aqiqah) untuk anaknya, maka silakanlah dia menyembelih; bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.”

Ini adalah lafaz dalam riwayat An-Nasaa’i.

Lafaz dari riwayat Abu Dawud:

مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ: عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Siapa yang dikurniakan dengan kelahiran seorang anak lalu dia ingin menyembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya, maka silakanlah dia menyembelihnya; bagi anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (lihat: Sunan An-Nasaa’i, no. 4212. Abu Dawud, no. 2842. Musnad Ahmad, no. 6713, 6722. Dinilai hasan oleh Al-Albani)

Dari hadis ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَهُمْ عَنِ الغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ، وَعَنِ الجَارِيَةِ شَاةٌ

“Bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan mereka untuk melaksanakan ‘aqiqah; bagi anak lelaki dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (Sunan At- Tirmidzi, no. 1513. Dinilai sahih oleh At-Tirmidzi)

Dari hadis Ibnu ‘Abbas radhiyallaahu ‘anhuma, beliau berkata:

عَقَّ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا بِكَبْشَيْنِ كَبْشَيْنِ

“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah meng-‘aqiqahkan Al-Hasan dan Al-Husain radhiyallahu ‘anhuma dengan masing-masing setiap mereka dua ekor kibasy.” (Sunan Abi Dawud, no. 2841. An-Nasaa’i, no. 4219. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Dari hadits Asma’ binti Yazid radhiayallaahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

الْعَقِيقَةُ عَنِ الْغُلَامِ شَاتَانِ مُكَافَأَتَانِ، وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“‘Aqiqah bagi anak lelaki adalah dua ekor kambing yang sepadan, dan bagi anak perempuan adalah satu ekor kambing.” (Musnad Ahmad, no. 27582. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Baz rahimullah berkata:

السنة في العقيقة: شاتان عن الغلام، وشاة عن الجارية، ولا حرج أن يزيد إذا كان عنده ضيوف كثير ولا يكفيهم، والعقيقة أمرها واسع، سواء وزَّعها على إخوانه، أو أكل بعضاً وأهدى بعضاً، أو دعا عليها إخوانه، والسنة مثل الأضحية، وإزالة شعر الرأس بالحلق خاص بالغلام

“Sunnah dalam ‘aqiqah adalah menyembelih dua ekor kambing bagi anak lelaki dan satu ekor kambing bagi anak perempuan. Tidak mengapa jika ingin menyembelih kambing lebih banyak apabila seseorang memiliki tamu yang ramai dan jumlah yang ada tidak mencukupi. Ada keluasaan terkait daging aqiqah; boleh dibahagi kepada saudara-saudaranya, atau sebahagiannya dimakan dan sebahagian lain dihadiahkan, atau dijadikan jamuan untuk sanak-saudara yang diundang. Sunnah yang berlangsung sama sebagaimana haiwan korban. Manakala mencukur rambut kepala sehingga licin ianya berlaku untuk anak lelaki saja.” (lihat: Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad, m/s. 67)

Hadis-hadis sahih di atas menjelaskan bahawa apa yang disunnahkan (dalam penyembelihan dan perlaksanaan ‘aqiqah) untuk anak lelaki adalah menyembelih dua ekor kambing yang sepadan dan serupa, manakala bagi anak perempuan adalah satu ekor kambing.

Dengan perlaksanaan sunnah ini seorang hamba bertaqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah, sebagai tanda syukur atas nikmat-Nya berupa kelahiran anak.[4]

Usia yang Sah untuk Haiwan ‘Aqiqah

Usia yang sah bagi haiwan ‘aqiqah adalah usia yang berlaku untuk korban dan hadyu (korban pada ibadah haji­).

Al-Imam Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

وفي قوله – صلى الله عليه وسلم -: مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ

“Pada sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Siapa yang dikurniakan kelahiran seorang anak dan dia ingin menyembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya, maka silakan dia menyembelihnya.” (Sunan An-Nasaa’i, no. 4213. Abu Dawud, no. 2842. Musnad Ahmad, no. 6713)

Ianya menjadi dalil bahawa keabsahan haiwan ‘aqiqah sama seperti keabsahan haiwan korban; sama ada korban ‘Idul Adha mahupun hadyu (korban dalam ibadah haji), di mana ‘aqiqah adalah sembelihan yang dianjurkan, sama ada bersifat wajib mahupun sunnah, sehingga berlaku untuknya apa yang berlaku untuk haiwan korban dan hadyu, yakni berhubung mensedekahkan dagingnya, menghadiahkannya dan untuk dimakan sendiri, serta dengan niat taqarrub kepada Allah di dalamnya. Maka disyaratkan usia yang sama sebagaimana disyaratkan bagi haiwan korban.

Ini adalah kerana bagi anak lelaki disyari’atkan dengan dua ekor kambing, dan agar kedua kambing tersebut sepadan; usia salah satu kambing tidak boleh kurang dari kambing yang lain. Kemudian disyari’atkan agar usia kambing ‘aqiqah adalah sebagaimana usia haiwan sembelihan yang diperintahkan. Untuk itu haiwan ‘aqiqah mengikuti sebahagian besar dari hukum yang berlaku pada haiwan korban.” (Lihat: Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud, m/s. 52-53)

Kemudian Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

قال أبو عمر ابن عبد البر: وقد أجمع العلماء: أنه لا يجوز في العقيقة إلا ما يجوز في الضحايا من الأزواج الثمانية، إلا من شذّ ممن لا يُعدُّ قوله خلافاً … وقال مالك: العقيقة، بمنزله النسك، والضحايا، ولا يجوز عوراء، ولا عجفاء، ولا مكسورة، ولا مريضة، ولا يباع من لحمها شيء، ولا جلدها … ويأكل أهلها منها ويتصدقون

“Abu ‘Umar Ibn ‘Abdil Barr berkata, “Para ulama telah ijma’ (bersepakat) bahawa tidak boleh menyembelih haiwan untuk ‘aqiqah melainkan dengan haiwan yang boleh digunakan untuk korban dari lapan pasang anggota badan, kecuali dari pendapat yang syadz (aneh dan menyimpang) yang tidak dianggap sebagai khilaf yang diterima.”

Imam Malik berkata, “‘Aqiqah, kedudukannya menyamai korban, tidak dibolehkan haiwan yang juling (cacat salah satu matanya), kurus, patah tulangnya dan berpenyakit. Dagingnya tidak boleh dijual sedikit pun, demikian pula kulitnya. Pemiliknya boleh memakan sebahagian dari dagingnya dan mensedekahkannya.” (Lihat: Tuhfatul Maudud bi Ahkamil Maulud, m/s. 53)

Al-Imam Ibnu Qudamah rahimahullah berkata:

حكم العقيقة حكم الأضحية: في سنِّها، وأنه يمنع فيها من العيوب ما يمنع فيها، ويستحب فيها من الصفة ما يستحبُّ فيها

“Hukum (perlaksanaan) ‘aqiqah adalah seperti hukum korban; (yakni) yang berhubung dengan hal usia haiwan, tidak boleh dari haiwan yang cacat sebagaimana dilarang pada haiwan korban, dan dianjurkan dengan haiwan yang sifat-sifatnya sebagaimana yang dianjurkan pada haiwan korban.” (Al-Mughni, 13/399. Lihat: Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 30/279)Perhatikan kewajiban ilmu untuk anak-anak kita

Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata:

وقد عقَّ النبي – صلى الله عليه وسلم – عن الحسن والحسين رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا، وصاحبها مخير: إن شاء وزَّعها لحماً بين الأقارب والأصحاب، والفقراء، وإن شاء طبخها ودعا إليها من شاء من الأقارب، والجيران، والفقراء

“Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meng-‘aqiqahi Hasan dan Husain. Pemilik haiwan ‘aqiqah memiliki hak memilih; jika dia mahu, dia boleh membahagikan dagingnya kepada kaum kerabatnya, para sahabatnya, mahupun orang-orang faqir. Dan jika dia mahu, dia juga boleh memasaknya lalu mengundang kaum kerabat, para tetangga dan orang-orang yang faqir yang dia inginkan.” (Majmu’ Fatawa Ibn Baz,  18/51)

Meng-‘aqiqahkan Janin Yang Keguguran

Dari hadis Al-Mughirah bin Syu’bah radhiyallaahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالسِّقْطُ يُصَلَّى عَلَيْهِ، وَيُدْعَى لِوَالِدَيْهِ بِالْمَغْفِرَةِ وَالرَّحْمَةِ

“Janin yang keguguran hendaklah disolatkan dan didoakan keampunan serta rahmat bagi kedua orang tuanya.” (Sunan Abi Dawud, no. 3180. Dinilai sahih oleh Al-Albani)

Para fuqaha’ rahimahullahu Ta’ala menyebutkan bahawa janin yang dilahirkan oleh seorang perempuan dalam keadaan mati atau belum sempurna sifat fizikalnya lalu mati dan ianya telah berusia lebih dari empat bulan (semenjak kandungan), maka ia hendaklah dimandikan, dikafani, disolatkan, diberikan nama dan dikebumikan di tanah perkuburan kaum muslimin, kerana ia adalah makhluk yang telah ditiupkan ruh padanya. Ia disolatkan sama sebagaimana bayi yang lahir dan menangis ketika lahir kemudian meninggal. Bayi yang meninggal ini disolatkan tanpa ada perbezaan pendapat tentangnya. (lihat: Mukhtashar Al-Kharqi yang dicetak bersama Al-Mughni karya Ibnu Qudamah, 3/458. Syarh Al-Kabir Ma’a Al-Muqni’ wal Inshaf, 6/107)

Demikian pula dengan ‘aqiqah (disunnahkan agar dilaksanakan bagi bayi yang meninggal walau masih di peringkat janin, yakni jika telah berusia lebih dari 4 bulan – pent.), kerana dengan ditiupkannya ruh maka janin tersebut telah disebut sebagai insan (manusia), berlaku baginya hukum sebagai bayi.

Asy-Syaikh Ibnu Baz rahimahullah berkata:

إذا كان سقوط الجنين في الشهر الخامس وما بعده، فإنه يُغسَّل ويُكَفَّنُ، ويُصلَّى عليه، ويُسمَّى، ويُعقّ عنه؛ لأنه بذلك صار إنساناً له حكم الأطفال؛ لعموم الأحاديث

“… Apabila gugurnya janin tersebut terjadi pada bulan kelima atau bulan-bulan berikutnya, maka janin tersebut hendaklah dimandikan, dikafani, disolatkan, diberikan nama dan di-‘aqiqahkan, kerana ia telah disebut sebagai manusia dan berlaku baginya hukum bayi, ini adalah berdasarkan kandungan umum yang terdapat pada hadis-hadis.” (Majmu’ Fatawa Ibn Baz, 10/228. 18/49)

Syaikh Ibn Baz rahimahullah setelah menyebutkan hadis-hadis tentang aqiqah, beliau berkata:

وهذه الأحاديث تعمّ السقط وغيره، إذا كانت قد نفخت فيه الروح، وهو الذي ولد في الشهر الخامس وما بعده

“Hadis-hadis ini mencakup janin yang gugur yang telah ditiupkan ruh padanya, iaitu janin yang lahir (atau gugur) pada bulan kelima kandungannya dan bulan-bulan berikutnya…” (Majmu’ Fatawa Ibn Baz, 18/49)

Janin yang telah ditiupkan ruh hukumnya sama sebagaimana bayi yang lahir sempurna, dapat memberikan syafa’at untuk kedua orang tuanya dan dia akan dibangkitkan pada hari kiamat. Kerana itulah ia dimandikan, dikafankan, disolatkan, dikebumikan di perkuburan kaum muslimin, diberikan nama dan di-‘aqiqahkan; bagi anak lelaki dua ekor kambing manakala bagi yang perempuan satu ekor kambing.” (Lihat: Asy-Syarh Al-Mumti’ oleh Ibn ‘Utsaimin, 8/539-540)

Sekian nukilan.

Dinukil dan diringkaskan dari kitab Al-Hadyu An-Nabawi fi Tarbiyatil Aulad oleh Asy-Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani.


Catatan kaki: 

[1] Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum ‘aqiqah menjadi beberapa pendapat:

Pendapat pertama, ‘aqiqah hukumnya sunnah mu’akkad. Ibnu Qudamah rahimullah berkata, “Aqiqah hukumnya sunnah menurut pendapat jumhur ulama, di antaranya adalah Ibnu ‘Abbas, Ibnu ‘Umar, ‘Aisyah, fuqaha’ generasi tabi’in dan para imam di segenap wilayah.” (Al-Mughni, 13/393)

Pendapat kedua, ‘aqiqah tidak sunnah, ia termasuk perilaku jahiliyyah. Pendapat ini dikemukakan Abu Hanifah dan para sahabatnya. (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 13/393)

Pendapat ketiga, ‘aqiqah hukumnya wajib. Pendapat ini dikemukakan oleh Al-Hasan Al-Bashri dan Dawud (Adz-Dzohiri), serta diriwayatkan dari Buraidah. Mereka mengambil dalil dari hadis Samurah:

“Setiap anak itu tegadai dengan ‘aqiqahnya. Disembelih (haiwan ‘aqiqah) untuknya pada hari ketujuh, pada hari itu ia diberi nama dan kepalanya dicukur licin (gundul).”

Juga berdasarkan hadis-hadis yang memerintahkan ‘aqiqah. Mereka menyatakan, “Secara zahirnya, setiap perintah membawa makna (hukum) wajib.” (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 13/394)

Kemudian Ibnu Qudamah membantah pendapat yang menyatakan hukum ‘aqiqah merupakan wajib, dan beliau juga membantah perkataan Abu Hanifah dan para sahabatnya yang mengatakan ‘aqiqah sebagai perilaku jahiliyyah, beliau berkata:

“Kita mempunyai dalil berupa hadis-hadis yang menunjukkan bahawa hukum ‘aqiqah adalah sunnah (mustahab). Diriwayatkan dari Ummu Kurz Al-Ka’biyyah, beliau berkata:

“Aku mendengar Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang sepadan, dan bagi anak perempuan satu ekor kambing.”

Menurut lafaz yang lain:

“Untuk anak lelaki dua ekor kambing yang serupa dan bagi anak perempuan satu ekor kambing.” (Diriwayatkan oleh Abu Dawud, no. 2834).

Di riwayat yang lain beliau bersabda, “‘Aqiqah untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing.”

Dalil berikutnya adalah ijma’. Abu Zinad berkata, “‘Aqiqah adalah kebiasaan masyarakat, mereka tidak suka jika meninggalkannya.” Imam Ahmad berkata, “‘Aqiqah adalah sunnah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau sendiri meng-‘aqiqahi Hasan dan Husain, para sahabat juga melakukannya. Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda, “Seorang anak itu tergadai dengan ‘aqiqahnya.” Isnad hadis ini baik, diriwayatkan oleh Abu Hurairah dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Abu Hanifah menganggap ‘aqiqah sebagai perilaku jahiliyyah kerana sedikitnya pengetahuan dan penguasaannya terhadap khabar (yakni hadis-hadis).

Adapun penjelasan bahawa ‘aqiqah tidak wajib, dalilnya adalah khabar (hadis-hadis) yang menjadi hujjah ashhabur ra’yi (golongan yang mendahulukan logik). Aku katakan, “Itu adalah pendapat mereka.” Diriwayatkan dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, beliau ditanya tentang ‘aqiqah, beliau bersabda, “Sesungguhnya Allah Ta’ala tidak menyukai istilah ‘uquq (kederhakaan).” (Diriwayatkan oleh Ahmad, (2: 182).

Seakan-akan beliau tidak menyukai istilah tersebut, kemudian beliau bersabda, “Siapa yang dikurniakan dengan kelahiran seorang anak dan dia ingin menyembelih haiwan sembelihan untuknya, maka silakan dia melaksanakannya.” Diriwayatkan oleh Malik dalam Al-Muwaththa’.

Kemudian Ibnu Qudamah mengulas perkataan ashhabur ra’yi, “Apa yang mereka riwayatkan itu difahami dengan hukum sunnah, demi menggabungkan pemahaman antara hadis-hadis yang ada. Juga kerana ‘aqiqah adalah haiwan yang disembelih disebabkan kegembiraan yang berlangsung, sehingga hukumnya tidaklah wajib, sama sebagaimana walimah dan naqi’ah (jamuan makan untuk orang yang datang dari perjalanan jauh).” (Al-Mughni oleh Ibn Qudamah, 13/394-395)

Syaikh Ibnu Baz berkata sebagaimana dalam Majmu’ Fatawa beliau, (18/48), “‘Aqiqah hukumnya sunnah mua’akkad, tidak wajib.” Lihat: Majmu’ Fatawa Lajnah Ad-Da’imah, (11/439).

[2] As-Sindi berkata pada catatan kakinya di Sunan An-Nasaa’i (7/166), “At-Turbusyti berkata, “Bayi tersebut sama seperti barang yang digadai, tidak dapat dimanfaatkan kecuali setelah menebus gadaiannya. Dan nikmat tersebut hanya dapat dinikmati oleh penerimanya setelah dia menunaikan kewajiban bersyukur dan melaksanakan tugasnya. Wujud rasa syukur untuk nikmat (kelahiran anak) ini adalah sebagaimana yang disunnahkan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, iaitu dengan menyembelih haiwan untuk anak yang baru lahir sebagai penzahiran rasa syukur kepada Allah dan untuk mengharapkan keselamatan si anak. Ada kemungkinan yang dimaksud Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, bahawa keselamatan anak dan pertumbuhannya dalam lingkungan sifat terpuji tergadai dengan ‘aqiqah.”

Asy-Syaukani berkata di Nail Al-Authar (3/503), “…Ada yang berpendapat bahawa seorang anak tergadai dengan ‘aqiqah, maknanya dia tidak diberi nama dan tidak dicukur kepalanya kecuali setelah penyembelihan ‘aqiqah. Pendapat ini dinyatakan secara tegas oleh penulis kitab Al-Masyariq.”

[3] Ibnu Hajar menyebutkan riwayat Zaid bin Aslam, bahawa beliau ditanya tentang maksud sabda Nabi, مكافئتان “yang sepadan.” Zaid bin Aslam menjawab:

متشابهتان تذبحان جميعاً، أي لا يؤخر ذبح إحداهما عن الأخرى

“Iaitu yang serupa, dan keduanya disembelih sekaligus. Yakni penyembelihan salah seekor kambing tidak boleh diakhirkan dari yang lain.”

Abu Dawud meriwayatkan dari Ahmad:

المكافأتان: المتقاربتان

“Yang sepadan” maknanya yang berdekatan.

Al-Khaththabi berkata:

أي في السنِّ

“Yakni yang berdekatan usianya.”

Az-Zamakhsyari berkata:

معناه: متعادلتان لما يجزئ في الزكاة والأضحية

“Maknanya, sepadan dengan kambing yang sah untuk zakat dan korban.”

Yang paling tepat dari penjelasan-penjelasan tersebut adalah riwayat Sa’id bin Manshur berhubung hadis Ummu Kurz dari jalur lain, dari ‘Ubaid bin Abu Zaid, dengan lafaz:

شاتان مثلان

“Dua ekor kambing yang serupa.”

Dan di hadis yang lain dari Ath-Thabrani disebutkan, bahawa ditanyakan:

ما المكافئتان؟ قال: المثلان

“Apa itu dua ekor kambing yang sepadan?” Beliau menjawab, “Yang serupa.”

Manakala penjelasan Zaid bin Aslam bahawa salah seekor kambing tidak boleh disembelih kemudian dari yang lainnya adalah penjelasan yang baik. Dan ada kemungkinan memahaminya dengan dua makna tersebut sekaligus.” (lihat: Fathul Bari oleh Ibn Hajar, 3/592. Tuhfatul Ahwadzi Syarh Sunan At-Tirmidzi, 5/103)

As-Sindi Al-Hanafi berkata di dalam Syarahnya untuk Sunan Ibnu Majah (3/549):

قوله عن الغلام

“Sabda beliau, bagi anak lelaki…”

Yakni (maknanya) yang mencukupi untuk ‘aqiqah anak lelaki.

شاتان مكافئتان

“Dua ekor kambing yang sepadan.”

أي: متساويتان في السن، بمعنى أن لا ينزل سنهما عن سنِّ أدنى ما يجزئ في الأضحية

“Yakni yang serupa dalam hal umur, iaitu umur keduanya tidak boleh kurang dari umur minima sebagaimana yang sah untuk haiwan korban.”

Ada yang berpendapat bahawa متساويتان “yang serupa”, adalah yang berdekatan متقاربتان.

Kata Az-Zamakhsyari berkata:

إذا كانت أختها فقد كوفئت، فهي كافية ومكافأة

“Apabila kedua-dua kambing tersebut sejenis maka kedua-duanya adalah sepadan.”

Lihat: Hasyiyah As-Sindi ‘ala Sunan An-Nasa’i, 7/164.

[4] Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah berkata, “Hadis-hadis ini menjadi hujjah bagi jumhur ulama dalam membezakan antara anak lelaki dan anak perempuan. Diriwayatkan dari Malik, “Keduanya sama, sehingga ‘aqiqah untuk masing-masing anak lelaki dan perempuan adalah satu ekor kambing.” Malik berhujjah dengan sebuah riwayat:

“Bahwasanya Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam meng-‘aqiqahi Hasan dan Husain masing-masing satu ekor kibasy.” (Dikeluarkan oleh Abu Dawud, no. 2841).

Namun Abu Syaikh mentakhrijnya dari jalur lain, dari Ibnu ‘Abbas, dengan lafaz:

“Masing-masing dua ekor kibasy.”

Abu Syaikh juga mentakhrij dari jalur ‘Amr bin Syu’aib, dari ayahnya, dari datuknya riwayat yang serupa. Dengan anggapan katalah riwayat Abu Dawud dapat diterima, namun di dalamnya tidaklah terkandung sesuatu yang dapat membantah hadis-hadis mutawatir yang menetapkan jumlah dua ekor untuk anak lelaki.

Mungkin kefahaman yang dapat diambil dari riwayat Abu Dawud itu adalah menunjukkan bolehnya mencukupkan diri dengan seekor kambing. Dan memang benar demikian, bahawa jumlah kambing bukanlah syarat, tetapi bersifat anjuran (mustahab).

Al-Hulaimi menyebutkan, “Hikmah bahawa jumlah kambing untuk anak perempuan separuh dari jumlah kambing untuk lelaki adalah untuk memenuhi kapasiti diri, lebih mirip dengan ketentuan diyat.”

Ibnul Qayyim menguatkan pendapat ini, berdasarkan sebuah hadis, “Siapa yang memerdekakan hamba lelaki bermakna dia telah memerdekakan setiap anggota tubuhnya; dan siapa yang memerdekakan dua orang hamba perempuan, maka dia juga telah memerdekakan seluruh anggota tubuhnya.” Dan pelbagai riwayat yang lain.

Mungkin juga difahami bahawa pada masa tersebut, jumlah (yang sepatutnya) tidak mampu dipenuhi.

Dengan disebutkan kambing secara mutlak menunjukkan bahawa bagi haiwan ‘aqiqah tidak disyaratkan apa yang disyaratkan pada haiwan korban. Ada dua pendapat dalam kalangan Syafi’iyah dalam masalah ini; pendapat yang paling sahih adalah disyaratkan, berdasarkan dalil qiyas, bukan berdasarkan dalil khabar (hadis).

Disebutkannya kambing atau kibasy menunjukkan bahawa haiwan jenis inilah yang digunakan untuk ‘aqiqah. Dan seperti itulah Abu Syaikh Al-Ashbahani menafsirkan hadis-hadis dalam permasalahan ini, Ibnu Al-Mundzir juga menukilkan dari Hafshah binti ‘Abdurrahman bin Abu Bakr. Al-Bandaniji dari kalangan Syafi’iyyah berkata:

“Tidak ada nash (ketetapan) dari Imam Asy-Syafi’i dalam masalah ini. Menurut aku sendiri, tidak sah menggunakan haiwan lain selain kambing. Sedangkan jumhur menganggap sah penggunaan unta dan lembu. Ada hadis riwayat Ath-Thabrani dan Abu Syaikh dari Anas yang menyatakan marfu’, “(Seorang anak) boleh di-‘aqiqahkan dengan unta, lembu dan kambing.” Ahmad menetapkan disyaratkan keutuhan fizikal haiwan ‘aqiqah. Ar-Rafi’i menyebutkan bahawa ‘aqiqah tercapai dengan tujuh jenis haiwan yang biasa digunakan sebagai korban.” (Fathul Bari, 9/592-593)

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata, “Pasal keenam: Adakah ‘aqiqah dengan selain kambing dibolehkan, semisal dengan unta dan lembu, ataukah tidak dibolehkan?

Para fuqaha’ berbeza pendapat adakah selain kambing boleh menggantikan posisi kambing di dalam ibadah ‘aqiqah?”

Kemudian Ibnul Qayyim menyebutkan riwayat dari Anas dan Abu Bakrah, bahawa keduanya meng-‘aqiqahkan anak-anak keduanya dengan unta. Kemudian Ibnul Qayyim berkata, “Sebahagian ulama mengingkari pendapat ini, mereka menyatakan bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam memerintahkan kita untuk menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki dan satu ekor kambing untuk anak perempuan, dan tidak boleh melaksanakan ‘aqiqah dengan selain kambing. Disebutkan dari satu riwayat, bahawa Hafshah binti ‘Abdurrahman bin Abu Bakr melahirkan anak lelaki hasil pernikahannya dengan Al-Mundzir bin Az-Zubair. Ditanyakan kepadanya, “Tidakkah kamu menyembelih unta sebagai ‘aqiqah?” Maka Hafshah pun berkata:

مَعَاذَ اللَّهِ كَانَتْ عَمَّتِي، تَقُولُ: عَلَى الْغُلَامِ شَاتَانِ، وَعَلَى الْجَارِيَةِ شَاةٌ

“Aku berlindung kepada Allah! Makcik-ku (yakni ‘Aisyah) pernah berkata, “Untuk anak lelaki dua ekor kambing dan untuk anak perempuan satu ekor kambing.” (Mushannaf ‘Abdirrozzaq, no. 7956. Al-Baihaqi, 9/301; hadis sahih)

Kemudian Ibnul Qayyim berkata, “Ibn Al-Mundzir berkata, “Boleh jadi hujjah mereka yang berpendapat bahawa ‘aqiqah sah dengan unta, kambing dan lembu adalah sabda Nabi Shallallahu alaihi wa Sallam, “Bersama kelahiran anak itu ada ‘aqiqahnya, maka alirkanlah darah untuknya.” Beliau tidak menyebutkan jenis darah tertentu, sehingga apa jua (dari haiwan) yang disembelih untuk anak yang baru lahir berdasarkan zahir khabar (hadis) ini hukumnya adalah sah.

Boleh juga seseorang menyatakan bahawa hadis ini bersifat mujmal (global), manakala sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Untuk anak lelaki dua ekor kambing dan untuk anak perempuan satu ekor kambing..” adalah hadis yang bersifat mufassir (menjelaskan), dan nash yang bersifat mufassir (menjelaskan lagi merinci) adalah lebih didahulukan berbanding nash yang mujmal.” (lihat: Tuhfatul Maulud bi Ahkam Al-Maulud, m/s. 54-55)

Penulis (Syaikh Dr. Sa’id bin ‘Ali bin Wahf Al-Qahthani) berkata: Menurut pendapat-ku, tidak boleh berpaling dari hadis-hadis Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam kepada perkataan orang lain. Dan pendapat yang menegaskan bahawa tidak sah ‘aqiqah kecuali dengan kambing adalah pendapat yang benar (tepat). Inilah pendapat yang benar dan Allah Ta’ala Maha Mengetahui.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest