Benarkah Rasulullah Menghadiri Majlis Maulid?

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah
www.ilmusunnah.com

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz rahimahullah berkata:

ومن ذلك: أن بعضهم يظن أن رسول الله صلى الله عليه وسلم يحضر المولد، ولهذا يقومون له محيين ومرحبين، وهذا من أعظم الباطل، وأقبح الجهل، فإن الرسول صلى الله عليه وسلم لا يخرج من قبره قبل يوم القيامة، ولا يتصل بأحد من الناس، ولا يحضر اجتماعهم، بل هو مقيم في قبره إلى يوم القيامة، وروحه في أعلى عليين عند ربه في دار الكرامة، كما قال الله تعالى في سورة المؤمنين: {ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ} وقال النبي صلى الله عليه وسلم: ((أَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ القبر يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَنَا أَوَّلُ شَافِعٍ، وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ)) عليه من ربه أفضل الصلاة والسلام، فهذه الآية الكريمة، والحديث الشريف، وما جاء في معناهما من الآيات والأحاديث، كلها تدل على أن النبي صلى الله عليه وسلم وغيره من الأموات، إنما يخرجون من قبورهم يوم القيامة، وهذا أمر مجمع عليه بين علماء المسلمين ليس فيه نزاع بينهم، فينبغي لكل مسلم التنبه لهذه الأمور، والحذر مما أحدثه الجهال وأشباههم من البدع والخرافات التي ما أنزل الله بها من سلطان، والله المستعان، وعليه التكلان، ولا حول ولا قوة إلا به.

“Dan di antara (bentuk kemungkaran): Bahawa sebahagian mereka menyangka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menghadiri maulid, oleh kerana itu mereka berdiri dalam rangka menghormati dan menyambut (kedatangan) beliau. Ini termasuk sebesar-besar kebathilan dan seburuk-buruk kebodohan, kerana sesungguhnya Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak akan keluar dari kuburnya sebelum hari kiamat, tidak pula berhubungan dengan seorang manusia pun, dan tidak pula menghadiri majlis perhimpunan mereka, sebaliknya beliau tinggal di kuburannya sampai hari kiamat dan ruhnya berada di tingkatan tertinggi di sisi Rabb-nya di negeri kemuliaan, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

ثُمَّ إِنَّكُمْ بَعْدَ ذَلِكَ لَمَيِّتُونَ ثُمَّ إِنَّكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ تُبْعَثُونَ

“Kemudian sesungguhnya kalian setelah itu akan mati, kemudian sesungguhnya kalian pada hari kiamat akan dibangkitkan.” (Surah Al-Mu’minun, 23: 15-16)

Dan Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

أَنَا أَوَّلُ مَنْ تَنْشَقُّ عَنْهُ القبر يَوْمَ الْقِيَامَةِ، وَأَنَا أَوَّلُ شَافِعٍ، وَأَوَّلُ مُشَفَّعٍ

“Aku yang pertama terbuka kuburannya pada hari kiamat, aku yang pertama memberi syafa’at, dan yang pertama diizinkan syafat’atnya.” (lihat: Sunan Ibnu Majah, no. 4308)

Semoga selawat dan salam yang paling afdhal tercurah untuk beliau dari Rabbnya.

Maka ayat yang agung dan hadis yang mulia ini, juga ayat dan hadis lain yang semakna, semuanya menunjukkan bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan selain beliau yang sudah meninggal dunia, hanya akan keluar dari kuburan mereka pada hari kiamat, dan ini adalah perkara yang disepakati antara ulama kaum muslimin, tidak ada perbezaan pendapat di antara mereka. Maka sepatutnya bagi setiap muslim untuk memerhatikan hal-hal ini (jangan sampai tertipu) dan hendaklah berhati-hati dari apa yang diada-adakan oleh orang-orang jahil dan yang semisal mereka berupa bid’ah-bid’ah dan khurafat yang Allah tidak menurunkan hujjah padanya. Wallaahul musta’aan wa ‘alaihit tuklaan wa laa haula wa laa quwwata illaa bihi.” (Majmu’ Fataawaa wa Maqaalaat Mutanawi’ah Asy-Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin Bazz, 1/182)

Lihat selengkapnya di, http://www.binbaz.org.sa/mat/8159

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest