Di Mana Tempat Kepimpinan Seorang Wanita?

www.ilmusunnah.com

Allah Ta’ala berfirman:tidak-beruntung-wanita-jadi-pemimpin

الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاء بِمَا فَضَّلَ اللّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِّلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللّهُ

“Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita disebabkan Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka. Maka wanita yang soleh adalah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tiada dengan apa yang Allah telah pelihara mereka.” (Surah An-Nisaa’, 4: 34)

InsyaAllah akan datang penjelasannya (di bawah) dari kitab-kitab Tafsir para ulama.

Dari hadis ‘Abdullah bin ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالرَّجُلُ رَاعٍ عَلَى أَهْلِ بَيْتِهِ وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ زَوْجِهَا وَوَلَدِهِ

“Seorang lelaki adalah pemimpin yang bertanggungjawab ke atas keluarganya, manakala seorang isteri menjadi pemimpin yang bertanggungjawab menguruskan rumah suami dan anak-anaknya.” (Shahih Al-Bukhari, Bab: Wanita Adalah Pemimpin Di Rumah Suaminya, no. 5200)

Dalam lafaz yang lain di riwayat Al-Imam Muslim, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

وَالْمَرْأَةُ رَاعِيَةٌ عَلَى بَيْتِ بَعْلِهَا وَوَلَدِهِ، وَهِيَ مَسْئُولَةٌ عَنْهُمْ

“Seorang isteri itu adalah pemimpin (yang memegang amanah) atas rumah dan anak-anak suaminya, dan kelak dia akan dipertanggungjawabkan (oleh Allah).” (Shahih Muslim, no. 1829)

Al-Imam Al-Khaththabi rahimahullah berkata:

ورعاية الرجل أهله سياسته لأمرهم وايصالهم حقوقهم ورعاية المرأة تدبير أمر البيت والأولاد والخدم والنصيحة للزوج في كل ذلك

“Kepimpinan seorang lelaki terhadap keluarganya adalah siasat (pengurusan dan pemantauan) terhadap hal-ehwal mereka dan menunaikan hak-hak mereka. Manakala kepimpinan seorang wanita (isteri) adalah pengurusannya terhadap urusan rumah, anak-anak, sebagai pelayan (atau pembantu), bersikap tulus (dengan menyampaikan nasihat dan masukan) terhadap suaminya dalam setiap perkara di bawah pengurusannya di rumah.” (Fath Al-Bari, 13/113)

Jika ditelusuri sirah, perjalanan, dan biografi para ulama generasi awal sama ada dari kalangan sahabat, tabi’in, dan setelah mereka; pasti kita akan menemukan betapa besarnya peranan seorang ibu di balik dinding-dinding rumah yang sentiasa berkerja keras melakari sejarah ilmu dan kejayaan hidup mereka. Sampailah sejarah-sejarah mereka pun dikenang dan dikenal sampai ke hari ini. Ilmu-ilmu mereka terus dicari dan dikutip sebagai mutiara yang lumayan.

Adapun menyentuh isu kepimpinan wanita di luar rumah-rumah mereka, disebutkan dalam suatu hadis yang lain yang sangat besar faedahnya. Yakni hadis dari Abu Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata:

لَقَدْ نَفَعَنِي اللَّهُ بِكَلِمَةٍ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيَّامَ الجَمَلِ، بَعْدَ مَا كِدْتُ أَنْ أَلْحَقَ بِأَصْحَابِ الجَمَلِ فَأُقَاتِلَ مَعَهُمْ، قَالَ: لَمَّا بَلَغَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّ أَهْلَ فَارِسَ، قَدْ مَلَّكُوا عَلَيْهِمْ بِنْتَ كِسْرَى، قَالَ: لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَ

“Benar-benar Allah telah memberikan manfaat kepadaku di saat-saat tercetusnya hari Perang Jamal[1] dengan suatu kalimat yang pernah aku dengar dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Ketika itu aku hampir-hampir bergabung dengan pasukan penunggang unta dan berperang bersama-sama mereka (lalu aku teringat dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam – pent.).”

Abu Bakrah berkata kepada mereka, “Ketika sampai khabar kepada Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tentang penduduk Parsi yang dimpimpin oleh seorang puteri Kisra, beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda:

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan kepimpinannya kepada wanita.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4425, 7099)

Al-Imam Ibn Al-‘Arabi rahimahullah (Wafat: 543H) berkata:

وَهَذَا نَصٌّ فِي أَنَّ الْمَرْأَةَ لَا تَكُونُ خَلِيفَةً، وَلَا خِلَافَ فِيهِ.

“Ini adalah nash (dalil) yang menunjukkan bahawa wanita tidak boleh diangkat sebagai khalifah (pemerintah), tanpa ada perselisihan pendapat padanya.” (Ahkam Al-Qur’an, 3/482)

Bahawasanya tugas kepimpinan bagi wanita itu adalah di rumah suami mereka atas anak-anak mereka. Menguruskan dan menyelengarakan keperluan di rumah. Bukannya di luar rumah, dan bukan pula sebagai pemimpin atau menguruskan keadaan masyarakat umum, bukan pula disibukkan mengurusi fitnah (pergolakkan dan masalah masyarakat), apatah lagi peperangan dan kenegaraan.

Wallaahu a’lam.

Wanita Itu Dipimpin Oleh Lelaki, Bukan Sebaliknya

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah (Wafat: 658H) berkata:

قوله تعالى: {الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ} ابتداء وخبر، أي يقومون بالنفقة عليهن والذب عنهن؛ وأيضا فإن فيهم الحكام والأمراء ومن يغزو، وليس ذلك في النساء.

“Firman Allah Ta’ala, “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita…” merupakan kalimat yang terdiri dari mubtada’ (subjek) dan khobar. Maksudnya, kaum lelakilah yang bertanggungjawab mengeluarkan nafkah bagi wanita dan menjauhkan gangguan dari mereka, dan kaum lelaki juga berposisi sebagai pemerintah (dalam kekuasaan), sebagai umara’ (pemimpin dan ketua), serta sebagai tentera, sementara wanita tidaklah dipertanggungjawab dan dibebankan pada hal tersebut.” (Tafsir Al-Qurthubi, 5/168)

Al-Imam Al-Baidhawi rahimahullah (Wafat: 685H) berkata:

{ الرجال قَوَّامُونَ عَلَى النساء } يقومون عليهن قيام الولاة على الرعية، وعلل ذلك بأمرين وهبي وكسبي فقال: { بِمَا فَضَّلَ الله بَعْضَهُمْ على بَعْضٍ } بسبب تفضيله تعالى الرجال على النساء بكمال العقل وحسن التدبير، ومزيد القوة في الأعمال والطاعات، ولذلك خصوا بالنبوة والإِمامة والولاية وإقامة الشعائر، والشهادة في مجامع القضايا، ووجوب الجهاد والجمعة ونحوها، والتعصيب وزيادة السهم في الميراث والاستبداد بالفراق. { وَبِمَا أَنفَقُواْ مِنْ أموالهم } في نكاحهن كالمهر والنفقة

“(Firman Allah Ta’ala), “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita…”, (maksudnya) lelaki adalah pemimpin bagi wanita sebagaimana kepimpinan bagi sebuah negara memimpin dan mentadbir rakyatnya. Kepimpinan kaum lelaki atas wanita itu terdiri dari dua sebab (alasan):

1, Kerana kurniaan yang telah Allah berikan kepada kaum lelaki, dan

2, Kerana usaha (tanggungjawab) mereka dalam mencari nafkah,

Allah Ta’ala berfirman (maksudnya):

“Kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan)…”

Yakni dengan sebab keutamaan lelaki atas wanita dengan kesempurnaan akal, lebih baik dalam Meneladani_Wanita_Generasi_Sahabat_cover_barupengurusan, serta kekuatan fizikal yang dilebihkan atas mereka untuk bekerja dan ibadah. Atas yang demikianlah kaum lelaki dikhususkan dengan kenabian, kepimpinan, kekuasaan mentadbir negara, dan tanggungjawab menegakkan syi’ah-syi’ar (agama), kesaksian dalam seluruh perkara di pengadilan, kewajiban jihad, perlaksanaan solat Juma’at dan solat-solat yang lainnya, yang berhak mendapat ashabah (lebihan harta dalam urusan warisan), serta tambahan (kelebihan) pada harta warisan.

Juga kerana (sebagaimana firman Allah), “dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.” (Yakni) pada ketika mereka menikahi wanita semisal (kewajiban) mahar dan nafqah.” (Anwar At-Tanzil wa Asrar At-Ta’wil oleh Al-Baidhawi, 1/452 – Maktabah Syamilah)

Al-Hafiz Ibnu Katsir rahimahullah (Wafat: 774H) berkata:

يقول تعالى: { الرِّجَالُ قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ } أي: الرجل قَيّم على المرأة، أي هو رئيسها وكبيرها والحاكم عليها ومؤدبها إذا اعوجَّت { بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ } أي: لأن الرجال أفضل من النساء، والرجل خير من المرأة؛ ولهذَا كانت النبوة مختصة بالرجال وكذلك المُلْك الأعظم؛ لقوله صلى الله عليه وسلم: “لن يُفلِح قومٌ وَلَّوا أمْرَهُم امرأة” رواه البخاري من حديث عبد الرحمن بن أبي بكرة، عن أبيه وكذا منصب القضاء وغير ذلك. { وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ } أي: من المهور والنفقات والكلف التي أوجبها الله عليهم لهنَّ في كتابه وسنة نبيه صلى الله عليه وسلم، فالرجل أفضل من المرأة في نفسه، وله الفضل عليها والإفضال، فناسب أن يكون قَيّما عليها، كما قال الله تعالى: { وَلِلرِّجَالِ عَلَيْهِنَّ دَرَجَةٌ } الآية [البقرة: 228].

“Firman Allah Ta’ala, “Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita…”, yakni lelaki adalah pemimpin atas wanita dalam makna ketua, pembesar, hakim, serta pendidik bagi wanita dikala kaum wanita bengkok (menyimpang).

“… disebabkan Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita)…”

Yakni kerana lelaki lebih utama berbanding wanita, dan lelaki lebih baik berbanding wanita. Atas dasar inilah kenabian dikhaskan dengan lelaki, dan demikian pula raja (atau ketua kerajaan), berdasarkan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan kepimpinannya kepada wanita.”

Diriwayatkan oleh Al-Bukhari dari hadis ‘Abdurrahman bin Abi Bakrah, dari ayahnya. Demikian pula dengan jawatan qadha (kehakiman) dan selainnya.

“Dan kerana mereka telah menafkahkan sebahagian harta mereka…”

Yakni berupa mahar dan nafkah, serta pelbagai beban tanggungjawab yang lainya yang telah Allah wajibkan atas kaum lelaki terhadap wanita sebagaimana di Kitab-Nya dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Maka dengan demikian lelaki lebih utama berbanding wanita dari sisi dirinya. Baginya keutamaan dan diutamakan sehingga bertanggungjawab atas wanita, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“Bagi lelaki (suami) itu setingkat lebih tinggi kedudukannya berbanding wanita (isterinya).” (Tafsir Ibn Katsir, 2/292)

Asy-Syaikh ‘Abdurrahman bin Nashir As-Si’di berkata:

يخبر تعالى أن الرِّجَال { قَوَّامُونَ عَلَى النِّسَاءِ } أي: قوامون عليهن بإلزامهن بحقوق الله تعالى، من المحافظة على فرائضه وكفهن عن المفاسد، والرجال عليهم أن يلزموهن بذلك، وقوامون عليهن أيضا بالإنفاق عليهن، والكسوة والمسكن، ثم ذكر السبب الموجب لقيام الرجال على النساء فقال: { بِمَا فَضَّلَ اللَّهُ بَعْضَهُمْ عَلَى بَعْضٍ وَبِمَا أَنفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ } أي: بسبب فضل الرجال على النساء وإفضالهم عليهن فتفضيل الرجال على النساء من وجوه متعددة: من كون الولايات مختصة بالرجال، والنبوة، والرسالة، واختصاصهم بكثير من العبادات كالجهاد والأعياد والجمع. وبما خصهم الله به من العقل والرزانة والصبر والجلد الذي ليس للنساء مثله. وكذلك خصهم بالنفقات على الزوجات بل وكثير من النفقات يختص بها الرجال ويتميزون عن النساء. ولعل هذا سر قوله: { وَبِمَا أَنْفَقُوا } وحذف المفعول ليدل على عموم النفقة. فعلم من هذا كله أن الرجل كالوالي والسيد لامرأته، وهي عنده عانية أسيرة خادمة، فوظيفته أن يقوم بما استرعاه الله به. ووظيفتها: القيام بطاعة ربها وطاعة زوجها فلهذا قال: { فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ } أي: مطيعات لله تعالى { حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ } أي: مطيعات لأزواجهن حتى في الغيب تحفظ بعلها بنفسها وماله، وذلك بحفظ الله لهن وتوفيقه لهن، لا من أنفسهن، فإن النفس أمارة بالسوء، ولكن من توكل على الله كفاه ما أهمه من أمر دينه ودنياه.

“Allah Ta’ala mengkhabarkan bahawa lelaki adalah pemimpin (dan pembimbing) bagi kaum wanita, yakni sebagai pemantau dengan cara memastikan mereka tetap menunaikan hak-hak Allah Ta’ala, memelihara kewajiban-kewajiban, dan mencegah mereka dari berbuat keburukan (atau kerosakan). Kaum lelaki wajib menekankan hal tersebut atas kaum wanita (yakni orang yang dipimpinnya), dan wajib atas lelaki menunaikan nafkah atas mereka berupa keperluan pakaian dan tempat tinggal. Kemudian Allah menyebutkan sebab yang mewajibkan peranan kepimpinan lelaki atas wanita (isteri) dalam firman-Nya:Hak_dan_Kewajiban_Wanita_muslimah

“… disebabkan Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka.”

Yakni disebabkan keutamaan lelaki atas wanita dan kelebihan yang telah diberikan (oleh Allah) atas lelaki berbanding wanita.

Keutamaan lelaki atas wanita dilihat dari sejumlah sudut; dari sudut kepimpinan (kekuasaan) yang dikhususkan atas lelaki, kenabian, kerasulan, dan kekhususan mereka pada banyak keadaan dari perkara-perkara ibadah semisal jihad, solat ‘ied, dan solat Juma’at. Dan apa yang telah Allah khaskan atas mereka berupa akal, kematangan, kesabaran, dan ketegaran (wibawa dan stamina) yang tidak dimiliki oleh kaum wanita. Demikian pula Allah khususkan mereka dengan kewajiban mengeluarkan nafaqah (nafkah) atas isteri-isteri mereka, bahkan kebanyakan dari nafkah mereka dikhususkan untuk wanita, dan lelaki dilebihkan dari wanita. Dan dari hal ini menampakkan rahsia firman Allah:

“..dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan…”

Dan menghadzaf (menghilangkan) al-maf’ul (objek pelaku) pada kalimat (ayat) tersebut dengan menunjukkan nafkah secara umum, maka dapat difahami dari hal tersebut bahawa lelaki adalah seperti wali (pemimpin dan penjaga) serta tuan bagi isterinya, manakala isterinya adalah sebagai pendamping, tawanan, dan pelayan (atau pembantu). Maka tugas lelaki adalah menunaikan apa yang telah Allah perintahkan untuk dilindungi dengannya.

Adapun tugas wanita adalah melaksanakan ketaatan kepada Rabb-nya dan ketaatan kepada suaminya. Maka atas itulah Allah berfirman:

“… Maka perempuan-perempuan yang solehah adalah mereka yang taat…”

Yakni yang taat kepada Allah Ta’ala.

(dan) “…menjaga diri (kehormatan) ketika suaminya tidak ada…”

Yakni taat kepada suaminya walaupun ketika suaminya tidak ada bersamanya dengan cara menjaga dirinya hanya untuk suaminya dan juga menjaga hartanya. Hal tersebut dilaksanakan dengan bentuk penjagaan Allah baginya dan taufiq untuknya (yakni dengan cara dia tetap berpegang kepada agama Allah), dan bukannya dari cara diri mereka sendiri, kerana sesungguhnya nafsu itu selalu memerintahkan kepada keburukan. Akan tetapi sesiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya cukuplah baginya perkara yang dibimbanginya dari urusan dunianya mahupun agamanya.” (Tafsir As-Si’di, 1/177)

Asy-Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H) berkata:

أن الرجال هم القوامون على النساء بما فضل الله به بعضهم على بعض، وبما أنفقوا من أموالهم، وهذا وجه آخر للقوامة على النساء، وهو أن الرجل هو الذي ينفق على المرأة، وهو المطالب بذلك، وهو صاحب البيت، وليس المرأة هي التي تنفق.

وهذه إشارة إلى أن أصحاب الكسب الذين يكسبون ويعملون هم الرجال، أما المرأة فصناعتها بيتها، تبق في بيتها تصلح أحوال زوجها، وأحوال أولادها، وأحوال البيت، هذه وظيفتها، أما أن تشارك الرجال بالكسب وطلب الرزق ثم بالتالي تكون هي المنفقة عليه؛ فهذا خلاف الفطرة وخلاف الشريعة، فالله تعالى يقول: (وَبِمَا أَنْفَقُوا مِنْ أَمْوَالِهِمْ) فصاحب الإنفاق هو الرجل.

“Bahawasanya lelaki, mereka adalah pemimpin bagi kaum kaum wanita,

(firman Allah), “dengan apa yang telah Allah lebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka...”

Inilah bentuk yang lain dari makna lelaki sebagai pemimpin atas kaum wanita. Bahawa lelakilah yang bertanggungjawab menafkahi wanita, dan mereka dituntut untuk hal tersebut, dia adalah pemilik dan ketua rumah, dan bukannya si wanita yang dibebani dengan urusan menafkahi keluarga.

Dan ini adalah isyarat bahawa orang-orang yang bertanggungjawab untuk bekerja dan mencari hasil pencarian (nafkah) adalah kaum lelaki, sementara tempat urusan bagi kaum wanita adalah di rumahnya, hendaklah dia tinggal di rumahnya, membantu dan memperbaiki urusan suaminya di rumah, mengatur dan mendidik anak-anak, dan mengatur urusan rumah. Inilah tugas dan tanggungjawab bagi wanita (secara syar’i).

Adapun wanita yang berserikat (bekerjasama) dengan kaum lelaki untuk bekerja dan mencari rezeki, sehingga ada yang terbalik di mana si wanita pula yang menafkahi keluarganya, ini tentunya telah menyalahi fitrah dan bertentangan pula dengan syara’. Maka (atas sebab itulah) Allah Ta’ala berfirman:

dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka...”

Maka orang yang bertanggungjawab memberi nafkhah adalah lelaki!” (Syarh Riyadh Ash-Shalihin, 3/140)

Termasuk kepimpinan seorang lelaki (suami) terhadap isteri dan keluarganya adalah dengan membimbing dan menjaganya dari ancaman api Neraka, dan ini tentu lebih penting berbanding urusan nafkah, makan, tempat tinggal, dan yang lainnya.

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kalian dan ahli keluargamu dari api Neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya adalah para malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan sentiasa mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim, 66: 6)

Kaum Yang Dipimpin oleh Wanita Tidak Akan Beruntung

Al-Imam Ash-Shan’ani rahimahullah ketika mengulas tentang hadis Abi Bakrah radhiyallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمُ امْرَأَةً

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan kepimpinannya kepada wanita.” (Shahih Al-Bukhari, no. 4425)

فيه دليل على عدم جواز تولية المرأة شيئا من الأحكام العامة بين المسلمين وإن كان الشارع قد أثبت لها أنها راعية في بيت زوجها

“Pada hadis ini adalah dalil tidak dibenarkan seorang wanita memegang jawatan kepimpinan (atau kehakiman) umum di antara kaum muslimin, kerana syara’ telah menetapkan bagi mereka sebagai pentadbir di rumah suaminya.”

Kemudian beliau mengatakan:

والحديث إخبار عن عدم فلاح من ولي أمرهم امرأة وهم منهيون عن جلب عدم الفلاح لأنفسهم مأمورون باكتساب ما يكون سببا للفلاح

“Hadis ini mengkhabarkan bahawa tidak akan berjaya suatu kaum yang menyerahkan urusan kepimpinan mereka kepada seorang wanita, dan mereka akan terhalang dari meraih kejayaan serta diperintahkan untuk berusaha sedaya upaya mungkin untuk melaksanakan sebab-sebab yang dapat membawa kepada kejayaan.” (Subul As-Salam, 4/123)

Kejayaan di sini tidaklah tertumpu semata-mata dari sisi material atau keduniaan, tetapi lebih dari itu berupaya kejayaan dari sisi Allah, sama ada dari sisi agama mereka, dunia mereka, mahupun akhirat mereka.

Asy-Syaikh ‘Abdullah bin ‘Abdurrahman Al-Bassam rahimahullah (Wafat: 1423H) berkata:

الحديث صريحٌ في عدم صحَّة ولاية المرأة، وأنَّ الأمَّة التي توليها لن تفلح في أمور دينها، ولا في أمور دنياها، وعدمُ صحَّة ولايتها هو مذهب جمهور العلماء، ومنهم الأئمة الثلاثة: مالك، والشَّافعي، وأحمد.

“Ini adalah hadis yang sharih (jelas dan tegas) pada menyatakan tidak sahnya kepimpinan wanita (bagi urusan negara). Dan suatu ummah (masyarakat atau bangsa) yang mengangkat wanita sebagai pemimpinnya, mereka tidak akan berjaya (atau beruntung) sama ada pada urusan agamanya mahupun dunianya. Dan adalah tidak sah kepimpinannya. Ini adalah mazhab jumhur ulama, dari kalangan Al-Aimmah Ats-Tsalatsah, yakni Malik, Asy-Syafi’i, dan Ahmad.” (Taudhih Al-Ahkaam, 7/184)

Seandainya Wanita Menjawat Kerusi Kepimpinan Masyarakat

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلا تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأولَى

“Dan hendaklah kalian (yakni isteri-isteri Nabi) tetap di rumah-rumah kalian dan jangan bertabarruj seperti orang-orang jahiliyah terdahulu bertabarruj.” (Surah Al-Ahdzaab, 33: 33)

Dan para ulama tafsir menjelaskan bahawa para wanita beriman itu adalah dengan mengikuti dan mencontohi isteri-isteri Nabi.

Dan dalil-dalil semisal ini masih sangat banyak sekali sama ada dari Al-Qur’an mahu pun As-Sunnah.

Ayat ini membimbing kaum wanita agar tetap tinggal di rumahnya sebagai bentuk penjagaan atas diri mereka, pemeliharaan hak-hak suami mereka, mengawal-selia urusan anak-anak mereka, serta supaya mereka dapat mengurusi hal-ehwal rumah mereka. (Tanpa dinafikan ada posisi tertentu yang memang memerlukan keberadaan kaum wanita padanya, namun padanya tetap terkandung syarat-syarat yang harus dipenuhi – pen.)

Rumah adalah tempat yang paling sesuai dengan tabi’at atau fitrah seorang wanita. Di dalamnya terkandung kebaikan dan sebab turunnya rahmat Allah. Dari rumahlah madrasah untuk melahirkan para pemimpin, para ulama, tokoh masyarakat, pejuang agama, dan para da’i. Oleh kerana itu, wanita merupakan tonggak penting yang menjadi titik tolak dalam sesebuah institusi kekeluargaan yang kemudiannya menyumbang kebaikan untuk masyarakat melalui hasil didikan mereka di rumah. Bahkan wanita adalah akar bagi umat yang bertindak dan berperanan mengasuh tunjang tatanan manusia dengan segala sesuatu yang bermanfaat.Fatwa-fatwa_tentang_Wanita

Atas alasan ini, keluarnya seorang wanita dari rumah akan menjadi sebab datangnya bahaya, sebab mafsadah, lambang ketempangan institusi kekeluargaan, dan menjadi sebab tersebarnya fitnah.

Dalam pada itu, keluarnya wanita dari rumah dengan tujuan menduduki kerusi kepimpinan masyarakat atau negara sebenarnya telah menyelisihi apa yang Allah Subhanahu wa Ta’ala perintahkan melalui ayat di atas dan sebahagian besar dalil-dalil yang lainnya. Yakni antaranya, ayat ini melarang dari bertabarruj, dan termasuk dalam makna tabarruj adalah berdandan dan bercantik-cantik untuk selain suaminya[2], ikhtilath (bercampur-gaul) dengan lelaki yang bukan mahramnya[3], serta sengaja menjadi sebab yang memancing pandangan mata ke arahnya.

Dan tugas seorang pemimpin masyarakat tidak akan dapat lari dari hal ini semua di mana dia akan berkumpul dengan banyak lelaki, dengan para menteri, dengan sultan, dengan masyarakat yang dipimpinnya atas alasan bersidang, berbahas, bermesyuarat, bermusafir (tanpa mahram), dan seumpamanya. Sedangkan hal semisal ini bukan tugas seorang wanita, dan telah datang banyak dalil yang melarang mereka dari perbuatan tersebut.[4]

Dan hal ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Al-Imam Al-Mawardi rahimahullah tentang wizarah (cabang-cabang kepimpinan, peringkat kementerian):

ولا يجوز أن تقوم بذلك امرأة، لقول النبي صلى الله عليه وسلم: (ما أفلح قومٌ أسندوا أمرهم إلى امرأة )؛ ولأن فيها من طلب الرأي وثبات العزم ما تضعف عنه النساء، ومن الظهور” في مباشرة الأمور ما هو عليهن محظور

“Tidak dibolehkan bagi suatu kaum diketuai atau dipimpin oleh seorang wanita, sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Tidak akan beruntung suatu kaum yang menjadikan urusan mereka disandarkan pada wanita.”

Kerana pada kepimpinan tersebut akan ditagih pelbagai pendapat, keteguhan tekad, sedang kaum wanita lemah dalam perkara sedemikian, dan dalam masa sama jawatan kepimpinan menuntut mereka untuk tampil langsung menyelesaikan pelbagai masalah pada apa-apa yang wanita dilarang darinya.” (Al-Ahkam As-Sultaniyyah, m/s. 46)

Al-Imam Ibnu Qudamah Al-Maqdisi rahimahullah (Wafat: 620H) berkata:

وَلَنَا، قَوْلُ النَّبِيِّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ -: «مَا أَفْلَحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ امْرَأَةً» . وَلِأَنَّ الْقَاضِيَ يَحْضُرُ مَحَافِلَ الْخُصُومِ وَالرِّجَالِ، وَيُحْتَاجُ فِيهِ إلَى كَمَالِ الرَّأْيِ وَتَمَامِ الْعَقْلِ وَالْفِطْنَةِ، وَالْمَرْأَةُ نَاقِصَةُ الْعَقْلِ، قَلِيلَةُ الرَّأْيِ، لَيْسَتْ أَهْلًا لِلْحُضُورِ فِي مَحَافِلِ الرِّجَالِ، وَلَا تُقْبَلُ شَهَادَتُهَا، وَلَوْ كَانَ مَعَهَا أَلْفُ امْرَأَةٍ مِثْلِهَا، مَا لَمْ يَكُنْ مَعَهُنَّ رَجُلٌ، وَقَدْ نَبَّهَ اللَّهُ تَعَالَى عَلَى ضَلَالِهِنَّ وَنِسْيَانِهِنَّ بِقَوْلِهِ تَعَالَى {أَنْ تَضِلَّ إِحْدَاهُمَا فَتُذَكِّرَ إِحْدَاهُمَا الأُخْرَى} [البقرة: 282] وَلَا تَصْلُحُ لِلْإِمَامَةِ الْعُظْمَى، وَلَا لِتَوْلِيَةِ الْبُلْدَانِ؛ وَلِهَذَا لَمْ يُوَلِّ النَّبِيُّ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – وَلَا أَحَدٌ مِنْ خُلَفَائِهِ، وَلَا مَنْ بَعْدَهُمْ، امْرَأَةً قَضَاءً وَلَا وِلَايَةَ بَلَدٍ، فِيمَا بَلَغَنَا، وَلَوْ جَازَ ذَلِكَ لَمْ يَخْلُ مِنْهُ جَمِيعُ الزَّمَانِ غَالِبًا.

“Adapun bagi kami, kami berpegang dengan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Tidaklah beruntung suatu kaum yang menyerahkan urusan mereka kepada wanita.”

Kerana seorang qadhi (hakim) itu dia perlu hadir ke tempat pengadilan dan berhadapan dengan kumpulan para lelaki, serta memerlukan pada melakukan ijtihad (pertimbangan) padanya dengan berdasarkan kesempurnaan pandangan dan kekuatan akal yang cerdas. Sementara wanita adalah golongan yang kurang akalnya (berbanding lelaki)[5], sedikit dan sempit pandangannya, tidak boleh hadir pada hal-hal yang melibatkan kehadiran para lelaki dan tidak diterima persaksiannya (dalam pengadilan) sekalipun dengan 1000 (seribu) wanita selagi mana tidak ada lelaki (yang turut serta sebagai saksi).

Allah Ta’ala telah mengingatkan sifat lalai dan pelupa mereka dalam firman-Nya:

“…supaya jika seorang lupa maka seorang lagi mengingatkannya….” (Al-Baqarah, 2: 282)

Seorang wanita tidak layak memangku jawatan kepimpinan tertinggi dan tidak pula mentadbir sebuah negara. Atas alasan inilah, maka Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, para khalifahnya dan para ulama yang datang setelah mereka tidak pernah mengangkat seorang pun wanita sebagai hakim atau pentadbir bagi sesebuah wilayah di suatu negara. Pada apa yang sampai kepada kami, kalaulah seandainya dibolehkan bagi wanita, maka sudah tentu tidak akan kosong seluruh masa dari kepimpinan dan kekuasaan para wanita…” (Al-Mughni, 10/36)

Al-Imam Al-Baghawi rahimahullah (Wafat: 516H) berkata:

اتَّفَقُوا عَلَى أنَّ الْمَرْأَةَ لَا تَصْلُحُ أَنْ تَكُونَ إِمَامًا وَلا قَاضِيًا، لأَنَّ الإِمَامَ يَحْتَاجُ إِلَى الْخُرُوجِ لإِقَامَةِ أَمْرِ الْجِهَادِ، وَالْقِيَامِ بِأُمُورِ الْمُسْلِمِينَ، وَالْقَاضِي يَحْتَاجُ إِلَى الْبُرُوزِ لِفَصْلِ الْخُصُومَاتِ، وَالْمَرْأَةُ عَوْرَةٌ لَا تَصْلُحُ لِلْبُرُوزِ، وَتَعْجَزُ لِضَعْفِهَا عِنْدَ الْقِيَامِ بِأَكْثَرِ الأُمُورِ، وَلأَنَّ الْمَرْأَةَ نَاقِصَةٌ، وَالإِمَامَةُ وَالْقَضَاءُ مِنْ كَمَالِ الْوِلايَاتِ، فَلا يَصْلُحُ لَهَا إِلا الْكَامِلُ مِنَ الرِّجَالِ، وَلا يَصْلُحُ لَهَا الأَعْمَى، لأَنَّهُ لَا يُمْكِنُهُ التَّمْيِيزَ بَيْنَ الْخُصُومِ.

“(Para ulama) telah sepakat bahawa seorang wanita tidak boleh menjadi pemimpin (pemerintah)fiqih_sunnah_Wanita_cetakan_baru dan tidak pula qadhi (hakim), kerana seorang imam (pemimpin) perlu keluar untuk menegakkan urusan jihad (perang) dan juga urusan kaum muslimin. Manakala seorang qadhi (hakim) harus keluar untuk menyelesaikan pelbagai permasalahan dan perselisihan. Sedangkan wanita adalah aurat[6], tidak selayaknya dia keluar ke hadapan umum. Wanita sering dikenal tidak mampu mengurus banyak perkara disebabkan kelemahannya dan disebabkan kekurangannya (dalam agama dan akalnya).

Sedangkan bidang pemerintahan dan qadha (kehakiman) itu adalah institusi yang menuntut kesempurnaan, tidak boleh dipegang kecuali oleh orang yang sempurna dari kalangan lelaki, tidak pula oleh orang yang buta kerana dia tidak akan mampu membebezakan kes-kes yang dia hadapi (atau uruskan).” (Syarh As-Sunnah, 10/77)

Wallaahu a’lam.


[1] Peristiwa Perang Jamal ini adalah peristiwa fitnah di mana pertembungan yang berlaku antara sesama para sahabat, yakni antara kelompok ‘Aisyah, Thalhah, dan Az-Zubair dengan kelompok ‘Ali radhiyallahu ‘anhum. Pertembungan ini terjadi disebabkan salah-faham, dan tujuan asal mereka sama sekali bukan untuk peperangan tetapi sebaliknya adalah mencari jalan penyelesaian dan perdamaian. Namun, fitnah telah berlaku antara mereka dalam keadaan yang tidak mereka kehendaki disebabkan faktor yang dicetuskan oleh pihak ketiga (kelompok musuh Islam).

Bahkan ketika detik terjadinya fitnah Perang Jamal, para sahabat telah sepakat mengingkarinya, dan Ammar bin Yasir telah berkhuthbah di depan kaum muslimin di atas mimbar, dan beliau berkata:

إِنَّ عَائِشَةَ قَدْ سَارَتْ إِلَى البَصْرَةِ، وَوَاللَّهِ إِنَّهَا لَزَوْجَةُ نَبِيِّكُمْ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ، وَلَكِنَّ اللَّهَ تَبَارَكَ وَتَعَالَى ابْتَلاَكُمْ، لِيَعْلَمَ إِيَّاهُ تُطِيعُونَ أَمْ هِيَ

“Bahawa ‘Aisyah telah berangkat ke Bashrah. Demi Allah, sesungguhnya ‘Aisyah adalah isteri Nabi kalian Shallallahu ‘alaihi wa Sallam di dunia dan di akhirat, tetapi Allah Tabaraka wa Ta’ala hendak menguji kalian, agar Dia mengetahui sama ada kalian mentaati Nabi-Nya atau ‘Aisyah (isteri Nabi).” (Shahih Al-Bukhari, no. 7100)

Syaikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

القتلة فحملوا على عسكر طلحة والزبير فظن طلحة والزبير أن عليا حمل عليهم فحملوا دفعا عن أنفسهم فظن على أنهم حملوا عليه فحمل دفعا عن نفسه فوقعت الفتنة بغير اختيارهم وعائشة رضي الله عنها راكبة لا قاتلت ولا أمرت بالقتال هكذا ذكره غير واحد من أهل المعرفة بالأخبار

“Mereka (pihak ketiga dari kalangan pembunuh ‘Utsman – pent.) bertindak menyerang khemah (kem) Thalhah dan Az-Zubair. Lalu Thalhah dan Az-Zubair menyangka bahawa ‘Ali telah menyerang mereka, maka mereka menyerang kembali untuk mempertahankan diri. Seterusnya ‘Ali pula menyangka bahawa mereka (Thalhah dan Az-Zubair) telah bertindak menyerangnya, maka ‘Ali pun menyerang kembali untuk mempertahankan diri.

Maka berlakulah fitnah (peperangan) tanpa ia menjadi pilihan mereka (kedua-dua belah pihak). Manakala ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha hanya berada di atas pelana untanya, beliau tidak menyerang dan tidak pula memerintahkan serangan. Demikianlah yang diterangkan oleh tidak seorang daripada para ilmuan dalam bidang sejarah (Ahlul-Ma’rifat bi Al-Akhbar).” (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Asy-Syi‘ah wa Al-Qadariyyah, 4/317, Tahqiq: Muhammad Rasyad Salim, Mu’assasah Al-Qurthubah, 1406H)

Beliau juga menegaskan:

فإن عائشة لم تقاتل ويم تخرج لقتال وإنما خرجت لقصد الإصلاح بين المسلمين وظنت أن في خروجها مصلحة للمسلمين ثم تبين لها فيما بعد أن ترك الخروج كان أولى فكانت إذا ذكرت خروجها تبكي حتى تبل خمارها

“Sesungguhnya ‘Aisyah tidak diperangi dan tidak pergi untuk berperang. Sesungguhnya beliau pergi hanya untuk kebaikan umat Islam. Beliau menjangkakan pada pemergiannya terdapat kemaslahatan kepada umat Islam. Kemudian sesudah itu jelas baginya bahawa meninggalkan pemergian tersebut adalah yang paling benar. Maka setelah itu apabila sahaja beliau teringat kembali pemergiannya itu, beliau menangis sehingga membasahi kain tudungnya.” (Minhaj As-Sunnah An-Nabawiyyah fi Naqd Kalam Asy-Syi‘ah wa Al-Qadariyyah, 4/316, Tahqiq: Muhammad Rasyad Salim, Mu’assasah Al-Qurthubah, 1406H)

[2] Lihat artikel, Berdandan Bagi Wanita Adalah Untuk Suami.

[3] Lihat artikel, Gejala Ikhtilath dan Nilai Seorang Wanita.

[4] Sebahagian dari dalil-dalilnya telah kami kemukakan pada artikel yang lain. Sila lihat di artikel, Khabar Gembira Buat Suri Rumah Sepenuh Masa.

[5] Dari salah satu hadis dari Abu Sa’id Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ditanya:

وَمَا نُقْصَانُ دِينِنَا وَعَقْلِنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ؟ قَالَ: «أَلَيْسَ شَهَادَةُ المَرْأَةِ مِثْلَ نِصْفِ شَهَادَةِ الرَّجُلِ» قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: «فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ عَقْلِهَا، أَلَيْسَ إِذَا حَاضَتْ لَمْ تُصَلِّ وَلَمْ تَصُمْ» قُلْنَ: بَلَى، قَالَ: «فَذَلِكِ مِنْ نُقْصَانِ دِينِهَا

“Wahai Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan kurang akal dan kurang agama?” Jawab Rasulullah:

“Bukankah kesaksian kalian itu hanya setengah berbanding lelaki?” Mereka jawab, “Benar.” Rasulullah berkata, “Itulah salah satu contoh kurangnya akal. Dan bukankah jika kalian haidh, kalian tidak berpuasa dan tidak solat?”

Mereka pun menjawab, “Benar.” Rasulullah pun berkata, “Itulah sebahagian dari maksud kurangnya agama.” (Shahih Al-Bukhari, no. 304. Muslim, no. 79)

[6] Dari hadis ‘Abdullah (bin Mas’oud) radhiyallahu ‘anhu, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

إِنَّ الْمَرْأَةَ عَوْرَةٌ، فَإِذَا خَرَجَتِ اسْتَشْرَفَهَا الشَّيْطَانُ، وَأَقْرَبُ مَا تَكُونُ مِنْ وَجْهِ رَبِّهَا وَهِيَ فِي قَعْرِ بَيْتِهَا

“Sesungguhnya wanita itu aurat. Apabila dia keluar (dari rumah) maka syaitan pun menyambutnya (dengan mengangkat pandangan padanya). Keadaan wanita yang paling dekat dengan wajah Rabbnya adalah ketika dia berada di dalam rumahnya.” (Shahih Ibn Khuzaimah no. 1685. Sunan At-Tirmidzi, no. 1173)

tidak akan beruntung mereka yang pemimpinnya wanita

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest