Fatwa Syaikh ‘Abdul Aziz B. Baaz
Melucutkan Pemerintah Yang Jatuh Kafir (Murtad)

Syaikh ‘Abdul Aziz B. ‘Abdullah B. Baaz Rahimahullah (Mufti Arab Saudi pada hayatnya), beliau berkata:

فيترتب على الخروج على ولاة الأمور فساد عظيم وشر كثير، إلا إذا رأى المسلمون كفرا بواحا عندهم من الله فيه برهان، فلا بأس أن يخرجوا على هذا السلطان لإزالته إذا كان عندهم قدرة، أما إذا لم يكن عندهم قدرة فلا يخرجوا، أو كان الخروج يسبب شرا أكثر فليس لهم الخروج؛ رعاية للمصالح العامة.

والقاعدة الشرعية المجمع عليها: (أنه لا يجوز إزالة الشر بما هو أشر منه، بل يجب درء الشر بما يزيله أو يخففه). أما درء الشر بشر أكثر فلا يجوز بإجماع المسلمين، فإذا كانت هذه الطائفة التي تريد إزالة هذا السلطان الذي فعل كفرا بواحا عندها قدرة تزيله بها، وتضع إماما صالحا طيبا من دون أن يترتب على هذا فساد كبير على المسلمين، وشر أعظم من شر هذا السلطان فلا بأس، أما إذا كان الخروج يترتب عليه فساد كبير، واختلال الأمن، وظلم الناس، واغتيال من لا يستحق الاغتيال… إلى غير هذا من الفساد العظيم، فهذا لا يجوز، بل يجب الصبر، والسمع والطاعة في المعروف، ومناصحة ولاة الأمور، والدعوة لهم بالخير، والاجتهاد في تخفيف الشر وتقليله وتكثير الخير. هذا هو الطريق السوي الذي يجب أن يسلك؛ لأن في ذلك مصالح للمسلمين عامة، ولأن في ذلك تقليل الشر وتكثير الخير، ولأن في ذلك حفظ الأمن وسلامة المسلمين من شر أكثر. نسأل الله للجميع التوفيق والهداية

“… Mengambil tindakan keluar dari ketaatan terhadap pemimpin adalah kefasadan yang besar dan menimbulkan keburukan yang banyak. Kecuali apabila umat Islam melihat dengan jelas pada pemimpin itu terdapat kekafiran yang nyata di mana mereka memiliki bukti (dalil) daripada Allah Subhanahu wa Ta’ala berkenaan perkara tersebut. Maka atas sebab itu, mereka dibenarkan keluar dari ketaatan kepada pemimpin tersebut untuk menggantikannya apabila mereka memiliki kekuatan (kemampuan). Tetapi sekiranya mereka tidak memiliki kekuatan, maka janganlah mereka keluar, atau apabila tindakan keluar mereka itu akan menimbulkan kerosakan yang lebih besar maka mereka juga tidak boleh keluar sebagai langkah menjaga (atau mendahulukan) kemaslahatan umat Islam secara umum.

(Berkenaan perkara ini) Terdapat kaedah syari’at yang telah ditetapkan dengan kesepakatan (ijma’), iaitu “Tidak boleh menghilangkan suatu keburukan dengan menimbulkan keburukan lain yang lebih besar lagi.” Bahkan apa yang sepatutnya adalah menolak keburukan tersebut dengan perkara yang dapat menghilangkan keburukan tersebut atau sekurang-kurangnya meringankannya. Adapun menolak kerosakan dengan perkara yang dapat menimbulkan kerosakan (atau keburukan) yang lebih besar maka ia tidak boleh dilakukan berdasarkan ijma’ kaum Muslimin. Dan sekiranya kelompok yang ingin melucutkan pemimpin yang telah dihukum kafir (dengan bukti yang benar) dan mereka memiliki kemampuan untuk melakukannya, dan mampu juga untuk menggantikannya dengan pemimpin yang soleh dan baik, dengan tidak mengakibatkan keburukan yang lebih besar kepada umat Islam dan keburukan yang lebih dahsyat dari keburukan penguasa, maka itu dibenarkan. Tetapi apabila keluar dari ketaatan kepada pemimpin akan menimbulkan keburukan yang besar dan menyebabkan hilangnya keamanan, menzalimi masyarakat, terbunuhnya orang-orang yang tidak bersalah, serta yang lain-lainnya yang seumpama dari bentuk-bentuk keburukan yang besar, maka ini tidak dibenarkan. Sebaliknya perlu bersabar, mendengar dan taat dalam perkara-perkara yang ma’ruf dan berusaha menasihati pemimpin, mendoakannya (atau mendakwahinya) dengan kebaikan, serta berusaha sedaya upaya menghilangkan serta mengurangkan keburukan dengan cara memperbanyakkan kebaikan. Inilah jalan (atau kaedah) yang tepat yang sepatutnya diambil kerana padanya terdapat kemaslahatan untuk umat Islam secara umum. Dan kerana padanya mengandungi usaha mengurangkan keburukan dengan cara menambahkan kebaikan. Juga kerana padanya terdapat usaha menjaga (memelihara) keamanan dan keselamatan umat Islam dari keburukan yang lebih banyak. Kepada Allah jualah kita memohon taufiq dan hidayah-Nya.” (‘Abdul ‘Aziz B. Baaz, Majmu’ Fatawa wa Maqalat Munawi’ah, 8/203-204 – Daar al-Qasim Linnasyr, Riyadh. Rujuk juga website rasmi beliau: http://www.binbaz.org.sa/mat/21270)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Comments

  1. Anonymous
    March 4, 2011 at 3:27 am

    Ini namanya fatwa gila…
    sedap aja orang jadi kafir sesuka hati, jadilah kau dengan guru kau itu pengekor Sekular dan Penjilat Lee Kuan Yew

  2. Anonymous
    March 4, 2011 at 9:44 am

    Sekadar meminta pendapat
    kalau dilihat protes yg berlaku di Mesir, Libya etc. Mereka melakukan sedemikian kerana timbulnye golongan profesional yg ingin menegakkan semule keadilan negara mereka….mereka tahu negara mrk kaye, tp tiada pembangunan yg dilakukan pemerintah. Mrk still lg hidup dlm keadaan yg sempit tiada pekerjaan, ssh nk cri mkn. maybe sb ni dorg decide tok bangkit dgn protes shj and its works. agak2 kalo just hntr surat berbincang dgn pemerintah tu sndri.pemerintah tu nk dgr ke ckp dorg ni?

  3. Anonymous
    March 4, 2011 at 9:53 am

    Bagi saya umat islam mudah tertipu.
    1.Mereka lebih percaya kpd analisa2 barat
    2.Mereka sangat mendokong demokrasi
    3.Tidak meletakkan Ulamak2 sbg rujukan.
    4.Menyukai kaedah keganasan didalam menyelesaikan masalah.

Comments are closed.