Hal-hal Yang Perlu Diperhatikan Ketika Menamakan Anak

Asy-Syaikh Bakar bin ‘Abdillah Abu Zayd
www.ilmusunnah.com

my_name_abdullahمن نصوص السنة، أمراً ونهياً ودلالة وإرشاداً، وبمقتضى قواعد الشريعة وأصولها، يتبين أن اسم المولود يكتسب الصفة الشرعية متى توفر فيه هذان الشرطان:

Berdasarkan nash-nash As-Sunnah, sama ada yang berupa perintah atau larangan, petunjuk mahupun anjuran, berserta dengan kaedah-kaedah syari’at dan prinsip-prinsipnya, jelaslah bahawa nama anak dinilai mematuhi kriteria syar’i jika memenuhi dua syarat berikut ini:

الشرط الأول: أن يكون عربياً، فيخرج به كل اسم أعجمي، ومولد ودخيل على لسان العرب.

Pertama, hendaklah nama tersebut berasal dari bahasa ‘Arab. Sehingga tidak termasuk di dalamnya setiap nama a’jam (non Arab), campuran, ataupun yang diserap ke dalam lisan ‘Arab.

الشرط الثاني : أن يكون حسن المبنى والمعنى لغة وشرعاً، ويخرج بهذا كل اسم محرم أو مكروه، إما في لفظه أو معناه أو فيهما كليهما، وإن كان جارياً في نظام العربية، كالتسمي بما معناه التزكية، أو المذمة، أو السب، بل يسمى بما كان صدقاً وحقاً.

Kedua, hendaklah nama tersebut baik susunan dan maknanya, sama ada secara bahasa mahupun syar’i. Sehingga tidak termasuk di dalamnya setiap nama yang diharamkan atau dimakruhkan, sama ada secara lafaz, makna, ataupun kedua-keduanya, walaupun sesuai dengan disiplin bahasa Arab seperti menamai dengan nama-nama yang mengandungi unsur tazkiyyah (menganggap dirinya suci), mudzammah (celaan), ataupun as-sabbu (cercaan). Akan tetapi, hendaklah menamakan dengan nama yang jujur dan benar.

قال الطبري رحمه الله : ” لا ينبغي التسمية باسم قبيح المعنى، ولا باسم يقتضي التزكية له، ولا باسم معناه السب، ولو كانت الأسماء إنما هي أعلام للأشخاص، ولا يقصد بها حقيقة الصفة. لكن وجه الكراهة أن يسمع سامع بالاسم، فيظن أنه صفة للمسمى، فلذلك كان صلى الله عليه وسلم يحول الاسم إلى ما إذا دعى به صاحبه كان صدقاً

At-Thabari rahimahullah berkata, “Tidak sepatutnya menamakan dengan nama-nama yang buruk maknanya, nama yang mendakwa dirinya suci, dan nama yang mengandungi unsur celaan, walaupun nama-nama tersebut hanya dianggap sebagai tanda pengenalan bagi seseorang, dan tidak dimaksudkan untuk menunjukkan sifat hakiki dirinya. Akan tetapi sisi kemakruhannya adalah ketika seseorang mendengar nama tersebut, lalu mengira bahawa nama tersebut adalah sifat dari si penyandang nama. Oleh kerana  itu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam biasa mengubah suatu nama kepada nama lain yang sesuai dengan keadaan si penyandang nama tersebut jika ia dipanggil.”

قال : ” وقد غير رسول الله – صلى الله عليه وسلم – عدة أسماء ” انتهى.

Beliau menambahkan, “Bahawasanya Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mengubah banyak nama.”[1]

وللأسماء أيضا جملة آداب يحسن أخذها بالاعتبار ما أمكن:

Nama juga memiliki sejumlah adab-adab yang alangkah baiknya apabila diamalkan dengan penuh kesedaran sedaya mungkin:

الحرص على اختيار الاسم الأحب فالمحبوب حسبما سبق من بيان لمراتبه في الأصل السادس.

1, Bersungguh-sungguh untuk memilih nama yang paling dicintai. Adapun nama-nama yang dicintai adalah sebagaimana yang telah dijelaskan tingkatan-tingkatannya pada prinsip keenam (yakni artikel sebelum ini).

مراعاة قلة حروف الاسم ما أمكن.

2, Mendahulukan dengan huruf yang sedikit jika memungkinkan.

مراعاة خفة النطق به على الألسن.

3, Mendahulukan yang ringan atau mudah untuk diucapkan dengan lisan.

مراعاة التسمية بما يسرع تمكنه من سمع السامع.

4, Mendahulukan pemberian nama yang cepat membekas dalam pendengaran orang (yakni yang mudah diingat, disebut, dan ditangkap).kasut_baby

مراعاة الملائمة، فلا يكون الاسم خارجاً عن أسماء، أهل طبقته وملته وأهل مرتبته.

5, Meneliti kesesuaian nama tersebut, supaya jangan sampai nama tersebut keluar (dari kebiasaan) dari nama-nama penduduk negerinya, agamanya, dan kedudukannya.

وهذا أدب مهم رفيع، وإحساس مرهف لطيف، نبه عليه العلامة الماوردي رحمه الله في كتابه “نصيحة الملوك”. (ص167) فقال :

Berikut ada suatu adab yang amat penting lagi tinggi, sangat sensitif, tajam lagi mendalam, yang telah dingatkan oleh Al-‘Allamah Al-Mawardi rahimahullah dalam kitab beliau Nashihatul Muluk (m/s. 167), beliau menyebutkan:

فإذا ولد المولود، فإن من أول كراماته له وبره به أن يحليه باسم حسن وكنية لطيفة شريفة،فإن للاسم الحسن موقعاً في النفوس مع أول سماعه.

“Jika seorang anak telah dilahirkan, maka awal dari bentuk penghormatan dan belas kasih kepadanya adalah menghiasinya dengan nama yang baik, memberi kun-yah lembut lagi mulia, kerana nama yang baik akan dapat langsung membekas ke dalam jiwa-jiwa ketika pertama kali didengar.

وكذلك أمر الله عباده، وأوجب عليهم أن يدعوه بالأسماء الحسنى:

Demikianlah, Allah telah memerintahkan kepada hamba-hamba-Nya, dan telah mewajibkan mereka untuk berdoa dengan menggunakan nama-nama-Nya yang indah (asma’ul husna). Allah berfirman:

وَلِلَّهِ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى فَادْعُوهُ بِهَا وَذَرُوا الَّذِينَ يُلْحِدُونَ فِي أَسْمَائِهِ…(180)

“Hanya milik Allah asma’ul husna[2], maka berdoalah kepada-Nya dengan menyebut asma’ul husna tersebut dan tinggalkanlah orang-orang yang menyimpang dari kebenaran dalam (menyebut) nama-nama-Nya…”[3] (Surah Al-A’raf 7: 180)

وأمر أن يصفوه بالصفات العلى، فقال

Juga memerintahkan agar mereka menyifati-Nya dengan sifat-sifat yang luhur (tinggi), Allah berfirman:

قُلِ ادْعُوا اللَّهَ أَوِ ادْعُوا الرَّحْمَنَ أَيًّا مَا تَدْعُوا فَلَهُ الْأَسْمَاءُ الْحُسْنَى

“Katakanlah, “Serulah Allah atau serulah Ar-Rahman. Dengan nama yang mana saja kamu seru, Dia mempunyai asma’ul husna (nama-nama yang terbaik)…”.” (Surah Al-Israa’, 17: 110)

واختار النبي صلى الله عليه وسلم أسماء أولاده اختياراً، وآثرها إيثاراً ، ونهى عليه السلام أن يجمع أحد من المسلمين بين اسمه وكنيته، وقال : ” أحب الأسماء عند الله عبدالله وعبدالرحمن “.

Nabi Shallallahu ‘alahi wa Sallam telah memilihkan nama untuk anak-anak beliau dengan sebaik-baik pilihan dan mengandungi banyak kesan yang mendalam, dan beliau melarang seseorang dari kaum muslimin menggabungkan antara nama dengan kun-yah (gelar) beliau. Beliau bersabda:

“Nama yang paling dicintai di sisi Allah adalah ‘Abdullah (hamba Allah) dan ‘Abdurrahman (hamba Dzat Yang Maha Pengasih).”

وإنما جهة الاختيار لذلك في ثلاثة أشياء:

Adapun ruang lingkup pilihan pada yang demikian itu terdapat dalam tiga perkara:

منها: ” أن يكون الاسم مأخوذاً من أسماء أهل الدين،من الأنبياء والمرسلين وعباد الله الصالحين، ينوي بذلك التقرب إلى الله جل اسمه بمحبتهم وإحياء أساميهم والاقتداء بالله جل اسمه في اختيار تلك الأسماء لأوليائه، وما جاء به الدين ، كما قد روينا عنه في أن أحب الأسماء إلى الله عبدالله وأمثاله.

Pertamanya, hendaklah nama tersebut diambil dari nama-nama ahlu ad-dien (orang-orang yang dikenal dalam agama), (seperti) dari kalangan para nabi, para rasul serta dari kalangan hamba-hamba Allah yang soleh. Di mana ia meniatkan hal tersebut dalam rangka ber-taqarrub (mendekatkan diri) kepada Allah Yang Maha Agung Nama-Nya, dengan cara mencintai mereka, menghidupkan nama-nama mereka, serta meneladani Allah yang agung nama-Nya dalam memilih nama-nama para wali-Nya dan segala apa yang dibawa oleh dien (agama) ini. Sebagaimana yang telah kami riwayatkan dari beliau Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bahawa nama yang paling dicintai oleh Allah adalah ‘Abdullah (hamba Allah) dan semisalnya.

ومنها: أن يكون الاسم قليل الحروف، خفيفاً على الألسن، سهلاً في اللفظ، سريع التمكن من السمع، قال أبو نواس في هذا الاسم:

فقلنا له ما الاسم قال سموأل .*.*.*.*.*. على أنني أكني بعمرو ولا عمرا

وما شرفتني كنية عربية .*.*.*.*.*.*. ولا أكسبتني لا ثناء ولا فخراً

ولكنها خفت وقلت حروفها .*.*.*.*.*. ولست كأخرى إنما جعلت وقرا

فأخبر – كما ترى – أنه اختارها على بغضه لأهلها ، لقلة حروفها وخفتها على اللسان وفي السمع.

Kedua, hendaklah nama tersebut sedikit hurufnya, ringan dan mudah untuk diucapkan lisan, mudah dilafazkan, dan cepat membekas (atau ditangkap) oleh pendengaran. Mengenai nama ini, Abu Nuwas pernah menuturkan sebuah sya’ir:

Kami bertanya kepadanya,”Siapa namamu…”

Dia menjawab, “Samaual”[4], namun, saya diberi kun-yah ‘Amru dan bukan ‘Umar

Kun-yah ‘Arab itu tidak dapat memuliakan dan tidak pula menguntungkan diriku

Sama ada berupa pujian mahupun kebanggaan

Akan tetapi, kun-yah ‘Arab tersebut terlalu ringan dan sedikit hurufnya

Tidak seperti yang lain, yang dapat dijadikan sebagai kehormatan.

Jadi, sebagaimana yang engkau lihat, Abu Nuwas memberitahu bahawa dia memilih nama tersebut kerana kebencian terhadap si penyandangnya. Dengan alasan, hurufnya terlalu sedikit dan ringan diucapkan lisan mahupun didengar oleh pendengaran.

ومنها: أن يكون حسناً في المعنى، ملائماً لحال المسمى، جارياً في أسماء أهل طبقته وملته وأهل مرتبته ” انتهى كلام الماوردي. وهذا بمعنى ما تقدم في فواتح هذا الكتاب: أن الاسم كالثوب، إن قصر شان، وإن طال شان. فمراعاة أسماء أهل طبقته وقبيلته ربط أسري والتحام عائلي.

Ketiga, hendaklah nama tersebut baik maknanya, sesuai dengan keadaan orang yang dinamai, dan sesuai dengan nama-nama penduduk negerinya, agamanya, dan kedudukannya.”

Sekian nukilan dari Al-Mawardi.

Dengan kata lain, sebagaimana telah dijelaskan dalam pendahuluan kitab ini, bahawa nama ibarat sehelai baju, jika terlalu pendek maka tercela, dan jika terlalu panjang maka itu juga tercela.

Maka dengan mengambil kira nama-nama penduduk negerinya dan sukunya juga merupakan suatu bentuk ikatan kekerabatan dan kekeluargaan.

ومراعاة أسماء أهل ملته ربط ديني عقدي.

Meneliti nama-nama dari para tokoh dalam agamanya juga merupakan sebuah ikatan dien dan aqidah.Perhatikan kewajiban ilmu untuk anak-anak kita

ومراعاة أسماء أهل مرتبته ربط أدبي بإنزال المرء نفسه منزلها، حتى لا يتندر به.

Dan mengambil kira nama-nama orang yang berkedudukan pula merupakan sebuah bentuk ikatan adab dengan mendudukkan seseorang pada tempatnya, sehingga dia tidak tercela kerananya.

فهذه اللفتة النفسية من الماوردي رحمه الله تعالى أذكر بها عرب هذه الجزيرة للابتعاد عن هذه الأسماء التي لا تليق بخصوص قيمهم، وأن من الأسماء ما يستملح على الصغير ثم إذا كبر صار مشيناً، كالثوب القصير على الطويل.

Ini adalah pendangan peribadi dari Al-Mawardi rahimahullah, yang dengannya penulis akan ingatkan kepada kaum muslimin agar menjauhi nama-nama yang tidak sepatutnya, khususnya dengan kedudukan mereka. Kerana sesungguhnya ada nama yang baik untuk anak kecil, namun ketika dia telah dewasa menjadi tercela, sebagaimana baju pendek yang dipakai orang yang tinggi.

وفي تفسير قول الله تعالى عن عبده يحيى: ( لم نجعل له من قبل سميا ) [ مريم : 7 ]، قال القرطبي رحمه الله تعالى : ” وفي هذه الآية دليل وشاهد أن الأسامي السنع – أي : الجميلة – جديرة بالأثرة، وإياها كانت العرب تنتحي في التسمية، لكونها أنبه وأنزه، حتى قال القائل :

Ketika menafsirkan firman Allah Ta’ala tentang hamba-nya, Yahya:

“… yang sebelumnya kami belum pernah menciptakan orang yang serupa dengan dia.” (Surah Maryam, 19: 7)

Al-Imam Al-Qurthubi rahimahullah menjelaskan, “Ayat ini merupakan dalil dan bukti bahawa nama-nama yang baik itu lebih patut untuk dipilih, dan orang-orang ‘Arab biasanya akan memberikan motivasi kepada setiap orang agar menggunakan nama tersebut dalam penamaan anak, kerana nama tersebut lebih mulia dan lebih suci. Hingga seorang pujangga mengatakan:

سنع الأسامي مسبلي أزر .*.*.*.*.*.*.*. حمرٍ تمس الأرض بالهدب

وقال رؤبة للنسابة البكرى وقد سأله عن نسبه:

 أنا ابن العجاج. فقال : قصرت وعرفت ” انتهى

Nama-nama yang indah bagaikan untaian kain kemerah-merahan

yang menyentuh bumi dengan rumbai-rumbainya.

Ru’bah menjelaskan tentang nasab Al-Bakri, dan dia telah ditanya tentang nasabnya sendiri, “Saya adalah Ibnu Al-‘Ajjaj.” Beliau melanjutkan, “Aku sengaja menyebutnya secara ringkas dan engkau telah tahu.”[5]

Sekian nukilan. (akan bersambung…)


 

[1] Dari kitab Fathul Bari karya Ibnu Hajar (10/476), dan penuturan beliau tersebut juga ada dalam As-Silsilatush Shahihah (no. 216). Lihat pula Fathul Bari (10/585), dan Tahzibul Atsar (4/162) karya Ath-Thabari.

[2] Maksudnya adalah nama-nama yang agung yang sesuai dengan sifat-sifat Allah.

[3] Maksudnya adalah janganlah dihiraukan orang-orang yang menyembah Allah dengan nama-nama yang tidak sesuai dengan sifat-sifat dan keagungan Allah, atau dengan menggunakan asma’ul husna, tetapi dengan maksud menodai nama Allah (yakni dengan tujuan yang menyimpang), atau mempergunakan asma’ul husna untuk nama-nama selain Allah.

[4] Samaual adalah nama lelaki yang diperibahasakan dalam hal menepati janji.

[5] Tafsir Al-Qurthubi (11/83).

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest