Hasil Tahqiq dan Takhrij Asy-Syaikh Syu’aib Al-Arnauth

www.ilmusunnah.com

Muqbil_Arnauth

Syaikh Muqbil rahimahullah pernah ditanya, “Adakah tahqiq Syu’aib Al-Arnauth dan saudaranya dapat diterima?”

Maka jawab Syaikh Muqbil:

“Faedah dari tahqiq kedua mereka dapat diterima (dapat diambil). Dan saya tidak menemui banyak kritikan terhadap mereka. Dan sebahagian besar, keduanya mengambil faedah dari hasil tahqiq dan takhrij Asy-Syaikh Nashiruddin Al-Albani hafidzohullah.

Akan tetapi saya menganjurkan kepada setiap saudara kerana Allah, agar berusaha meneliti sendiri hukum yang sebenarnya. Dan supaya memiliki cita-cita yang tinggi sebagaimana dikatakan oleh seorang penya’ir:

“Jadilah seseorang yang kakinya berada di atas bumi…

Tetapi cita-citanya berada di bintang yang tinggi.”

Lihat: Ijaabatus Saa’il ‘alaa Ahammil Masaa’il, m/s. 564, no. 322 – Cet. 2, Daar Al-Haramain (Qaahirah).

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest