Hukum Cukai Dalam Islam

Syaikh Al-Albani rahimahullah
ما حكم الإسلام في الضرائب؟
www.ilmusunnah.com

Adh-Dhara’ib (cukai) dalam istilah syara’ disebut dengan nama al-mukus (jamak dari kata maks – pent.). Dan al-mukus ini tidak dibenarkan (untuk dipraktikkan) berdasarkan kesepakatan ulama kaum muslimin melainkan dalam satu keadaan. Keadaan tersebut dibahaskan dengan baik oleh Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah dalam kitab beliau yang besar (hebat), iaitu Al-I’tishaam.

Syaikh Al-Albani rahimahullah ditanya:

السؤال: ما حكم الإسلام في الضرائب؟

Apakah hukum Islam berkaitan Adh-Dhara’ib (cukai)?

Jawaban:

الجواب: الضرائب هي التي تسمى بلغة الشرع (المكوس)، والمكوس من المتفق بين علماء المسلمين أنها لا تجوز إلا في حالة واحدة، يتحدث عنها بحجة بينة الإمام الشاطبي رحمه الله في كتابه العظيم الاعتصام، حيث يتكلم فيه بكلام علمي دقيق قلما نجده في كتاب آخر سواه، يفرق فيه بين البدعة التي أكد في بحثه في هذا الكتاب أن قول النبي صلى الله عليه وسلم: (كل بدعة ضلالة وكل ضلالة في النار) أن هذا القول الكريم هو على إطلاقه وعمومه وشموله،

Al-Jawaab: Adh-Dhara’ib (cukai) dalam istilah syara’ disebut dengan nama al-mukus (jamak dari kata maks – pent.). Dan al-mukus ini tidak dibenarkan (untuk dipraktikkan) berdasarkan kesepakatan ulama kaum muslimin melainkan dalam satu keadaan. Keadaan tersebut dibahaskan dengan baik oleh Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah dalam kitab beliau yang besar (hebat), iaitu Al-I’tishaam. Yang mana padanya beliau membentangkan perbahasan ilmiyah yang sangat teliti yang sukar kita dapatkan dalam kitab yang lain yang seumpamanya. Dalam kitab tersebut beliau membezakan antara bid’ah dengan selainnya. Dalam buku tersebut beliau menegaskan bahawa sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (yang bermaksud), “Semua bid’ah itu sesat dan setiap kesesatan itu di neraka” itu berlaku, ia bersifat muthlaq, umum dan mencakup setiap jenis bid’ah.

وأنه ليس في الإسلام ما يسميه بعض المتأخرين بالبدعة الحسنة؛ لأن هذه البدعة الحسنة أولاً: لا دليل عليها في الكتاب ولا في السنة، وثانياً: هي مخالفة لعموم الأحاديث التي تطلق ذم البدعة إطلاقاً شاملاً، فكلما تعرض النبي صلى الله عليه وسلم لذكرها فإنه يطلق الذم عليها، ولا يقيدها بقيد ما، كمثل الحديث السابق، ومثل الحديث الآخر الذي أخرجه الشيخان في صحيحيهما من حديث عائشة رضي الله تعالى عنها، قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم: (من أحدث في أمرنا هذا ما ليس منه فهو رد)،

Sesungguhnya dalam ajaran Islam tidak terdapat istilah bid’ah hasanah (bid’ah yang baik) sebagaimana istilah yang dirangka oleh sebahagian golongan muta’akhirin (terkemudian). Kerana istilah bid’ah ini (mengandungi masalah), pertamanya: istilah tersebut tidak memiliki dasar berupa dalil dari Al-Qur’an mahupun As-Sunnah. Keduanya: istilah tersebut menyelisihi hadits-hadis berisi celaan terhadap bid’ah yang bersifat umum. Setiap kali Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam menyebut bid’ah, beliau pasti mencelanya secara umum dan tidak membataskannya dalam bentuk-bentuk tertentu walaupun dalam hadis yang lain.Ketahui sumber kewangan dalam sesebuah negara Islam secara syar'i.

Contoh hadis yang lain adalah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim dari ‘Aisyah radhiyallahu Ta’ala ‘anha, beliau berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala aalihi wa Sallam bersabda (yang maksudnya), “Sesiapa yang mengada-ada (perkara baru) dalam agama kami ini sedangkan ia bukan darinya, maka (amal) tersebut pasti tertolak.”

أكد الإمام الشاطبي في كتابه المشار إليه آنفاً: أن هذه الأحاديث تحمل على عمومها وشمولها، فكل بدعة ضلالة، وكل ضلالة في النار.

Di kitab tersebut, Al-Imam Asy-Syathibi menegaskan bahawa hadis-hadis tersebut difahami bersifat umum dan mencakup setiap bentuk bid’ah. Sehingga setiap bid’ah tersebut sesat dan setiap kesesatan itu di neraka.

ولكنه من إحسانه في هذا البحث العظيم أن تعرض لما يسمى أو يعرف عند بعض العلماء بـ(المصالح المرسلة)، وهذه المصالح المرسلة التي تلتبس على بعض المتأخرين من الذين ذهبوا إلى القول بأن في الدين بدعة حسنة، تختلط عليهم المصالح المرسلة بالبدعة الحسنة، وشتان ما بينهما، فالمصلحة المرسلة -التي يتبناها بعض العلماء ومنهم إمامنا الشاطبي رحمه الله- هي التي توجبها ظروف وضعية أو زمنية، تؤدي إلى تحقيق مصلحة شرعية. فهذه ليس لها علاقة بالبدعة التي يستحسنها بعض الناس؛

Akan tetapi di antara kebaikan Asy-Syathibi dalam bahasan yang sangat bernilai ini adalah beliau menyinggung apa yang disebut atau dikenal oleh sebahagian ulama dengan istilah al-mashaalih al-mursalah.

Dan al-mashaalih al-mursalah inilah yang menjadi talbis (keraguan dan kebingungan) bagi sebahagian orang terkemudian yang mengatakan adanya bid’ah hasanah dalam agama Islam. Akhirnya mereka pun tidak mampu membezakan antara al-mashaalih al-mursalah dengan bid’ah hasanah. Sedangkan dua perkara tersebut sangat berbeza.

Al-mashlahah al-mursalah yang dijadikan dalil oleh sebahagian ulama kita –di antaranya adalah Al-Imam Asy-Syathibi- adalah ketetapan yang diharuskan berdasarkan keadaan dan waktu tertentu yang diharapkan ketetapan tersebut akan melahirkan manfaat yang diperakui oleh syari’at. Maslahah mursalah sebagaimana pengertian ini tidak ada kaitan dengan bid’ah yang dinilai baik oleh sebagian orang.

لأن البدعة التي يسمونها بالبدعة الحسنة إنما يقصدون بها زيادة التقرب إلى الله تبارك وتعالى، وهذه الزيادة لا مجال لها في دائرة الإسلام الواسعة، التي مما جاء فيها قول ربنا تبارك وتعالى: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْأِسْلامَ دِيناً [المائدة:3]،

Kerana bahawasanya bid’ah yang dibungkus oleh sebahagian orang dengan nama bid’ah hasanah adalah tambahan yang diada-adakan yang dilakukan oleh pelakunya dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah. Ajaran Islam yang luas ini tidak memberi tempat untuk tambahan dengan bentuk seperti itu kerana Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala telah berfirman (yang terjemahan maknanya):

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan telah Aku sempurnakan bagi kalian nikmat-nikmat-Ku serta Aku telah redha Islam menjadi agama kalian.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 3)

ولذلك لقد أجاد إمام دار الهجرة الإمام مالك رحمه الله حينما قال كلمته الذهبية المشهورة، قال: من ابتدع في الإسلام بدعة يراها حسنة؛ فقد زعم أن محمداً صلى الله عليه وسلم خان الرسالة -وحاشاه- اقرءوا قول الله تبارك وتعالى: الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْأِسْلامَ دِيناً [المائدة:3]

Bagi yang demikian, sungguh tepat apa yang dikatakan oleh Imam Daar Al-Hijrah, Al-Imam Malik rahimahullah yang telah mengatakan perkataan yang bernilai emas dan terkenal. Beliau mengatakan, “Sesiapa membuat bid’ah dalam Islam lalu dia menilainya sebagai suatu yang hasanah (baik), bermakna dia telah menuduh Muhammad Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak amanah dalam menyampaikan risalah (wahyu) – dan itu tidak mungkin. Bacalah firman Allah Tabaraka wa Ta’ala (yang terjemahan maknanya):

“Pada hari ini telah Aku sempurnakan bagi kalian agama kalian, dan telah Aku sempurnakan bagi kalian nikmat-nikmat-Ku serta Aku telah redha Islam menjadi agama kalian.” (Surah Al-Maidah, 5: 3)

قال مالك : فما لم يكن يومئذ ديناً -أي: يتقرب به إلى الله- فلا يكون اليوم ديناً، ولا يصلح آخر هذه الأمة إلا بما صلح به أولها.

إذا كان هذا هو شأن البدعة التي يسمونها بالبدعة الحسنة، وهو أنهم يريدون التقرب إلى الله تبارك وتعالى بها، زيادة على ما جاء به رسول الله صلى الله عليه وسلم القائل: ما تركت شيئاً يقربكم إلى الله إلا وأمرتكم به، وما تركت شيئاً يباعدكم عن الله ويقربكم إلى النار إلا ونهيتكم عنه

Al-Itisham_Asy_Syathibi

Hasil terjemahan Kitab Al-I’tisham karya Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah (Wafat: 790H) yang dimaksudkan oleh Syaikh Al-Albani rahimahullah.

Al-Imam Malik juga berkata, “Maka segala sesuatu yang pada zaman Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak dianggap sebagai sebahagian dari agama (yakni yang dengannya untuk mendekatkan diri kepada Allah) maka pada hari ini juga ia bukanlah bahagian dari agama. Dan tidaklah ada yang dapat memperbaiki keadaan generasi akhir umat ini melainkan dengan apa yang telah memperbaiki keadaan generasi awalnya.”

Jika demikian hakikat keadaan bid’ah yang dinamakan sebahagian orang dengan nama bid’ah hasanah dan mereka (pelaku bid’ah hasanah) mahu mendekatkan diri kepada Allah dengan bid’ah yang mereka lakukan sebagai tambahan atas apa yang datang dari ajaran Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda (yang maknanya), “Tidaklah aku tinggalkan sesuatu pun yang dapat mendekatkan kalian kepada Allah melainkan telah aku perintahkan. Dan tidak pula aku biarkan sesuatu pun yang dapat menjauhkan kalian dari Allah dan mendekatkan kalian kepada Neraka melainkan telah aku larang kalian darinya”.

إذاً: لا مجال لاتخاذ محدثة سبيلاً للتقرب إلى الله تبارك وتعالى، ما دام أن الله قد أتم النعمة علينا بإكماله لدينه.

أما المصلحة المرسلة فشأنها يختلف كل الاختلاف عن البدعة الحسنة -المزعومة- فالمصلحة المرسلة يراد بها تحقيق مصلحة يقتضيها المكان أو الزمان ويقرها الإسلام.

وفي هذا المجال يؤكد الإمام الشاطبي شرعية وضع ضرائب

Berdasarkan hal ini: Tidaklah ada ruang sama sekali bagi menjadikan perkara-perkara yang baru sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Allah Tabaraka wa Ta’ala di ketika mana Allah telah pun memberikan nikmat yang sempurna ke atas kita dengan disempurnakannya agama Islam ini (untuk kita).

Adapun al-maslahah al-mursalah itu begitu jelas berbeza dari bid’ah yang dianggap hasanah. Tujuan dari al-maslahah al-mursalah adalah mewujudkan manfaat yang menjadi tuntutan keadaan bergantung pada tempat atau waktu dan manfaat tersebut dibenarkan oleh Islam.

Pada kesempatan inilah, Al-Imam Asy-Syathibi telah membahaskan tentang pembenaran syara’ untuk memungut cukai.

تختلف عن الضرائب التي اتُخذت اليوم قوانين مضطربة في كثير إن لم نقل في كل البلاد الإسلامية، تقليداً للكفار الذين حرموا من منهج الله المتمثل في كتاب الله وسنة نبيه صلى الله عليه وعلى آله وسلم، فكان من الضرورة بالنسبة لهؤلاء المحرومين من هدي الكتاب والسنة أن يضعوا لهم مناهج خاصة، وقوانين يعالجون بها مشاكلهم، أما المسلمون فقد أغناهم الله تبارك وتعالى بما أنزل عليهم من الكتاب، وبما بين لهم رسول الله صلى الله عليه وعلى آله وسلم، لذلك فلا يجوز للمسلمين أن يستبدلوا القوانين بالشريعة، فيحق فيهم قول الله تبارك وتعالى: أَتَسْتَبْدِلُونَ الَّذِي هُوَ أَدْنَى بِالَّذِي هُوَ خَيْرٌ [البقرة:61]

Dan konsep pemungutan cukai yang terdapat dalam syara’ adalah sangat berbeza dengan konsep pemungutan cukai yang diamalkan pada hari ini di banyak keadaan jika tidak pada semua negara Islam, konsep tata negaranya sendiri tidak jelas, bertaqlid kepada kaum kafir yang mana menyimpang dari garis panduan Allah, tidak mengikuti Kitab Allah dan Sunnah Nabi-Nya Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.

Ensiklopedia_Kewangan_Publik_Terjemahan_Al_Amwal_Karya_Abu_Ubaid_Al_Qasim

Kitab Al-Amwal ini termasuk antara buku-buku klasik dan antara yang paling awal dalam sejarah Islam membahaskan soal harta dan per-ekonomian secara Islami. Ini menjadikan nilai buku ini begitu tinggi sekali yang mana di dalamnya memuatkan himpunan dalil-dalil al-Qur’an, hadis-hadis Nabi, dan atsar-atsar para sahabat Nabi sekitar pengurusan ekonomi dan harta di dalam Islam. Disusun oleh Imam Abu Ubaid Al-Qasim rahimahullah (Wafat: 224H).

Bahawa bagi orang-orang yang menyimpang dari petunjuk Al-Qur’an dan As-Sunnah, mereka menempatkan diri mereka dengan jalan-jalan mereka yang tersendiri (yang mereka aturkan sendiri tanpa berdasarkan syara’) yang pada anggapannya mampu menyelesaikan permalasahan yang mereka hadapi.

Adapun bagi kaum Muslimin, benar-benar Allah Tabaraka wa Ta’ala telah mencukupkan mereka dengan apa yang diturunkan atas mereka berupa Al-Kitab (Al-Qur’an), dan dengan apa yang berupa keterangan-keterangan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa ‘ala aalihi wa Sallam bagi mereka. Dengan yang demikian, maka tidak boleh bagi kaum Muslimin mengganti ketentuan dalam syari’at dengan undang-undang buatan manusia, jika ini mereka lakukan maka firman Allah Tabaraka wa Ta’ala ini bagi mereka (yang terjemahan maknanya):

“Adakah kalian mengambil suatu yang rendah menggantikan suatu yang baik?” (Surah Al-Baqarah, 2: 61)

فلا يجوز أبداً أن تتخذ الضرائب قوانين ثابتة، كأنها شريعة منزلة من السماء أبد الدهر، وإنما الضريبة التي يجوز أن تفرضها الدولة المسلمة هي في حدود ظروف معينة تحيط بتلك الدولة.

مثلاً -وأظن أن هذا المثال هو الذي جاء به الإمام الشاطبي :- إذا هوجمت بلدة من البلاد الإسلامية، ولم يكن هناك في خزينة الدولة من المال ما يقوم بواجب تهيئة الجيوش لدفع ذلك الهجوم من أعداء المسلمين، ففي مثل هذه الظروف تفرض الدولة ضرائب معينة وعلى أشخاص معينين، عندهم من القدرة أن يدفعوا ما فرض عليهم، ولكن لا تصبح هذه الضريبة ضريبة لازمة، وشريعة مستقرة -كما ذكرنا آنفاً- فإذا زال السبب العارض وهو هجوم الكافر ودفع عن بلاد الإسلام؛ أُسقطت الضرائب عن المسلمين؛ لأن السبب الذي أوجب تلك الضريبة قد زال،

Maka tidak boleh sampai bila-bila pun menjadikan percukaian sebagai ketentuan yang berlaku secara tetap (terus-menerus) seperti seakan-akan ianya syari’at yang turun dari langit sehingga berlangsung sepanjang masa. Adapun adh-dhariibah (cukai) yang diperbolehkan perlaksanaannya bagi negara Islam adalah sebuah ketentuan yang dibatasi oleh ruang lingkup yang bersifat khusus berdasarkan permasalahan negara tersebut.

Misalnya – jika tidak salah contoh berikut ini dibawakan oleh Al-Imam Asy-Syathibi: Jika sebuah negara Islam diserang musuh sementara dalam harta simpanan negara tidak memiliki dana yang cukup bagi menyiapkan kelengkapan ketenteraan yang mampu mencegah serangan yang dilancarkan oleh musuh kaum muslimin. Dalam situasi seperti ini negara boleh mewajibkan cukai dengan jumlah tertentu terhadap kalangan tertentu yang dinilai memiliki kemampuan untuk membayar cukai yang diwajibkan atas mereka.

Akan tetapi ketentuan pemungutan cukai tersebut tidak boleh dijadikan sebagai percukaian yang bersifat terus-menerus sehingga menjadi sebuah ketetapan negara. Jika sebab asal diwajibkan cukai tersebut yang berupa serangan orang-orang kafir dan usaha untuk mempertahankan negara Islam telah hilang, maka kewajiban membayar cukai atas kaum muslimin pun menjadi hilang kerana faktor asal yang menyebabkan diwajibkannya cukai telah pun hilang.

والحكم -كما يقول الفقهاء- يدور مع العلة وجوداً وعدماً، فالعلة أو السبب الذي أوجب تلك الفريضة قد زال، فإذاً تزول بزوالها هذه الضريبة.

وباختصار جواب ذاك السؤال: ليس هناك ضرائب تتخذ قوانين في الإسلام، وإنما يمكن للدولة المسلمة أن تفرض ضرائب معينة لظروف خاصة، فإذا زالت الظروف زالت الضريبة.

Sedangkan ada atau tidak adanya suatu hukum itu sebagaimana yang dikatakan oleh para fuqaha’ adalah kerana adanya ‘illah (sebab). Sementara faktor diwajibkannya cukai tersebut telah hilang, maka secara sendirinya kewajiban cukai pun ditiadakan.

Dan dengan ringkasnya: Asalnya dalam Islam tidak ada cukai yang dijadikan sebagai aturan atau ketetapan yang berlangsung secara terus-menerus. Yang ada adalah negara Islam mewajibkan cukai dengan jumlah tertentu dengan sebab keadaan yang bersifat khusus (terpaksa). Jika keadaan tersebut telah hilang, maka secara sendirinya cukai pun ditiadakan.”

Sumber: Dari transkrip keratan rakaman ceramah Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullah dengan judul, As-ilah Al-Imaaraathttp://audio.islamweb.net/audio/index.php?page=FullContent&audioid=109346-44k

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest