Hukum Membaca Al-Qur’an di Kuburan

www.ilmusunnah.com

Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Abdillah bin Baz rahimahullah pernah ditanya:baca quran di rumah

هل قراءة القرآن عند القبور بدعة، وخاصة سورة الفاتحة وسورة البقرة، علماً بأني قرأت في كتاب الروح لابن القيم عن قراءة القرآن عند دفن الميت، وقراءة القرآن أيضاً عقيب الدفن، ومثالٌ ذكر على ذلك: أن جماعة من السلف أوصوا بأن يقرأ عند قبورهم وقت عند الدفن

“Adakah membaca Al-Qur’an di sisi kubur merupakan (amalan) bid’ah, khasnya membaca surah Fatihah dan surah Al-Baqarah? Kerana sepengetahuan saya berdasarkan pembacaan di kitab Ar-Ruuh karya Ibnul Qayyim bahawa adalah dibolehkan membaca Al-Qur’an ketika pengebumian dan membacanya setelah pengebumian jenazah. Sebagai contoh, disebutkan yang demikian, “Bahawa sebahagian kelompok dari As-Salaf (ulama generasi awal) mewasiatkan agar membacakan Al-Qur’an di sisi kubur mereka tatkala pengebumian.”

Jawab Syaikh ‘Abdul ‘Aziz bin ‘Baz:

القراءة عند القبور بدعة، ولا يجوز فعلها، ولا الصلاة عندها؛ لأن الرسول -صلى الله عليه وسلم- لم يفعل ذلك، ولا أرشد إليه ولا خلفاؤه الراشدون، ولأن هذا مما يفعل في المساجد والبيوت يقول -صلى الله عليه وسلم- :

“Membaca Al-Qur’an di sisi kubur adalah bid’ah, tidak boleh melakukannya, dan tidak boleh bersolat di sisinya. Ini adalah kerana Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pernah melakukan yang demikian. Dan hal tersebut tidak ada petunjuknya dari para khulafaur rasyidin. Dan kerana amalan tersebut (yakni solat dan membaca Al-Qur’an) itu dilakukan ketika di masjid dan di rumah sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

اجْعَلُوا مِنْ صَلاَتِكُمْ فِى بُيُوتِكُمْ وَلاَ تَتَّخِذُوهَا قُبُورًا

“Jadikanlah solat kalian di rumah kalian dan jangan jadikan rumah tersebut seperti kubur.” (Shahih Al-Bukhari, no. 432. Muslim, no. 777)

فدل على أن القبور ما يصلى عندها، ولا يقرأ عندها، بل هذا من خصائص المساجد والبيوت، إنما يسلم على أهلها، يزارون، ويسلم عليهم، ويدعى لهم، وكان النبي -صلى الله عليه وسلم- إذا فرغ من دفن الميت وقف عليه وقال:

Hadis ini menunjukkan bahawa kubur bukanlah tempat untuk solat dan bukan pula tempat untuk membaca Al-Qur’an. Sebaliknya, amalan yang disebutkan ini merupakan amalan khusus di masjid-masjid dan di rumah. Apa yang seharusnya dilakukan tatkala berziarah ke kubur adalah memberi salam kepada penghuninya dan mendoakan kebaikan bagi mereka.

Bahawa Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam tatkala pengebumian jenazah, beliau berhenti di sisi kubur dan berkata:

اسْتَغْفِرُوا لأَخِيكُمْ وَسَلُوا لَهُ التَّثْبِيتَ فَإِنَّهُ الآنَ يُسْأَلُ –

“Beristighfarlah (mohonkanlah keampunan) untuk saudara kalian dan mintakanlah keteguhan (dalam menjawab pertanyaan kubur). Kerana ketika ini dia sedang disoal.” (Sunan Abi Dawud, no. 2758)

ولم يقرأ عنده ولم يقل بالقراءة عنده، وما يروى عن عبد الله بن عمر إن صح عنه لا يعول عليه؛ لأن العبادات تتلقى من الرسول -صلى الله عليه وسلم-، أو من القرآن، ولا يحتج فيها بقول صاحب، ولا غيره ما عدا الخلفاء الراشدين حيث قال فيهم النبي -صلى الله عليه وسلم-:

Dan beliau (yakni Nabi) sendiri tidak membaca Al-Qur’an di sisi kubur dan tidak pula dinukilkan adanya pembacaan Al-Qur’an di sisi beliau (ketika pengebumian).

Dan apa yang diriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Umar, seandainya riwayat tersebut sahih dari beliau yang mana beliau melakukannya, alasan ini tidak boleh dijadikan sebagai hujah, kerana ibadah itu diambil (yakni diterima atau ditetapkan) dari Rasul Shallallahu ‘alaihi wa Sallam atau dari Al-Qur’an. Tidak boleh berhujah dengan perkataan seorang sahabat (yakni perkataan sahabat tidak semestinya menjadi dalil atau hujah – pent.), dan tidak pula dari yang selainnya selain dari al-khulafaur rasyidin yang mana Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah bersabda tentang mereka (al-khulafaur rasyidin):

فَعَلَيْكُمْ بِسُنَّتِى وَسُنَّةِ الْخُلَفَاءِ الرَّاشِدِينَ الْمَهْدِيِّينَ عَضُّوا عَلَيْهَا بِالنَّوَاجِذِ

“Wajib atas kalian berpegang teguh dengan sunnahku dan juga sunnah al-khulafaur rasyidin yang mendapatkan petunjuk. Gigitlah kuat-kuat sunnah tersebut walaupun dengan gigi geraham kalian.” (Sunan At-Tirmidzi, no. 2676. Ibnu Majah, no. 42)

فما جاء عن الخلفاء الراشدين يعتمد إذا كان لا يخالف سنته -عليه الصلاة والسلام-. وأما ما يروى عن عمر أو غيره من الصحابة وغيرهم في العبادات فلا يعول عليه؛ لأن العبادات توقيفية، العبادات توقيفية لا تؤخذ إلا عن القرآن، أو السنة الصحيحة عن رسول الله -عليه الصلاة والسلام-،

Apa-apa yang datang dari al-khulafaur rasyidin boleh dijadikan pegangan selama mana tidak menyelisihi sunnah Rasul ‘alaihish Sholaatu was Salaam.

Adapun yang diriwayatkan dari Ibnu ‘Umar atau sahabat yang lainnya dalam perkara-perkara ibadat, maka itu tidak semestinya hujah (dalil), kerana perkara ibadah adalah tauqifiyyah (terbatas pada dalil), ibadah-ibadah itu tauqifiyyah, tidak diambil melainkan dari Al-Qur’an, atau As-Sunnah yang sahih dari Rasulullah ‘alaihish sholaatu was Salaam.

وما ذكره ابن القيم عن بعض العلماء لا يعتمد عليه، الواجب في مثل هذا الباب هو الاعتماد على القرآن والسنة، وما خالفهما من جهة العبادة يكون بدعة فلا يصلى عند القبور، ولا يقرأ عندها، ولا يطاف بها، ولا تدعى من دون الله، ولا يستغاث بأهلها فدعاء الميت، والاستغاثة بالميت، والنذر له هذا من الشرك الأكبر، والدعاء عند قبر، يدعو الله عند قبر بدعة، وهكذا القراءة عند القبر بدعة.

Dan apa yang disebut oleh Ibnul Qayyim dan dari sebahagian ulama yang lainnya, itu tidak boleh dijadikan sandaran. Adapun yang wajib dalam bab semisal ini, hendaklah dia beri’timad (berpegang) di atas Al-Qur’an dan As-Sunnah. Dan apa-apa amalan yang menyelisihi keduanya dari amal-amal ibadah, ianya adalah bid’ah, maka tidak boleh solat di sisi kubur, dan tidak pula boleh membaca Al-Qur’an di sisi kubur, tidak boleh thawaf padanya, tidak boleh berdo’a kepada selain Allah, tidak boleh beristighotsah (memohon pertolongan) kepada penghuni kubur dengan berdoa kepada si mati.al-quran sebagai peringatan

Dan perbuatan istighotsah atau bernadzar kepada penghuni kubur, ini termasuk syirik akbar. Sedangkan berdo’a di sisi kubur atau berdo’a kepada Allah di sisi kubur (yakni dengan meyakini adanya kelebihan atau keutamaan tertentu), maka ini termasuk amalan bid’ah. Dan demikian pula dengan membaca Al-Qur’an di sisi kubur, ia adalah bid’ah.

هل رجع الإمام أحمد فعلا ًعن القول بهذا جزاكم الله خيرا؟ يروى هذا ولا أعرف عن صحته، ولو رجع عنه، ولو قاله الإمام أحمد، يخطئ، ويصيب مثل غيره من العلماء، ابن عمر أفضل من أحمد، فالعمدة على الكتاب والسنة، يقول الله -جل وعلا- في كتابه العظيم:

Lalu Syaikh (Ibn Baz) ditanya, “Adakah Al-Imam Ahmad telah rujuk secara perbuatan dari qaul (pendapat) yang membolehkan hal ini (yakni membaca Al-Qur’an di sisi kubur), Jazakumullahu khairan (semoga Allah membalasmu dengan kebaikan).”

Diriwayatkan mengenai hal ini, namun saya sendiri tidak mengetahui keabsahannya, dan tidak tahu kalau seandainya beliau rujuk. Namun jika seandainya beliau membolehkannya, maka beliau telah salah, sama keadaannya dengan para ulama yang lainnya. Dan Ibnu ‘Umar sendiri lebih afdhal (utama) dari Imam Ahmad. (Ketahuilah), pegangan kita (dalam ibadah) adalah Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah.

Allah Jalla wa ‘Ala berfirman di Kitab-Nya yang mulia:

فَإِنْ تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللَّهِ وَالرَّسُولِ إِنْ كُنْتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآَخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلًا.  ويقول -جل وعلا-:

“Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al-Qur’an) dan Rasul (sunnahnya) jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.” (Surah An Nisaa’, 4: 59)

Dan Allah ‘Jalla wa ‘Ala berfirman:

(وَمَا اخْتَلَفْتُمْ فِيهِ مِن شَيْءٍ فَحُكْمُهُ إِلَى اللَّهِ) سورة الشورى. ويقول الله -جل وعلا-:

“Tentang sesuatu apa pun yang kalian perselisihkan padanya, maka keputusannya (dikembalikan) kepada Allah.” (Surah Asy-Syura, 42: 10)

Dan Allah ‘Jalla wa ‘Ala berfirman:

(وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانتَهُوا) سورة الحشر.

“Apa yang diberikan Rasul kepadamu, maka terimalah, dan apa-apa yang kalian dilarang darinya, maka tinggalkanlah.” (Surah Al-Hasyr, 59: 7)

فهذه العبادات وهذه المسائل العظيمة يتلقاها المسلمون من القرآن العظيم والسنة المطهرة.

Perkara ini adalah urusan ibadah, dan ianya adalah permasalahan yang besar (penting) sehingga setiap muslimin hendaklah mengambilnya dari Al-Qur’an Al-‘Adziim dan As-Sunnah Al-Muthahharah.

سماحة الشيخ يعتقد البعض أنكم تقفون عند مذهبٍ معين هل تتفضلون بقول كلمة في هذا المقال؟

Samahatusy-Syaikh (Ibnu Baz) ditanya, “Adakah engkau berpegang pada mana-mana mazhab yang tertentu?”

الفتاوى الصادرة مني لا أقف فيها ولا أعتمد فيها على مذهب أحد لا أحمد، ولا غيره، إنما عمدتنا في ذلك تحري ما قاله الله ورسوله، سواء كان في مذهب أحمد، أو في مذهب الشافعي، أو مالك، أو أبي حنيفة، أو الظاهرية، أو بعض السلف المتقدمين المقصود تحري ما دل عليه الكتاب والسنة، هذا هو الذي نعتمد عليه، لا نعتمد على مذهب أحمد، ولا على غيره، إنما نعتمد على ما قاله الله ورسوله، وما دل عليه الكتاب والسنة في الأحكام؛ لأن هذا هو الواجب على كل طالب علم.

(Beliau rahimahullah menjawab), “Fatwa yang aku keluarkan tidaklah berdasarkan pada mana-mana mazhab tertentu (secara khusus), aku tidak beri’timad pada mazhab Imam Ahmad dan tidak pula pada yang lainnya. Adapun apa yang menjadi peganganku adalah firman Allah dan sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Sama ada pendapat tersebut ada pada mazhab Ahmad, mazhab Asy-Syafi’i, atau Malik, atau Abu Hanifah, atau Azh-Zhahiriyah, atau pada sebahagian salaf al-mutaqaddimin. Apa yang sentiasa menjadi maksud (tujuan) adalah apa-apa yang ditunjukkan oleh Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah. Inilah dia yang kami beri’timad (berpegang) padanya. Kami tidak semestinya berpegang pada mazhab Ahmad, dan tidak pula mesti pada yang selainnya. Sesungguhnya apa yang kami i’timad padanya adalah apa yang difirmankan oleh Allah dan apa yang disabdakan oleh Rasul-Nya. Dan apa-apa yang ditunjukkan padanya dalil-dalil Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah bagi hukum-hakam. Kerana inilah dia kewajiban atas setiap penuntut ilmu.”

Sumber: www.ibnbaz.org.sa/mat/9920.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest