Imam Malik bin Anas rahimahullah Mengimani Allah di Atas Langit

Al-Imam Malik bin Anas rahimahullah (Wafat: 179H)
www.ilmusunnah.com

aqidah-imam-malik-kitab-as-sunnah-1

1, Al-Imam Abu Nu’aim Ahmad bin ‘Abdillah Al-Ashbahani rahimahullah (Wafat: 430H) berkata:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَلِيِّ بْنِ مُسْلِمٍ الْعُقَيْلِيُّ، ثَنَا الْقَاضِي أَبُو أُمَيَّةَ الْغَلَابِيُّ، ثَنَا سَلَمَةُ بْنُ شَبِيبٍ، ثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ جَعْفَرٍ، ثَنَا جَعْفَرُ بْنُ عَبْدِ اللهِ، قَالَ: كُنَّا عِنْدَ مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ فَجَاءَهُ رَجُلٌ فَقَالَ: يَا أَبَا عَبْدِ اللهِ الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى كَيْفَ اسْتَوَى، فَمَا وَجَدَ مَالِكٌ مِنْ شَيْءٍ مَا وَجَدَ مِنْ مَسْأَلَتِهِ فَنَظَرَ إِلَى الْأَرْضِ وَجَعَلَ يَنْكُتُ بِعُودٍ فِي يَدِهِ حَتَّى عَلَاهُ الرُّحَضَاءُ – يَعْنِي الْعَرَقَ – ثُمَّ رَفَعَ رَأْسَهُ وَرَمَى بِالْعُودِ وَقَالَ: الْكَيْفُ مِنْهُ غَيْرُ مَعْقُولٍ، وَالِاسْتِوَاءُ مِنْهُ غَيْرُ مَجْهُولٍ، وَالْإِيمَانُ بِهِ وَاجِبٌ، وَالسُّؤَالُ عَنْهُ بِدْعَةٌ، وَأَظُنُّكَ صَاحِبَ بِدْعَةٍ وَأَمَرَ بِهِ فَأُخْرِجَ

“Telah mengkhabarkan kepada kami Muhammad bin ‘Ali bin Muslim Al-‘Uqaili, menceritakan kepada kami Al-Qadhi Abu Umayyah Al-Gholabiy, menceritakan kepada kami Salamah bin Syabiib, menceritakan kepada kami Mahdi bin Ja’far, menceritakan kepada kami Ja’far bin ‘Abdillah, beliau berkata:

Ketika kami berada di sisi Imam Malik bin Anas, datanglah seorang lelaki kepadanya lalu berkata:

“Wahai Abu ‘Abdillah, “الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى” (Allah yang maha Pemurah istiwa di atas ‘Arsy), bagaimana istiwa?”

Tidak pernah imam Malik berkeadaan demikian (dalam keadaan marah) sebagaimana ketika mendapat persoalan tersebut, lalu beliau melihat ke bumi dan menyandar ke tongkat di tangannya sampai tubuhnya dibasahi peluh. Lalu kemudian beliau mengangkat kepalanya dan menekan tongkatnya seraya berkata:

Al-Kayf (mempersoalkan bagaimananya) tidaklah dapat difikirkan dengan akal, istiwa’nya bukanlah suatu yang majhul (tidak difahami), mengimaninya adalah wajib, dan mempertanyakan tentangnya adalah bid’ah. Aku mengesyaki engkau adalah pengikut bid’ah.”

Lalu beliau memerintahkan orang tersebut keluar.” (Hilyatul Auliya’, 6/325. Lihat: Al-Asma’ wa Ash-Shifat oleh Al-Baihaqi, no. 866, 868. Siyar A’lam An-Nubala’ oleh Adz-Dzhabi, 8/100)

Lihat juga, Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar oleh Adz-Dzahabi, no. 377, 378.

2, ‘Abdullah bin Al-Imam Ahmad bin Hanbal Asy-Syaibani rahimahullah (Wafat: 290H) berkata:

حدثني أبي رحمه الله حدثنا سريج بن النعمان حدثنا عبدالله بن نافع قال كان مالك بن أنس يقول الايمان قول وعمل ويقول كلم الله موسى وقال مالك الله في السماء وعلمه في كل مكان لا يخلو منه شيء

Telah menceritakan kepadaku ayahku rahimahullah (yakni Imam Ahmad bin Hanbal), telah menceritakan kepada kami Suraij bin An-Nu’maan, telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Naafi’, bahawa beliau berkata, “Malik bin Anas berkata:

“Iman itu adalah perkataan dan amal (perbuatan).”

Dan beliau berkata bahawa Allah berbicara kepada Musaa, dan Malik juga berkata:

“Allah ‘Azza wa Jalla di atas langit dan ilmu-Nya ada di setiap tempat; tidak ada sesuatu apapun yang luput (terhalang atau tidak tercapai) dari-Nya.” (As-Sunnah oleh ‘Abdullah bin Ahmad, m/s. 244, no. 516)

Turut diriwayatkan dalam Kitab At-Tauhid oleh Ibn Mandah (993), Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah (2690), Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalika’i (579), Itsbaat Shifaatil ‘Uluw oleh Ibnu Qudamah, (m/s. 115).

Al-Hafiz Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah mengulas tentang perkataan Al-Imam Malik di atas dengan perkataannya:

علماء الصحابة والتابعين الذين حمل عنهم التأويل قالوا في تأويل قوله عز وجل (مَا يَكُونُ مِنْ نَجْوَى ثَلاثَةٍ إِلا هُوَ رَابِعُهُمْ) هو على العرش، وعلمه في كل مكان، وما خالفهم في ذلك أحد يحتج بقوله

“‘Ulama dari kalangan sahabat dan tabi’in yang diambil dari mereka ta’wil (penafsiran); mereka berkata tentang ta’wil (tafsiran) firman Allah ‘Azza wa Jalla:

“Tiada perbicaraan rahsia antara tiga orang, melainkan Dia-lah yang keempatnya.” (Surah Al-Mujadilah, 58: 7)aqidah-imam-malik-siyar-1

“(Bahawa mereka mengatakan) Allah di atas ‘Arsy, dan ilmu-Nya (pengetahuan-Nya) berada di setiap tempat.” Tidak ada seorangpun yang perkataannya merupakan hujjah yang menyelisihi mereka.” (Itsbaat Shifaatil ‘Uluw oleh Al-Imam Ibnu Qudamah, m/s. 115)

Dari perkataan beliau ini menunjukkan para ulama telah ijma’ dalam hal ini.

3, Al-Imam Abu Bakr Muhammad bin Al-Husayn Al-Ajurri rahimahullah (Wafat: 360H) berkata:

وحدثنا أبو الفضل جعفر بن محمد الصندلى قال: حدثنا الفضل بن زياد قال: سمعت أبا عبد الله أحمد بن حنبل يقول: قال مالك بن أنس: الله عز وجل في السماء وعلمه في كل مكان، لا يخلو منه مكان، فقلت: من أخبرك عن مالك بهذا؟ قال: سمعته من شريح بن النعمان، عن عبد الله بن نافع.

Telah menceritakan kepada kami Abu Al-Fadhl Ja’far bin Muhammad Ash-Shondali, beliau berkata, Telah menceritakan kepada kami Al-Fadhl bin Ziyaad, beliau berkata, Aku mendengar Abu ‘Abdillah Ahmad bin Hanbal berkata, Telah berkata Malik bin Anas:

“Allah ‘Azza wa Jalla di langit dan ilmu-Nya ada di setiap tempat. Tidak ada sesuatupun yang luput (atau terhalang dan tidak tercapai) dari-Nya.”

Lalu aku (Al-Fadhl bin Ziyaad) berkata:

“Siapakah yang mengkhabarkan kepada engkau dari Malik tentang ini ?” Imam Ahmad berkata:

“Aku mendengarnya dari Syuraih bin An-Nu’maan, dari ‘Abdullah bin Naafi’.” (Asy-Syari’ah oleh Al-Ajurri, m/s. 275)

4, Al-Imam Hibatullah bin Al-Husayn Al-Laalikaa’i rahimahullah (Wafat: 418H) menyebutkan:

وقال عز وجل (يَصْعَدُ الْكَلِمُ الطَّيِّبُ وَالْعَمَلُ الصَّالِحُ يَرْفَعُهُ) وقال: أَأَمِنْتُمْ مَنْ فِي السَّمَاءِ أَنْ يَخْسِفَ بِكُمُ الأرْضَ وقال: وَهُوَ الْقَاهِرُ فَوْقَ عِبَادِهِ وَيُرْسِلُ عَلَيْكُمْ حَفَظَةً فدلت هذه الآيات أنه تعالى في السماء وعلمه بكل مكان من أرضه وسمائه. وروى ذلك من الصحابة: عن عمر، وابن مسعود، وابن عباس، وأم سلمة ومن التابعين: ربيعة بن أبي عبد الرحمن، وسليمان التيمي، ومقاتل بن حيان وبه قال من الفقهاء: مالك بن أنس، وسفيان الثوري، وأحمد بن حنبل

“Dan Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

“Kepada-Nya-lah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh naik kepada-Nya.” (Surah Fathir,35: 10)

Dan firman Allah:

“Adakah kalian merasa aman terhadap Allah yang di langit langit bahawa Dia akan menterbalikkan bumi bersama kalian, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (Surah Al-Mulk, 67: 16)

Juga firman-Nya:

“Dan Dialah yang memiliki kekuasaan tertinggi di atas seluruh hamba-Nya, dan diutus-Nya ke atas kalian malaikat-malaikat penjaga.” (Surah Al-An’aam, 6: 61)

Maka ayat-ayat ini merupakan dalil bahawasannya Allah Ta’ala di atas langit dan ilmu-Nya berada di setiap tempat di bumi dan langit-Nya. Dan telah diriwayatkan yang demikian ini dari kalangan para sahabat; (yakni antaranya) dari ‘Umar, Ibnu Mas’oud, Ibnu ‘Abbaas, dan Ummu Salamah; kemudian dari kalangan tabi’in; (yakni seperti) Rabi’ah bin Abi ‘Abdirrahmaan, Sulaimaan At-Taimi, Muqaatil bin Hayyaan; dan kemudian dikatakan pula oleh para fuqahaa’; (seperti) Malik bin Anas, Sufyan Ats-Tsauri, dan Ahmad bin Hanbal.” (Syarh Ushul I’tiqad oleh Al-Laalika’i, 3/387-388)

Wallaahu a’lam.

Al-Arsy-karya-imam-adz-dzahabi-atsar-online-bookstore

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest