Istiwa’ Allah Sebagaimana Yang Difahami Al-Imam Asy-Syafi’i rahimahullah

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H)
www.ilmusunnah.com

ar-rahmanu-ala-arsys-tawa

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menyebutkan dalam kitabnya Al-‘Uluw:

روى شيخ الإسلام أبو الحسن الهكاري والحافظ أبو محمد المقدسي بإسنادهم إلى أبي ثور وأبي شعيب كلاهما عن الإمام محمد بن إدريس الشافعي ناصر الحديث رحمه الله تعالى قال القول في السنة التي أنا عليها ورأيت عليها الذين رأيتهم مثل سفيان ومالك وغيرهما الإقرار بشهادة أن لا إله إلا الله وأن محمدا رسول الله وأن الله على عرشه في سمائه يقرب من خلقه كيف شاء وينزل إلى السماء الدنيا كيف شاء وذكر سائر الإعتقاد

“Syaikh Al-Islam Abul Hasan Al-Hakkaari dan Al-Hafiz Abu Muhammad Al-Maqdisi meriwayatkan dengan rangkaian sanad mereka kepada Abu Tsaur dan Abu Syu’aib, keduanya daripada Al-Imam Muhammad bin Idris Asy-Syafi’i Nashir Al-Hadis (pembela hadis) rahimahullahu Ta’ala (Wafat: 204H), beliau berkata:

“Perkataanku (atau pendapatku) di dalam Sunnah yang aku anut adalah sebagaimana yang dipegang (dianuti) oleh Sufyan (Ats-Tsauri), Malik dan selain mereka berdua; adalah mengakui dengan Syahadat (kesaksian) bahawa tiada yang berhak diibadahi (dengan benar) melainkan Allah, dan bahawasanya Muhammad adalah Rasul Allah, dan sesungguhnya Allah di atas ‘Arsy-Nya di langit-langit-Nya. Dia dekat dengan makhluk-Nya sebagaimana yang Dia kehendaki, dan Dia turun ke langit dunia sebagaimana yang Dia kehendaki.”

Dan begitulah seterusnya beliau menyebutkan keyakinannya yang lainnya.”

Rujukan:

Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar oleh Adz-Dzahabi, no. 443.

Mukhtashar Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 196.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest

Comments

  1. Pingback: Tafsir Allah Istiwa di Atas Arsy Sebagaimana Dalam Tafsir Ibn Katsir » ilmusunnah.com

Comments are closed.