Jahmiyyah Mengingkari Allah Istiwa di Atas Arsy-Nya

www.ilmusunnah.com

jahmiyyah-ingkar-istiwa-Allah

Ketahuilah bahawa di antara bentuk aqidah atau pemikiran kelompok sesat Jahmiyyah[1] adalah mereka mengingkari firman Allah Subhanahu wa Ta’ala yang menyatakan Allah istiwa di atas ‘Arsy-Nya.

Al-Imam Ibnu ‘Abdil Barr rahimahullah (Waft: 436H) menjelaskan:

أَهلُ السُّنَّةِ مُجمِعُونَ عَلَى الإِقرَارِ بِالصِّفَاتِ الوَارِدَةِ فِي الكِتَابِ وَالسُّنَّةِ وَحَمْلِهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ لَا عَلَى الْمَجَازِ إِلَّا أَنَّهُمْ لَا يُكَيِّفُونَ شَيْئًا مِنْ ذَلِكَ وَلَا يَحُدُّونَ فِيهِ صِفَةً مَحْصُورَةً وَأَمَّا أَهْلُ الْبِدَعِ وَالْجَهْمِيَّةُ وَالْمُعْتَزِلَةُ كُلُّهَا وَالْخَوَارِجُ فَكُلُّهُمْ يُنْكِرُهَا وَلَا يَحْمِلُ شَيْئًا مِنْهَا عَلَى الْحَقِيقَةِ وَيَزْعُمُونَ أَنَّ مَنْ أَقَرَّ بِهَا مُشَبِّهٌ وَهُمْ عِنْدَ مَنْ أَثْبَتَهَا نَافُونَ لِلْمَعْبُودِ وَالْحَقُّ فِيمَا قَالَهُ الْقَائِلُونَ بِمَا نَطَقَ بِهِ كِتَابُ اللَّهِ وَسُنَّةُ رَسُولِهِ وَهُمْ أَئِمَّةُ الْجَمَاعَةِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ.

“Ahlus Sunnah telah ijma’ (sepakat) untuk mengakui sifat-sifat yang warid dalam Al-Kitab (Al-Qur’an) dan As-Sunnah, dan ahlus sunnah memahaminya di atas makna yang hakikat, bukan kepada makna majaz (kiasan). Namun, mereka tidak men-takyif (mempersoalkan bagaimana keadaannya) sesuatu pun darinya dan tidak pula membataskannya dengan bentuk-bentuk tertentu.

Adapun golongan Al-Jahmiyyah, Al-Mu’tazilah dan seluruh Khawarij, bahawa seluruh kelompok ini mengingkarinya dan tidak memahaminya dengan makna hakikat. Dan mereka mendakwa bahawa siapa yang mengakui hal ini (mengimaninya seperti ahlus sunnah) bermakna dia adalah musyabbihah (menyamakan Allah dengan makhluk). Padahal, mereka di sisi kelompok yang menetapkan sifat Allah secara hakiki (ahlus sunnah), adalah merupakan kelompok yang menafikan Allah yang berhak diibadahi.

Dan Al-Haq (kebenaran) adalah pada apa yang dikatakan oleh mereka yang berhujah sebagaimana yang dikemukakan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah Rasul-Nya dan mereka adalah para Imam Al-Jama’ah (Ahlus Sunnah wal Jama’ah). Dan segala puji bagi Allah.” (At-Tamhid Lima fi Al-Muwaththa’ min Al-Ma’ani wa Al-Asanid oleh Ibn ‘Abdil Barr, 7/145. Mukhtashar Al-‘Uluw, no. 328)

Berikut kami kemukakan sebahagian dari fatwa-fatwa para ulama ahli sunnah wal-jama’ah generasi awal Islam berkaitan dengan sebahagian penyimpangan kelompok jahmiyyah ini, yakni tidak beriman dengan ketetapan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala di atas langit-langit-Nya, istiwa’ di atas ‘Arsy-Nya.

1, Al-Imam ‘Abdullah bin Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 181H)[2].

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

صح عن علي بن الحسن بن شقيق قال قلت لعبد الله بن المبارك كيف نعرف ربنا عزوجل قال في السماء السابعة على عرشه ولا نقول كما تقول الجهمية إنه هاهنا في الأرض

 فقيل هذا لأحمد بن حنبل فقال هكذا هو عندنا

Telah sah dari ‘Ali bin Al-Hasan bin Syaqiq, beliau berkata:

“Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Al-Mubarak, bagaimana kita mengenal Rabb kita ‘Azza wa Jalla?”

Al-Imam Ibn Al-Mubarak pun menjawab, “Rabb kita di atas langit ketujuh di  atas ‘Arsy-Nya. Tidak boleh kita mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh orang-orang yang berfahaman Jahmiyyah yang mengatakan bahawa Allah berada di sini di bumi.”

Kemudian ditanyakan tentang hal ini kepada Imam Ahmad bin Hanbal, maka jawab beliau, “Beginilah pendapat di sisi kami.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar oleh Adz-Dzahabi, no. 398, 399)

Riwayat ini disebutkan dan disahihkan juga oleh Ibnu Taimiyyah dalam Fatawa Al-Hamawiyah dan oleh Ibn Al-Qayyim dalam Ijtima’ Al-Juyusy.

Dalam Siyar A’lam An-Nubala’, disebutkan:

‘Ali bin Al-Hasan bin Syaqiq bertanya kepada ‘Abdullah bin Al-Mubarak:

كيف يعرف ربنا عزوجل ؟ قال: في السماء على العرش.

قلت له: إن الجهمية تقول هذا.

قال: لا نقول كما قالت الجهمية: هو معنا هاهنا.

قلت: الجهمية يقولون: إن الباري تعالى في كل مكان، والسلف يقولون: إن علم الباري في كل مكان، ويحتجون بقوله تعالى (وهو معكم أينما كنتم) [ الحديد: 4 ] يعني: بالعلم، ويقولون: إنه على عرشه استوى، كما نطق به القرآن والسنة.

“Bagaimana kita mengenal Rabb kita ‘Azza wa Jalla?” Maka jawab ‘Abdullah bin Al-Mubarak, “Dia di langit di atas ‘Arsy.”

Aku katakan kepadanya, “Sesungguhnya Jahmiyyah berkata demikian?”

Jawab ‘Abdullah bin Al-Mubarak, “Kami tidak mengatakan sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Jahmiyyah yang mengatakan, Allah bersama kita di sini.”

Al-Imam Adz-Dzahabi memberi komentar:

“Aku katakan, Al-Jahmiyyah mengatakan, “Sesungguhnya Al-Baari Ta’ala (Allah yang maha Mencipta lagi maha Tinggi) di setiap tempat.” Manakala As-Salaf (ulama salaf) mengatakan, “Sesungguhnya ilmu (pengetahuan) Allah Al-Baari yang di setiap tempat, mereka berhujah dengan firman Allah Ta’ala:

“Adalah Allah bersama kalian di mana pun kalian berada.” (Surah Al-Hadid, 57: 4) yakni maksudnya, dengan ilmu-Nya (pengetahuan-Nya), dan mereka (ulama salaf) mengatakan bahawa Allah di atas ‘Arsy-Nya istiwa, sebagaimana dinyatakan oleh Al-Qur’an dan As-Sunnah.” (Siyar A’lam An-Nubala’, 8/402)

Al-Imam ‘Abdullah bin Ahmad bin Muhammad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 290H) berkata:

حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَاقَ، حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ نَصْرِ بْنِ مَالِكٍ، قَالَ: أَخْبَرَنِي رَجُلٌ، عَنِ ابْنِ الْمُبَارَكِ، قَالَ: قَالَ لَهُ رَجُلٌ يَا أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ قَدْ خِفْتُ اللَّهَ عَزَّ وَجَلَّ مِنْ كَثْرَةِ مَا أَدْعُو عَلَى الْجَهْمِيَّةِ، قَالَ: لَا تَخَفْ فَإِنَّهُمْ يَزْعُمُونَ أَنَّ إِلَهَكَ الَّذِي فِي السَّمَاءِ لَيْسَ بِشَيْءٍ

Telah menceritakan kepadaku Muhammad bin Ishaq, telah menceritakan kepada kami Ahmad bin Nashr bin Malik, beliau berkata telah mengkhabarkan kepadaku seorang lelaki dari Ibn Al-Mubarak, lelaki itu bertanya kepada ‘Abdullah Ibn Al-Mubarak:

“Wahai Abu ‘Abdurrahman (Ibn Al-Mubarak), sesungguhnya pengetahuan tentang Allah telah menjadi samar di kalangan ramai orang dengan sebab dakwaan Jahmiyyah.”

Maka Ibn Al-Mubarak menjawab, “Jangan takut, mereka mendakwa Rabb-mu yang sebenarnya berada di atas langit itu sebagai tidak di mana-mana (tidak bertempat).” (As-Sunnah oleh ‘Abdullah bin Ahmad, no. 24. Al-Ibanah Al-Kubra oleh Ibn Baththah, no. 149. Al-‘Uluw oleh Adz-Dzahabi, no. 401)

2, Sa’id bin ‘Amir Adh Dhuba’i rahimahullah (Wafat: 208H), Salah seorang ulama di Bashrah pada masanya dan termasuk salah seorang guru Imam Ahmad bin Hanbal.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) menyebutkan:

قال عبد الرحمن بن أبي حاتم حدثنا أبي قال حدثت عن سعيد ابن عامر الضبعي أنه ذكر الجهمية فقال هم شر قولا من اليهود والنصارى  قد إجتمع اليهود والنصارى وأهل الأديان مع المسلمين على أن الله عزوجل على العرش وقالوا هم ليس على شيء

Telah berkata ‘Abdurrahman bin Abi Hatim, telah menceritakan kepada kami ayahku, beliau berkata, telah menceritakan kepadaku dari Sa’id bin ‘Amir Adh-Dhuba’i bahawa beliau membahaskan tentang Al-Jahmiyah. Beliau berkata:

“Perkataan mereka (Al-Jahmiyyah) lebih buruk dari Yahudi dan Nashrana. Sesungguhnya telah sepakat di antara Yahudi, Nashara serta penganut agama-agama yang lainnya terhadap kaum muslimin bahawa Allah ‘Azza wa Jalla di atas ‘Arsy. Sedangkan Al-Jahmiyah, mereka mengatakan bahawa Allah tidak di atas sesuatu (yakni tidak di mana-mana atau bertempat).” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar oleh Adz-Dzahabi, no. 430. Lihat juga: Fatawa Al-Hamawiyah oleh Ibn Taimiyyah sebagaimana dalam Majmu’ Al-Fatawa, 5/52, 5/138. Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah oleh Ibn Al-Qayyim, m/s. 134)

Manakala dalam Khalqu ‘Af’alil ‘Ibaad oleh Al-Bukhari rahimahullah:

ليس على العرش شيء

“… Mereka (Al-Jahmiyyah) mengatakan, “… tidak ada sesuatu apa pun di atas ‘Arsy (yakni Allah tidak di atas ‘Arsy, tidak di mana-mana atau tidak bertempat).” (Khalqu ‘Af’alil ‘Ibaad oleh Al-Bukhari, no. 18)

3, Al-Imam ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah (Wafat: 198H)[3], Seorang ulama besar sezaman dengan Al-Imam Asy-Syafi’i dan Ahmad bin Hanbal.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

نقل غير واحد بإسناد صحيح عن عبد الرحمن الذي يقول فيه علي بن المديني حافظ الأمة لو حلفت بين الركن والمقام لحلفت أني ما رأيت أعلم من ابن مهدي قال إن الجهمية أرادوا أن ينفوا أن يكون الله كلم موسى وأن يكون على العرش أرى أن يستتابوا فإن تابوا وإلا ضربت أعناقهم

Dinukilkan bukan sekali dengan isnad yang sahih dari ‘Abdurrahman (Ibn Mahdi) bahawa beliau yang dikatakan oleh ‘Ali Ibn Al-Madini (salah seorang tokoh hadis dan termasuk guru Al-Imam Al-Bukhari – pent.) sebagai Haafiz Al-Ammah, kalaulah aku bersumpah di antara rukun dan maqam Ibrahim, maka aku bersumpah bahawa tidaklah pernah aku melihat orang yang lebih dalam ilmunya berbanding Ibn Mahdi.

‘Abdurrahman bin Mahdi mengatakan:

“Bahawasanya Al-Jahmiyyah menginginkan agar dinafikannya telah terjadinya peristiwa perbicaraan Allah dengan Musa, dan mereka juga menginginkan agar dinafikan keberadaan Allah di atas ‘Arsy. Aku berpendapat, orang seperti ini mesti diminta bertaubat. Jika tidak, maka layak dihukum pukul (atau dipancung) lehernya.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 434. Siyar A’lam An-Nubala’, 9/199-200. Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah, m/s. 134)

4, Wahb bin Jarir rahimahullah (Wafat: 206H), salah seorang ulama besar di Bashrah pada masanya.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) berkata:

محمد بن حماد قال سمعت وهب بن جرير يقول إياكم ورأي جهم فإنهم يحاولون أنه ليس شيء في السماء وما هو إلا من وحي إبليس ما هو إلا الكفر

Muhammad bin Hammad mengatakan, aku mendengar Wahb bin Jarir berkata:

“Berwaspadalah dengan pemikiran Jahm (Jahmiyyah). Sesungguhnya mereka berusaha untuk mengatakan tiada sesuatu pun di atas langit, dan ia tidaklah lain melainkan dari wahyu Iblis, dan tidaklah Iblis melainkan telah kafir.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 435)

5, Al-Qa’nabi rahimahullah (Wafat: 221H), ulama besar di masanya dan termasuk salah seorang guru Imam Muslim.

قال بنان بن أحمد كنا عند القعنبي رحمه الله فسمع رجلا من الجهمية يقول الرحمن على العرش استوى فقال القعنبي من لا يوقن أن الرحمن على العرش استوى كما يقر في قلوب العامة فهو جهمي

Bunan bin Ahmad berkata, “Aku pernah berada di sisi Al-Qa’nabi rahimahullah, lalu beliau mendengar seseorang dari kalangan Al-Jahmiyyah menyebutkan firman Allah:

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman (Allah yang maha Pemurah) istiwa di atas ‘Arsy.”

Al-Qa’nabi seraya mengatakan, “Siapa yang tidak meyakini Allah istiwa di atas ‘Arsy sebagaimana yang ditaqrirkan di dalam hati-hati manusia (yakni oleh para ulama ahlus sunnah), maka dia adalah Jahmi (pengikut aqidah Jahmiyyah).” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 451)

6, Al-Imam Abu Bakr ‘Abdullah bin Az-Zubayr Al-Humaidi rahimahullah (Wafat: 219H), ulama besar di Makkah pada masanya, pemilik kitab Al-Musnad (Musnad Al-Humaidi).

Beliau termasuk murid kepada Al-Imam Sufyan Ibn ‘Uyainah, Al-Imam Asy-Syafi’i,  dan guru kepada para tokoh-tokoh hadis besar seperti Al-Imam Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, Abu Zur’ah, At-Tirmidzi, dan yang lainnya rahimahumullah. Sekaligus termasuk perawi terkenal dalam kitab-kitab Sunan.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah menyebutkan tentang i’tiqad yang diiqrarkan oleh Al-Imam Al-Humaidi rahimahullah sebagaimana berikut:

أصول السنة عندنا فذكر أشياء ثم قال وما نطق به القرآن والحديث مثل وقالت اليهود يد الله مغلولة غلت أيديهم ومثل قوله والسموات مطويات بيمينه وما أشبه هذا من القرآن والحديث لا نزيد فيه ولا نفسره ونقف على ما وقف عليه القرآن والسنة ونقول الرحمن على العرش استوى ومن زعم غير هذا فهو مبطل جهم

“Ushul As-Sunnah (prinsip dasar As-Sunnah) di sisi kami adalah (… lalu beliau menyebutkan perkara-perkaranya… kemudian beliau berkata,… ) adalah apa-apa yang disebutkan oleh Al-Qur’an dan hadis-hadis semisal:

Firman Allah Ta’ala:

وَقَالَتِ الْيَهُودُ يَدُ اللَّهِ مَغْلُولَةٌ غُلَّتْ أَيْدِيهِمْ

“Orang-orang Yahudi berkata, “Tangan Allah terbelenggu…”, sebenarnya tangan merekalah yang terbelenggu.” (Surah Al-Ma’idah, 5: 64)

Demikian juga dengan firman Allah Ta’ala:

وَالسَّماوَاتُ مَطْوِيَّاتٌ بِيَمِينِهِ

“Dan langit digulung dengan tangan Kanan-Nya.” (Surah Az-Zumar, 39: 67)

dan juga ayat-ayat Al-Qur’an dan hadis-hadis yang semisal itu, kami tidak akan menambah dan kami tidak akan menafsirkannya (yakni mempersoalkan hakikatnya). Kami tawaqquf (berdiam diri) pada apa-apa yang Al-Qur’an mahupun As-Sunnah mendiamkannya.

Dan kami mengatakan bahawa

الرَّحْمَنُ عَلَى الْعَرْشِ اسْتَوَى

“Ar-Rahman (Allah yang maha Pemurah) istiwa di atas ‘Arsy.” (Surah Thoha, 20: 5)

Sesiapa yang mendakwa selain dari ini, maka dia adalah Jahmiyyah yang penuh kebatilan.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 454)

Turut disebutkan dalam Dzam At-Ta’wil oleh Ibn Qudamah rahimahullah (Wafat: 620H), no. 39. Majmu’ Al-Fatawa oleh Ibn Taimiyyah, 4/6. Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah oleh Ibn Al-Qayyim, m/s. 137.

Dan kitab ini (Ushulus Sunnah oleh Al-Hafiz Al-Humaidi) juga telah dicetak secara berasingan dengan tahqiq oleh Misy-‘al Muhammad Al-Hadadi, Cet. Daar Ibn Al-Atsir (Kuwait, 1418H).

7, Al-Hafiz Hammad bin Zayd Al-Bashri rahimahullah (Wafat: 179H).

Kata Al-Hafiz Adz-Dzahabi, “Beliau adalah Hammad bin Zayd Abu Isma’il, Ibn Dirham, Al-‘Allamah, Al-Hafiz Ats-Tsabt (mendalam lagi kredibel dalam ilmu), Al-Muhaddits di zamannya.” (lihat: Siyar A’lam An-Nubala’, 7/456)

Beliau termasuk salah seorang perawi terkenal dalam kitab-kitab Sunan. Al-Imam Al-Bukhari antaranya meriwayatkan hadis-hadis dari beliau melalui Sulaiman bin Harb, ‘Abdurrahman Ibn Al-Mubarak, dan yang lainnya.

Berkaitan ini, Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 728H) menyebutkan:

Sulaiman bin Harb rahimahullah (salah seorang guru Al-Imam Al-Bukhari) berkata:

سمعت حماد بن زيد يقول إنما يدورون على أن يقولوا ليس في السماء إله

“Aku mendengar Hammad bin Zayd, beliau berkata, “Sesungguhnya mereka (Al-Jahmiyyah) berdolak-dalik (cakap pusing-pusing) untuk mengatakan Allah sama sekali bukan di langit.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, no. 388)

Kata Al-Imam Adz-Dzahabi, “Yakni golongan Jahmiyyah.”

Al-Imam Al-Bukhari turut meriwayatkannya dalam Khalqu Af’alil ‘Ibaad wa Ar-Raddu ‘ala Al-Jahmiyyah wa Ashhabil Ta’thil, m/s. 515, no. 10 – Tahqiq/semakkan Fahd bin Sulaiman Al-Fahid, Cet. 2 (Daar As-Sunnah, 1435H)). Manakala Al-Imam ‘Abdullah bin Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 280H) dalam As-Sunnah, no. 41.

Turut dibawakan oleh Ibn Taimiyyah dalam Bayan Talbis Al-Jahmiyyah dan Ibn Al-Qayyim dalam Ijtima’ Al-Juyusy Al-Islamiyyah.

Al-Imam Adz-Dzahabi menambah selepas menyebutkan perkataan Hammad bin Zayd tersebut:

قلت مقالة السلف وأئمة السنة بل والصحابة والله ورسوله والمؤمنون أن الله عزوجل في السماء وأن الله على العرش وأن الله فوق سماواته وأنه ينزل إلى السماء الدنيا وحجتهم على ذلك النصوص والآثار

“Aku katakan, perkataan para salaf, dan para imam As-Sunnah, para sahabat, Allah dan Rasul-Nya serta seluruh orang-orang yang beriman mengimani bahawasanya Allah ‘Azza wa Jalla di langit, dan Allah di atas ‘Arsy, tinggi melepasi langit-langit-Nya, dan bahawasanya beliau turun ke langit dunia (sebagaimana yang Dia kehendaki bersesuaian dengan keagungan-Nya – pent.), dan mereka berhujjah atas hal yang demikian ini berdasarkan nash-nash dan atsar-atsar.”

 ومقالة الجهمية أن الله تبارك وتعالى في جميع الأمكنة تعالى الله عن قولهم بل هو معنا أينما كنا بعلمه ومقال متأخري المتكلمين أن الله تعالى ليس في السماء ولا على العرش ولا على السموات ولا في الأرض ولا داخل العالم ولا خارج العالم ولا هو بائن عن خلقه ولا متصل بهم وقالوا جميع هذه الأشياء صفات الأجسام والله تعالى منزه عن الجسم قال لهم أهل السنة والأثر نحن لا نخوض في ذلك ونقول ما ذكرناه إتباعا للنصوص وإن زعمتم ولا نقول بقولكم فإن هذه السلوب نعوت المعدوم تعالى الله جل جلاله عن العدم بل هو موجود متميز عن خلقه موصوف بما وصف به نفسه من أنه فوق العرش بلا كيف

Manakala perkataan golongan Jahmiyyah, mereka mengatakan bahawa Allah Tabaraka wa Ta’ala di seluruh tempat. Maha Tinggi Allah dari apa yang mereka katakan, sebaliknya Allah bersama dengan kita dengan ilmu-Nya (pengetahuan-Nya) di mana pun kita berada.

Manakala perkataan golongan muta’akhirin (terkemudian) dari kalangan mutakallimin (ahli kalam), mereka mengatakan bahawa Allah Ta’ala tidak di langit, tidak di atas ‘Arsy, tidak di atas langit, tidak di bumi, bukan di dalam alam (semesta), tidak juga di luar alam, tidak terpisah dari makhluk-Nya, dan tidak pula bergabung dengan makhluk.

Mereka mengatakan ini semua adalah sifat-sifat jism (bertubuh/anggota), sedangkan maha Suci Allah Ta’ala dari sifat-sifat jism.

Para ulama ahlus sunnah wal atsar telah berkata atas tuduhan mereka tersebut, kami tidak menyibukkan diri untuk membahas pada hal yang demikian, tetapi cukup kami mengatakan sebagaimana apa yang disebutkan oleh-Nya (dari dalil-dalil Al-Qur’an dan As-Sunnah), dan kami mengikutinya berdasarkan nash-nash tersebut. Bahawasanya kami tidak akan mengikuti pendapat kalian dan tidak akan mengatakan sebagaimana perkataan kalian, kerana perkataan tersebut menunjukkan sifat-sifat bagi sesuatu yang tidak ada (tidak wujud), dan Maha Tinggi Allah Jalla Jalaluh dari sesuatu yang tidak ada (atau tidak wujud), sebaliknya Allah wujud, terpisah dari makhluk-Nya, bersifat sebagaimana sifat-sifat yang Dia sifatkan bagi Diri-Nya, dan bahawasanya Dia di atas ‘Arsy tanpa mempersoalkan keadaan bagaimananya.” (Al-‘Uluw lil ‘Aliyyil Ghoffar, m/s. 142-143 – Tahqiq Abu Muhammad bin Asyraf bin ‘Abdil Maqshud)

Perkataan semisal Hammad bin Zayd tersebut turut di sebutkan oleh sebahagian tokoh salaf yang lain, antaranya Jarir bin ‘Abdil Hamid Adh-Dhabi rahimahullah (Wafat: 188H, ulama hadis dari kota Ray), dan juga Al-Hafiz Abu Ma’mar Al-Qutha’i rahimahullah (Wafat: 236H).

Ini sebagaimana disebutkan oleh Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah:

قال ابن أبي حاتم حدثنا أبو هارون محمد بن خالد حدثنا يحيى بن المغيرة سمعت جرير بن عبد الحميد يقول كلام الجهمية أوله عسل وآخره سم وإنما يحاولون أن يقولوا ليس في السماء إله

Telah berkata Ibn Abi Hatim, telah menceritakan kepada kami Abu Harun Muhammad bin Khalid, telah menceritakan kepada kami Yahya bin Al-Mughirah, aku mendengar Jarir bin ‘Abdil Hamid, beliau berkata:

“Perkataan Jahmiyyah pada awalnya seperti madu, tetapi akhirnya adalah racun. Bahawasanya mereka berusaha untuk mengatakan Allah yang berhak diibadahi itu sama sekali bukan di langit.” (Al-‘Uluw lil ‘aliyyil Ghoffar, no. 397)

Al-Imam Ibnu Khuzaimah rahimahullah (Wafat: 311H) menegaskan:

فَنَحْنُ نُؤْمِنُ بِخَبَرِ اللَّهِ جَلَّ وَعَلَا أَنَّ خَالِقَنَا مُسْتَوٍ عَلَى عَرْشِهِ، لَا نُبَدِّلُ كَلَامَ اللَّهِ، وَلَا نَقُولُ قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَنَا، كَمَا قَالَتِ الْمُعَطِّلَةُ الْجَهْمِيَّةُ: إِنَّهُ اسْتَوْلَى عَلَى عَرْشِهِ، لَا اسْتَوَى، فَبَدَّلُوا قَوْلًا غَيْرَ الَّذِي قِيلَ لَهُمْ، كَفِعْلِ الْيَهُودِ كَمَا أُمِرُوا أَنْ يَقُولُوا: حِطَّةٌ، فَقَالُوا: حِنْطَةٌ، مُخَالِفِينَ لِأَمْرِ اللَّهِ جَلَّ وَعَلَا كَذَلِكَ الْجَهْمِيَّةُ

“Maka kita beriman kepada khabar (wahyu) Allah Jalla wa ‘Ala bahawa Pencipta kita istiwa’ di atas Arsy-Nya. Kita tidak mengubah (atau mengganti) kalam Allah dan tidak pula mengatakan dengan selain apa yang dikatakan kepada kita, (kita tidak mengatakan) sebagaimana yang dikatakan oleh Al-Mu’aththilah Al-Jahmiyyah yang berkata:

“Sesungguhnya Dia اسْتَوْلَى (menguasai, dengan cara merampas) atas ‘Arsy-Nya, bukan istiwa’.”

Jadi, mereka telah menggantikan dengan perkataan yang lain dari apa yang telah dikatakan (difirmankan) kepada mereka sebagaimana apa yang dilakukan oleh kaum Yahudi ketika mereka diperintahkan supaya mengatakan hiththah (pembebasan dari dosa-dosa – pent.), tetapi mereka mengatakan hinthah (gandum) sehingga menyalahi perintah Allah ‘Azza wa Jalla, demikian pula dengan kelompok Al-Jahmiyyah.” (Kitab At-Tauhiid oleh Ibnu Khuzaimah, 1/216 – Tahqiq Dr. Samir bin Amiin Az-Zuhairi, Daar Al-Mughni (Riyadh), Cet. 2 (1432H).

Al-Imam Al-Bukhari rahimahullah (Wafat: 256H) berkata:

وقال ضمرة بن ربيعة عن صدقة سمعت سليمان التيمي يقول لو سئلت أين الله لقلت في السماء فإن قال فأين كان عرشه قبل السماء لقلت على الماء فإن قال فأين كان عرشه قبل الماء لقلت لا أعلم قال أبو عبد الله وذلك لقوله تعالى ولا يحيطون بشيء من علمه إلا بما شاء

“Berkata Dhamrah bin Rabi’ah, daripada Shadaqah, aku mendengar Sulaiman At-Taimi berkata, “Jika aku ditanya, “Di mana Allah”, pasti akan aku jawab, “Di atas langit.”

Jika dia berkata, “Jadi, di manakah ‘Arsy-Nya sebelum (diciptakan) langit?” Akan aku jawab, “Di atas air.”

Jika dia kembali berkata, “Lalu di manakah ‘Arsy-Nya sebelum (diciptakan) air?” Akan aku jawab, “Aku tidak tahu.”

Berkata Abu ‘Ubaidillah, dan ini adalah sebagaimana firman Allah Ta’ala:

“… dan mereka tidak mengetahui apa-apa pun dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya.” (Surah Al-Baqarah, 2: 255).” (Khalqu Af’al Al-‘Ibaad, m/s. 541, no. 64 dan 65 – Tahqiq/semakkan Fahd bin Sulaiman Al-Fahid, Cet. 2 (Daar As-Sunnah, 1435H))

Wallaahu a’lam.

Bacalah artikel kami:

Ketinggian Allah Ta’ala di Atas Seluruh Makhluk-Nya.

Sifat Istiwa’ Bagi Allah, Dalil-dalilnya dan Kefahan Ahlussunnah Terhadapnya.


[1] Kelompok ini dinisbatkan kepada seorang tokoh pembawanya bernama Jahm bin Safwan (Wafat: 121H) yang kemudian turut dikembangkan oleh tokoh bernama Al-Ja’d bin Dirham. Jahmiyyah adalah suatu aliran yang membawa fahaman ta’thil (mengingkari dan menolak) sifat-sifat Allah, mengemukakan bahawa Al-Qur’an adalah makhluk (bukan kalamullah), kemudian dalam permasalahan taqdir mereka beraliran Jabbariyyah, manakala dalam permasalahan iman mereka beraliran Murji’ah yang mengatakan iman itu memadai dengan pengakuan di dalam hati di mana ucapan atau perbuatan tidak memberi pengaruh terhadap iman; sehingga pelaku dosa besar di sisi mereka tetap dianggap sebahagian dari mukmin yang sempurna keimanannya. Secara ringkasnya, mereka adalah Mu’athilah, Jabbariyyah, dan Murji’ah dalam waktu yang sama; dan aliran fahaman mereka ini tersebar pula ke dalam pelbagai aliran dan kelompok-kelompok sesat yang lainnya setelah itu.

[2] Beliau adalah ‘Abdullah bin Al-Mubarak bin Wadhih Al-Hanzhali At-Tamimi rahimahullah (118H-181H). Beliau tergolong pengikut tabi’in.

Al-Imam Adz-Dzahabi rahimahullah (Wafat: 748H) mengatakan:

“Beliau adalah Al-Imam, Syaikh Al-Islam, seorang ulama besar di zamannya, pemimpin orang-orang bertaqwa di zamannya, dan Al-Hafiz (mendalam ilmu dan hafalannya dalam hadis).” (lihat: Siyar A’lam An-Nubala’, 8/378-379)

‘Al-Imam ‘Abdurrahman bin Mahdi rahimahullah (Wafat: 198H) mengatakan:

“Beliau faqih dalam ilmunya, ahli zuhud, ahli ibadah, seorang yang berharta (pedagang), banyak berhaji, ahli dalam peperangan, ahli nahwu, menguasai sya’ir-sya’ir.” (Tarikh Dimasyq oleh Ibn ‘Asakir, 38/327)

Al-Imam An-Nasaa’i rahimahullah (Wafat: 303H) mengatakan:

“Kami tidak mengetahui di masa Ibn Al-Mubarak ada seorang pun yang lebih mulia berbanding beliau, lebih luhur, dan yang lebih banyak terhimpun sifat-sifat terpuji berbanding dirinya.” (Tahdzib At-Tahdzib oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani, 5/386-387)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) mengatakan:

“Beliau adalah seorang yang tsiqah (terpercaya), tsabat (kredibel), faqih, ‘alim (mendalam ilmunya), dermawan, mujahid (ahli dalam peperangan), dan terkumpul padanya sifat-sifat kebaikan.” (Tahdzib At-Tahdzib oleh Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani, 5/320)

[3] Beliau adalah ‘Abdurrahman bin Mahdi bin Hassan bin ‘Abdurrahman Al-‘Anbari rahimahullah (135H-198H).

Muhammad bin Abi Bakr Al-Muqaddami rahimahullah mengatakan:

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih itqan (sempurna/mantap) terhadap apa yang didengarnya (dari hadis-hadis Nabi) dan apa yang tidak didengarnya serta perbicaraan manusia berbanding ‘Abdurrahman bin Mahdi. Beliau adalah seorang yang tsabt (kredibel), lebih tsabt dari Yahya bin Sa’id (Al-Qaththan), lebih mutqin dari Waki’ (Ibn Al-Jarrah), beliau menyemak dan membacakan hadis-hadisnya kepada Sufyan.” (Siyar A’lam An-Nubala’, 9/194-195)

Al-Imam Ibn Hibban rahimahullah (Wafat: 354H) mengatakan:

“Beliau adalah salah seorang huffaz hadis yang mutqin hafalannya, dan seorang yang berlaku wara’ dalam agama. Beliau menghafal hadis-hadis, menghimpun, memahami fiqihnya, meyusunnya, menyampaikan hadis-hadis, dan menolak untuk meriwayatkan kecuali dari para perawi yang tsiqah.” (Ats-Tsiqaat oleh Ibn Hibban, 9/373)

‘Ali Ibn Al-Madini rahimahullah (Wafat: 234H) mengatakan:

“Aku tidak pernah melihat seorang pun yang lebih tahu tentang hadis-hadis berbanding ‘Abdurrahman bin Mahdi.” (Tahdzib Al-Kamal oleh Al-Mizzi, 17/438)

Al-Hafiz Al-Khathib Al-Baghdadi rahimahullah mengatakan:

“Beliau adalah ulama rabbani, huffaz ternama, dan seorang yang memiliki keunggulan ilmu tentag atsar, periwayatan, dan ikhwal para syaikh (perawi hadis).” (Tarikh Baghdad, 10/240)

Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H) mengatakan:

“Jika Waki’ dan ‘Abdurrahman berselisih, maka ‘Abdurrahman lebih tsabt (kredibel), kerana beliau lebih memelihara catatan-catatan hadisnya.” (Tarikh Baghdad, 10/243. Siyar A’lam An-Nubala’, 9/194)

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest