Jihad di Palestin, Penjelasan Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali (Palestinian)

Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali[1] www.ilmusunnah.com

Al-Aqsa

 

Beliau ditanya:

ما حكم الشرع في الجهاد في فلسطين اليوم

“Apakah hukum melaksanakan jihad di Palestin hari ini?”

Maka jawab Syaikh Salim bin ‘Ied Al-Hilali hafidzahullah:

بالنسبة لهذه الأسئلة وهي كثيرة أولا ينبغي أن نعرف ونعلم مسألة فلسطين، فلسطين الأرض المباركة الأرض المقدسة، ووصفت الأرض المباركة بالقرآن خمس مرات كلها تعني فلسطين، لعل أصرح الآيات سورة الإسراء في أول آياتها الذي باركنا حوله

“Berkenaan soalan ini ianya sangat banyak (perlu dijelaskan).

Pertamanya, harus kita ketahui dan fahami berkenaan masalah Palestin, Palestin merupakan bumi yang berkah, bumi yang suci, ia disifakan dalam Al-Qur’an sebagai bumi yang berkah sebanyak lima kali, kesemuanya bermaksud Palestin, dan antara ayat-ayat yang paling jelas (dalam menjelaskan hal tersebut) adalah Surah Al-Israa’ pada awal ayatnya “Bumi yang Kami berkati di sekelilingnya.”

الأمر الثاني أن بلاد المسلمين ينبغي أن يحافظ عليها المسلمون، ويدفعوا الصائل عنها ولذلك فاليهود قاتلهم الله ولعنهم الله هم صائلون على بلاد المسلمين في فلسطين، فيجب على المسلمين أن يدفعوهم وأن يقاتلوهم وأن يخرجوهم ليعودوا من حيث أتوا

Perkara yang kedua, negara-negara kaum muslimin mesti menjaganya, dan mempertahankannya dari para penjenayah, ini kerana Yahudi (semoga Allah membunuh mereka dan melaknat mereka) adalah penjenayah ke atas negara-negara kaum muslimin di Palestin, maka wajib bagi kaum muslimin menolak mereka dan memerangi mereka serta (berusaha) mengeluarkan mereka agar mereka kembali dari tempat (asal) yang mereka datangi.”

أمر الثالث الذي لا بد منه أن الجهاد ذروة سنام الإسلام كما في حديث معاذ رضي الله عنه رأس الأمر الإسلام وعموده الصلاة وذروة سنامه الجهاد في سبيل الله، لكن لا ينبغي أن نرفع الجهاد في مكان غير مكانه أو نضعه عن مكانه الذي وضعه الله ورسوله فيه، فقد أخرج الإمام أحمد وغيره أن بن عمر حدث بحديث بني الإسلام على خمس فقال رجل والجهاد – أي كأن هذا الرجل يقول وأن الجهاد من أركان الإسلام وفرائض الدين الخمس – فقال بن عمر رضي الله عنه الجهاد حسن ولكن هكذا حدثنا رسول الله صلى الله عليه وسلم

Perkara ketiga yang wajib diketahui, bahawasanya jihad itu merupakan kemuncak Islam sebagaimana disebutkan dalam hadis Mu’aadz radhiyallahu ‘anhu:

“Kepala urusan itu adalah Islam, tiangnya adalah solat, dan kemuncaknya adalah jihad di jalan Allah.” (lihat: Sunan At-Tirmidzi, no. 2616)

Namun (perlu diketahui bahawa) tidak boleh melaksanakan jihad yang bukan pada tempatnya, atau meletakkannya bukan pada tempat yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul-Nya. Al-Imam Ahmad dan selainnya telah mengeluarkan hadis bahawasanya Ibnu ‘Umar telah menceritakan hadis Islam itu dibina di atas lima perkara lalu seorang lelaki telah menambah dengan berkata, “Jihad?” Iaitu seakan-akan lelaki tersebut menganggap jihad termasuk dari rukun-rukun Islam dan kefardhuan agama yang lima. Lalu Ibnu ‘Umar radhiyallahu ‘anhuma menjawab:

“Jihad itu baik, tetapi beginilah yang telah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam ceritakan kepada kami.” (lihat: Musnad Ahmad, no. 4798)

والجهاد ماض إلى يوم القيامة، لا يعطل، لكن له شروط وله مقومات تكلم العلماء فيها، له أسباب معنوية تربوية عقدية وله أسباب مادية، أسبابه العقدية والتربوية أن نحقق عبودية الله، أن ننصر دين الله، (إن تنصروا الله ينصركم)، (ولينصرن الله من ينصره)، إذن لا بد أن تنصر الله أولا حتى ينصرك، ما معنى أن تنصر الله؟ أي أن تقيم دين الله أن تقيم شرع الله أن تكون حقا عبدا لله

“Dan perintah jihad itu tetap berlangsung sehingga hari kiamat, ia tidak akan terhapus, tetapi jihad ada syarat-syarat, dan ada rintangan-rintangan yang diperbahaskan oleh para ulama berkenaan dengannya. Padanya terkandung sebab-sebab maknawi, tarbawi, ‘aqidah dan ia juga ada sebab-sebab madiyyah (material), sebab aqidah dan tarbawi adalah untuk merealisasikan ‘ubudiyyah (pengabdian) terhadap Allah, membantu agama Allah:

“Jika kamu menolong (agama) Allah nescaya Dia akan menolong kamu.” (Surah Muhammad, 47: 7)

Allah pasti akan menolong sesiapa yang menolong-Nya. Jadi engkau mesti membantu agama Allah agar Allah membantumu, apa maksud menolong (agama) Allah?

Maksudnya adalah dengan menegakkan agama Allah, menegakkan syari’at Allah, dan agar menjadi hamba Allah secara haq (benar).”

الأمر الثاني الإعداد المادي وأعدوا لهم ما استطعتم من قوة ومن رباط الخيل، لكن أيهما أولا أن نعد أسلحة وذخائر ودبابات وصواريخ وعقيدتنا خراب يباب، وأخلاقنا كأخلاق اليهود، وعاداتنا كعادات اليهود، ونحن نتبع سنن اليهود كما قال النبي صلى الله عليه وسلم (لتتبعن سنن من كان قبلكم شبر بشبر وذراع بذراع حتى لو دخلوا جحر ضب لدخلتموه فقالوا اليهود والنصارى قال فمن) إذن النقل والعقل والواقع يؤكد أن أول مقومات النصر هو أن نمكن لدين الله في أنفسنا، أن ننصر دين الله، أن نعود إلى الله كما قال الرسول صلى الله عليه وسلم (إذا تبايعتم بالعينة، وأخذتم أذناب البقر، ورضيتم بالزرع، وتركتم الجهاد، سلط الله عليكم ذلا، لا يرفعه عنكم حتى ترجعوا إلى دينكم

“Perkara kedua (yang harus diperhatikan): iaitu persediaan material (sebagaimana firman Allah):

“Dan persiapkanlah untuk menghadapi mereka dengan kekuatan apa sahaja yang kamu mampu dari kuda-kuda (perang)…” (Surah Al-Anfal, 8: 60)

tetapi yang mana satu yang perlu diutamakan? Sama ada kita menyediakan senjata-senjata, bekalan-bekalan, kereta kebal, atau roket-roket sedang dalam keadaan ‘aqidah kita rosak, akhlak kita seperti akhlak Yahudi, adat kita seperti adat-adat Yahudi, dan kita dalam keadaan mengikuti jalan-jalan Yahudi sebagaimana sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Kamu pasti akan mengikuti jalan-jalan orang sebelum kamu sehasta demi sehasta sejengkal demi sejengkal sehinggakan kalau mereka masuk ke dalam lubang dhab (biawak padang pasir) sekalipun pasti kamu akan ikut masuk ke dalamnya.”

Para sahabat bertanya: “(Adakan jalan) Yahudi dan Nashaara?” Jawab Nabi:

“Siapa lagi (kalau bukan mereka)?” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 7320)

Jadi, naqal dan aqal serta realiti telah menguatkan lagi kenyataan bahawa persediaan paling pertama untuk menggapai pertolongan dan kemenangan ialah dengan menguatkan agama Allah dalam diri-diri kita, membantu agama Allah, kembali kepada Allah sebagaimana sabda Ar-Rasul Sallallahu ‘alaihi wa Sallam:

“Sekiranya kamu melakukan perniagaan dengan ‘inah (sejenis riba), mengikuti belakang ekor lembu (sibuk bekerja), berpuas-hati dengan pertanian (sibuk dengan duniawi), serta meninggalkan jihad (tidak menegakkan agama Allah), maka Allah pasti membelenggu kamu dalam kehinaan. Dia tidak akan mencabut kehinaan tersebut dari diri kamu sehinggalah kamu kembali kepada agama kamu (Islam yang sebenar).” (lihat: Sunan Abi Dawud, no. 3462)

كل هذه فعلتموها ومنها ترك الجهاد سلط الله عليكم ذلا، من فعل هذه سلط الله عليه ذلا، كيف يرفع هذا الذل أن يرجع إلى الجهاد، لا، الرجوع إلى الجهاد وقت إذن لا ينفع لان الإنسان الذي سيقول سأرجع إلى الجهاد لا يكون مؤهل للجهاد، إذن لا بد أن يرجع إلى الأصل ( حتى ترجعوا إلى دينكم ) ، ولذلك نحن نقول أن فلسطين وتحرير فلسطين وإخراج اليهود من فلسطين من أوجب الواجبات على الأمة الإسلامية، ولا ينبغي أن يتقاعسوا ويتقاعدوا ويرضوا بالذل والمهانة، لكن لا بد أن يتخذ الأسباب الشرعية وسنن الله في تحقيق النصر، كما قال رسول الله صلى الله عليه وسلم في الصحيحين (تقاتلون اليهود حتى يختبئ اليهودي وراء الشجر والحجر، حتى يقول الشجر والحجر يا مسلم يا عبد الله) إذن هذا الذي ينتصر على اليهود والذي يقتل اليهود والذي يخرج اليهود من بلاد المسلمين، هو مسلم عبد لله فإذا تحقق ذلك انتصرنا على اليهود

“Semua perkara yang disebutkan ini kamu sudah melakukannya; antaranya adalah meninggalkan jihad, lalu Allah membiarkan kamu dengan kehinaan, sesiapa yang melakukan hal tersebut Allah akan biarkan dia dalam kehinaan. Lalu bagaimana ingin mengangkat kehinaan ini? Adakah dengan kembali berjihad? Tidak, kerana kembali kepada jihad pada waktu sekarang tidak bermanfaat kerana manusia yang akan mengatakan perkataan:

“Aku akan kembali berjihad.”

itu sendiri sebenarnya tidak punya keahlian untuk pergi berjihad. Jadi, mesti kembali kepada asal perintah, iaitu “Kembali kepada Agama kamu…”

Oleh kerana itulah kami mengatakan pembebasan Palestin dan usaha mengeluarkan Yahudi dari Palestin merupakan kewajipan yang paling utama berbanding kewajipan-kewajipan umat Islam, tidak boleh berputus-asa, dan tidak boleh bermalas-malasan serta redha dengan kehinaan dan kerendahan, akan tetapi mestilah mengambil sebab-sebab syar’i dan ketetapan Allah untuk merealisasikan kemenangan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dalam Ash-Shahihain:

“Kamu akan memerangi Yahudi sehingga orang-orang Yahudi akan bersembunyi di balik pokok-pokok dan batu-batu, sehingga pokok-pokok dan batu-batu akan berkata:

“Wahai muslim, wahai hamba Allah (di sini ada Yahudi di belakang, bunuhlah ia)..” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 2925)

Jadi, inilah yang akan membantu untuk mengalahkan Yahudi, yang akan membunuh Yahudi dan mengeluarkan Yahudi dari negara-negara kaum muslimin. Mereka adalah muslim dan hamba Allah, jika hal itu (kembalinya umat Islam kepada agama yang benar) terlaksana, maka kita pasti akan menang melawan Yahudi.”

أما أن نستغل جراحات المسلمين ومآسي السلمين من أجل دعاية حزبية، فهذا لا يرضاه ديننا ولا يقبله مخلص منا، فواقع الحركات الحزبية وواقع الجماعات أنها تستغل مآسي المسلمين في فلسطين، استغلوا التقتيل والتدمير والجرح وهكذا وهم أنفسهم جالسون بين الخوالف، مأساة الشيشان استغلوها مأساة البوسنة استغلوها ماذا قدمتم لهم، لا شئ

“Adapun tentang tindakan (sebahagian) kita yang hanya suka mengeksploitasi kecederaan kaum muslimin, kesakitan kaum muslimin, hal seperti ini hanyalah semata-mata bertujuan untuk dakyah hizbiyyah (kepartian atau kepentingan kelompok). Maka hal seperti ini tidaklah diredhai oleh agama kita, dan tidak pula akan diterima dari kita hal tersebut sebagai satu keikhlasan. Maka hakikat dari pergerakan-pergerakan hizbiyyah dan realiti jama’ah-jama’ah yang ada sekarang, mereka lebih suka mengeksploitasi kesengsaraan kaum muslimin di Palestin, mereka mengeksploitasi pembunuhan, kerosakan dan kecederaan, dan begitulah mereka sendiri pun hanya duduk dalam keadaan kesakitan. Tragedi di Chechen juga mereka mengeksploitasinya, tragedi di Bosnia pun mereka mengeksploitasinya, apa yang kamu telah bawakan kepada mereka?! Tiada apa-apa!…

ثم يأتون ويقولون أنتم أيها السلفيون لا تحضون الناس على الجهاد، لا تريدون أن تحرر بلاد المسلمين كبرت كلمة عند الله إن يقولون إلا كذبا، فوالله هذا التاريخ المعاصر يشهد أن هذه الدعوى من أحرص الدعوات تأهيلا للمسلمين لأن يكونوا خير أمة أخرجت للناس، لكن الذين لا يريدون أن يسيروا في سنن الله يستعجلون فيورثون الأمة حسرة وندما وقتلا وتدميرا

“Kemudian mereka datang dan mengatakan pula:

“Kamu wahai Salafiyyun (ahlus sunnah), kamu tidak menggalakkan manusia untuk pergi berjihad! Kamu tidak mahu membebaskan negara kaum muslimin!”

Sungguh besar (akibat) kalimat (perkataan) tersebut di sisi Allah. Apa yang kamu katakan itu tidak lain melainkan dusta belaka. Maka demi Allah, sejarah hari ini telah menyaksikan bahawasanya dakwah ini (yakni dakwah ahlus sunnah) adalah dakwah yang paling menggalakkan supaya muslimin itu menjadi seorang yang ahli (untuk berjihad) kerana ia menjadikan mereka sebaik-baik umat yang dikeluarkan. Tetapi orang-orang yang tidak mahu berjalan di atas ketetapan Allah, mereka akan bersikap tergesa-gesa lantas menyebabkan umat mewarisi kerugian dan penyesalan, serta pembunuhan dan kerosakan.”

أنظر إلى واقعهم في الجزائر ماذا أنتجت ثوراتهم القتل والتدمير والسيارات المفخخة .. ماذا أثمرت في مصر ماذا أثمرت في سوريا … الذين قالوا نخرج على الذين لا يحكمون بما أنزل الله … ما غيروا شئ وإنما زادت البلية وزادت الفتنة وزاد التدمير وكان الناس في فسحة فأصبحوا في محنة

“Lihatlah realiti mereka di Algeria, apa yang berhasil dari revolusi mereka hanyalah pembunuhan dan kerosakan.. Apa yang berhasil di Mesir, apa yang berhasil di Syria? Yang mereka katakan, kami keluar ke atas mereka yang tidak berhukum dengan apa yang diturunkan Allah.. Sedangkan mereka tidak mengubah apa-apa pun bahkan menambahkan lagi bala, menambahkan lagi fitnah (musibah), dan menambah kerosakan. Bahawa manusia yang dahulunya berada dalam keadaan yang merehatkan, akhirnya berada dalam keadaan mehnah (kacau-bilau).”

إن الذي يجري في فلسطين هو استغلال لحال الناس ليصلوا إلى ما يخطط له الساسة، قبل أن ننظر إلى ما تسمي بالانتفاضة انظروا إلى الانتفاضة السابقة عشرات السنين انتفاضة مشتعلة مستمرة ماذا ولدت

“Sesungguhnya apa yang berlaku di Palestin adalah satu bentuk eksploitasi keadaan manusia demi untuk mencapai apa yang telah direncanakan oleh politik (sesetengah pihak). Sebelum kita melihat apa yang dinamakan sebagai intifadhah, lihatlah intifadhah yang terdahulu, sepuluh tahun yang lalu, intifadhah sering menyala-nyala dan berterusan, tetapi apa natijahnya?”

ولدت معاهدة أوسلو غزة أريحا أولا وأخيرا، ليس أولا، أولا وأخيرا، إذن لا بد أن نستقظ على واقعنا ولا نكون مطية لأهل الباطل، من الذي يقول أن حجرا يهزم دبابة، من الذي يقول أن مقلاعا يهزم صاروخا وأنت وعدوك تستويان في معصية الله، يحدثني أحد الاخوة في بيت المقدس يقول نزور الجرحى، زرنا أكثر من (32) جريحا، ثلاثون منهم لا يصلون، لا يصلون، يأتون ويقولون نصراني خرج بالمظاهرة وقتل هذا شهيد، إذا قتل بالانتفاضة خلاص شهيد سكران زاني سارق مشرك بالله المهم أنه قتل شهيدا

“Natijahnya hanyalah perjanjian Oslow Ghazzah, yang pertama dan yang terakhir, bukan yang pertama, tapi yang pertama dan terakhir. Jadi, mestilah kita sedar akan realiti kita, jangan hanya menjadi tunggangan bagi ahli batil di kalangan mereka yang berkata (kononnya) batu dapat mengalahkan kereta kebal, yang berkata kononnya lastik dapat mengalahkan roket-roket dalam keadaan kamu dan musuhmu pada tahap yang sama-sama bermaksiat kepada Allah. Pernah salah seorang saudaraku menceritakan apa yang berlaku di Baitulmaqdis, beliau berkata:

“Kami pernah menziarahi orang yang tercedera (akibat serangan tentera Yahudi), tiga puluh dari kalangan mereka tidak solat, tidak solat!! Mereka mendatangi (untuk ziarah) lalu bertanya mengapa tidak solat? Lalu mereka menjawab mereka itu nasrani (padahal) 32 orang yang tercedera (pada ketika itu)!!

Kami pernah menziarahi ramai yang pernah keluar berdemonstrasi namun apabila mati saja, (mereka automatik akan kata) ini syahid, jika terbunuh disebabkan intifadhah, maka selesai (terus dinobatkan gelar) syahid, (tidak kira) sama ada dia itu seorang yang mabuk, penzina, pencuri, musyrik kepada Allah, yang penting dia telah mati syahid.”

فلسطين لا تحرر بالعواطف، فلسطين لا تحرر بالأماني، فلسطين لا تحرر بالشعارات، فلسطين بحاجة إلى رجال، ما صفة هؤلاء

“Palestin tidak akan dibebaskan dengan emosi, Palestin tidak akan dibebaskan dengan angan-angan, Palestin tidak akan dibebaskan dengan laungan sya’ir-sya’ir (nyanyi-nyanyian atau slogan-slogan), tetapi Palestin memerlukan kepada pejuang-pejuang, apakah sifat pejuang-pejuang tersebut?”

الرجال حققوا عبودية الله يا مسلم يا عبد الله هذا يهودي ورائي تعالى فاقتله ، هؤلاء الذين يحررون فلسطين ويحررون ما سلب من ديار المسلمين، نسأل الله أن يردنا إلى ديننا ردا جميلا، وأن يرفع الذل عنا وعن إخواننا وعن كل بلاد المسلمين،وأن يرجع ما سلب واغتصب من بلاد المسلمين إلى حوزة الإسلام وبلاد الإسلام والحمد لله رب العالمين.

“(Iaitu) mereka mestilah golongan yang merealisasikan ‘ubudiyyah (penghambaan dan pengabdian hanya) kepada Allah dengan haq (kebenaran). Wahai muslim, wahai hamba Allah, ini Yahudi di belakang kami maka bunuhlah dia, mereka inilah yang akan membebaskan Palestin, dan akan membebaskan apa yang telah menghalang negara-negara kaum muslimin. Semoga Allah mengembalikan kita kepada agama kita dengan cara yang baik, dan mengangkat kita dari kehinaan, dan mengangkat saudara-saudara kita serta kesemua negara-negara kaum muslimin, dan mengembalikan kita apa yang telah dihalang dan dirampas dari negara-negara Islam kepada pemilikan Islam dan negara-negara Islam, dan segala puji hanyalah milik Allah.”

Sumber asal nukilan: http://albaidha.net/vb/showthread.php?t=15929

Terjemahan oleh: Ibnu Abi Ashim (dengan beberapa suntingan perkataan dan bahasa).


[1] Beliau ialah Abu Usamah Salim bin ‘Ied Al-Hilali, lahir di kota Khalil (Hebron) Palestin pada tahun 1377H/1957M. Keturunanya merupakan dari kabilah ‘Arab Islam Hilal yang berasal dari Najd. Ketika kecil moyangnya berhijrah dan menetap di Bi’r As-Sab’ di padang pasir di Palestin kemudian menetap di bandar Khalil (Hebron), di situlah Syeikh dilahirkan. Beliau membesar di Bait Solahuddin dan menghabiskan masa kecilnya di kota Ramallah. Beliau kemudian mengikuti keluarganya berhijrah ke Jordan pada tahun 1387H/1967 akibat kesan peperangan Yahudi (laknatullah), beliau bertemu dengan Syaikh Muhammad Nashiruddin Al-Albani rahimahullah di Jordan pada tahun 1394H, dan melazimi Syaikh Al-Albani rahimahullah sehingga beliau boleh dikatakan termasuk anak murid utama Syaikh Al-Albani rahimahullah. Beliau banyak melakukan rehlah ke Pakistan, Hijjaz, dan mengambil ilmu dari ulama-ulama besar di sana. Beliau memiliki banyak karya tulis dan tahqiq terutama dalam bidang hadis seperti Bahjatun Nadzirin Syarah Kitab Riyadhush Sholihin dan banyak lagi.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest