Kemaksiatan Melupakan Si Pelaku Kepada Dirinya Sendiri

Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’
Al-Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah (Wafat: 751H)

www.ilmusunnah.com

Ibnul Qayyim rahimahullah berkata:

ومن عقوباتها: أنها تنسي العبد نفسَه، فإذا نسي نفسَه أهملها وأفسدها وأهلكها. فإن قيل: كيف ينسى العبد نفسَه؟ وإذا نسيَ نفسه، فأيَّ شيء يذكر؟ وما معنى نسيانه نفسَه؟ قيل: نعم، ينسى نفسَه أعظمَ نسيان

“Di antara akibat berbuat maksiat adalah menjadikan seorang hamba itu lupa pada dirinya sendiri. Jika dia sudah lupa pada dirinya maka dia akan mengabaikan dirinya, merosaknya, serta  membinasakannya. Jika ditanyakan:

“Bagaimana seorang hamba itu melupakan dirinya sendiri? Jika dia telah lupa kepada dirinya sendiri, lalu apa yang masih dapat dia ingati? Apa makna dari lupa pada diri sendiri?”

Jawabannya adalah:

“Ya, dia lupa kepada dirinya sendiri, yang merupakan bentuk lupa yang sangat besar.”

Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ نَسُوا اللَّهَ فَأَنْسَاهُمْ أَنْفُسَهُمْ أُولَئِكَ هُمُ الْفَاسِقُونَ

“Janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasiq.” (Surah Al-Hasyr, 59: 19).”

فلما نسوا ربَّهم سبحانه نسيهم وأنساهم أنفسهم

“Ketika mereka melupakan Rabb mereka yang Maha Suci, maka Rabb pun melupakan mereka dan membuatkan mereka lupa kepada diri sendiri.”

Sebagaimana Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:

نَسُوا اللَّهَ فَنَسِيَهُمْ

“Mereka telah lupa kepada Allah maka Allah melupakan mereka.” (Surah At-Taubah, 9: 67)

فعاقب سبحانه من نسِيَه عقوبتين: إحداهما: أنه سبحانه نسيه. والثانية: أنّه أنساه نفسَه.

“Dalam hal ini, Allah yang Maha Suci menimpakan dua bentuk hukuman kepada hamba yang melupakan-Nya. Pertama, Allah melupakannya. Kedua Allah menjadikannya lupa kepada dirinya sendiri.”

ونسيانُه سبحانه للعبد: إهمالُه، وتركُه، وتخلّيه عنه، وإضاعتُه؛ فالهلاك أدنى إليه من اليد للفم! وأما إنساؤه نفسَه فهو: إنساؤه لحظوظها العالية وأسباب سعادتها وفلاحها وصلاحها وما تكمل به، يُنسيه ذلك جميعَه، فلا يُخطِره بباله، ولا يجعله على ذكره، ولا يصرف إليه همّتَه فيرغبَ فيه، فإنه لا يمرّ بباله حتى يقصدَه ويُؤثِره.

“Yang dimaksudkan dengan “Allah yang Maha Suci melupakan hamba” adalah Dia mengabaikannya, meninggalkannya, dan membiarkannya. Maka kebinasaan itu lebih dekat kepadanya dari dekatnya tangan ke mulut. Adapun lupanya dia terhadap dirinya sendiri adalah Allah menjadikannya lupa terhadap kejayaan yang tinggi, sebab -sebab kebahagiaannya, keberuntungan dan kebaikannya, serta segala sesuatu yang membimbing dirinya ke arah kesempurnaan.  Allah menjadikannya lupa akan hal itu semua, sehingga tidak pernah terdetik dalam benaknya akan hal tersebut. Dia tidak pernah lagi mengingati atau menyebutnya. Keinginannya tidak lagi pernah terarah ke sana sehingga dia pun tidak lagi rasa menginginkannya. Sebab, perkara tersebut tidak pernah terlintas lagi dalam benaknya sehingga dia tidak pernah memiliki maksud untuk meraihnya apalagi memilih dan mendahulukannya.”

وأيضًا فيُنسيه عيوبَ نفسه ونقصَها وآفاتِها، فلا يخطر بباله إزالتها وإصلاحها

“Juga bererti menjadikannya lupa akan ‘aib-‘aibnya sendiri, akan kekurangan-kekurangannya, dan penyakit-penyakitnya sehingga dia tidak pernah berfikir untuk menghilangkan dan memperbaikinya.”

وأيضًا يُنسيه أمراض نفسه وقلبه وآلامَها، فلا يخطر بقلبه مداواتُها، ولا السعيُ في إزالة عللها وأمراضهَا التي تؤول به إلى الفساد والهلاك. فهو مريض مثخَن بالمرض، ومرضه مُترامٍ به إلى التلف، ولا يشعر بمرضه، ولا يخطر بباله مداواته. وهذا من أعظم العقوبة العامة والخاصة.

“Demikian juga membuatnya lupa terhadap penyakit-penyakit di jiwanya dan hatinya sehingga dia pun tidak pernah terdetik dalam hatinya untuk mengubatinya. Demikian juga tidak ada usaha untuk menghilangkan penyakitnya yang sedang menggiringnya kepada kebinasaan, yang mana sebenarnya dia menderita sakit dan dibuat lemah olehnya. Penyakitnya membawanya pada kebinasaan, namun dia tidak merasakan penyakit yang dideritanya. Tidak pula terdetik dalam benaknya untuk merawatnya. Ini merupakan sebahagian dari bentuk hukuman terbesar, sama ada yang bersifat umum mahupun khusus.”

فأيُّ عقوبةٍ أعظمُ من عقوبة مَن أهمل نفسَه، وضيّعها، ونسي مصالحها، وداءَها ودواءَها، وأسبابَ سعادتها وفلاحها وصلاحها وحياتها الأبدية في النعيم المقيم؟

“Hukuman mana yang lebih besar dari hukuman orang yang mengabaikan dan menyia-nyiakan dirinya sendiri, lupa terhadap kemaslahatan-kemaslahatannya, penyakit dan penawarnya, sebab-sebab kebahagiaannya, keuntungannya, dan kebaikannya, serta kehidupannya yang abadi dalam kenikmatan yang kekal?”

ومن تأمّل هذا الموضع تبيّن له أنّ أكثر هذا الخلق قد نسُوا أنفسَهم حقيقةً، وضيّعوها، وأضاعوا حظّها من الله، وباعوها رخيصةً بثمن بخس بيعَ الغبن. وإنما يظهر لهم هذا عند الموت، ويظهر كلّ الظهور يومَ التغابن، يومَ يظهر للعبد أنه غُبنَ في العقد الذي عقده لنفسه في هذه الدار، والتجارة التي اتجر فيها لمعاده، فإنّ كل أحد يتجر في هذه الدنيا لآخرته.

“Siapa saja yang memerhatikan persoalan ini maka menjadi jelas baginya bahawa kebanyakan dari makhluk ini telah benar-benar lupa kepada diri mereka sendiri, menyia-nyiakannya, serta membuang waktu untuk beribadah kepada Allah. Mereka menjualnya  dengan harga yang sangat murah. Perkara ini hanya akan terlihat oleh mereka pada saat kematian tiba. Perkara ini akan tampak dengan sejelas-jelasnya pada  hari ditampakkanya kesalahan-kesalahan. Iaitu pada hari ditampakkan kepada setiap hamba bahawa dia telah tertipu dalam melakukan ‘aqad (transaksi) untuk dirinya di dunia ini serta telah salah dalam melakukan perdagangan untuk Hari Kemudian. Kerana sesungguhnya setiap orang itu berdagang di dunia ini untuk akhiratnya.”

فالخاسرون الذين يعتقدون أنهم أهل الربح والكسب اشتروا الحياة الدنيا وحظَّهم فيها ولذّاتِهم بالآخرة وحظِّهم فيها، فأذهبوا طيّباتِهم في حياتهم الدنيا، واستمتعوا بها، ورضوا بها، واطمأنّوا إليها. وكان سعيُهم لتحصيلها، فباعوا، واشتروا، واتجروا. وباعوا آجلًا بعاجل، ونسيئةً بنقد، وغائبًا بناجزٍ.

“Orang-orang yang merugi yang mengangap diri mereka sebagai orang-orang yang beruntung telah membeli kehidupan dunia dan kenikmatan-kenikmatan yang ada padanya dengan bayaran kehidupan akhirat berserta dengan kenikmatan-kenikmatan yang ada padanya. Dengan demikian, bermakna mereka telah membuang kebaikan mereka dalam kehidupan dunia lalu mereka pun bersenang-senang di dunia, redha, dan tenteram dengannya. Usaha yang mereka habiskan adalah untuk mendapatkan ini semua. Mereka menjual, membeli, dan berdagang. Mereka menjual yang tertunda untuk mendapatkan yang sementara, yang hutang dengan yang tunai, dan yang belum ada di tangan dengan yang sudah ada di depan mata.”

وقالوا: هذا هو الحزم. ويقول أحدهم: خذْ ما تراه ودع شيئًا سمعتَ به وكيف أبيع حاضرًا نقدًا مُشاهَدًا في هذه الدار بغائب نسيئة في دار أخرى غير هذه

Mereka mengatakan, “Inilah keputusan yang tepat.” Salah seorang dari mereka mengatakan “Ambillah yang engkau lihat, dan tinggalkan yang engkau dengar!”

Ada lagi yang mengatakan, “Bagaimana aku akan menjual sesuatu yang sudah hadir di depan mata, tunai (cash), dan telah dapat disaksikan di dunia ini, dengan sesuatu yang masih ghaib dan tertunda di suatu tempat yang lain, bukan di dunia ini?”

وينضمّ إلى ذلك ضعفُ الإيمان، وقوةُ داعي الشهوة، ومحبّةُ العاجلة، والتشبه ببني الجنس.

“Lebih parah lagi jika keadaannya ditambah pula dengan lemahnya iman, kuatnya dorongan syahwat, serta kecintaannya kepada sesuatu yang bersifat segera (yakni mudah terpesona dengan apa yang ada di depan mata).”

فأكثر الخلق في هذه التجارة الخاسرة التي قال الله سبحانه في أهلها

“Kebanyakan makhluk memang berada dalam perdagangan yang seperti ini, yang sebenarnya merupakan perdagangan yang merugikan. Allah Subhanahu wa Ta’ala menyebut pelakunya melalui firman-Nya:

أُولَئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُا الْحَيَاةَ الدُّنْيَا بِالْآخِرَةِ فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ الْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنْصَرُونَ

“Itulah orang-orang yang membeli kehidupan dunia dengan (kehidupan) akhirat, maka tidak akan diringankan siksa mereka dan mereka tidak akan ditolong.” (Surah Al-Baqarah, 2: 86)

Allah Subhanahu wa Ta’ala juga menyatakan tentang mereka:

فَمَا رَبِحَتْ تِجَارَتُهُمْ وَمَا كَانُوا مُهْتَدِينَ

“Maka tidaklah beruntung perniagaan mereka dan tidaklah mereka mendapat petunjuk.” (Surah Al-Baqarah, 2: 16).”

فإذا كان يومُ التغابن ظهر لهم الغبنُ في هذه التجارة، فتتقطع عليها النفوس حسرات. وأمّا الرابحون، فإنّهم باعوا فانيًا بباقٍ، وخسيسًا بنفيسٍ، وحقيرًا بعظيم، وقالوا: ما مقدار هذه الدنيا مِن أولها إلى آخرها حتّى نبيع حظنا من الله والدار الآخرة بها؟ فكيف بما ينال العبدُ منها في هذا الزمن القصير الذي هو في الحقيقة كغَفْوةِ حُلْمٍ، لا نسبة له إلى دار البقاء البتة؟

“Pada hari ditampakkannya segala bentuk ‘aib itulah akan terzahir keterpedayaan dan kesalahan mereka dalam menjalankan perniagaan ini. Akhirnya, mereka hanya boleh menyesal.

Sementara itu, kaum yang beruntung mereka menjual kehidupan dunia yang fana ini untuk mendapatkan imbalan yang kekal. Mereka menjual sesuatu yang tidak berharga untuk mendapatkan sesuatu yang mahal. Menjual sesuatu yang tidak bererti untuk mendapatkan sesuatu yang agung.

Mereka berkata, “Berapakah nilai dunia ini, dari awalnya hingga akhirnya, sampai kita rela menjual bahagian kita yang dianugerahkan oleh Allah serta menjual akhirat untuk mendapatkan dunia? Lalu apa yang akan diperolehi seorang hamba dari dunia ini di zaman yang sangat pendek yang ia pada hakikatnya hanyalah umpama mimpi sesaat yang tidak ada ertinya sama sekali, yang sama sekali tidak dapat dibandingkan dengan kehidupan yang kekal abadi di akhirat nanti.”

Allah Ta’ala berfirman:

وَيَوْمَ يَحْشُرُهُمْ كَأَنْ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنَ النَّهَارِ يَتَعَارَفُونَ بَيْنَهُمْ

“Dan (ingatlah) terhadap hari (yang di waktu itu) Allah mengumpulkan mereka, (mereka merasa) seakan-akan tidak pernah tinggal (di dunia) melainkan hanya sesaat saja di siang hari di mana mereka saling berkenalan sesama mereka.” (Surah Yusuf, 10: 45)

Allah Ta’ala berfirman:

يَسْأَلُونَكَ عَنِ السَّاعَةِ أَيَّانَ مُرْسَاهَا (42) فِيمَ أَنْتَ مِنْ ذِكْرَاهَا (43) إِلَى رَبِّكَ مُنْتَهَاهَا (44) إِنَّمَا أَنْتَ مُنْذِرُ مَنْ يَخْشَاهَا (45) كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَهَا لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا عَشِيَّةً أَوْ ضُحَاهَا

“(Orang-orang kafir) bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Hari Kebangkitan, bilakah ia akan terjadi? Siapakah engkau (sehingga) dapat menyebutkan (waktunya)? Kepada Rabb-mulah dikembalikan kesudahannya (ketentuan waktunya). Sesungguhnya engkau hanyalah pemberi peringatan bagi siapa yang takut kepadanya (Hari Kebangkitan). Pada hari mereka melihat Hari Kebangkitan itu, mereka merasa seakan-akan tidak tinggal (di dunia) melainkan (sebentar saja) di waktu petang atau pagi hari.” (Surah An-Naazi’aat, 79: 42-46)

Allah Ta’ala berfirman:

كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ

“Pada hari mereka melihat adzab yang diancamkan kepada mereka, mereka (merasa) seolah-olah tidak tinggal (di dunia) melainkan sesaat pada siang hari.” (Surah Al-Ahqaaf, 46: 35)

Allah Ta’ala berfirman:

قَالَ كَمْ لَبِثْتُمْ فِي الْأَرْضِ عَدَدَ سِنِينَ (112) قَالُوا لَبِثْنَا يَوْمًا أَوْ بَعْضَ يَوْمٍ فَاسْأَلِ الْعَادِّينَ (113) قَالَ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا قَلِيلًا لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Allah bertanya, “Berapa tahunkah lamanya kamu tinggal di bumi?” Mereka menjawab:

“Kami tinggal (di bumi) sehari atau setengah hari, maka tanyakanlah kepada orang-orang yang menghitung.” Allah berfirman, “Kamu tidak tinggal (di bumi) melainkan sebentar saja, kalau kamu benar-benar mengetahui.” (Surah Al-Mu’minin, 23: 112-114)

Dan Allah Ta’ala berfirman:

يَوْمَ يُنْفَخُ فِي الصُّورِ وَنَحْشُرُ الْمُجْرِمِينَ يَوْمَئِذٍ زُرْقًا (102) يَتَخَافَتُونَ بَيْنَهُمْ إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا عَشْرًا (103) نَحْنُ أَعْلَمُ بِمَا يَقُولُونَ إِذْ يَقُولُ أَمْثَلُهُمْ طَرِيقَةً إِنْ لَبِثْتُمْ إِلَّا يَوْمًا

“Iaitu di hari (yang di waktu itu) ditiup sangkakala dan Kami akan mengumpulkan pada hari itu orang-orang yang berdosa dengan muka yang biru muram. Mereka saling berbisik-bisik di antara mereka, “Kamu tidak berdiam (di dunia) melainkan hanyalah sepuluh (hari).” Kami lebih mengetahui apa yang mereka katakan, ketika berkata orang yang paling lurus jalannya di antara mereka, “Kamu tidak tinggal (di dunia) melainkan hanyalah sehari saja.” (Surah Thaha, 20: 102-104)

فهذا حقيقة هذه الدنيا عند موافاة القيامة. فلما علموا قلّةَ لبثهم فيها، وأنّ لهم دارًا غيرَ هذه الدار، هي دار الحيَوان ودار البقاء رأوا من أعظم الغبن بيعَ دار البقاء بدار الفناء، فاتّجروا تجارة الأكياس، ولم يغترّوا بتجارة السفهاء من الناس، فظهر لهم يومَ التغابن ربحُ تجارتهم ومقدارُ ما اشتروه. وكلُّ أحد في هذه الدنيا بائعٌ مشترٍ متّجرٌ، وكل الناس يغدو، فبائعٌ نفسَه فموبِقُها، أو مبتاعُها فمُعتِقُها

Inilah hakikat dunia ini ketika Hari Kiamat sudah tiba. Maka ketika mereka telah menyedari betapa sebentarnya mereka tinggal di dunia, dan sebenarnya mereka memiliki tempat tinggal selain tempat tinggal dunia ini, iaitu negeri kehidupan yang hakiki dan negeri keabadian, mereka pun melihat bahawa di antara bentuk keterpedayaan yang terbesar adalah tatkala mereka menjual negeri kekekalan untuk membeli negeri yang fana.

Maka berniagalah dengan perniagaan orang-orang yang cerdik. Iaitu mereka yang tidak tertipu dengan perniagaan orang-orang yang bodoh dari kalangan manusia. Maka pada hari ditampakkanya At-Taghabun (yakni hari ditampakkan segala ‘aib dan kesalahan) itulah, maka akan tampak di mata mereka keuntungan perniagaan orang-orang yang cerdik serta kadar aset bernilai yang mereka beli. Masing-masing kita di dunia ini ibarat orang yang keluar di waktu awal pagi sebagai penjual, dan pembeli, yang saling mencari keuntungan, atau sebaliknya bahkan membinasakan (merugikan dirinya).

كُلُّ النَّاسِ يَغْدُو فَبَايِعٌ نَفْسَهُ فَمُعْتِقُهَا أَوْ مُوبِقُهَا

“Setiap manusia itu berusaha, lalu menjual dirinya; ada yang membebaskan dirinya, atau ada juga yang menghancurkan dirinya.” (Shahih Muslim, no.223. Sunan At-Tirmidzi, no. 3517. Ibnu Majah, no. 280. Musnad Ahmad, No. 22908. Ad-Darimi, no. 653. Al-Baihaqi, no. 188)

إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنْفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الْجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالْإِنْجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُوا بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri dan harta mereka dengan memberikan Syurga untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar daripada Allah di dalam Taurat, Injil, dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan itu. Dan itulah kemenangan yang besar.” (Surah At-Taubah, 9: 111)

فهذا أول نقده من ثمن هذه التجارة، فتاجرُوا أيها المفلسون! ويا من لا يقدر على هذا الثمن، ها هنا ثمن اَخَر، فإن كنت من أهل هذه التجارة فأعطِ هذا الثمن:

“Ini adalah bayaran tunai pertama hasil dari perniagaan tersebut. Oleh kerana itu, berniagalah wahai orang-orang yang muflis! Wahai orang-orang yang tidak menghargai nilai ini dengan harga yang tinggi, di sini ada harga lain lagi. Jika engkau termasuk golongan yang melakukan perniagaan ini, berikan harga ini:

التَّائِبُونَ الْعَابِدُونَ الْحَامِدُونَ السَّائِحُونَ الرَّاكِعُونَ السَّاجِدُونَ الْآمِرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَالنَّاهُونَ عَنِ الْمُنْكَرِ وَالْحَافِظُونَ لِحُدُودِ اللَّهِ وَبَشِّرِ الْمُؤْمِنِينَ

“Mereka itu adalah orang-orang yang bertaubat, beribadah, memuji (Allah), mengembara, (demi ilmu dan agama), rukuk, sujud, yang menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah perbuatan munkar, serta yang memelihara hukum-hukum Allah. Dan gembiralah orang-orang mu’min itu.” (Surah At-Taubah, 9: 112)

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنْجِيكُمْ مِنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (10) تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنْفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari adzab yang pedih? (Iaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya.” (Surah Ash-Shaf, 61: 10-11)

والمقصود أنّ الذنوب تُنسي العبدَ حظَّه من هذه التجارة الرابحة، وتشغله بالتجارة الخاسرة، وكفى بذلك عقوبةً. والله المستعان.

“Maksud dari huraian di atas adalah dosa-dosa akan menjadikan hamba itu lupa terhadap bahagiannya dari perniagaan yang sangat menguntungkan dan sebaliknya akan menjadikan si hamba menyibukkan dirinya dengan perniagaan yang membawa kerugian. Cukuplah perkara tersebut sebagai bentuk hukuman tersendiri bagi pelaku dosa dan maksiat. Hanya  kepada Allah tempat kita memohon pertolongan.”

Rujukan: Ibnul Qayyim, Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’, m/s. 243-248.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest