Kemaksiatan Menyebabkan Musuh Semakin Berani Terhadap Pelakunya

Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’
Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah rahimahullah (Wafat: 751H)

www.ilmusunnah.com

Ibnul Qayyim rahimahullah mengatakan:

ومن عقوباتها: أنّها تُجرّىء على العبد من لم يكن يجترىء عليه من أصناف المخلوقات. فيجترىء عليه الشياطين بالأذى، والإغواء، والوسوسة، والتخويف، والتحزين، وإنسائه ما مصلحتُه في ذكره، ومضرّتُه في نسيانه؛ فتجترىء عليه الشياطين حتّى تؤزه إلى معصية الله أزًا.

“Di antara kesan perbuatan kemaksiatan adalah ia akan menjadikan setiap musuh dari setiap makhluk itu semakin berani kepada pelaku kemaksiatan dengan bentuk keberanian yang belum pernah terjadi sebelumnya. Syaitan-syaitan pun akan semakin berani mengganggu, menggoda, memujuk-rayu, menakut-nakuti, membuatnya sedih, serta menjadikannya lupa pada sesuatu yang memberikan kemaslahatan kepadanya jika ia ingat, dan merugikan dirinya jika ia lupa. Syaitan pun semakin berani kepadanya dan terus mendorongnya untuk melakukan kemaksiatan.”

ويجترىء عليه شياطين الإنس بما تقدر عليه من أذاه في غيبته وحضوره. ويجترىء عليه أهله وخدمه وأولاده وجيرانه، حتّى الحيوان البهيم!

“Syaitan-syaitan jenis manusia juga akan semakin berani kepadanya dengan melakukan pelbagai bentuk gangguan yang boleh dilakukannya, misalnya dengan menyakitinya ketika ia ada di tempat atau ketika ia tidak berada di suatu tempat. Demikian juga keluarga, pelayan, anak-anak, dan tetangga, bahkan binatang peliharaannya pun akan menjadi berani kepadanya.”

Sebahagian ulama salaf mengatakan:

إنّي لأعصي الله، فأعرف ذلك في خلق امرأتي ودابّتي

“Sesungguhnya aku pernah bermaksiat kepada Allah, lalu aku sedari hal tersebut dari perubahan perilaku isteriku dan juga binatang tungganganku.”

وكذلك يجترىء عليه أولياء الأمر بالعقوبة التي إن عدلوا فيها أقاموا عليه حدود الله. وكذلك تجترىء عليه نفسُه، فتتأسد عليه، وتستصعب عليه، فلو أرادها لخير لم تطاوعه، ولم تنقَدْ له. وتسوقه إلى ما فيه هلاكه، شاء أم أبى.

“Demikian juga, para pemimpin atau penguasa akan semakin berani menimpakan hukuman kepadanya, yang mana jika mereka itu bertindak adil kepadanya maka mereka akan menimpakan hukuman had yang telah digariskan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.

Bahkan dirinya sendiri pun akan semakin berani, dengan bertindak kejam dan menyusahkan diri. Seandainya dia menginginkan kebaikan bagi jiwanya maka jiwanya tidak mudah untuk menurutinya, bahkan tetap saja akan mendorongnya ke arah kebinasaan, suka atau tidak.”

وذلك لأنّ الطاعة حصنُ الربّ تبارك وتعالى الذي من دخله كان من الآمنين، فإذا فارق الحصين اجترأ عليه قُطّاعُ الطريق وغيرهم، وعلى حسب اجترائه على معاصي الله يكون اجتراءُ هذه الآفات والنفوس عليه. وليس له شيء يردّ عنه

“Yang demikian kerana ketaatan itu merupakan benteng Allah Subhanahu wa Ta’ala. Siapa saja yang memasukinya maka dia termasuk orang-orang yang mendapatkan keamanan. Jika ia telah berpisah dari benteng ini maka para penyamun di jalanan dan seumpamanya akan menjadi berani kepadanya. Sejauh mana keberanian hamba tersebut bermaksiat kepada Allah maka sejauh itu pulalah keberanian penyakit-penyakit  tersebut menyerangnya, sedangkan dia tidak memiliki sesuatu untuk melawan dan menolaknya.”

فإنّ ذكر الله، وطاعتَه، والصدقةَ، وإرشادَ الجاهل، والأمرَ بالمعروف والنهيَ عن المنكر وقايةٌ تردّ عن العبد، بمنزلة القوة التي تردّ المرض وتقاومه، فإذا سقطت القوة غلب واردُ المرض، فكان الهلاك.

“Maka sesungguhnya dzikirullah (mengingati Allah), taat kepada-Nya, sedekah, membimbing orang yang jahil, memerintahkan  yang makruf dan mencegah yang munkar, semuanya akan menjadi pelindung bagi setiap hamba. Ia menjadi seakan kekuatan (immuniti) yang akan menolak dan melawan penyakit yang hendak menyerang tubuh manusia. Tetapi jika kekuatan ini sudah hilang, maka pengaruh penyakit itulah yang menang, sehingga di situlah terjadi kehancuran.”

فلابدّ للعبد من شيء يردّ عنه، فإنّ موجب السيئات والحسنات يتدافع، ويكون الحكم للغالب كما تقدّم. وكلّما قوي جانبُ الحسنات كان الردّ أقوى، فإنّ الله يدافع عن الذين آمنوا، والإيمان قول وعمل، فبحسب قوة الإيمان يكون الدفعُ. والله المستعان.

“Oleh kerana itu, setiap hamba perlu memiliki sesuatu yang dapat melindunginnya, kerana unsur keburukan dan unsur-unsur kebaikan itu saling melawan atau bersaing, sedangkan kemenangan ada di tangan sang juara. Setiap kali sisi kebaikan itu lebih kuat maka perlindungan juga akan lebih kuat. Sesungguhnya  Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membela dan melindungi orang-orang yang beriman. Sementara itu iman adalah perkataan dan perbuatan. Seiring dengan kekuatan iman, maka dari situlah perlindungan diperolehi. Dan hanya Allah-lah tempat meminta pertolongan.”

Rujukan: Ibnul Qayyim, Ad-Daa’ wa Ad-Dawaa’, m/s. 212-213.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest