Kenapa Isteri Harus Minta Izin Suami Untuk Puasa Sunnah?

www.ilmusunnah.com

suamiku-

Dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لاَ يَحِلُّ لِلْمَرْأَةِ أَنْ تَصُومَ وَزَوْجُهَا شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ، وَلاَ تَأْذَنَ فِي بَيْتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ، وَمَا أَنْفَقَتْ مِنْ نَفَقَةٍ عَنْ غَيْرِ أَمْرِهِ فَإِنَّهُ يُؤَدَّى إِلَيْهِ شَطْرُهُ

“Tidak halal bagi seorang isteri untuk berpuasa (yakni puasa sunnah) ketika suaminya hadir melainkan dengan izinnya, tidak boleh seorang isteri mengizinkan orang lain masuk ke rumahnya melainkan dengan izin suaminya, dan jika dia menafkahkan sesuatu tanpa ada perintah dari suaminya, maka suaminya akan mendapat sebahagian (atau setengah) pahalanya.” (Shahih Al-Bukhari, no. 5195. Muslim, no. 1026)

Dari hadisAbu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لَا تَصُومُ الْمَرْأَةُ وَبَعْلُهَا شَاهِدٌ، إِلَّا بِإِذْنِهِ غَيْرَ رَمَضَانَ، وَلَا تَأْذَنُ فِي بَيْتِهِ وَهُوَ شَاهِدٌ إِلَّا بِإِذْنِهِ

“Tidak boleh seorang perempuan berpuasa dalam keadaan suaminya hadir di sisinya, melainkan dengan izin dari suaminya, kecuali puasa Ramadhan. Dan tidak boleh dia mengizinkan seseorang di rumahnya dalam keadaan suaminya hadir di sisinya melainkan dengan izin dari si suami.” (Sunan Abi Dawud, no. 2458)

Penjelasan hadis,

Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H) menjelaskan:

و قوله صلى الله عليه و سلم ( لا تصم المرأة وبعلها شاهد الا باذنه ) هذا محمول على صوم التطوع والمندوب الذي ليس له زمن معين وهذا النهى للتحريم صرح به أصحابنا

“Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “Tidak boleh seorang perempuan berpuasa dalam keadaan suaminya hadir di sisinya, melainkan dengan izin dari suaminya…

Ini difahami bahawa puasa yang dimaksudkan adalah puasa tathawwu’ (puasa sunnah) dan puasa yang sifatnya mandub (anjuran) yang tidak terkait dengan waktu-waktu tertentu secara khusus. Dan larangan ini menunjukkan makna haram, sebagaimana dijelaskan oleh sahabat-sahabat kami (dari kalangan ulama bermazhab Asy-Syafi’i).”

وسببه أن الزوج له حق الاستمتاع بها في كل الأيام وحقه فيه واجب على الفور فلا يفوته بتطوع ولا بواجب على التراخى

“Dan sebabnya bahawa seorang suami punya hak untuk istimtaa’ (menggauli atau bersenang-senang) dengannya pada setiap hari, dan hak (atau kehendak) seorang suami adalah wajib (dalam hal ini), maka tidak boleh dilalaikan (atau diremehkan) dengan hal-hal yang sifatnya tathawwu’, dan tidak pula yang wajib yang masih punya ruang untuk ditunda (di waktu yang lain).”

فان قيل فينبغى أن يجوز لها الصوم بغير اذنه فان أراد الاستمتاع بها كان له ذلك ويفسد صومها فالجواب أن صومها يمنعه من الاستمتاع في العادة لأنه يهاب انتهاك الصوم بالافساد

“Jika ada yang mengatakan, “Sepatutnya dia tetap dibolehkan berpuasa tanpa izin suaminya, tetapi jika si suami menghendaki istimtaa’ bersamanya, maka dia boleh melakukannya dan dia membatalkan puasanya.”

Maka jawabnya, bahawa puasa si isteri secara kebiasaannya pasti akan menghalang dari istimtaa’ di mana dia berat untuk mengganggu dan membatalkan puasa isterinya.”

وقوله صلى الله عليه و سلم وزوجها شاهد أي مقيم في البلد أما اذا كان مسافرا فلها الصوم لأنه لا يتأتى منه الاستمتاع اذا لم تكن معه

“Dan sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “…ketika suaminya hadir (di sisinya)..” maksudnya adalah ketika suaminya bermukim dalam negeri (bukan sedang keluar bermusafir). Adapun jika suaminya dalam keadaan safar, maka tidak mengapa dia berpuasa, kerana si suami tidak mungkin datang untuk istimtaa’ (bersenang-senang atau menggaulinya) apabila dia tidak ada bersamanya.”

قوله صلى الله عليه و سلم ( ولا تأذن في بيته وهو شاهد الا باذنه ) فيه اشارة إلى أنه لا يفتات على الزوج وغيره من مالكى البيوت وغيرها بالاذن في أملاكهم الا باذنهم وهذا محمول على ما لا يعلم رضا الزوج ونحوه به فان علمت المرأة ونحوها رضاه به جاز كما سبق في النفقة

“Sabda Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam, “… dan tidak boleh dia mengizinkan seseorang di rumahnya dalam keadaan suaminya hadir di sisinya melainkan dengan izin dari si suami.”

Pada hadis ini terkandung isyarat tidak boleh mendahului suami dan pemilik rumah yang lainnya untuk memberi izin kepada seseorang untuk memasuki rumahnya melainkan dengan keizinan dari mereka.

Dan ini difahami tidak boleh berbuat demikian tanpa keredhaan si suami, namun jika si isteri tahu suaminya redha, maka ianya dibolehkan sebagaimana telah dijelaskan dalam perbahasan tentang mengeluarkan infaq dan sedekah (dengan harta suaminya).” (Syarh Shahih Muslim, 7/115)

Al-Hafiz Ibn Hajar Al-‘Asqalani rahimahullah (Wafat: 852H) berkata:

ودلت رواية الباب على تحريم الصوم المذكور عليها وهو قول الجمهور قال النووي في شرح المهذب وقال بعض أصحابنا يكره والصحيح الأول قال فلو صامت بغير إذنه صح واثمت لاختلاف الجهة وأمر قبوله إلى الله قاله العمراني

“Riwayat (hadis) pada bab ini menjelaskan tentang larangan (pengharaman) puasa yang disebutkan atasnya (yakni puasa sunnah), dan ini merupakan pendapat jumhur para ulama. Telah berkata Al-Imam An-Nawawi di kitab Syarh Al-Muhadzdzab, “Telah berkata sebahagian dari sahabat-sahabat kami (dari kalangan ulama mazhab Asy-Syafi’i) bahawa ianya makruh (dibenci), tetapi yang sahih (benar) adalah pendapat yang pertama (yakni haram).”

Beliau berkata, “Maka kalau si isteri berpuasa tanpa ada izin dari suaminya, ianya sah tetapi si isteri tersebut berdosa disebabkan penyelisihan cara pandang, manakala urusan sama ada puasanya diterima atau tidak, maka itu kembali kepada Allah, demikianlah menurut Al-‘Imrani.” (Fath Al-Bari, 9/296)

Ibnu Hajar menyebutkan lagi:

وفي الحديث أن حق الزوج آكد على المرأة من التطوع بالخير لأن حقه واجب والقيام بالواجب مقدم على القيام بالتطوع

“Pada hadis ini (menjelaskan) bahawa hak suami lebih ditekankan atas isteri berbanding amalan kebaikan yang bersifat tathawwu’ (sunnah yang bersifat anjuran), kerana hak suami adalah wajib dan menegakkan yang wajib hendaklah lebih didahulukan berbanding menegakkan yang tathawwu’.” (Fath Al-Bari, 9/296)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest