Keutamaan Menunjukkan Sebuah Kebaikan

www.ilmusunnah.com

Dalam sebuah hadis dari Abu Mas’oud Al-Anshari radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ دَلَّ عَلَى خَيْرٍ فَلَهُ مِثْلُ أَجْرِ فَاعِلِهِ

“Siapa yang menunjukkan suatu kebaikan, maka baginya pahala yang semisal orang yang mengerjakan kebaikan tersebut.” (Shahih Muslim, no. 1893)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 676H):

فيه فضيلة الدلالة على الخير والتنبيه عليه والمساعدة لفاعله وفيه فضيلة تعليم العلم ووظائف العبادات لاسيما لمن يعمل بها من المتعبدين وغيرهم والمراد بمثل أجر فاعله أن له ثوابا بذلك الفعل كما أن لفاعله ثوابا ولايلزم أن يكون قدر ثوابهما سواء

“Pada hadis ini menjelaskan keutamaan menunjukkan pada perkara kebaikan, memberi perhatian padanya, dan membantu (atau mendorong) orang yang hendak melakukan kebaikan tersebut.

Dan padanya juga menjelaskan tentang keutamaan mengajarkan ilmu-ilmu yang terkait perkara ibadah, lebih-lebih lagi kepada siapa yang beramal dengannya dari kalangan orang-orang yang beribadah dan selain mereka.

Maksud dari sabda Nabi, “…maka baginya pahala yang semisal orang yang mengerjakan kebaikan tersebut…” (adalah) bahawa orang yang menunjukkan suatu kebaikan itu mendapat pahala sebagaimana orang yang mengerjakan kebaikan (yang ia tunjukkan tersebut). Namun, kadar masing-masing pahala di antara mereka tidaklah semestinya sama persis.” (Syarh Shahih Muslim, 13/39)

Kata Asy-Syaikh Faishal bin ‘Abdil ‘Aziz Al-Mubarak rahimahullah (Wafat: 1376H):

في هذا الحديث: بيانُ فضل الدعاء إلى الهدى، وعظيمِ أجر من اهتدى بسببه أحد.

“Pada hadis ini terkandung penjelasan keutamaan mengajak orang kepada hidayah/petunjuk, dan besarnya pahala bagi siapa yang menjadi sebab orang lain mendapat petunjuk.” (Tathriizu Riyadhish Shalihin, 1/141)

Kata Syaikh Muhammad bin Soleh Al-‘Utsaimin rahimahullah (Wafat: 1421H):

يعني أن يبين الإنسان للناس الخير الذي ينتفعونه به في أمور دينهم ودنياهم ومن دل على خير فهو كفاعله وأما الدعوة إليه فهي أخص من الدلالة لأن الإنسان قد يدل فيبين ولا يدعو فإذا دعا كان هذا أكمل وأفضل والإنسان مأمور بالدعوة إلى الخير أي الدعوة إلى الله عز وجل

“Yakni menjelaskan kepada manusia kebaikan-kebaikan yang bermanfaat untuk mereka dalam urusan agama dan dunia mereka. Siapa yang menunjukkan kebaikan, maka dia seperti orang yang melakukannya kebaikan tersebut.

Adapun ad-da’wah (menjelaskan, menyeru dan mengajak) kepada kebaikan, maka ia lebih khusus berbanding sekadar menunjukkan, kerana orang yang menunjukkan hanya menjelaskan dan menyatakan, tidak mengajak. Jika dia mengajak, maka ini lebih sempurna dan lebih afdhal (utama).

Manusia diperintahkan agar berdakwah (menyeru dan mengajak) kepada kebaikan, yakni berdakwah (menyeru dan berdakwah) ke jalan Allah ‘Azza wa Jalla.” (Syarh Riyadhish Shalihin, 1/201)

Di hadis yang lain, Dari hadis Jariir bin ‘Abdillah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ لَهُ مِثْلُ أَجْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ، وَمَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً سَيِّئَةً، فَعُمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، كُتِبَ عَلَيْهِ مِثْلُ وِزْرِ مَنْ عَمِلَ بِهَا، وَلَا يَنْقُصُ مِنْ أَوْزَارِهِمْ شَيْءٌ

“Sesiapa yang menghidupkan (atau mengajarkan) sunnah (jalan hidup atau kebiasaan) yang baik dalam Islam, kemudian diikuti (dengan cara diamalkan) oleh orang lain setelahnya, maka dicatat untuknya pahala seperti orang yang mengamalkannya, tanpa mengurangi pahala mereka sedikit pun.

Dan siapa yang menghidupkan sunnah yang sayyi’ah (buruk) dalam Islam, kemudian diikuti oleh orang lain setelahnya, maka dicatat baginya dosa sebagaimana dosa orang yang melakukannya tanpa mengurangi dosa mereka sedikit pun.” (Shahih Muslim, no. 1017)

Di hadis yang lain, dari hadis Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

مَنْ دَعَا إِلَى هُدًى، كَانَ لَهُ مِنَ الْأَجْرِ مِثْلُ أُجُورِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْئًا، وَمَنْ دَعَا إِلَى ضَلَالَةٍ، كَانَ عَلَيْهِ مِنَ الْإِثْمِ مِثْلُ آثَامِ مَنْ تَبِعَهُ، لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ آثَامِهِمْ شَيْئًا

“Siapa yang mengajak kepada petunjuk, maka baginya pahala seperti pahala orang yang mengikutinya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun. Dan siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa-dosa orang yang mengikutinya tapa mengurangi dosa-dosa mereka sedikitpun.” (Shahih Muslim, no. 2674)

Kata Al-Imam An-Nawawi rahimahullah (Wafat: 852H):

هذان الحديثان صريحان في الحث على استحباب سن الامور الحسنة وتحريم سن الامور السيئة وأن من سن سنة حسنة كان له مثل اجر كل من يعمل بها إلى يوم القيامة ومن سن سنة سيئة كان عليه مثل وزر كل من يعمل بها إلى يوم القيامة وأن من دعا إلى هدى كان له مثل أجور متابعيه او إلى ضلالة كان عليه مثل آثام تابعيه سواء كان ذلك الهدي والضلالة هو الذي ابتدأه أم كان مسبوقا إليه وسواء كان ذلك تعليم علم او عبادة او أدب او غير ذلك قوله صلى الله عليه و سلم ( فعمل بها بعده ) معناه إن سنها سواء كان العمل في حياته أو بعد موته والله اعلم

“Dua hadis di atas secara sharih (jelas) menjelaskan akan anjuran menunjukkan contoh yang hasanah (baik), dan keharaman menunjukkan contoh yang sayyi’ah (buruk). Dan siapa yang menunjukkan contoh (atau kebiasaan) yang hasanah, maka baginya pahala seperti pahala setiap orang yang mengamalkannya sampailah ke hari Kiamat. Dan siapa yang menunjukkan contoh (atau kebiasaan) yang sayyi’ah, maka baginya beban dosa seperti dosa-dosa setiap orang yang mengamalkannya sampailah ke hari Kiamat.

Dan siapa yang mengajak kepada huda (petunjuk), maka baginya pahala seperti orang-orang yang mengikutinya, atau siapa yang mengajak kepada kesesatan, maka baginya dosa seperti dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya.

Dan sama ada petunjuk atau kesesatan tersebut, dia yang memulakannya atau telah ada sebelumnya yang mendahuluinya, (sama sahaja). Sama ada ianya berupa mengajarkan ilmu, atau ibadah, atau adab, atau selain dari yang demikian.

Dan sabdanya, “kemudian diikuti (dengan cara diamalkan) oleh orang lain setelahnya…” maknanya jika sunnah tersebut diamalkan sama ada ketika hayatnya atau setelah dia meninggal dunia (maka dia akan tetap mendapatkan pahalanya).” (Syarh Shahih Muslim, 16/226-227)

Wallaahu a’lam.

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest