Kita Tidak Menetapkan Seorangpun dari Ahli Qiblat (Kaum Muslimin) Masuk Syurga atau Neraka

Syarah Ushulus Sunnah
Imam Ahmad bin Muhammad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H)
Syarah: Asy-Syaikh Rabi’ bin Hadi Al-Madkhali hafidzahullah
www.ilmusunnah.com

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah (Wafat: 241H), “Termasuk Ushul as-Sunnah (Prinsip-prinsip Ahlus Sunnah) di sisi kami adalah:

وَلَا يَشْهَدُ عَلَى أَحَدٍ مِنْ أَهْلِ الْقِبْلَةِ بِعَمَلٍ يَعْمَلُهُ بِجَنَّةٍ وَلَا نَارٍ يَرْجُو لِلصَّالِحِ، وَيَخَافُ عَلَيْهِ، وَيَخَافُ عَلَى الْمُسِيءِ الْمُذْنِبِ، وَيَرْجُو لَهُ رَحْمَةَ اللَّهِ.

“Kita tidak mengetahui (atau mempersaksikan) bagi seorang ahli qiblah itu sama ada masuk Syurga atau pun Neraka dengan sebab suatu amalan yang dilakukannya. Kita menaruh harapan atas seorang yang soleh, tetapi dalam masa sama turut merisaukannya. Kita juga turut merisaukan seorang yang buruk lagi bergelumang dosa, tetapi tetap mengharapkan rahmat Allah ke atasnya.” (lihat: Ushul As-Sunnah Imam Ahmad)

Syarah dan penjelasan oleh Syaikh Rabi’:

“Kita tidak mengetahui bagi seorang ahli qiblah itu sama ada masuk Syurga atau pun Neraka dengan sebab suatu amalan yang dilakukannya.”

Kecuali jika amalan tersebut suatu kekufuran (yang mengeluarkannya dari wilayah keislaman). Jika itu (jelas) suatu kekufuran terhadap Allah Subhanahu wa Ta’ala atau kesyirikan atas-Nya, maka ia memiliki hukum tersendiri. Adapun jika amalan tersebut hanya berupa suatu kemaksiatan, kita tidak menghukuminya pasti dengan Syurga ataupun Neraka. Jika ia beramal baik, kita mengharapkan Syurga untuknya. Dan jika ia melakukan suatu amalan yang memberikan akibat (masuk) Neraka, kita pun merisaukan (diri)nya.

Kita memang mengharapkan (Syurga) buat orang yang taat dan merisaukan (ancaman Neraka) bagi pelaku maksiat, tetapi kita tidak boleh menetapkan secara pasti Syurga ataupun Neraka terhadap seorangpun. Kerana sesungguhnya urusan ini hanyalah (diserahkan) kepada Allah  ‘Azza wa Jalla, kecuali jika itu suatu kekufuran yang nyata.

Seorang Yahudi mahupun Nashrani, ia jelas kafir. Yang seperti ini dapat dikatakan (tempatnya) di Neraka. Kerana itu kita pastikan bahawa orang kafir itu ada di Neraka.

Adapun seorang mu’min pelaku maksiat ataupun mu’min yang taat, maka kita tidak boleh menghukumi seorangpun (dari mereka) dengan Syurga ataupun Neraka. Urusannya terserah kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Namun kita menaruh harapan terhadap orang yang taat, serta membimbangi atas orang-orang yang bermaksiat.

Bagi orang yang soleh kita mengharapkan (Syurga), tetapi kita juga tetap merisaukannya; kerana boleh jadi dia melakukan amalan kebaikan di hadapan manusia, sedangkan hakikat yang sebenarnya adalah berlawanan. Sesungguhnya hal ini pernah terjadi pada seorang yang telah banyak membunuh musuh (dari kaum kafir) tetapi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam mengatakan:

إِنَّهُ مِنْ أَهْلِ النَّارِ

“Sesungguhnya dia dari penghuni neraka.” (Shahih Al-Bukhari, no 4203. Muslim, no. 111, 112)

Yang tampak dari zahirnya dia seorang mujahid (yang banyak berjihad untuk agama Allah), tetapi hakikat niatnya tidak seperti itu.

Demikian pula (kisah) seorang yang terkena anak panah. Para sahabat radhiyallahu ‘anhum mengatakan:

“Fulan syahid… fulan syahid…!”

Sampailah mereka mendatangi Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Lalu beliau berkata:

“Sekali-kali tidak! Demi Dzat yang jiwaku berada di tangan-Nya, sesungguhnya jubah yang dia curi (dari ghanimah) tersebut telah mengobarkan api (Neraka) atasnya.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 4234, 6707)

Ummu Al-‘Ala dahulu merawat ‘Utsman bin Mazh’un yang berada di sisinya, lalu ‘Utsman bin Mazh’un pun meninggal dunia. Maka Ummu Al-‘Ala pun mengatakan:

“Wahai Abu As-Sa’ib, sungguh Allah telah memuliakan engkau…”

Maka Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam pun berkata:

وَمَا يُدْرِيكِ أَنَّ اللَّهَ أَكْرَمَهُ؟

“Adakah benar engkau tahu kalau Allah memuliakannya?!”

أَمَّا عُثْمَانُ فَقَدْ جَاءَهُ وَاللَّهِ اليَقِينُ، وَإِنِّي لَأَرْجُو لَهُ الخَيْرَ وَاللَّهِ مَا أَدْرِي وَأَنَا رَسُولُ اللَّهِ مَا يُفْعَلُ بِهِ

“Adapun ‘Utsman, maka benar-benar kematian telah mendatanginya dari Rabbnya. Dan aku hanya dapat berharap beliau mendapat kebaikan. Demi Allah, aku sendiri tidak tahu apa yang akan diperlakukan atas diriku, sedangkan aku adalah utusan Allah.”

Lalu Ummu Al-‘Ala berkata:

فَوَاللَّهِ لاَ أُزَكِّي أَحَدًا بَعْدَهُ أَبَدًا

“Maka demi Allah, aku tidak lagi pernah mentazkiyah (atau mensucikan) seorangpun setelah kejadian itu.”

Kemudian beliau bermimpi dalam tidurnya bahawa ‘Utsman radhiyallahu ‘anhu memiliki sebuah mata air yang mengalir. Maka beliau pun menyampaikan khabar tersebut kepada Rasulullah, dan beliau mengatakan:

“Itulah amalnya.” (lihat: Shahih Al-Bukhari, no. 2687)

Asas penting di sini, janganlah sampai engkau menetapkan sesiapapun dengan mendapat Syurga atau Neraka.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal:

وَمَنْ لَقِيَ اللَّهَ بِذَنْبٍ يَجِبُ لَهُ بِهِ النَّارُ تَائِبًا غَيْرَ مُصِرٍّ عَلَيْهِ؛ فَإِنَّ اللَّهَ – عَزَّ وَجَلَّ – يَتُوبُ عَلَيْهِ وَيَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ

“Dan sesiapa yang bertemu Allah dengan membawa dosa yang mengharuskannya masuk Neraka, tetapi dia telah bertaubat dan tidak terus-menerus di atas dosa tersebut, maka Allah akan mengampuninya. Dia menerima taubat dari para hamba-Nya dan mengampuni semua kesalahan.”

Syarah dan penjelasan oleh Syaikh Rabi’:

“Dan sesiapa yang bertemu Allah dengan membawa dosa yang mengharuskannya masuk Neraka, tetapi dia telah bertaubat dan tidak terus-menerus di atas dosa tersebut, maka Allah akan mengampuninya.”

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

“Katakanlah: Wahai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri sendiri, janganlah kalian berputus-asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa seluruhnya. Sungguh Dia Maha Pengampun dan Penyayang.” (Surah Az-Zumar, 39: 53)

Allah Subhanahu wa Ta’ala mencintai taubat. Allah Subhanahu wa Ta’ala juga mencintai orang-orang yang suka bertaubat dan bersuci. Sebab itulah, kita mengharapkan (ampunan) atas orang yang bertaubat, tanpa memastikan Syurga ataupun Neraka untuknya. Ya, tetapi kita menaruh harapan atasnya, insyaAllah.

يَتُوبُ عَلَيْهِ وَيَقْبَلُ التَّوْبَةَ عَنْ عِبَادِهِ وَيَعْفُو عَنِ السَّيِّئَاتِ

“Dia menerima taubat dari para hamba-Nya dan mengampuni semua kesalahan.” (lihat: Usulus Sunnah)

Sebagaimana pula telah datang dalam masalah ini banyak dalil berdasarkan nash Al-Qur’an mahupun hadis-hadis, yang menunjukkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta’ala menerima taubat orang-orang yang bertaubat dan sangat senang kerananya.

Berkata Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah:

وَمَنْ لَقِيَهُ وَقَدْ أُقِيمَ عَلَيْهِ حَدُّ ذَلِكَ الذَّنْبِ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ كَفَّارَتُهُ كَمَا جَاءَ الْخَبَرُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ – صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ. وَمَنْ لَقِيَهُ مُصِرًّا غَيْرَ تَائِبٍ مِنَ الذُّنُوبِ الَّتِي قَدِ اسْتَوْجَبَ بِهَا الْعُقُوبَةَ، فَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ – عَزَّ وَجَلَّ – إِنْ شَاءَ عَذَّبَهُ، وَإِنْ شَاءَ غَفَرَ لَهُ .وَمَنْ لَقِيَهُ كَافِرًا عَذَّبَهُ وَلَمْ يَغْفِرْ لَهُ

“Dan sesiapa yang bertemu Allah sementara hukum hadd benar-benar telah ditegakkan atasnya kerana suatu dosa (besar) di dunia, maka hukuman tersebut sebagai penebus dosanya. Sebagaimana datang khabarnya (yakni hadisnya) dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam. Dan sesiapa bertemu dengan-Nya dalam keadaan masih terus bergelimang dengan dosa-dosa yang mengharuskannya mendapat hukuman, dan dia tidak pula bertaubat, maka urusannya adalah kepada Allah. Jika Allah menghendaki, Allah akan menyiksanya. Dan jika Alah menghendaki pula, Allah akan mengampuninya. Adapun yang bertemu dengan Allah dalam keadaan kafir, maka Allah akan menyiksanya dan tidak mengampuninya.” (lihat: Ushulus Sunnah)

Syarah dan penjelasan oleh Syaikh Rabi’:

“Dan sesiapa yang bertemu Allah sementara hukum hadd benar-benar telah ditegakkan atasnya kerana suatu dosa (besar) di dunia, maka hukuman tersebut sebagai penebus dosanya. Sebagaimana datang khabarnya dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam.”

Pernah suatu saat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersama sekelompok sahabat, beliau pun bersabda:

بَايِعُونِي عَلَى أَنْ لاَ تُشْرِكُوا بِاللَّهِ شَيْئًا، وَلاَ تَسْرِقُوا، وَلاَ تَزْنُوا، وَلاَ تَقْتُلُوا أَوْلاَدَكُمْ، وَلاَ تَأْتُوا بِبُهْتَانٍ تَفْتَرُونَهُ بَيْنَ أَيْدِيكُمْ وَأَرْجُلِكُمْ، وَلاَ تَعْصُونِي فِي مَعْرُوفٍ

“Bai’atlah aku (berjanji dan taatilah aku), bahawa kalian tidak akan mensyirikkan Allah dengan sesuatu apapun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak-anak kalian, tidak mendatangkan dusta yang kalian ada-adakan di tengah-tengah kalian, tidak pula menentangku dalam perkara kebaikan.”

فَمَنْ وَفَى مِنْكُمْ فَأَجْرُهُ عَلَى اللَّهِ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعُوقِبَ بِهِ فِي الدُّنْيَا فَهُوَ لَهُ كَفَّارَةٌ، وَمَنْ أَصَابَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَسَتَرَهُ اللَّهُ فَأَمْرُهُ إِلَى اللَّهِ، إِنْ شَاءَ عَاقَبَهُ، وَإِنْ شَاءَ عَفَا عَنْهُ

“Maka sesiapa yang dari kalangan kalian yang memenuhinya maka ganjarannya dari sisi Allah. Dan sesiapa yang terkena sebahagian dosa-dosa tadi, lalu dihukum di dunia, maka itu sebagai kaffarah (tebusan dosa) untuknya. Sedangkan yang terkena sebahagian dosa-dosa tadi tetapi ditutupi oleh Allah, maka urusannya adalah kepada Allah. Jika Allah berkehendak, Dia akan membalas pelaku tersebut. Dan jika Allah berkehendak pula, Dia akan mengampuninya.” (Shahih Al-Bukhari,no 3892. Muslim, no. 1709)

Jadi, pelaku maksiat ada di bawah kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala, sebagaimana yang Allah Subhanahu wa Ta’ala firmankan:

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (yakni apabila dia mati dalam keadaan seperti itu – pent.), dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah An-Nisaa’, 4: 48, 116)

Berdasarkan hal ini, seorang pelaku maksiat (selain syirik) maka dia berada di bawah kehendak Allah Subhanahu wa Ta’ala. Jika Allah Subhanahu wa Ta’ala menghendaki, dia akan diampuni, dan jika Allah Subhanahu wa Ta’ala menghendaki pula, dia akan dihukum. Allah Maha Pengampun, Penyayang serta Penyantun. Sampai-sampai akan ada seorang hamba yang datang membawa dosa-dosa sebesar gunung, lalu Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampuninya. Dialah pemilik 99 lembaran himpunan catatan dosa. Masing-masing sejauh mata memandang. Ia datang dengan dosa-dosanya tersebut, dan bersamanya ada (catatan) kalimat La ilaha illallah (yakni dia seorang yang bertauhid – pent.), maka Allah Subhanahu wa Ta’ala mengampuninya.

Seorang ahli tauhid yang menghadap Allah Subhanahu wa Ta’ala tanpa kesyirikan di akhir hayatnya, dia akan mendapatkan ampunan, bahkan akan dikeluarkan dari Neraka (jika dia di dalamnya).

وَمَنْ لَقِيَهُ كَافِرًا عَذَّبَهُ وَلَمْ يَغْفِرْ لَهُ

“Adapun yang bertemu dengan Allah dalam keadaan kafir, maka Allah akan menyiksanya dan tidak mengampuninya.”

إِنَّ اللَّهَ لَا يَغْفِرُ أَنْ يُشْرَكَ بِهِ وَيَغْفِرُ مَا دُونَ ذَلِكَ لِمَنْ يَشَاءُ وَمَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدِ افْتَرَى إِثْمًا عَظِيمًا

“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik (yakni apabila dia mati dalam keadaan seperti itu – pent.), dan Dia mengampuni segala dosa selain (syirik) itu bagi siapa yang dikehendaki-Nya.” (Surah An-Nisaa’, 4: 48, 116)

إِنَّهُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ

“Sesungguhnya sesiapa yang mensyirikkan Allah, maka benar-benar Allah akan mengharamkan Syurga baginya, dan tempat kembalinya adalah Neraka…” (Surah Al-Ma’idah, 5: 72)

Rujukan: Syarah Ushulus Sunnah. Edisi pdf: http://www.rabee.net/show_des.aspx?pid=5&id=201

Recommend to friends
  • gplus
  • pinterest